Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEKASIH !

http://segalaceritera.com/atik/wp-content/uploads/2010/12/buang-bayi.jpg

Pemandangan seumpama ini sudah mula menjadi fenomena biasa.


Entri ini TIDAK ditujukan kepada pembaca yang BUKAN berugama Islam.

Sesiapa yang menyambut hari kekasih (atau Hari Valentines) pada hari ini adalah orang yang BODOH.  Itu  kata Cik Shinju seorang blogger muda dalam entrinya kat sini.  Saya setuju.

Seorang lagi blogger bernama Azza Firza yang baru berusia 15 tahun mengatakan hari itu adalah HARI SYAITAN dalam tulisan yang juga pedas kat sini pula. Dan saya juga setuju.  Suruhlah sesiapa yang bercadang hendak menyambutnya membaca kedua-dua entri tersebut ! (Sebenarnya banyak lagi entri yang bernada serupa .. tetapi saya hanya memilih dua sahaja)

Saya tertarik dengan tulisan kedua-dua anak itu (pangkat anak kepada saya)  .. kerana ia lahir dari rasa hati orang muda. Kalau orang tua macam saya yang tulis, mungkin ada yang kata saya sudah nyanyuk atau tidak mengikuti peredaran zaman.

Allah melarang kita menghampiri zina.  Kalaulah zina tu ibarat virus H1N1 yang membawa maut, sudah pasti tiada siapa yang ingin mendekatinya.  Katalah di Singapura pada masa ini sedang merebak penyakit H1N1 .. beribu-ribu orang mati, pasti ramai yang bimbang walaupun hendak ke Johor Baharu. Sedangkan zina itu lebih buruk dan dahsyat kesannya berbanding  kuman H1NI tetapi MALANGNYA ramai yang memandang ringan.

Kalau serangan virus HINI mungkin pesakit sahaja yang menderita dan mati, tapi zina akan menatijahkan kemusnahan kepada keturunan dan  juga kaum yang mengamalkannya.  Gambar di atas sebagai amaran atau petanda awal kepada kemusnahan itu.

Hari kekasih yang dingati hari ini merupakan jalan pintas yang menghampirkan pesertanya  kepada zina yang dilaknat oleh Allah SWT.

Jadi ucapan selamat menyambut hari kekaksih pada tajuk entri ini bukan untuk hari ini, tapi adalah untuk hari esok. Hari ini nak buat apa. Tak ada kena-mengena dengan kita yang berugama Islam. Besok adalah 12hb Rabiul Awal hari kelahiran kekasih kita yang sejati,  Nabi Muhammad SAW.

Dengan itu marilah kita bersama-sama menentang dan membanteras dengan keras, sambutan hari kekasih pada hari ini, mengikut cara dan kemampuan kita.



bighandesign

.

p/s: saya mendapat logo di atas dari blog Fairus bin Mamat di sini.


..............................................oo0oo..........................................

Award pertama tahun 2011.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4yg8GOMSjARdB-K5tyfLh5U-P7-lXdNBtyD_TOSLutvjFbFdNCekULpj3CE-mRa86nO_pTLg0EhWE8eGvi34T8ZixTQ41z2QomU24CnV7bRBu59ydDGNsNPdEWS5PfW69Tru0FZpgNGWI/s1600/My_favorite_blog.png

 Saya mendapat award dari Kakzakie pemilik blog Titisan Nurani. Terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang penerima award serta 'citation' yang sungguh 'generous' dengan puji-pujian. Walaupun dia membahasakan dirinya Kakzakie tetapi saya percaya dia jauh lebih muda dari saya kerana beliau masih lagi sering bermain badminton dengan keluarganya.
Sedangkan saya main karom pun dah tak larat nak jentik striker !

.

55 comments:

  1. Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri Radiyallahu ‘anhu : Rasulullah bersabda: Nescaya Kamu akan mengikuti jejak langkah mereka (Yahudi & Nasrani)sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah apakah yg kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Rasulullah bersabda: Kalau bukan mereka siapa lagi?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Orang kita kalau bab mengikut benda2 yang orang lain bawak memang suka sangat. Mereka rasa merekalah orang2 moden.

