Wednesday, May 26, 2010

TAK DAPAT NAK FOLLOW BALIK !

Beberapa kali saya mendapat follower baru tapi saya tak dapat nak follow balik sebab tak dapat nak masuk blog dia. Nadia ni jadi follower saya yang terbaharu. Tapi bila klik gambar dia, keluar paparan seperti Gambar 1. Tak ada link atau pautan macam Gambar 2. Yang ada "Sites I've joined". Jadi saya tak dapat nak follow balik atau nak ucap terima kasih. Sebelum ini pun saya pernah berhadapan dengan situasi yang serupa.

Mungkin perkara ini tak ada masalah pada orang muda tapi masalah besar kepada Warga Emas !

Melalui entri ini saya nak ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Nadia dan juga follower yang lain yang tidak ada meletakkan link. Bukan saya tidak sudi hendak masuk ke blog anda. Tapi tak dapat !


Gambar 1.


Gambar 2.


p/s: Ada ke sesiapa yang tahu cecara nak hubungi follower yang tak letak link/pautan macam kes Nadia ini?

42 comments:

  1. Saya pun selalu menghadapi masalah yang serupa. Kadang-kadang saya dapat trace, kadang-kadang tak dapat. Yang dapat trace tu bila dia letak link blog saya di blog dia, kemudian dia masuk blog saya dengan klik link tersebut so melalui widget feedjit tu saya boleh trace.. Kalau tidak, memang lenyap terus..hehehe

    ReplyDelete
  2. TIRANA

    NAMPAKNYA SAYA TIDAK KESEORANGAN. MEMANG BANYAK DAH LENYAP TERUS .. AGAKNYA DIA INGAT KITA TAK SUDI NAK BERKAWAN DENGAN DIA !

    ReplyDelete
  3. saya menghadapi masalah yg sama...bukan satu dua...kira banyak jugak la...huhu hope dieorang paham yg kita mmg x dpt nak follow back@ sekurang2nya say thanks kpd yg sudi visit sebab mmg xdpt nak klik2...huhu

    ReplyDelete
  4. QUEEN OF 2 HEROES

    MULA2 SAYA TERAGAK2 JUGA NAK POST ENTRI INI. TAKUT SAYA SORANG JE MENGHADAPI MASALAH YANG MACAM NI. HARAP2 ADALAH YANG PAKAR LEPAS NI BOLEH MEMBANTU.

    ReplyDelete
  5. masalah global yang perlukan perhatian series...

    sama le kita tak dapat polow balik.. sian gak

    ReplyDelete
  6. Kakcik juga menghadapi masalah yang sama. :)

    ReplyDelete
  7. salam..:)
    memang agak 'kecewa' jgk..bila tak ada link bloggernya..
    Yelah kan....org berbudi kita berbahasa..
    org follow..kita pun mesti juga mau berbalas follownya juga kann..:)

    ReplyDelete
  8. saya pun pernah jadi can gitu.. tak tau nak can ne jugak

    ReplyDelete
  9. mungkin diorang pon tak sengaja..takder link..ada jln penyelesaiannya..sapa boleh tlg??

    ReplyDelete
  10. CEMOMOI

    BETULLAH KATA AWAK .. INI SUDAH MENJADI MASALAH GLOBAL/GLOKAL. YANG HERANNYA SAYA PUNYA ADA PULA LINK TU !

    ReplyDelete
  11. KAKCIKSEROJA

    RUPANYA KAKCIK YANG LEBIH LAMA BERBLOG DARI SAYA PUN MENGHADAPINYA JUGA.

    ReplyDelete
  12. PN KARTINI

    SALAM KEMBALI. MEMANG BETUL KATA PUAN TU, RASA TERKILAN JUGA TAK DAPAT MASUK BLOG ORANG YANG SUDI FOLLOW BLOG KITA KAN.

    ReplyDelete
  13. CHIK NA

    INI SUDAH MASALAH BESAR .. KENA REPORT KAT BLOGSPOT NI !

    ReplyDelete
  14. PAKCIKLIE

    INGATKAN PAKCIKLIE DATANG NAK MENOLONG, RUPANYA DIA PUN SAMA NAK MINTA TOLONG. HEHE

    ReplyDelete
  15. salam saudara..
    rasanya ini setting
    dari blog follower anda
    dia patut settingkan
    pautannya boleh di lihat
    mungkin di follow cara private
    dan tutup setting pautan ke blognya
    buan salah anda..

    ReplyDelete
  16. salam,

    saya pun menghadapi masalah yang sama kadang2 jumpa link pun tak boleh bukak dah jadi privacy pula tapi dia dok follow blog kita..

    ReplyDelete
  17. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. SAYA LEGA BILA ZUL KATAKAN BUKAN SALAH SAYA. TAPI APA JALAN PENYELESAIANNYA ?

    ReplyDelete
  18. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. KALAU BEGITU APA TUJUAN DIA KALAU BLOG DIA DI PRIVATE KAN ? LAIN PADANG LAIN BELALANG !

    ReplyDelete
  19. ALVIN

    MUNGKIN JUGA KOT SEBAB PAKCIK TAK DENGAR DIA BACA ! HEHE

    ReplyDelete
  20. Saya pun pernah kena. Ada beberapa kemungkinan agaknya.
    1. blog private dan dibuka utk orang2 tertentu sahaja
    2. hanya daftar blogger tapi tiada blog

    lain-lain sebab, ntah la.

