Saturday, May 1, 2010

KALAULAH CUACA DI MALAYSIA NAIK SAMPAI 100 DARJAH CELCIUS ! !


Bulan lalu bil api dan air saya cukup tinggi. Api - RM259.20 dan air - RM72.75. Puncanya kerana banyak guna. Bila hari panas, kipas dan penyaman udara sentiasa terpasang. Tak kira siang atau pun malam. Makngahnya pun siram bunga dua kali sehari.

Itu belum lagi cuaca melepasi 40 darjah celsius. Agaknya apa akan jadi kalau Tuhan naikkan suhu dunia sampai 100 darjah celsius. Pastinya ...

1. Pokok2 habis semua mati termasuk pokok padi, gandum, jagung apa lagi sayur2an.

2. Air sungai, perigi bahkan laut akan menggelegak dan akhirnya kering. Hidupan di air semua mati berapungan.

3. Binatang ternakan dan binatang buas semua mati terbungkang.

4. Kita pula berapa lama boleh hidup. Atau boleh hidupkah dengan otak yang menggelegak !!!

Dan adakah sesiapa yang boleh menghalang kalau Tuhan ingin menaikkan suhu kepada 100 darjah celsius. Adakah ia mustahil bagi Tuhan ? Adakah Tuhan tiada kudrat untuk berbuat demikian ? Tidak. Bahkan semuanya harus belaka bagiNya.

Tetapi kerana sifat Rahman dan Rahimnya, Tuhan tidak berbuat demikian. Dengan itu tidakkah kita merasa bersyukur kepadaNya.


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (Surah Ar-Rahman )

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? "

"(Which is it, of the favours of your Lord, that ye deny?)"

64 comments:

  1. cuaca panas perbelanjaan meningkat, bukan setakat bil letrik, bil air sahaja, banyak lagi benda lain kena belanja lebih cth. kena banyak minum air, abc, cendol, teh tarik.

    ReplyDelete
  2. Salam Pakngah,

    Oleh itu bersyukur lah dgn apa yg ada di bumi. Hijaukan bumi, jgn dok tebang je balak2 kat hutan tu.. :). Skrg ni hujan pun tetap panas jugak, mana tak naik bil asyik pasanag aircond aje. Sama lah kita.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Bang HAMZAH...

    ya betul. Tiada yg mustahil bagiNYA..

    terimakasih berpesan-pesan di hari yang mulia ini...

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya, apabila Dia mengkehendaki sesuatu terjadi hanyalah berfirman "Jadilah!'maka terjadilah ia.
    Surah Yaasin ayat 82

    ReplyDelete
  5. tu la tu. ni dah musim org buang anak bantai anak ni. lamo2 kang turun balo. takot kan?

    ReplyDelete
  6. whoaa ... banyak tuuu ... memang tak tahan panas sekarang kan ... duduk kat luar sekejap pun dah rasa pedih kulit ....

    ReplyDelete
  7. xdpt ku bayangkan kalo 100 darjah celcuis uncle..

    ReplyDelete
  8. Bila di campur kedua-dua bil itu.. Macam bayar installment kereta :D

    ReplyDelete
  9. rumah chik na yg kenit ni pun bil letrik bulan ni lebih kurang sama ngan rumah abg..beza RM 100 dari bulan bulan sebelumnya

    ReplyDelete
  10. mak oiiii... duit tu kalau buat beli gelang mak ngah dah berketul2 boleh dapat.

    Sini bil api pun mahal yang amat, lebih mahal dari Malaysia.. sebabnya selalu guna heater.

    ReplyDelete
  11. pakngah ~ kalau 100 dc? woohaaa! x terbayang. tapi surah arrahman itu mmg saya suka.


    >>___<<

    ReplyDelete
  12. baru kejap keluar tadi..
    36 degree C di luar..
    macam sauna dalam kereta..

    ReplyDelete
  13. wah..sedapnya nama syarikat air N9..SAINS...

