Wednesday, May 26, 2010

YANG DI TUNGGU TAK TIBA !

???













Siapa ada pengalaman macam ni ?
Ada orang nak bagi kita hadiah.
Kita pun tak tahu hadiah apa dia nak bagi.
Nanti dia poskan katanya.
Kita tak minta.
Dia yang nak beri.

 "Alaaah, takyah lah susah-susah ...   kita kata.

Sekarang ini dah dekat setahun,
hadiah tu tak juga sampai-sampai.
Dia pulak tak cakap samada dia dah poskan ke belum.
Kita pun tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya juga.
Apa sudah jadi.

Lalu apa kita nak buat?
Nak tanya ke?
Kalau kita buat gitu,
 takut dia kata kita tak menyempat-nyempat.
Malu pulak rasanya.
Dulu kata takyah lah susah-susah.
Kita pun tak naklah nampak macam nak sangat.
 Tapi memang naklah jugak.

Kita takut dia dah poskan.
Dia ingatkan dah sampai.
Dia ingatkan kita dah terima.
Kita takut nanti dia kata "tak cakap terima kasih pun".
 Dia tak tahu sebenarnya hadiah tu
tak pernah sampai pun kat kita.
Kita nak cakap terima kasih pun tak kena.
Sebab hadiahnya kita tak tengok lagi.
Habis apa kita nak buat ?

 Mohon nasihat anda semua?


53 comments:

  1. ucap aje tima kasih sebab nak bagi hadiah "tapi takat ni tak nampak lagi hadiah tu... mungkin posmen terlupa nak bagi kot", kabo kat dia... tapi kang posmen marah pulak, "bila pulak disuruh aku serah"

    argh! memang susah nak jaga hati semua orang

    ReplyDelete
  2. Kalau kes macam ni.. kena buah bodoh aje lah :D

    ReplyDelete
  3. dh byk kali berlaku..plg byk kad undangan..tak pernah sampai pun..biler dh abes kenduri, dia kol tanye apsal tak dtg..sy ckp tak dpt kad hahahaha..
    p/s : kami salahkan pos men la jawabnya huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Kita mesej dan tanya lagi..'' Mana hadiah yang kau nak kirim kat aku ''..kalau ada pantun kita pantun pantunkan..

    ReplyDelete
  5. Guna ayat paling selamba jer tanya..

    "Kita teringat kat awak, dan teringat awak pernah nak kasi kita hadiah, tapi naper tak sampai-sampai pun?" hehehehe

    ReplyDelete
  6. macam menanti buah yg tak gugur...

    ReplyDelete
  7. Pakngah,

    Kalau dia baca entri ni.. mungkin dia paham.. hehehe...silap2 esok jugak sampai hadiah tu..

    ReplyDelete
  8. 'tapi.. memang nak lah jugak....'
    hehehehe....
    mesti best jugak hadiah ni kan!!??
    tu lah!!! apasal kata..'takyah lah susah-susah....'
    :)

    ReplyDelete
  9. betul gak kan en hamzah... kalau xtanyer takut plak nanti dier ingat kita dah terima hadiah tu... tp xucap ape2 pun... pastu lau xtanye nanti kut betul dier dah poskan tp hadiahnyer xditerima ruginyer...

    ReplyDelete
  10. Emmm.. kenalah tanyer dgn tuan yg nak bagi hadiah tu. Manelah tau kot2 dia lupa...

    ReplyDelete
  11. salam,

    sembang dulu pastu buat2 lah tanya pasal hadiah tu dah lama menanti tu..

    ReplyDelete
  12. salam..
    macam-macam ragam manusia
    yek..?he he..

    ReplyDelete
  13. CEMOMOI

    BETUL .. MEMANG SUSAH NAK JAGA HATI SEMUA ORANG. KALAU ADA REZEKI NANTI .. ADALAH.

    ReplyDelete
  14. SAHROMNASRUDIN

    KESIAN KAT POSMEN .. TAPI ADA JUGA POSMEN YANG MENGHILANGKAN SURAT SAMPAI KENA DAKWA KAT MAHKAMAH LAGI.