    Kita harus menyedarkan anak-anak kita tentang hari kekasih ni.

    ReplyDelete
  3. salam..

    setuju sangat..tapi itulah anak remaja sekarang..tak fikir baik buruk hanya pandai mengikut je..agama ditolak ke tepi..

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum Tuan,

    Pertama tahniah dah ambil award tu. Kedua, valentine's day nampaknya ramai yg sudah mendapat pencerahan. Insya-Allah kalau ada peringatan ia sekurang-kurangnya dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  5. pak ngah
    nak sebut dan tulis pasal sambutan tu pun sya tak minat

    sangat bangga dgn anak anak muda yg ada kesedaran seperti mereka mereka tu

    ReplyDelete
  6. itulah. skang kat kalendar kuda tu siap ada mark hari kekasih. punya la taksub.

    ReplyDelete
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya mengambil kira didikan agama kepada anak muda wajib diutamakan agar mereka tahu membeza antara yang hak dan yang bathil

    Segala sesuatu yang dilakukan hendaklah berteraskan kepada akidah Islam yang sebenarnya. Sebaliknya jika tidak, maka tamadun manusia itu akan runtuh dan masyarakat akan rosak akhlak

    ReplyDelete
  8. saya rasa banyak org muda zaman sekarang ni dah mula buka mata akan bahaya zina. syukur..

    hidup ni macam roda. kalau seketika dulu org muda byk dikaitkan dgn kerosakan, tapi ini zaman kebangkitannya pula. saya suke!

    terima kasih kepada org sezaman dengan uncle sebab beri kepercayaan kepada org muda (ehem!) macam GB. ngeee~

    ReplyDelete
  9. Ada lagi beberapa sambutan di Malaysia ni, yang tak sepatutnya di buat..atau boleh dibuat, cuma perlu lebih terkawal....tapi tak apalah, start with the valentine's day 1st..

    ReplyDelete
  10. Salam Uncle...

    Mekasih.. (idong terkembang plak dah..hnshhh..)

    Selamat Hari Maulidur Rasul gak..


    p/s - Ayah saya meninggal dunia pada hari Maulidur Rasul..12 Rabiulawal 1428H..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum tn haji..terima kasih mengingatkan

    ReplyDelete
  12. main golf lagi best dari sambut valentine...

    ReplyDelete
  13. Salam Maulidur Rasul..

    esok pepagi datangla berarak dari Padang MPS ke Masjid Negeri

    ReplyDelete
  14. Hari lain contohnya Tahun Baru dan Hari Merdeka, mesti akan adanya konsert2 yang sudah tentu menjadi tumpuan orang ramai..sudah tentu tunggu pukul 12 malam kan, tunggu 'countdown'..lepas habis sambut tu, sambut 'acara' lain pulak..

    Ya Allah, jauhilah kami dari semua perkara2 yang terkutuk itu..amin..

    ReplyDelete
  15. Oh..saya tak rasa pape pun pasal Valentine ni. Sama macam hari-hari lain..
    Thn ni special skit sbb TPM ajak dating..lalalala..hehe

    ReplyDelete
  16. mari kita sebar2kan betapa teruknya akibat terhadap sambutan yang diagung2kan itu oleh orang Islam sendiri itu.

    ReplyDelete
  17. Salam Tn Hj,
    jom kita raikan maulidurrasul dengan mengubah sikap, menjadikan akhlak rasulullah sebagai idola. Selawat dan salam buat junjungan besar dan sbg umatnya di akhir zaman ini, perbanyakkan doa mudah2an Allah pelihara kita. Amin..

    ReplyDelete
  18. Esok adalah hari ulangtahun kelahiran kekasih yang agung....