    SAJ - syarikat air johor..x sedap pon

    ReplyDelete
  14. i) Byak komplen bila dah jadi SAINS ni...agaknya susah sb byk formula nak baca kot..

    ii) tanda-tanda nak hampir kiamat !!!


    iii) Wah, dah boleh pgl ustaz pulak lps ni...Ustaz dah abis peksa ?? Moga lulus cemerlang !!

    ReplyDelete
  15. HIDIER...SYABAS pn best jugak..haha

    ReplyDelete
  16. semua bil pun melambung naik musim2 panas ni huhu...

    *salam singgah*

    ReplyDelete
  17. salam....sama la kita....tapi banyak lagi bil letrik saya! RM 339.25
    ( macam kilang ke??? ) & air kurang sikit....RM 50.80! macam ni la setiap bulan...

    dah macam cacing kepanasan...mengelitik panasnya!

    ReplyDelete
  18. Air sungai, perigi bahkan laut akan menggelegak dan akhirnya kering. Hidupan di air semua mati berapungan.

    Kalau air dah kering, hidupan air nak terapung kat mana? hehehe

    ReplyDelete
  19. Dah pakai tu bayar ajelah bang bil tu. Bukan sampai beribu pun. Nak jana sendiri kuasa tu lagilah mahal hehehe

    ReplyDelete
  20. sy lagi le.. x bleh berpeluh nnti takut ada bedsore.. tp alhamdulillah x plak rasa panas.. psg ekon sesekali jek

    ReplyDelete
  21. Allah sangat pemurah. Manusia ini sedikit sangat yang bersyukur. Kalau air hujan yang diturunkan itu pula masin bagaimana dunia ini ya?

    ReplyDelete
  22. SALAM SEMUA

    SEBELUM SAYA JAWAB KOMEN ANDA SATU PERSATU, SAYA NAK MAKLUMKAN BAHAWA DALAM ENTRI ASAL ADA DUA SALINAN BIL. MASA TU BUAT ENTRI KAT OFIS. DUA DUA BIL TU ELOK JER LETAK SEBELAH MENYEBELAH. BILA BALIK RUMAH, BUKA KOMPUTER, BIL TU DAH BERUBAH KEDUDUKAN SATU DI ATAS SEBELAH KANAN DAN SATU LAGI SEBELAH BAWAHNYA SEBELAH KIRI. TEKS PULA SUDAH BERTERABUR KEDUDUKANNYA. SAYA CUBA ADJUST TAPI TAK MENJADI. LAMA2 SAYA DELETE KEDUA2 BIL TU. PADAN MUKA !

    ReplyDelete
  23. ENDIEM

    BETUL JUGA .. TEKAK ASYIK NAK KENA BASAHKAN SELALU !

    ReplyDelete
  24. EKIN.

    SALAM KEMBALI. KAT RUMAH ASYIK NAK BERLENGGENG JER, TAPI MASIH BERBAHANG. KALAU SEMUA ORANG PASANG AIRCON, KESANNYA MENGHASILKAN KEPANASAN JUGA DI LUAR.

    ReplyDelete
  25. SAHROMNASRUDIN.

    BENAR, HANYA DENGAN BERFIRMAN SAHAJA SEMUANYA BISA TERJADI.

    ReplyDelete
  26. AZIEAZAH

    SALAM KEMBALI .. BERPESAN2 DENGAN KESABARAN, SEMOGA BERTAMBAH DEKAT KITA KEPADANYA !

    ReplyDelete
  27. TIJAH

    MASA ABANG MUDO2 DULU, TAK ADALAH SETERUK INI. MEMANG MENGGERUNKAN. MANUSIA MAKIN GANAS. BUKAN SETAKAT BUNUH SAHAJA TAPI SIAP DENGAN KERAT SEKALI SAMPAI 5-6 KERAT.