    ReplyDelete
  15. ANIF

    KALAU SEKALI SEKALA BUAT BODOH TAK APA, KALAU BANYAK KALI NANTI JADI BODOH BETUL2.

    ReplyDelete
  16. RELEVAN

    NAK MESEJ TU YANG TAK TERSANGGUP TU ! APA PANTUN YANG SESUAI EK ?

    ReplyDelete
  17. salam,
    heeeeeeeeeeee...

    betul gak tuh apa yg difikir2kan
    so, kalau masih berhubung
    kena lah tanya balik
    dah pos ke?
    sebab belum terima

    saya pernah pos kan pada sesorg
    tapi dia diam lak,
    dah terima ke belum?
    saya sms tanya
    memeng sah belum terima
    pos laju problem
    taku2 macam en kata tuh la
    dah dapat diam jerk, bukan nak ucap terima kasih ke apa ke
    padahal kita tak terima kan
    so,

    pendapat saya
    baik bertanya sebab kita akan fikir negetif juga kan

    salam

    ReplyDelete
  18. AZIEAZAH

    TAKUT2 NANTI DIA PUN DAH LUPA DAN TANYA KITA BALIK .. "BILA PULAK AKU NAK KASI HADIAH KAT ENGKAU ?" - LAGILAH MALUNYA.

    ReplyDelete
  19. EKIN

    HARAP-HARAP BEGITULAH .. SIAPA YANG MAKAN LADA DIA TERASA PEDAS.

    ReplyDelete
  20. SAYANGSAYANGIBU

    RASA NAK GONCANG2 JER POKOK TU BIAR BUAH TU CEPAT GUGUR !

    ReplyDelete
  21. DRSINGA

    KITA CAKAP TAKYAH LAH SUSAH-SUSAH TU NAK BERBUDI BAHASA JER KATA ORANG. BUKAN SURUH BETUL2. LAGI PUN DIA TU BUKAN ORANG BANGLA !

    ReplyDelete
  22. HAJARUS

    ITULAH PASAL .. HARAP2 DIA TIDAK TERLUPA.

    ReplyDelete
  23. WEBMASTER@ECHAM

    HARAP2 DIA TIDAK TERLUPA, CUMA KEHABISAN STOK SAHAJA KOT.

    ReplyDelete
  24. PENJEJAK MAYA

    ENTAHLAH BERAT SANGAT LIDAH NI NAK BERTANYA. CUMA KITA TAKUT DIA INGAT KITA DAH TERIMA DAN DIA PULA TERNANTI-NANTI BILA KITA NAK UCAP TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  25. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. BETUL KATA ORANG TUA2, BANYAK UDANG BANYAK GARAM ..!

    ReplyDelete
  26. alamak..lama dh tu x smpai2 lagi hadiah..hehe

    cmne eh? berfikir gak ni. tanya karang, macam kita minta

    tak tanya karang, membazir je dia pos tapi x dpt kat kita..adeiii

    ReplyDelete
  27. BLUECITY

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PANDANGAN YANG BERNAS. SAYA TAHU MEMANG ELOK BERTANYA, TAPI MASALAHNYA SAYA MALU NAK TANYA. BERAT SANGAT RASANYA. TAK TAHU KENAPA ? PATUTNYA DIA BUATLAH MACAM AWAK. SMS TANYA DAH TERIMA KE BELUM.

    ReplyDelete
  28. RED

    SAYA RASA DIA PUN MALU NAK TANYA SAYA. NANTI MACAM DIA MENAGIH UCAPAN TERIMA KASIH PULAK KAN !

    ReplyDelete
  29. Eloklah berterus terang cam ni... Moga2 yang empunya diri membacanya sekaligus menyelesaikan apa yang patut diselesaikan.

    ReplyDelete
  30. KAMARIAH AWANG

    HARAPAN SAYA BEGITULAH, AGAR TIDAK TIMBUL RASA TIDAK PUAS HATI DIA KEPADA SAYA.

    ReplyDelete
  31. hehe.. masalah gak kan, nk beritahu ke x.. tp mungkin empunya diri terbaca n3 ni akan teringat balik nnti..