    ReplyDelete
  21. macam-macam hal.... kita ni jenis pandai tekan je komputer tu... jika ada masalah bukannya tahu apa pun.

    ReplyDelete
  22. Salam bang.

    Ini bukan masalah golongan warga emas tapi masalah global. Cuma yg muda2 tak buatlah n3 tentang masalah ni kerana nak maintain macho hehehe

    ReplyDelete
  23. AZIEAZAH

    SAYA SETUJU DENGAN KEMUNGKINAN YANG KE TIGA AWAK TU !

    ReplyDelete
  24. ABU MUAZ

    MEMANG BETUL CAKAP AWAK TU. KALAU ADA APA2 KENA TANYA ANAK2 LAH.

    ReplyDelete
  25. YB

    SALAM KEMBALI. SEDANG ENTRI INI TERSIAR SAYA DAPAT LAGI SEORANG FOLLOWER IAITU "IBUINTAN". TAPI SAYA JUGA GAGAL NAK MASUK BLOG DIA.
    SAYA AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA IBUINTAN KERANA SUDI MENJADI FOLLOWER SAYA.

    ReplyDelete
  26. Oooo..saya ingat orang tu saja tak bagi kita klik blog dia...kerana ramai juga yang tinggal komen, tapi sata tak dapat klik profile dia. Maklumlah, saya hanya mengunjungi blog orang melalui URL di kotak mone. Masalah sejagat rupanya.

    ReplyDelete
  27. Salam Tuan Hamzah,

    Sama lah ngan sy. Kadang tak dapat nk ucap terima kasih, tapi nk buat camne. Kadang dapat trace kadang tak.

    ReplyDelete
  28. XIIINAM

    SAYA FAHAM KALAU DIA TINGGALKAN KOMEN TAK DPT DI TRACE KERANA DIA TAK ADA BLOG ATAU SAJA NAK JADI ANON. TAPI BILA JADI FOLLOWER MAKNANYA DIA DAH ADA BLOG SENDIRI. SAYA INGAT DIA SALAH SETTING SEPERTI KATA ZULKBO.

    ReplyDelete
  29. AIDAH

    SALAM KEMBALI. RUPANYA MASALAH INI DAH UMUMLAH. INGATKAN SAYA SORANG YANG TAK RETI.

    ReplyDelete
  30. AL-MANKARAQI

    AWAK TAK BOLEH HEMBUS2 SIKIT KE ?

    ReplyDelete
  31. bagus tuan haji nie..ada org tue, kiter dh follow siap anta komen lagi, langsung tak nak jenguk blog kiter..at least anta komen "trime kasih jd follower sy pun dh ok"..maybe blog dia hebat sgt kot heheheh
    p/s : perkara nie selalu terjadi pada blogger baru yg follow blog yg followernya melebihi 100...

    ReplyDelete
  32. Salam tuan,

    Saya yg muda pun hadapi masaalah yg sama .

    ReplyDelete
  33. Pakcik, macam kes kawan saya, dia suka baca blog dan follow tapi tak punya blog sendiri. That's why tak ada link. Tak silap saya, asalkan ada akaun google or yahoo or twitter or lain2 lagi, still boleh follow dan komen. Tak semestinya ada akaun blogger saje boleh berbuat begitu. Huhuhuh~

    ReplyDelete
  34. SAHROMNASRUDIN

    AGAKNYA DIA SUDAH LUPA BAGAIMANA DIA BERMULA. ATAU PUN DIA TERSANGAT SIBUK AL-MAKLUM FOLLOWER DAH RAMAI.

    ReplyDelete
  35. LINDA

    SALAM KEMBALI. SAYA SERONOK DAPAT BERKAWAN DENGAN ORANG MUDA ! HEHE

    ReplyDelete
  36. NOR HANIS

    PERTAMANYA TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH BUAT KALI PERTAMA. PAKCIK RASA PENDAPAT ZULKBO TU BETUL. KALAU ORANG TU TAK ADA BLOG ATAU PUN NAK KOMEN SECARA ANON, GAMBAR DIA TAKKAN KELUAR.

    ReplyDelete
  37. Banyak terjadi gini..cuma boleh kesan jika follower tu buat komen saja..

    Saya buat tak tau saja..hehe!

    ReplyDelete
  38. RELEVAN

    SAYA CUBA JUGA BUAT TAK TAHU, TAPI RASA INGIN TAHU TU TETAP TAK MAHU HILANG. TAK APALAH, TUNGGU DIA KOMEN. KALAU TAK ADA .. HANYUT LAGI LAH JAWABNYA.

    ReplyDelete
  39. err....
    saya belum follow secara rasmi rupa-rupanya blog THL ini...
    kejap ya...

    ReplyDelete
  40. Salam al-lavendari
    Bila berlaku gitu, dlm profil blogger mungkin ada alamat emel. Boleh cuba hubungi dia melalui emel. Tapi cerewet sikitlah. Memanglah, bila orang menzaiarhi kita, tentulah kita pun kepingin ziarahi dia balik. Yg seronok tu, dalam alam real ni, ada juga orang yg suka lawati kita (syukur!) & pelawa kita ke tempat mereka. Tapi 'no address given'! Mungkin kena tanya Jbt Pendaftaran Negara.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.