    ReplyDelete
  19. Salam bang,

    Khutbah Jumaat di Kuala Lumpur dan saya difahamkan di seluruh Selangor minggu lepas juga menekankan haramnya menyambut hari valentine ni. Masalahnya org yg sambut ni sebahagiannya mereka yg tak pergi solat Jumaat.

    ReplyDelete
  20. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Marilah kita mengamalkan sunah2 baginda.

    ReplyDelete
  21. valentine day...biasanya remaja sekarang sambut just utk suka2 tetapi secara perlahan2 ia menjadi semakin parah...macam kanser!

    ReplyDelete
  22. Saya hebahkan link tuan di blog saya.

    TQ.

    ReplyDelete
  23. SALAAM BANG. TKASIH KERNA BACKLINK KE BLOG SAYA. APA2 PON TQ PADA EMPUNYA BANNER BIGHANDDESIGN YANG MEMBUAT BANNER TERSEBUT.

    ReplyDelete
  24. salam :)

    alhamdulillah
    andai dr awal lagi dah sedar dan ambil tahu akan perkara tersebut. sekarang zaman makin maju makin banyak dugaan. hmm. terpulang kepada diri masing2 untuk nilai mana yang terbaik disisiNya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  25. KAMSIAH

    PANDUAN SUDAH ADA .. PERINGATAN SUDAH ADA .. MODEL SUDAH ADA. HAIRANNYA MASIH JUGA ADA YANG TERSASAR !

    ReplyDelete
  26. KUNANG-KUNANG

    WAALAIKUMSALAM.

    KALAU SUKA MENGIKUT, KENAPA TIDAK MENGIKUT CONTOH YANG BAIK .. KENAPA CONTOH YANG TIDAK BAIK SAHAJA YANG DIIKUT.

    NAMUN SAYA BERSYUKUR KERANA MASIH LAGI RAMAI ANAK MUDA YANG TIDAK TERPENGARUH.

    ReplyDelete
  27. CIK SHA

    SALAM KEMBALI

    BUKAN ANAK REMAJA SAHAJA .. KADANG2 PERANGAI ORANG TUA LEBIH DAHSYAT LAGI. CONTOHNYA TENGOKLAH KES ATUK ROGOL CUCU SENDIRI BARU2 INI.

    ReplyDelete
  28. KAKZAKIE

    WAALAIKUMSALAM.

    SAMA2LAH KITA MEMAINKAN PERANAN. HATI SAYA TENTERAM SEDIKIT BILA BACA BANYAK BLOG ORANG MUDA YANG MEMBUAT KEMPEN MENENTANG SAMBUTAN HARI INI. MOGA2 ADA KESANNYA. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  29. SSI

    PAKNGAH PUN SANGAT BANGGA BILA MEMBACA BANYAK BLOG DAN FB ORANG MUDA YANG MEMBUAT KEMPEN MENENTANG SAMBUTAN HARI INI.

    ReplyDelete
  30. TIJAH

    KALENDAR KUDA TU PUN SATU HAL .. TAPI LAMA KELAMAAN ORANG DAH TAK KESAH. ABANG PUN GANTUNG GAK KAT RUMAH !

    ReplyDelete
  31. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    SAYA SETUJU .. NAMPAKNYA PIHAK BERWAJIB LEBIH RISAU KALAU EKONOMI NEGARA RUNTUH ATAU LEMBAB.

    ReplyDelete
  32. GADISBUNGA

    UNCLE PERCAYA FB DAN BLOG BOLEH MEMAINKAN PERNANAN YANG BESAR DALAM HAL INI. LIHAT SAHAJA HOSNI JATUH KERANA PENANGAN FB.

    ReplyDelete
  33. DADDY ZIYYAD

    MEMANG BANYAK LAGI .. KALAU KEMPEN MENENTANG HARI INI BERKESAN, BOLEHLAH DIPANJANGKAN KEPADA SAMBUTAN2 YANG LAIN.

    ReplyDelete
  34. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    DAH KUNCUP LUM HIDUNG AWAK ?

    SEMOGA ROH AYAH AWAK DIHIMPUNKAN BERSAMA ROH ORANG2 YANG SOLEH.