    ReplyDelete
  32. Cubalah cakap nak bagi dia hadiah. Lepas tu tengoklah dia ingat tak. he he he......

    ReplyDelete
  33. hmmm..nak buat can ne yea... nak tanya malu, tak tanya takut memangnya dah diposkan tapi tercicir kat pos opis plak... tanya je lah abg hamzah..

    ReplyDelete
  34. Salam bang.

    Buat muka stone beritahu dia jadi ke nak bagi hadiah tu sbb sampai skrg tak terima lagi.

    ReplyDelete
  35. MAIYAH

    SAYA BUKAN SANGAT NAK HADIAH TU. TAPI LEBIH KEPADA UNTUK MENGELAKKAN SALAH SANGKA SAHAJA. TAPI KALAU DIA NAK BAGI, SAYA PUN TAK KECIK HATI.

    ReplyDelete
  36. POK LI

    BAGUS JUGA CADANGAN TU .. TAPI SAYA TAKUT HADIAH SAYA DIA AMBIL, HADIAH DIA TAK JUGA SAMPAI.

    ReplyDelete
  37. CHIK NA

    NANTILAH BILA KEADAAN MENGIZINKAN SAYA AKAN TANYA DIA APA SUDAH JADI DENGAN CADANGAN DIA NAK BAGI HADIAH TU.

    ReplyDelete
  38. YB

    SALAM KEMBALI. SAYA TAKUT DIA PUN DAH TERLUPA SEBAB DAH LAMA SANGAT. MANA NAK LETAK MUKA KALAU DIA KATA "ADA KE AKU CAKAP NAK BAGI HADIAH KAT KAU ?"

    ReplyDelete
  39. Ibarat menunggu buah yg tak gugur.. penantian satu penyeksaan.. sabar ye Pak Ngah

    ReplyDelete
  40. NIDA

    SABAR LAH NI .. TU SEBAB BOLEH TAHAN SAMPAI DAH DEKAT SETAHUN !

    ReplyDelete
  41. malu pun ada, segan pun ada dalam kes ni...

    ReplyDelete
  42. ABU MUAZ.

    بنر سكالي واهي سودارا كو

    BETUL TAK EJAAN JAWI SAYA ?

    ReplyDelete
  43. salam tak pernah mengalami situasi macam tu

    ReplyDelete
  44. alahai pakcik hamzah yang bijaksana..
    tetiba sy rasa keadaan yg sukar..

    apa kata cik hamzah call dia..
    tanya alamat dia..
    pakcik hamzah cakap kat dia yang pakcik hamzah nak pos hadiah utk dia..

    settel...

    ReplyDelete
  45. Kena hantar mesej padanya:
    "terima kasih kerana berhajat memberikan hadiah tempoh hari"..Semoga kita bertemu lagi dilain masa..."

    insyaAllah yg lupa akan ingat dan kalau dah hantar akan bertanya khabar..

    ReplyDelete
  46. Astagfirullahazimmm...

    Terima kasih atas n3 ini ...

    sangat bermakna buat saya ...

    ReplyDelete
  47. HAMSINI

    SALAM KEMBALI. BAGUSLAH .. TAPI KALAU TERJADI APA AWAK NAK BUAT ?

    ReplyDelete
  48. ALVIN

    KALAU LEPAS SETAHUN LAGI, TAK TIBA JUGA, SAYA AKAN IKUT NASIHAT AWAK.

    ReplyDelete
  49. LANABULU

    BAGUS JUGA CADANGAN AWAK TU .. TENGOKLAH SEHARI DUA LAGI.

    ReplyDelete
  50. LINDA

    MENGAPA AWAK MENGUCAP PANJANG ?

    ReplyDelete
  51. dah xde rejeki namenyer.. ehehe

    ReplyDelete
  52. EN ME

    DAN KALAU ADA REZEKI KITA .. TAKKAN KEMANA !

    ReplyDelete
  53. Org mcm saya dah dilatih utk jadi muka tebal. Kalau nak guna khidmat saya utk tanya kat org tu, kita boleh runding komisennya hehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.