Dalam entri saya yang lalu ada tekateki. Walaupun ia telah lama berada di pasaran, masih ada yang tidak tahu jawapannya. Tidak mengapa. Tekatekinya adalah:
"Apa benda kalau kita jalan, dia jalan; kalau kita berhenti, dia jalan dan kalau dia berhenti, kita jalan"
Jawapannya: Jantung kita.
Saya ingin berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog dan teristimewa mereka yang memberi komen kepada entri terjadual saya mengenai keselesaan menaiki MAS tempoh hari. Saya dah balas semua komen anda di dalam entri itu dan juga entri terdahulu.
Sekarang masuk entri seperti tajuk di atas.
Dulu saya pernah buat entri tentang lawatan ke Terengganu yang penuh dengan makan-makan. Entrinya di sini. Kali ini pun serupa juga. Itu sebab perut saya dah macam labu. Kalau nak tengok ..sila pergi ke sini pulak.
Kali ini nak kurangkan sikit cerita dan gambar tentang makan-makan. Mari kita lihat sebahagian gambar yang sempat dirakam untuk membantu penceritaan.
Gambar 1. Hidangan pertama selepas mendarat. Dia orang macam tau-tau jer kita lapar!
Gambar 2: Habuan makan malam sambil di hembus bayu malam yang menyegarkan.
Gambar 3: Habuan makan tengah hari .. sup kambing herba atau sup herba kambing ..
dah lupa pulak !
Gambar 4: Saya suka melihat dan juga mengagumi arkitektur bangunan di sini.
Sangat cantik dan terserlah kehalusan ukiran ketimurannya.
Gambar 5: Lihat betapa indah dan mempersonakan seni bina dan ukiran bangunan
terminal lapangan terbang Kuala Terengganu.
Gambar 6: Sebahagian lagi bangunan lapangan terbang tersebut yang sangat cantik rekabentuknya dan penuh berseni.
Gambar 7: Bahkan badan basnya pun turut diubahsuai mengikut citarasa tempatan.
Gambar 8: Saya sempat juga singgah di kedai batik Noor Arfa membeli kelawar 4-5 ekor.
Gambar 9: Bilik penginapan yang menghadap laut juga cukup mendamaikan mata memandang walaupun duit telah banyak melayang.
(Gambar ambil sendiri dengan sebelah tangan kiri .. takkan dua belah tangan kiri pulak)
Gambar 10: Saya puji hotel ini (Primula) kerana ia sesuai untuk orang Islam. Lihat tandasnya ada paip untuk cebok dan di sebelahnya ada paip untuk mengambil wuduk. Sepanjang pengalaman saya, inilah satu-satunya hotel yang pernah saya jumpa yang menyediakan paip untuk berwuduk. Kalau tidak kenalah angkat kaki ke dalam sinki.
murah rezeki, alhamdulillah..
ReplyDeletenampak peningkatan dari segi bentuk badan tuan dan konco2 yang lain..hihi..
uiks, i m the 1st!
ReplyDeleteJEJARI HALUS 1 & 2
ReplyDeleteMEMANG NAMPAK JELAS TUMBESARAN KE ARAH SISI .. HEHE
INI KALI PERTAMA AWAK NO. 1 .. TAHNIAH.
assalamualaikum tn haji...
ReplyDeleteseronok terengganu kan..bangga rakyat terengganu ada seorang wira segagah azizulhasni awang...
tengganu memang best hahaha...saya dr Kemaman. lain kali datang lagi...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Tuan,
ReplyDeleteTak kan beli kelawar je. Kena ikat kuat-kuat takut terbang pulak tak sempat Mak Nagh nak menggaya.
Makanan tu yang kakak tak boleh tahan tengok....
assalamualaikum
ReplyDeleteseronoknya dapat pergi ke sana.
makanan sudah pasti sedap..dan nampaknya dah semakin cantik..
i like this entry :) me memang suka layan pics :) sedapnya nasi kerabu tu :)
ReplyDeleterestaurant terapung tu memang terapung atas sungai/laut ke? di area mana di KT yer restaurant tu?