    ReplyDelete
  35. ROM

    WAALAIKUMSALAM.

    SAMA2LAH KITA INGAT MENGINGAT KERANA MELAYU MUDAH LUPA.

    ReplyDelete
  36. MENTIBANG LAUT

    BAGI KAKI PANCING LAGI BAGUS MEMANCING !

    ReplyDelete
  37. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    MAAF TAK DAPAT TURUT SERTA.

    ReplyDelete
  38. JEJARI HALUS

    LEPAS NI KITA LANCARKAN KEMPEN MENENTANG SAMBUTAN HARI MERDEKA DAN TAHUN BARU PULAK.

    ReplyDelete
  39. MISZ SEPHIA

    TPM TU STAND FOR WHAT ? LEPAS AWAK BERITAHU, SAYA AKAN PERTIMBANGKAN SAMADA NAK JELES ATAU TIDAK !

    ReplyDelete
  40. MASZUBER

    KITA SEBARKAN DIK ALANGAN KELUARGA KITA DAN RAKAN2 BLOGGER KITA.

    ReplyDelete
  41. KHAI

    SALAM KEMBALI

    SATU SERUAN DAN HARAPAN YANG SAYA KONGSI BERSAMA.

    ReplyDelete
  42. KAKCIK

    BETUL .. HARI ESOK YANG SEPATUTNYA KITA RAIKAN DAN HAYATI AJARANNYA.

    ReplyDelete
  43. Uncle, Timbalan Perdana Menteri.
    Hehe..kn Dun sebelah nk ade PRK. Dia dtglah..hehe

    ReplyDelete
  44. YB 1

    BETUL MINGGU LEPAS ITULAH TEMA KHUTBAH JUMAAT. ABANG SEMBAHYANG KAT MASJID IKRAM.

    HARAP2 YANG SEMBAHYANG JUMAAT TAK SAMBUT SAMA.

    ReplyDelete
  45. YB 2

    BETUL .. DISAMPING MENGAMALKAN SUNNAHNYA, KITA JUGA PERLU MENINGGALKAN LARANGANNYA.

    ReplyDelete
  46. JUNAINA

    MULA2 SUKA2 .. LEPAS TU MEMBUDAYA. MACAM ORANG KETAGIH DADAH JUGA BERMULA DENGAN SUKA2 JUGA.

    ReplyDelete
  47. BUNGACAHAYA

    DIPERSILAKAN ! T.K ATAS MINAT ITU.

    ReplyDelete
  48. FAIRUS

    SEMOGA PENCIPTA BANNER ITU MENDAPAT PAHALA DARI USAHA BAIKNYA ITU.

    ReplyDelete
  49. SAR

    SALAM KEMBALI

    MARI KITA GUNAKAN KEMUDAHAN IT UNTUK MELAWAN BUDAYA YANG BERTENTANGAN DENGAN UGAMA DAN BUDAYA KITA.

    ReplyDelete
  50. MISZ SEPHIA 2

    OWH DIA .. UNCLE TAK JELES PUN ! HEHE

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikom wtb tuan. Ana tak sampai hati elihat bayi yang tidak berdosa di buang begitu sahaja. Anugerah tuhan di permain-mainkan dan di keji sebegitu rupa. Ini yang dikatakan oleh Nabi bahawa di akhir zaman nanti diantara ummat ku, terdapat sifat diseluruh umat diantara kaum Nabi Adam as hingga Nabi Musa as terdapat di kalangan umamt akhir zaman. Nauzubillah...

    Allahhuakabar...betapa dosanya kita. Setiap ummat islam akan disoalkan atas perkara ini nanti.


    JazakaAllah

    ReplyDelete
  52. MUSAFIR ISLAM

    WAALAIKUMSALAM

    MARI KITA GUNAKAN KECANGGIHAN ICT UNTUK MENENTANG KEZALIMAN ITU .. MUDAH-MUDAHAN ADA KESANNYA.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW SAYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.