Wednesday, February 16, 2011

BARU 4 TAHUN .. DAH HAMPIR JADI ISTERI TAUKEH.

Semalam saya dah rancang nak pergi memancing. Tapi kedua-dua kawan sepemancingan saya tak dapat pergi. Lalu saya dikerah  diminta oleh Makngahnya pergi repair  basikal anak saya yang rosak. Mestilah kan .. kalau tak rosak nak repair buat apa  !

Lepas LTDL hari tu, anak saya tu minat pula nak main basikal. Layan sahajalah.

Ingat tak entri saya pasal Mat Bangla yang baru 4 tahun dah jadi taukeh ? Kali ini saya nak cerita skrip yang lebih kurang sama. Mungkin lebih menarik lagi. Dulu kisah Mat Bangla sekarang kisah Minah seberang yang baru 4 tahun  berada di bumi bertuah ini sudah hampir menjadi isteri taukeh. Umurnya saya kira lebih kurang baru 25 tahun.

Semasa menunggu giliran basikal anak saya direpair, saya perhatikan ada seorang Minah tu sibuk semacam. Nak kata kuli tak macam kuli. Sesekali "dia" melihat pekerja yang merepair basikal seraya memberi arahan, tunjuk ajar serta menegur forman yang tak betul buat kerja.  Saya kagum juga kerana seorang anak gadis boleh mengarahkan forman apa patut dibuat. Dari percakapannya saya rasa "dia" bukan orang sini.

Sesekali "dia" sibuk mengangkat kotak dan menyusun-atur barang2 yang terdapat di dalamnya. Pada masa yang lain, dia juga menentukan harga dan menerima bayaran. Ada ketikanya "dia" melihat komputer dan menaip sesuatu di papan kekunci untuk meliht stok barangkali.

Ini menimbulkan minat saya untuk menyiasat siapakah gerangan "dia". Bila ada kesempatan saya bertanya.

"Orang Sabah ke ?"  ..  saja saya tanya begitu untuk mencungkil tempat asalnya.

"Tak .. orang Bali" jawapnya pendek.

"Owh" kata saya.

 "Dia boyfriend saya" sambungnya sambil memandang kepada Mr J taukeh kedai itu. Saya agak terperanjat juga dengan jawapan dia sebab Mr J tu berbangsa Tionghua. Lalu saya terlihat rantai berlambang salib tergantung di lehernya. Lambang itu melenyapkan keteperanjatan saya tadi.

"Dah berapa lama datang Malaysia" saya bertanya lagi dengan penuh curious

"Dah 4 tahun.." jawabnya.

Saya tak berani nak tanya lebih-lebih, sebab nampak macam Mr J tak berapa suka saya berbua-bual lebih-lebih dengan GF dia.


Gambar 1: Nasib baik Haiqal tak ikut saya ... kalau dibuatnya dia hendak yang ini, 
pereh di buatnya. (pereh = teruk, dalam loghat NS)


Gambar 2: "Dia" sedang tawar menawar dengan seorang pelanggan cilik.




Gambar 3: "Dia" kelihatan sedang menekuni komputer.




Gambar 4: Budak kita sedang merepair brek basikal anak saya, setelah di arahkan oleh "dia" yang berasal dari Bali yang baru 4 tahun berada di Malaysia.

Alahai bangsaku !



p/s: oh ya .. kalau nak tahu cerita Mat Bangla tu, enrtinya kat sini !




.




68 comments:

  1. Assalamualaikum Uncle...

    Saya dah baca n3 pasal bangla tu...
    Agaknya kalau orang kita pergi merantau ke negara orang mungkin gigih mcm tu gak...Bila dok kat tempat sendiri rase selesa jer kan,nak2 segala mak nenek subsidi disuapkan...Saya baca pasal orang2 kita yang merantau ke New Zealand n Australia kebanyakkannya berjaya...buka restoran la,motel la..

    ReplyDelete
  2. Bismillahirahmanirrahim,

    Salam pakngah,

    Sempat pula pakngah ambil gambar "dia" tu ye? Tak perasan ke "dia"..

    Tulah, rezeki ada di mana-mana. Kita saja yang perlu berusaha mendapatkannya kan pakngah.

    ReplyDelete
  3. wow..tn hj..seksinya dia...bf dia cina erk..maknanya dia indon non muslim la kan..lupe plak saya yang bali mmg tak ramai org Islam kan huhuhuhh

    ReplyDelete
  4. Salam bang,

    Patutlah Mr J jatuh hati. Seksi giler hehehe

    ReplyDelete
  5. seksi.

    patut la.

    biasanya yg asal dari bali jarang ada yg seagama kite kan?

    ReplyDelete
  6. Alaa bang. Apa salahnya belikan Haiqal basikal yg elok sikit. Untung2 dia boleh gantikan Anuar Manan satu hari nanti.

