Sunday, February 13, 2011

MAYBANK BERSUNGGUH-SUNGUH INGIN MENAKLUKI KU (entri tertangguh)

Balik kerja ada notis dari poslaju suruh ambil parsel. Bedebar juga .. saman ekor lagi kot. Esok petangnya saya pergi ambil.




Rupanya surat dari Maybank seperti di atas, mengucapkan tahniah kerana dia telah meng'upgraded' saya kepada ke dunia Platinum.

Memetik kata-katanya :

"Congratulations, we've upgraded you to the world of Platinum"

Terima kasihlah kerana bersusah payah meng 'upgraded' kan saya dan juga menaikkan had kredit saya kepada RM42,000. Akan tetapi, saya tidak ingat bila pulak saya minta di upgrade kan !

Di samping itu, dia juga menawarkan sebuah bag yang bernilai RM299 secara percuma dengan syarat saya berbelanja minimun RM5,000 dari bulan September hingga Disember 2010.


Sekeping Kad platinum yang baru ada di selitkan bersama.


Baca dan baca .. terjumpalah apa yang saya cari iaitu kadar yuran. Kad utama - RM550.00 dan Kad Tambahan untuk Makngahnya - RM150.00. Kalau di campurkan jadi RM700.00. Maknanya sebanyak RM700.00 saya kena bayar setiap tahun walaupun saya tidak menggunakannya walau sekalipun. Tak kuasa !

Kepada Tetuan Maybank.

Bukan saya tidak sudi menerima tawaran tuan, tetapi buat apa saya nak bayar RM700 setahun sedangkan bank lain telah memberikan kad platinum juga secara percuma kepada saya dan isteri saya serta had kredit yang lebih tinggi. Kalau Tuan benar-benar ingin menawan saya, berilah tawaran yang lebih baik dari bank pesaing Tuan. Sekian. Terima kasih.

p/s: Lagi satu, apakah tuan sanggup memperuntukkan seorang GRO Relatioanship Manager's khas (VICKY) untuk saya sebagaimana yang di sediakan oleh CIMB kepada saya seperti surat di bawah.




.

38 comments:

  1. huuu...kad kredit menjerut leher IM selama ini...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan,

    Tak usah dilayan mana yg mengenakan annual fees tu. Yg bagi kita free banyak sekarang. Pilih saja. Ada juga yg bila kita hendak cancel merayau-rayu terus bagi free annual fee. Kelakar kan...

    p/s: Sssyyy.... cubalah jengok blog kakak ada award utk tuan tau....

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle...

    Best ooo ade kad kredit platinum..
    Mcm raja..hhehehehe...
    Saya pakai kad debit jek..
    Senang nk nyopping online...

    ReplyDelete
  4. tuan

    maybank memang mesra pelanggan
    nak upgrade apa apa pun sukahati je

    tau tau dah dapat
    CONGRATULATIONS!



    adeh.

    ReplyDelete
  5. kngh tak guna kad kredit.. hihihi!!
    bebas!

    ReplyDelete
  6. Baru semalam baca di FB Tun Dr Mahathir tentang luahan hati seorang pekerja Maybank level kerani dan peon.

    Dia kata Maybank sentiasa mementingkan kemunculan di TV daripada menjaga kebajikan pekerja.

    Kalau tak mahu, uncle pergilah potong. Nnt tak pasal-pasal lak terus je dia charge RM700 tu kan? Dpt handbag Coach 1 utk Mak Ngahnye..huhu

    ReplyDelete
  7. kad kredit saya utk insuran saja...tu pun kdg2 terlebih limit..

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan Hamzah,
    Yuran tu boleh waive kalau tak nak bayar. Masa suami sy di Arab Saudi, bila bil sampai je suruh bayar yuran tahunan sy akan hantar surat suruh they all waive. Selalunya dia akan approve. Memang setiap tahun sy akan buat. Semua bank kita boleh buat. Kalau tak tulis surat talipon pun boleh.Sudah berapa tahun sy dan suami menggunakan kredit kad dan kami tak pernah bayar pun yuran tahunan, hehehehe.