ReplyDeletePrimula mmg best kan uncle..swimming poolnyer yg menarik.owh ye,psl tempat wuduk..kat umah lydia pun ada cam tu.dulu masa sampai doha jakun gak jmp tempat wuduk ni..hihi
ReplyDeletemakan-makan-makan..
ReplyDeleteTgh fikir malam ni nak makan ,,,apa kat mana
oh. ada juga kedai yg menjual kelawar ya? menarik!
ReplyDelete:)
wahhh...kuala terengganu cintaku pernah tumpah di sana. telah lama jua tidak berkesempatan ke sana...mungkin suatu hari nak pegi melepas rindu...
ReplyDeletewahhh...besaq ikan(yg terhidang)!!!
السلم عليكم ورØمة الله
ReplyDeleteSaya belum pernah lagi ke KT, teringin juga nak pergi. Cantik pemandangan laut tu, bang haji..:)
Salam Al-lavendari,
ReplyDeleteBila sebut Primula, teringat nasi dagangnya, best dan original.
salam kenal,
ReplyDeletehmm nasik kerabu faveret Gua tu :)
Pakngah nya sama lah macam saya..kalau pergi mana2, lebih tertarik dengan senibina...:)
ReplyDeletesinggah Noor Arfa beli hadiah untuk Makngah nya yer..
saya memang suka dengan terengganu.
ReplyDeletesebab ada pulau2nya...
bestnye pergi trengganu... makanan sedap dan masih murah
ReplyDeletesinggah lagi di pagi Jumaat ni,
ReplyDeleteIE dah pernah jumpa satu hotel yg bukan setakat punya paip utk wuduk tetapi juga disediakan dengan Al-Quran, Surah Yassin,Sejadah Telekung , Kain Pelikat, kain batik...malah Kedengaran azan setiap kali masuk waktu..
seronoknya tuan haji.... nasik kerabu tu cukup menyelerakan.... semoga tuan haji sihat hendaknya...
ReplyDeletesuka la mak ngah dpt 4,5 ekor kelawar :)
ReplyDeleteAs salam Uncle..
ReplyDeleteAiseh...lapo tgk makanan2 tu..
Nape kembar siam Uncle bergambar camtu? Uncle tarik rambut dia ekh?
Salam bang,
ReplyDeleteIni yg buat saya nak ke Trengganu ni. Kalau tak weekend ni weekend depanlah pergi sana
Tapi kalau pergi weekend dapat 2 hari 1 malam ajelah. Tak mcm abg yg pergi 3H/2M. Puas dapat makan dan shopping.
ReplyDeleteNak bawa emak Adam beli kelawar 2-3 ekor jugalah.
ReplyDeleteA'kum (bermaksud assalamualaikum, bukan "Avde Kokhavim U Mazzalot")
ReplyDeleteBaru saya tau...heheheh! Saya follow tuan. Saya tak minta balasan tapi sudi-sudilah singgah ke blog saya yang tidak seberapa nak ada bagusnya...
Kampung Tok Ki saya di Setiu, Terengganu.....=)
ROM
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
KITA DARI NEGERI LAIN PUN TUMPANG BANGGA JUGA.
YATIE AWANG
ReplyDeleteLAIN KALI NAK DATANG DENGAN FAMILI PULAK.
KAKZAKIE
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
SELAIN DARI KELAWAR ADA JUGA BELI KERPOK LEKOR !
AZWEENNOUR
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
MEMANG BANDAR KT SANGAT CANTIK DAN UNIK DAN TENTERAM.
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteNANTI SAYA BUAT ENTRI MASUKKAN BANYAK GAMBAR.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteTAK ADALAH TERAPUNG MACAM TEMPAT ORANG BELA IKAN DALAM SANGKAR. CUMA TERLETAK ATAS AIR JER. TAK JAUH DARI TEMPAT MONSOON CUP TU.
LM
ReplyDeletePRIMULA MEMANG BEST .. RASANYA MANA2 BILIK DAPAT TENGOK LAUT.