    Kalau nak praktis boleh guna jalan Bukit Putus tu aje ngeeee

    ReplyDelete
  7. Oh ya nak tambah satu komen lagi.

    Mungkin Mr J gunakan 'dia' sebagai penarik pelanggan ke kedainya.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya perniagaan kedai basikal kembali rancak. Kalau dahulu perniagaan begini sudah hampir mati.

    Mungkin faktor Anuar Manan, LTDL dan Azizul Hasni Awang membuat basikal kembali diminati. :)

    "Budak kita sedang merepair brek basikal anak saya, setelah di arahkan oleh "dia" yang berasal dari Bali yang baru 4 tahun berada di Malaysia." --> Tak mengapa buat kerja dari bawah dahulu.. Mungkin satu hari nanti "Budak" ini akan jadi taukeh kedai basikal. Insyallah.

    ReplyDelete
  9. biasalah.. orang negeri lain lagi rajin dari bangsa kita.
    saya pun xpaham kenapa. tu dia boleh cari makan kat bumi malaysia ni

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum THJ..

    Baca N3 bang haji kali ni teringat akan basikal saya dalam setor, tayarnya dah lama bocor tidak saya gantikan..

    Kiranya lepas ni nak berbasikal semula untuk riadah petang-petang..

    ReplyDelete
  11. pakcik~nak basikal yang berharga rm12 ribu itu~boleh~

    hoih~mahal yang amat!

    ReplyDelete
  12. woho! byk dah org2 luar senang sbb kawin dgn org m'sia..ambik kesempatan secara takdisengajakan.. :D

    ReplyDelete
  13. -saya ada kenal sorang bangla ni, dah dah ada mini market sendiri! Setelah 10 tahun duduk Malaysia.

    ~malaysia memang bumi bertuah. Rakyatnya sahaja yg tak tahu menghargai nikat Allah.

    -org Bali 99% agama Hindu.

    ReplyDelete
  14. wow,

    seksi kaedahnya minah bali itu. tarikan yang mungkin menjadi kepada regular customer yang datang ke kedai apek itiew.

    rasanya dekat rumah apek itu ada tak nyonya tunggu dan menjaga serta membesarkan anak2?

    ReplyDelete
  15. Mr J tak marah ke Tuan ambil gambar GF dia tu? :)

    ReplyDelete
  16. KAT MALAYSIA NI MACAM2 BOLEH BUAT.. ORANG KITA SAJA YANG MALAS NAK CARI KERJA ATAU MENIAGA.. (PS : AGAK2 JE LAH..)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum


    wah..mewahnya golongan pendatang di negara kita.

    apa nak buat.orang kita kalau berniaga adalah sifat hasad dengki..

    mereka ini saling membantu sebab itu lebih maju dari kita..

    maju dari segalanya.

    ReplyDelete
  18. Di daerah ini, saya telah menyaksikan beberapa orang "dia" telah menjadi taukeh untuk beberapa perniagaan. Mungkin orang "kita" kurang pandai merebut peluang atau mungkin tidak mahu mengambil peluang. Dan seperti biasa, orang "kita" lebih gemar makan gaji dengan "dia".

    ReplyDelete
  19. basikal semahal itu? hisshh...

    ReplyDelete
  20. jangan2 lepas ni Pak Ngah pulak beli basikal untuk diri sendiri, boleh servis selalu kat kedai tu..


    pereh.. lamo dah tak donga

    ReplyDelete
  21. KAZAZTAN TEAM

    MUNGKIN GEMPA BUMI BERUKURAN 20 SKALA RICTHER YANG BOLEH MEMBANGUNKAN MEREKA DARI KEENAKAN TIDUR ?

    ReplyDelete
  22. CIK SHINJU

    WAALAIKUMSALAM

    SETUJU .. KEBANYAKKANNYA BERJAYA. TAPI RAMAI JUGA YANG MASIH BERADA DI TAKUK LAMA .. CUMA BERTUKAR SETTING SAHAJA.

    ReplyDelete
  23. as salam AL..
    memang 'dia' tu 'pandai'

    ReplyDelete
  24. YUS

    SALAM KEMBALI

    AMBIL GAMBAR MENGGUNKAN KAMERA HENFON .. CURI2 .. BUAT2 MACAM NAK HANTAR MESEJ. TAK GUNA FLASH. MACAM SPY LEMAN PULAK ! HEHE

    ReplyDelete
  25. ROM

    MEMANG DIA NON-MUSLIM. KAN SAYA DAH KATA DIA PAKAI SALIB !

    ReplyDelete
  26. YB 1

    SEKSI GILER TAK PE .. JANGAN GILER SEKSI. HEHE

    YB 2

    ABG RASA SERIBU RINGGIT PUN DAH MIHAL, INIKAN PULAK DEKAT 13 RIBU. TAK KUASA ..

