Saturday, February 19, 2011

PERNAH DENGAR "SYOKNYERBLOGGING" TAK ?.

Syoknyer Blogging

Saya menerima mesej daripada Saudara Thalhah, pemilik laman forum Syoknyerblogging mengundang saya untuk turut serta dalam kontes anjuran laman tersebut.

Dulu sebelum berblog saya pernah aktif dalam sebuah laman forum yang bernama "Teratak Santai" sehinggalah laman tersebut di tutup. Kemudian saya berblog. Baru-baru ini laman forum Syoknyerblogging yang serupa konsepnya dengan Teratak Santai telah di lancarkan .. ia segera mengingatkan kenangan manis saya bersama Teratak Santai dahulu. Saya adalah dikalangan blogger awal yang menjadi ahli.

Laman Syoknyerblogging ini bermatlamat ingin menghimpunkan komuniti blogger masa kini dan juga turut memberi peluang kepada mereka yang belum ada blog untuk turut serta. Kalau saya memasuki laman ini, saya boleh leka kerana macam-macam ada .. tepuk dada tanya selera. Kalau ikutkan mungkin blog pun boleh terabai. Untuk mengelakkan blog saya terbiar, apa yang saya buat ialah, memilih dan menerbitkan semula entri-entri lama saya dengan sedikit ubah suai di laman Syoknyerblogging.

Apa faedahnya join laman ini. Berikut saya kopipes 5 alasan yang saya ambil dari blog Nescafe Ais yang khabarnya bersumberkan blog cikugdahlia.com:

" 5 Sebab kenapa Blogger perlu Join Forum Syoknyerblogging

1. Forum SB menghimpunkan blogger yang senior, mesra, dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada semua.

2. Dengan menyertai Forum SB, jaringan persahabatan anda akan lebih bagus. Anda akan dapat lebih ramai kawan.

3. Di SB, anda dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan di samping mengetahui isu-isu terkini.

4. Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan blog anda kerana kesemuanya memang mesra dan sedia membantu.

5. Menambahkan pelawat ke blog anda. The more the merrier! Semakin ramai anda ajak kawan-kawan anda join, semakin bertambah bilangan pelawat blog, meningkatkan pendapatan blogging anda."


Memang benar .. saya juga banyak mendapat kawan dan follower baru dari penglibatan saya dalam laman forum Syoknyerblogging ini. Pemiliknya iaitu saudara Thalhah juga sangat 'friendly' dan akan melayan soalan kita dengan segera.

Yang paling saya suka bila keluar promo seperti di bawah. Perkataan Pengumuman tu akan di lip-lapkan untuk beberapa ketika.. dan seterusnya diikuti tajuk yang di promosi pada masa itu .. dan semalam semasa saya menderaf entri ini tajuk yang keluar adalah tajuk yang baru saya poskan. Sudah beberapa kali saya mendapat penghormatan itu .


Pengumuman 4 Spesis Manusia. Kenali siapa mereka.



SyoknyerBlogging | Komuniti Blogger Masa Kini


Tak percaya .. ? Silalah lawat laman itu KAT SINI sekarang .. rasakan dan alami sesuatu yang berbeza.



Contest “Syoknyerblogging. Komuniti Blogger Masa Kini” di taja khas oleh Fivio.com dan maribinablog.blogspot.com



.

21 comments:

  1. x pe la walaupun daa tua tapi haty tetap mude kan?kan?kan?
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya akan ke sana selepas keluar dari sini. :)

    ReplyDelete
  3. macam-macam cara nak dapat maklumat dan kawan..

    pernah jg jenguk ke sana..

    ReplyDelete
  4. Nak tengok juga kakak lepas ni. Mana tahu kakak boleh ikut...

    ReplyDelete
  5. memang menarik ya. sayangnya IM tak cukup masa untuk lepak kat situ..

    ReplyDelete
  6. selamat pagi, moga Pak Ngah sihat..

    memancing tak hari ni?

    Saya akan ke sinun..

    ReplyDelete
  7. Salam TH, kita dah daftar tapi sayang dah tak boleh nak login :( kenapa dan mengapa tida jawapannya.

    ReplyDelete
  8. uncle,

    baiklah!


    rasa macam baca iklan promo. uncle memang berbakat! :D

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum

    terima kasih kerana kongsi info tu.

    ReplyDelete
  10. Salam bang,

    Akan bertambah ramailah rakan2 maya abg lepas ni.

    Saya bukan tak nak tapi takut tak terlayan pula nanti. Skrg ni pun curi2 masa nak blogging huhuhu

    ReplyDelete
  11. kome dah join..tapi jarang pulok dah masok sana..

    ReplyDelete
  12. jumpa di sana.. di sana.. di sana..





    .
    .


    .
    .


    klu jumpa laaa. ;D rasa2nya tak jumpa.

    ReplyDelete
  13. saya dah join.... best jugak, tapi tak berkesempatan nak berlama2 an, kat situ..... hmmmmm

    ReplyDelete
  14. PWINCESS LOVEY DOVEY
    KAKCIK
    IKAN EMAS
    KAKZAKIE
    INSAN MARHAEN
    IBUINTAN
    AKUANAKPAHANG
    GADISBUNGA
    AZWEENNOUR
    THALHAH
    YB
    RELEVAN
    KTS
    AYUSHIDA

    TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN KOMEN ANDA SEMUA. KITA JUMPA DI SANA, BAGI YANG DAH BUAT KEPUTUSAN NAK JOIN.

    ReplyDelete
  15. perghhh...detail nie...kalau sy belum join Syoknyer blogging sy dh join tgk entry nie...menarik...

    ReplyDelete
  16. terjah dari SB..kira2 n3 yang masuk contest..g00d luck

    ReplyDelete
  17. saya juga baru register... baru nk kenal suai dgn forum tu.
    thx.. apa2 yang tak tahu, sila tunjukkan nanti...

    terima kasih daun keladi,
    tunjak ahar diharap lagi.

    ReplyDelete
  18. saya pun bukanlah pandai sangat .. pangkat pun baru koperal. tapi kalau awak mesej kat Thalhah pemilik laman tu, pasti awak dapat respon yang memuaskan dari dia.

    ReplyDelete
  19. sapa yg menang kontest dialog tuh? eeeemmm

    ReplyDelete
  20. SHAHJIEHAN

    YANG MENANG CIK SHINJU. LAIN KALI BOLEH MASUK LAGI. TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.