    ReplyDelete
  9. ooo..

    IE pun ada dpt parcelyg kena ambik kat poet ofc.. tp smpai la ni tak ambik lagi sb fikir ka saman ekor..tp bila semak saman tader pulak.

    maknanya..

    mesti tawaran yg sama.
    pertama sb IE guna MBB debit
    tp takder kad kredit ..

    Surat tuan jelas maksudnya.

    sekian, terima kasih

    yg benar

    Ikan Emas

    ReplyDelete
  10. masyallah..... jangan terpengaruh ek

    ReplyDelete
  11. dah ada kad yg tak perlu bayar yuran tahunan, nak buat apa pi tahan leher untuk dijerut, tidaaaaakkkkkk!!!

    saya suka part ada Vicky tu, hehehe

    ReplyDelete
  12. Dahsyatnya MBB..patut la jadi leading bank kat Malaysia nih.
    Kredit kad saya satu pun dah cukup,dah tak mau menambah komitmen..toksah la dok upgrade credit limit ke hapa...lebih baik dok takat tu saja..hati pun senang...hihi

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum uncle

    huhu rm 700? byk tu... MBB memang sentiasa ada agenda tersendiri kan... kena baca betul2 ~

    ReplyDelete
  14. Bayangkan kalau ada 10,000 pelanggan+pasangan menerima tawaran, dah berapa banyak duit percuma bank dapat! 10,000 x RM700! Mereka memang tebar saja jala. Kena pakat jadi ikan yang suka ratah jala.

    ReplyDelete
  15. IM

    BAHAYA TU .. ORANG LAIN JERUT PINGGANG JER !

    ReplyDelete
  16. KAKZAKIE

    WAALAIKUMSALAM..

    YANG HERAN TU ..DIA TAHU PESAING DIA BAGI FREE, DIA MASIH NAK KENAKAN YURAN. TAK CERDIK BETUL !

    ReplyDelete
  17. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    UNCLE SUKA KAD GOLD LAGI .. PLATINUM NI WARNANYA HAMBAR JER !

    ReplyDelete
  18. BONEKADALAMCERMIN

    NAK PULANGKAN SATU HAL PULAK .. KENA BERSESAK2 ! KALAU TAK PULANGKAN NANTI, TAKUT DATANG BIL.

    SAYA DAH POTONG DUA KAD TU DAN PULANGKAN.

    ReplyDelete
  19. AS-SYAMS'

    MEMANG KAD TU DAH JADI ARWAH !

    ReplyDelete
  20. KAKNGAH

    SAYA GUNAKANNYA SEBAB MALAS NAK BAWAK TUNAI BANYAK2 SELAIN MEMUDAHKAN MASA ISI MINYAK KERETA.

    ReplyDelete
  21. MISZ SEPHIA

    DAH POTONG DAN DIPULANGKAN. BARU2 NI DIA TELEFON PULA NAK BAGI LAGI AMERICAN EXPRESS. KATANYA TAK ADA YURAN. UNCLE TOLAK. TAK LARAT NAK MAINTAIN.

    ReplyDelete
  22. AZZA FIRZA

    DIA TAK TIPU TAPI MANIPULASI.

    ReplyDelete
  23. IEDA

    SAYA MEMANG GUNAKAN KAD KREDIT SEPENUHNYA UTK PEMBAYARAN KECUALI TEMPAT TU TAK TERIMA. TAPI SATU KAD PUN DAH CUKUP.

    ReplyDelete
  24. AIDAH

    SALAM KEMBALI.

    KALAU NAK WAIVE KENA BELANJA SEKIAN-SEKIAN. MASALAHNYA SAYA DAH ADA KAD KREDIT LAIN. NAK BUAT APA BANYAK-BANYAK. KAD KREDIT MAYBANK PUN ADA, TAPI BUKAN PLATINUM LAH. YANG WARNA BIRU TU. CUKUPLAH DUA. MAKNGAHNYA DAH ADA SATU.