    ReplyDelete
  28. JEDI

    BOLEH SAHAJA DIRASA, CUBA MASUKKAN TANGAN DALAM OVEN .. DAN SET 100 DARJAH CELSIUS. ITULAH RASANYA.

    ReplyDelete
  29. JIJAH@F.K.

    KESIAN KAN TENGOK ORANG YANG KERJA DI LADANG ATAU DI TEMPAT TERBUKA SEPERTI PEMOTONG RUMPUT DLL. SYUKUR KITA YANG BEKERJA DI BILIK ADA AIRCON INI.

    ReplyDelete
  30. ANIF

    HARAP2 PANAS INI TIDAKLAH BERPANJANGAN. KALAU TIDAK MUNGKIN KENA JUAL KERETA.

    ReplyDelete
  31. KUCINGORENGEMOK

    ALHAMDULILLAH. TAPI ADA JUGA ORANG YANG BUAT KELAKAR DENGAN ENTRI INI.

    ReplyDelete
  32. CIK NA

    JANGANLAH MERENDAH DIRI KATA RUMAH KENIT PULAK. KALAU DAH BIL LETRIKNYA DAN LEBIH KURANG SAMA, MAKNANYA TAK LAH KENIT RUMAH CHIK NA TU.

    ReplyDelete
  33. NIDA

    SAYA PUN PERNAH MENGALAMINYA SEMASA BEKERJA DI USA DULU. MUSIM SEJUK CUKUP TINGGI BIL GAS YANG KENA DIBAYAR UNTUK MEMANASKAN RUMAH.

    ReplyDelete
  34. FRODO BAGGINS.

    MEMANG SURAH ITU CUKUP MENGINSAFKAN KERANA IA DILANG2 UNTUK MENGINGATKAN MANUSIA YANG MUDAH LUPA AKAN NIKMATNYA.

    ReplyDelete
  35. DRSINGA

    ITU BARU 36 DEGREE ! BANYAK TAK SAKIT YANG BERKAITAN DENGAN CUACA PANAS KAT MALAYSIA NI?

    ReplyDelete
  36. HIDIER

    NAMANYA SEDAP. KITA YANG MEMBAYAR NI PUN SEDAP JUGA !

    ReplyDelete
  37. IKAN EMAS

    PANGGIL LAH APA SAJA NAK PANGGIL ASALKAN JANGAN PANGGIL USTAZ. TAK TERBAWA DEK SAYA KAK OI !

    ReplyDelete
  38. RED

    AWAK NAK TAHU YANG SEDAP LAGI. MELAKA P.A.M DAN PERAK L.A.P.

    PAM = PERBADANAN AIR MELAKA.
    LAP = LEMBAGA AIR PERAK

    DAN ORANG SELANGOR KATA SYABAS !

    ReplyDelete
  39. MS LILIES

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH. KALAU LEPAS MELAMBUNG DIA TURUN BALIK TAK APALAH ..

    ReplyDelete
  40. SONATA ANAK KANCIL

    WOW .. LAGI TINGGI. KALAU PANAS SAMPAI 50 DARJAH .. MUNGKIN BIL BOLEH CECAH RM1 RIBU KOT !

    ReplyDelete
  41. YUNUS BADAWI 1

    SAYA KAGUM DENGAN KETAJAMAN PEMIKIRAN TUAN MELIHAT DIMANA ADA KELOMPANGAN UNTUK DIJADIKAN BAHAN USIKAN.

    YUNUS BADAWI 2

    RASA NAK BUAT RUMAH DARI BULUH YANG JARANG2 DINDINGNYA DAN BERATAPKAN RUMBIA.

    ReplyDelete
  42. MAIYAH

    APA ILMU AWAK PAKAI SEHINGGA TAK RASA PANAS. SAYA PAKAI BEDAK SEJUK PUN, MASIH PANAS. HE HE TAK ADA LAH !

    ReplyDelete
  43. ABU MUAZ

    MEMANG BENAR KATA TUAN. MAJORITI MANUSIA SUKA KOMPLEN KESUSAHAN YANG SEDIKIT TETAPI TAK NAMPAK NIKMAT YANG BESAR.