IKAN EMAS 1 & 2
ReplyDeleteMEMANG BANYAK HOTEL YANG ADA BENDA2 YANG AWAK CAKAP TU. RASANYA ENTRI SAYA SEBELUM INI PUN PERNAH SAYA TULIS. CUMA SAYA BELUM JUMPA ADA HOTEL YANG BUAT PAIP AIR KHAS UNTUK BERWUDUK LAGI.
KTS
ReplyDeleteBUKAN KELAWAR BETUL2 .. TAPI BAJU WANITA YANG BILA DI PAKAI NAMPAK MACAM KELAWAR.
JUNAINA
ReplyDeleteSAYA MUNGKIN AKAN KERAP PERGI KE SANA DENGAN FAMILI KALAU HIGHWAY DAH SAMPAI KAT KT.
ABD RAZAK
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
SELURUH DUNIA UST DAH PERGI TAPI KT BELUM PERGI .. BIASALAH TU ! SAYA CADANGKAN PERGI 4-5 HARI BARU PUAS.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteMEMANG DUA2 PAGI SAYA MAKAN NASI DAGANGNYA .. MEMANG ORIGINAL RASANYA.
REPUBLIK N9
ReplyDeleteSELAM KEMBALI.
ORANG N9 KE ?
SITI MURNI
ReplyDeleteSAYA MEMANG MEMINATI SENIBINA .. MINAT SAHAJA TAPI TAK TAHU BERTUKANG.
YA .. ADALAH BELI SEHELI DUA BAJU UNTUK DIA DAN ANAK2 JUGA.
MASZUBER
ReplyDeleteMEMANG AWAK SUKA MENGEMBARA .. SAYA PULA SUKA MEMANCING. SAYA SUDAH PERGI KE TASIK KENYIR UNTUK MEMANCING RASANYA DAH LEBIH 30 KALI.
IBUINTAN
ReplyDeleteMAKANAN DAN BATIKNYA MASIH MURAH LAGI BERBANDING KAT SOMBAN.
ATIE
ReplyDeleteBERTAMBAH-TAMBAH SIHAT DAN TEMBAM LAGI SEKARANG.
CHIK NA
ReplyDeletePAKNGAHNYA PUN SUKA BILA TENGOK MAKNGAHNYA SUKA. HEHE
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MANA ADA TARIK RAMBUT DIA .. TENGOK GAMBAR TU BETUL2 ! TAK USIK PUN DIA.
YB 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. JANGAN LUPA BELI KERPOK LEKOR KAT GERAI NO. 88.
YB 2
SAPA YANG DAPAT STOP AWAK KALAU NAK PERGI SEMINGGU KAT SANA.
YB 3
KALAU BAWA EMAK ADAM LAGI BAGUS, BIAR DIA PILIH SENDIRI. KALAU KITA PILIH KADANG2 DIA TAK SUKA.
MOMMY FARA
ReplyDeleteORANG TERENGGANU JUGA YE ! SAYA SUKA ZIZAN.
SAYA DAH MASUK BLOG AWAK .. SAYA SUKA CARA TULISAN AWAK YANG BERIRAMA DAN PENDEK2. JIKA ADA KESEMPATAN SAYA AKAN SINGGAH LAGI.
Salam Tn Hj,
ReplyDeleteAlhamdulillah ... murah rezeki..
.. memang Tn kalau gi ganu memang kena beli "kelawar" tu 2 ,3 ekor..
mmmmm.....
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BETUL .. KALAU GI GANU MESTI BELI BATIK DAN KERPOK .. KALAU TIDAK, MACAM TIDAK SAH PULAK.
Salam kenal pakNgah..No walaupun anak Terengganu tak pernah lagi makan kat Rest Terapung tu hehe..lalu je sll..tp rasanya lame beno dh tinggalkan tanah trg since kawen dan pindah randah..rindu pula rasanya..
ReplyDeleteNORHAFIZA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA PAST ENTRY SAYA.
SAYA SELALU TERUJA KALAU PERGI OUTSTATION KE TERENGGANU .. NAK MAKAN CELUP2, NASI DAGANG, KERPOK LEKOR DSB.