memang tak dapat nak buat apa-apa
bukannya tak mahu nak buat apa-apa
tetapi memang tak boleh nak buat apa-apa.
ada juga orang yang macam-macam ada
tetapi tak nak buat apa-apa
bukannya tak boleh nak buat apa-apa
tetapi sengaja tak mahu nak buat apa-apa.
kita yang tak ada apa-apa
kalau tak dapat nak buat apa-apa
orang tak boleh nak kata apa-apa.
tetapi orang yang macam-macam ada
kalau tak nak buat apa-apa
sebab sengaja tak mahu nak buat apa-apa
baiklah jadi orang yang tak ada apa-apa.
oleh itu orang yang macam-macam ada
kenalah buat apa-apa
jangan nanti bila dah tak ada apa-apa
baru sibuk nak buat apa-apa
masa tu nak buat apa?
akan tetapi orang yang tak ada apa-apa
takkan tak nak buat apa-apa
kalau sengaja tak mahu nak buat apa-apa
sampai bila-bila pun kita takkan ada apa-apa!
.
.
....HAMPA........Buah padi tak masuk isi degelar padi hampa..hee...he...padi kecewa....
ReplyDeletesaya tak punya apa-apa
ReplyDeletetapi suka nak buat apa-apa
rasa pulak macam mengada-ngada
bergaya tidak mengikut rupa.....
opo iki?? ayat2 tu sounds mumbling jer....wajib pencen dah ni...betul tak?
ReplyDeleteZUL PERMATANG BADAK
ReplyDeleteBUAH PADI TAK MASUK ISI DIGELAR PADI HAMPA. KELAPA KALAU DAH HABIS DI PERAH SANTANNYA DIGELAR HAMPAS .. DUA2 TAK GUNA !
KAKCIK
ReplyDeleteJANGANLAH BEGITU. TAK SALAH KALAU NAK BERGAYA. KAKCIK MEMANG SELALU MERENDAH DIRI.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteINI LENGGOK DAN GAYA BAHASA ORANG BERJIWA SENI. JIWA AWAK KERAS .. MAKLUMLAH PERAJURIT !
Salam Tuan al-lavendari,
ReplyDeletebaiklah yg tak ada apa-apa
tidak menyakitkan sapa-sapa
dari yg ada apa-apa
tapi tak ada tindakan apa-apa
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSaya tak punya apa-apa..
Semuanya pinjaman semata..
Dari Allah Yang Maha Esa..
ERM.. APA-APA PUN,
ReplyDeleteTIDAK ADA APA-APA.. :)
tak perlu kata apa-apa..senyum jer pepagi ni..
ReplyDeleteBenar, kita tiada apa-apa.
ReplyDeleteSemuanya pinjaman dari yang Esa.
Namun kita akan dinilai dengan tindakan kita di dunia fana.
Seandainya kita tak buat apa-apa, maka kekallah kita di neraka.
Nau'zubillah....
saya tak punya apa-apa
ReplyDeletesemuanya pinjaman dari yang Maha Esa
Bersyukur dengan sesuatu yang kita ada
Moga bertambah berkah dan rezeki sentiasa ada
p/s: penuh makna tersirat entri pakngah ni...
Kenapa kita rasa macam ada apa-apa je kat seseorang sedangkan belum tentu orang tu ada apa-apa kat kita?
ReplyDeleteKalau macam-macam ada..
ReplyDeleteelok la buat apa-apa yang berfaedah..
supaya tak menyesal bila dah tak punyai apa-apa nanti...
kalau org tanya 'kenapa ni'?
ReplyDeletekita jawab 'tak ada APA-APA'..
kalau terlanggar sikit ke, org cakap 'sorry'....
kita jawab tak APA, tak APA..
kalau org berhutang dgn kte, tiba2 die cakap, 'saya tak ada APA-APA'..
patut tak kita APA-APAkan dia?
semoga mereka yang ada apa-apa,
ReplyDeletetahu apa nak buat..
jangan nak ber apa-apa..
nanti katanya tak pa....
saya pun takde apa-apa
ReplyDeletetapi berangan nak apa-apa
kena berusaha tak kira masa
barulah nak ada apa-apa
Ehhh kita macam SEJIWA lak.
ReplyDeleteSaya pun takda apa-apa buat buat masa ni Bang....
entri zero!