    ReplyDelete
  25. IKAN EMAS

    SAYA MEMANG DAH GUNA KAD KREDIT SEJAK TAHUN 1981 LAGI. MEMUDAHKAN. SAYA BERDISIPLIN. TAK PERNAH SEKALIPUN BERHUTANG. DAPAT BIL SENTIASA BAYAR HABIS.

    ReplyDelete
  26. DINAS ALDI

    UNCLE SUKA PART LEHER UTK DIJERUT TU !

    ReplyDelete
  27. SITI MURNI

    SETUJU .. KREDIT LIMIT SEKARANG NI PUN TAK PERNAH CECAH LAGI. ALHAMDULILLAH SAYA TIDAK TERGODA DENGAN PUJUK RAYU MEREKA.

    ReplyDelete
  28. MANJE

    WAALAIKUMSALAM

    DIA ORANG AGRESIF BETUL DALAM MEMPROMOSI PRODUK MEREKA. SIAP TELEFON LAGI. UNCLE TAK LAYAN.

    MASA KITA TAK ADA DUIT DULU, TAK NAK PULA DIA ORANG KONTEK KITA.

    ReplyDelete
  29. ABANG TEMUK

    IKAN YANG RATAH JALA TU, PIRANHA LA KOT !

    MEMANG CARA ORANG BUAT BISNESS BEGITU.. KITA SEBAGAI PENGGUNA HARUS BIJAK DAN BERDISIPLIN. ALHAMDULILLAH SEJAK SAYA GUNA KAD KREDIT DARI TAHUN 1981 .. TAK PERNAH LAGI SAYA BERTANGGUH BAYARAN.

    ReplyDelete
  30. Salam Tuan Hamzah,
    Suami sy menggunakan Hong Leong dan Citibank, kedua2 nya platinum. Kami memang jarang sangat menggunakan Kredit kad, kadang tak pernah guna langsung. Sekarang ni tak perlu ada limit berbelanja, kita just boleh waive yuran, tapi kena tulis surat atau talipon. Benda ni dah lama sy buat (dh hampir 5 tahun dah). Benda ni org bank jugak yg ajar, hehehe

    ReplyDelete
  31. AIDAH

    TERIMA KASIH KERANA DATANG LAGI.

    KALAU PUN YURAN TAHUNAN PERCUMA, KITA TETAP KENA BAYAR RM50 CUKAI KERAJAAN. LAGI SATU SAYA MALAS NAK MAINTAIN BANYAK AKAUN .. NANTI TERLEPAS PANDANG TAK FASAL2 KENA PENALTI.

    APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS INFO ITU.

    ReplyDelete
  32. salam pakngah, mgkn pakngah memang pengguna kad kredit maybank, so di'upgrade' kan kad pakngah (rekod memang ada).
    Saya dh kena dua kali dgn maybank jgk, x mohon, tp kad dihantar kepada kita semata-mata kerana kita membuka akaun simpanan dengan mereka. Alhamdulillah, kedua2 kad tu sy terminate sbb mmg xnk guna kad kredit.
    Org yg xreti berjimat mcm sy ni mmg susah kalau guna kad...pantang ada sale nanti...hehehe....

    ReplyDelete
  33. ROSNANIE

    MEMANG PAKNGAH DAH ADA KAD YANG BIASA. WARNA BIRU. JADI AHLI SEJAK 1985 LAGI. SEKARANG INI CIMB JUGA BAGI KAD PLATINUM DENGAN MAKNGAHNYA TANPA YURAN TAHUNAN. JADI BUAT APA NAK TERIMA KAD YANG KENAKAN YURAN.

    TIGA KAD SUDAH LEBIH DARI MENCUKUPI KAN !

    ReplyDelete
  34. aku xpenah apply credit kad pun. tetibe sampai umah kad credit..nasib la smpi kt aku jgk..klu kt org lain??xke haru di buatnye....

    ReplyDelete
  35. CHAZSTYLO

    AWAK BUAT APA NGAN KAD KREDIT TU ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.