    YB 3

    KEMUNGKINAN TU ADA JUGA .. TAPI TARIKAN ABANG KAT RUMAH LAGI KUAT.

    ReplyDelete
  27. GADISBUNGA

    YANG TAK SEAGAMA DENGAN KITA LEBIH SEKSI DARI ITU PUN ADA !

    ReplyDelete
  28. ANIF

    HARAP2 BEGITULAH .. TETAPI SAYA AGAK SKEPTIKAL SIKIT KERANA KAT SEREMBAN NI TAK JUMPA PUN SEBUAH KEDAI BASIKAL ORANG KITA.

    ReplyDelete
  29. BUN_NEE

    KADANG2 TU YANG BUAT SAKIT HATI BILA DIA ORANG TAK HORMATI MALAH KUTUK2 KITA KAT NEGARA DIA ORANG.

    ReplyDelete
  30. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    ELOKLAH BERBASIKAL TU UNTUK KELUAR PELUH DAN KESIHATAN JANTUNG.

    SAYA KELUARKAN PELUH MELALUI SAUNA SAHAJA BUAT MASA INI.

    ReplyDelete
  31. kalau ikutkan, saya pun nak ambil orang macam 'dia' kerja dengan saya.

    kalau diikutkan yang sama bangsa dengan saya ni, suruh lap cermin tingkap kiri kedai, tingkap kiri jelah dia lap.

    tapi nak buat macamana, kesian pula anak bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Tuan,

    Realitinya kakak sendiri berdepan bangasku dan bangsa "dia". Bangsaku ada sedikit (mungkin banyak - malu nak kata) malas. Bangsa "dia" siang kerja, malam buat part time. Ada yg jadi cashier kat Jusco, Giant, petrol kiosk.

    Lagi pula yg perempuan tak malu nak mengurat dan menggedik, tak kira apa bangsa, janji fulus ada....

    ReplyDelete
  33. BUJAL X

    BAIK BELI KERETA KELISA TERPAKAI DARI BELI BASIKAL TU ..

    ReplyDelete
  34. MAKDARA

    YANG DISENGAJAKAN PUN BANYAK .. SAYA SENGAJA TAK NAK ! HEHE

    ReplyDelete
  35. DADDY ZIYYAD

    WALAUPUN SAYA DULU ALIRAN SAINS SOSIAL KAT U, NAMUN SAYA TAK ADA IDEA KENAPA KITA JADI BEGINI.

    SEDIH .. YANG MEREMPIT KITA, YANG MENAGIH KITA, YANG MERAGUT KITA, YANG BUANG BAYI KITA. SEMUA KITA JUARA.

    ReplyDelete
  36. MASZUBER

    SOALAN AWAK TU SAYA KENA BUAT PENYIASATAN LANJUT ! HEHE

    ReplyDelete
  37. FAIRUS BIN MAMAT

    TEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK KE MUKA SENDIRI .. AWAK TAHU DAN SAYA PUN TAHU. BUKAN AGAK2 LAGI.

    ReplyDelete
  38. AZWEENNOUR

    WAALAIKUMSALAM

    NASIB BAIK BILANGAN KITA MAJORITI LAGI, KALAU DAH MINORITI, TAK TAHULAH APA NAK JADI.

    ReplyDelete
  39. ZOOL&TODD

    MEMANG MENGAIBKAN .. DIMANA SALAHNYA. SAYA PUN TAK PASTI. TAPI NASIB BAIK RAMAI JUGA ORANG KITA YANG BERJAYA MENJADI USAHAWAN TULEN.

    ReplyDelete
  40. NORH

    TU KIRA MURAH .. KALAU YANG DIGUNA MASUK OLIMPIK TU, BERATUS RIBU HARGANYA.

    ReplyDelete
  41. IBUINTAN

    MAKNGAHNYA JAAAAAAUH LEBIH CANTIK LAGI ! HEHE

    ReplyDelete
  42. KAK ERNA

    SALAM KEMBALI

    PANDAI NAK HIDUP .. SEBAB MEREKA BERDAGANG DI TEMPAT ORANG.

    ReplyDelete
  43. IZAWATI

    KALAU SAYA NAK TOLONG, SAYA DERMA SAHAJALAH. MUDAH2AN DAPAT PAHALA DAN TAK SAKIT HATI.

    ReplyDelete
  44. KAKZAKIE

    WAALAIKUMSALAM

    BEGITULAH KEADAANNYA KALAU ORANG SUSAH DATANG KE TEMPAT ORANG SENANG. BERBEZA DENGAN ORANG YANG SENANG PERGI KE TEMPAT ORANG SUSAH. DAN DITEMPAT KITA, SEGALA2NYA SENANG.

