Monday, May 9, 2011

SAYA RAKAN SYOKNYERBLOGGING YANG PALING SPORTING


SyoknyerBlogging : Forum Komuniti Blogger Masa Kini sedang membuat kontest "Rakan SB yang paling sporting".

Syarat-syaratnya, antara lain adalah:

1) Buatkan satu entry yang bertajuk "Saya Rakan SyoknyerBlogging Paling Sporting".
2) Uploadkan gambar anda yang paling cun,bergaya,macho,comel atau paling cantik skali di entry tersebut
3) Linkkan Forum post ini di bahagian akhir entry anda.

Oleh kerana saya adalah rakan SyoknyerBlogging yang paling sporting, saya ingin menyertai kontes ini, bukan kerana hadiah tetapi kerana saya betul-betul seorang yang sporting.

Tetapi saya ada sedikit masalah untuk memenuhi syarat kedua tentang macho itu, kerana semua gambar saya kebetulannya macho-macho belaka. Tak tahu gambar mana satu yang nak di pilih. Di bawah ini saya upload salah satu gambar yang ada.


Di tepi sebuah tasek di negara Jerman.

Sebelum ini saya pernah memasuki kontes anjuran SyoknyerBlogging dan saya berjaya memenangi hadiah saguhati. Sila klik entri saya tersebut di sini untuk mengetahui apa itu SyoknyerBlogging.

Saya ingin mengesyorkan kepada anda semua memasuki kontest ini kerana hadiah yang ditawarkan (kalau menanglah) adalah sangat menarik. Tetapi sebelum itu kenalah berdaftar dahulu untuk menjadi ahli. Kepada semua rakan blogger, terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, jangan lupa menjadi ahli SyoknyerBlogging dan mengambil bahagian kerana saya percaya selepas itu anda pasti akan mendapat rakan baru.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kontes berkenaan, silalah ke laman tesebut
di sini.


1 comment:

  1. Tetapi saya ada sedikit masalah untuk memenuhi syarat kedua tentang macho itu, kerana semua gambar saya kebetulannya macho-macho belaka.

    .
    .

    kalau macam tu, letaklah gambar awak yg comel

    ;)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.