Kalu Dah Perangai Suka Mengecek...
dari tak tahu nak buat apa-apa tiba2 dapat idea nak buat apa-apa itu (^_^) setelah baca entri "tak ada apa-apa...!"
ReplyDeleteAs-salam Pakngah..
ReplyDeleteNida tak tahu nak buat apa-apa... tu yang merayap ke sini
saya ada apa-apa
ReplyDeletetapi ntah apa-apa
pada orang yang ada apa-apa
tapi ada apa-apa
pada orang yang tiada apa-apa
syukur pada apa yang ada
saya bukan siapa-siapa
ReplyDeletetapi mahu juga jadi siapa-siapa
walau diri bukan siapa-siapa
apa-apa je la ye uncle. heheh~
al-lavendari..pening nak baca..banyaknya apa apa..he he..
ReplyDeletenak buat camanakan..kita ni tak punya apa apa..
me pun tak de apa2 nak komen tp apa2 yg byk tu mcm tongue twister plak :)
ReplyDeleteKAKZAKIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SETUJU .. KALAU DAH TAK ADA APA-APA, JANGANLAH MENYAKITKAN SAPA-SAPA !
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
KOMEN YANG PENDEK TETAPI TERSIMPUL SEGALA MAKNA.
RAIRUS
ReplyDeleteMANA BOLEH TAK ADA APA-APA. BILA AWAK KOMEN CAM TU, AWAK MESTI ADA APA-APA.
PAKCIKLEE
ReplyDeleteKALAU SENYUM TU MESTI ADA APA-APA !
ZOOL@TOD
ReplyDeleteKALAU BEGITU KITA WAJIB BUAT APA-APA UNTUK MENGELAKKAN KITA MASUK KE SANA !
YUS
ReplyDeleteSYUKURLAH AWAK DAPAT MEMAHAMI MAKNA YANG TERSIRAT SEBAB ADA ORANG INGAT PAKNGAH MERAPU.
AIDA ALI
ReplyDeleteNI BAHAYA NI CIKGU .. SAH PENYAKIT PERASAN ATAU SYOK SENDIRI.
CIK SHINJU
ReplyDeleteITULAH BENDA YANG UNCLE TULIS DAN PESANKAN.
KALAU TAK ADA APA-APA BARU NAK BUAT APA-APA, APA GUNANYA.
JEJARI HALUS
ReplyDeletekalau org berhutang dgn kte, tiba2 die cakap, 'saya tak ada APA-APA'..
patut tak kita APA-APAkan dia?
AWAK BUATLAH APA-APA YANG PATUT KAT ORANG YANG CAKAP MACAM TU !
ROM
ReplyDeleteDULU-DULU MEMANG ADA ORANG YANG SUKA KATA TAK PA .. TAK PA
SEKARANG APA NAK KATA ? ORANG YANG CAKAP PUN DAH TAK ADA. CAKAP APA-APA PUN DAH TAK GUNA.
MONALEA
ReplyDeleteSETUJU .. KALAU NAKKAN APA-APA KENALAH BERUSAHA !
AZIEAZAH
ReplyDeleteDAH LAMA DAH KITA SEJIWA ! HEHE
AS-SYAMS
ReplyDeleteAWAK NAK BUAT APA TU ?
NIDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
AWAK MERAYAP KAT SINI PUN TAK ADA APA-APA. KALAU DATANG LAGI NANTI, BAWAKLAH APA-APA !
IKAN EMAS
ReplyDeleteKALAU BEGITU AWAK BUKANLAH TAK ADA APA APA TAPI AWAK MACAM-MACAM ADA.
GADISBUNGA
ReplyDeleteAWAK NAK JADI SIAPA .. TAK KESAHLAH AWAK NAK JADI MACAM SESIAPA ASALKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA.
KAK ERNA
ReplyDeleteTAK KAN BACO BANYAK TU PUN PONING .. BANYAK MAKAN LIMAU GONG XI FA CAI KOT !
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteBAHASA MELAYU PUN ADA TONGUE TWISTER JUGA .. TAK KAN ORANG PUTIH JER ADA "SHE SELL ...." KAN !
Apa apa jerlah Pak Ngah niee hahahaha
ReplyDeleteApa itu Skim Cepat Kaya ?
MIECYBER
ReplyDeleteKITA TAK ADA APA-APA NAK BERI KAT AWAK .. APA-APA PUN BOLEHLAH KAN ?