    ReplyDelete
  44. pakngah...agaknya kalau 100 darjah celcius tu...dah kiamat ke belum yek?

    ReplyDelete
  45. suhu naik sikit dah banyak impak pada kesihatan. tengok ja la. ramai yang demam.. kalau naik mendadak lagi la kan..kalau hingga 100 mungkin dah sampai masanya..

    ReplyDelete
  46. ROSNANIE

    TAK TAHU LAH SEBAB MASA ITU KITA SEMUA SEDANG MENGGELEGAK !

    ReplyDelete
  47. SOLEHAH

    KALAU DI DUNIA SUHU 100 DARJAH KITA SEMUA TENTU DAH MATI. TAK TERASA SIKSANYA. DI SANA NANTI SUHUNYA MUNGKIN BERIBU KALI PANASNYA DAN KITA TIDAK PULA MATI. BAYANGKAN LEMANG KENA BAKAR CUKUPLAH !

    ReplyDelete
  48. Saya pun selalu mengeluh panas akhir2 ini.
    Bil pun hampir cecah 300.

    Lemahkan, tk tahan dugaan dunia.

    ReplyDelete
  49. panas panas camne pun enpakwe sya memang tak suka pasang kipas, econ apatah lagi..
    itu yang lari kebilik anak tu, sbb diorang tidur pasang kipas

    ReplyDelete
  50. kalau sejuk dan hujan manjang pun sama jugak...

    kena pasang pamanas. kena mandi air panas. kena pakai mesin pengering kain....bil tetap tinggi.

    ReplyDelete
  51. XIIINAM

    UNTUK KURANGKAN BIL, KENA KEMPEN KONGSI BILIK. SEMUA TIDUR DALAM SATU BILIK. PAKAI SATU AIRCON ATAU SATU KIPAS SAHAJA.

    ReplyDelete
  52. AL-MANKARAQI

    EKLOKNYA BELI RUMAH SEBIJIK KAT GENTING HIGLAND NI. TAPI FULUS PULAK TAK CUKUP. TAHAN SAHAJALAH DUGAAN INI !

    ReplyDelete
  53. SAYANGSAYANGIBU

    PAKWE AWAK MEMANG GANJIL NI. BAGUSNYA BADAN DIA, BOLEH TAHAN PANAS. ALANGKAH BAGUSNYA KALAU SEMUA ORANG MACAM DIA. APA RAHSIANYA ?

    ReplyDelete
  54. ONE ZABA

    ORANG DUDUK TEMPAT SEJUK MEMANG CAKAP MACAM TU. CUBA DUDUK KAT BAWAH NI ! MENGGELUPUR NAK NAIK KE ATAS BALIK.

    ReplyDelete
  55. cuaca panas . Hati pun jadi panas !

    ReplyDelete
  56. LINDA

    HATI PANAS ADA CARA NAK SEJUKKAN .. CUACA PANAS TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA !

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum,

    En. Hamzah, cuaca panas banyak menyebabkan orang hilang pertimbangan juga, panas baran pun sering melanda, tu bagi orang yang tak sabarlah...jadi banyak2kan bersabar...

    ReplyDelete
  58. LIPISLADY

    ALAIKUMSALAM. CUACA PANAS INI MEMANG BENAR2 MENGUJI TAHAP KESABARAN KITA. KALAU PANAS DI SANA NANTI, KITA TAK BOLEH APA-APA .. SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT !

    ReplyDelete
  59. minta2 dijauhkan...suhu cam gini pn dh perit rasanya.....

    ReplyDelete
  60. NZA

    SYUKUR KERANA ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA !

    ReplyDelete
  61. sangat ramai yang demam sekarang ni THL...dan ILI juga..
    :(

    ReplyDelete
  62. DR SINGA

    ILI TU ADA KAITAN DENGAN CUACA PANAS YA ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.