    ReplyDelete
  45. laa..

    ingat yg pertama tadi..rupa-rupanya dah ke 47...tertinggal lg !

    ...bab 4 thn nk jadi bini tokeh tu,tak heran sebab ada byk kes yg tak sampai 4 thn dari maid dah terus jadi mem besar..


    eh..sempat tuan intai gf tokeh tu ye ?..teringin nak buat calon jadi maid ke ?...makngahnya nampak ke ?..

    ReplyDelete
  46. ops tlg bgtau haikal bulan Mac 13hb ada Jelajah berbasikal sampai ke Nilai ...setelah menjelajah Johor,Melaka,Phg...

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum
    Salam ziarah.Mungkinkah orang kita yg tidak tahu bersyukur? sentiasa hidup dalam kesenangan lalu mudah lupa diri..?
    Orang asing bukan saja rajin tapi bijak merebut peluang..

    ReplyDelete
  48. org kita dah sangat sangat selesa di bumi sendiri

    ReplyDelete
  49. Itu lah dia..dia yang bijak dengan situasi..

    ReplyDelete
  50. IKAN EMAS 1

    MAKNGAHNYA TAK IKUT .. MANA MAHU DIA TU JADI MAID SAYA. DIA SEKARANG DAH JADI GF TOKEH BESAR YANG MASIH MUDA!

    IKAN EMAS 2

    HAIQAL KECIK LAGI NAK IKUT SERTA .. DIA BARU TAHUN 4. BASIKAL DIA TU MAIN KAWASAN RUMAH JER.

    ReplyDelete
  51. PINATBATE

    WAALAIKUMSALAM

    KESEMUA ORANG LUAR BIJAK MEREBUT PELUANG DAN SEBAHAGIAN ORANG KITA MENSESIAKAN PELUANG.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH BUAT KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  52. MONALEA

    SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENSELESAKAN MEREKA ?

    ReplyDelete
  53. RELEVAN

    MUNGKIN GENERASI KEDUA DAN KETIGA MEREKA NANTI JADI MACAM ORANG MUDA KITA SEKARANG KOT !

    ReplyDelete
  54. untung minah tu... ari tu sya lalu lavendar height dari pilah ke senawang..siap ambik gambar lg kat bulatan tu..hehe

    ReplyDelete
  55. bagusla....
    dia ada misi dan visi yang jelas

    ReplyDelete
  56. MENTIBANG LAUT

    MEMANG KAT BULATAN TU CUKUP CANTIK AMBIL GAMBAR .. BANYAK ORANG TERMASUK PENGANTIN PERNAH SAYA LIHAT BERGAMBAR DARI SITU. DARI BULATAN TU KE RUMAH SAYA CUMA SEPELAUNGAN SAHAJA JARAKNYA. KALAU AWAK JERIT NAMA SAYA DULU, MUNGKIN SAYA BOLEH DENGAR.

    ReplyDelete
  57. ABU MUAZ

    KITA PUN ADA BANYAK MISI .. KALAU TAK PERCAYA PERGI TENGOK KAT HOSPITAL ! HEHE

    ReplyDelete
  58. HAMIZAH

    BETUL ... KITA REDA DIA ORANG REDAH !

    ReplyDelete
  59. tak pasal2 kena baling kayu plak jerit dari situ...

    ReplyDelete
  60. MENTIBANG LAUT

    TAKA ADA SAPA BERANI BALING KAYU KALAU AWAK JERIT NAMA SAYA ... SEBAB SAYA KETUA SAMSENG KAT SITU. HEHE

    ReplyDelete
  61. Umurnya saya kira lebih kurang baru 25 tahun.


    .
    .

    kira guna kalkulator hp kah?

    ReplyDelete
  62. KTS

    MANA ADA GUNA KALKULATOR .. KITA GUNA SEMPUA LAH !

    ReplyDelete
  63. Saya penah pegi kat Ansan Korea...orang2 dari Indonesia mendominasi kawasan tu...kedai makan,tokey je org korea..pekerja semua org Indonesia.
    Org kita?? Tak de bang...tak jumpe punnn.....

    ReplyDelete
  64. YASTRO

    KALAU NEGARA KITA SUSAH MACAM INDONESIA, MUNGKIN RAMAI ORANG KITA MENCARI REZEKI DI SANA. SEKARANG NI BUAT APA NAK SUSAH2KAN DIRI, SEMUANYA DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN.

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum tuan,

    Di bali, rata2 nya non muslim walau rupa dan kulit memang nampak macam melayu totok.

    Malaysia memang sangat lubuk rezeki emas bagi warga pendatang (yg izin@tanpaizin). Mereka seboleh2 bekerja keras mengaut peluang yg ada...

    Kita pun sama tuan, kalau rajin usaha..InsyaAllah..=)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.