Tuesday, February 15, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 3 - AKULAH JUARA ...




















1. Tajuk Entri: AKULAH JUARA ..

2. Tarikh Disiarkan: 13 Januari 2011

3. Nama Blog: Berjalan... Melihat... Mentafsir.

4. Nama Pena: Far_red

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link: http://mohdfarid87.blogspot.com/2011/01/akulah-juara.html

7. Sedutan Entri:

"Kehidupan di alam rahim bukanlah kehidupan yang asing kerana kita semua pernah melalui alam tersebut. Proses ini telah jelas dinyatakan dalam Surah Al Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha sucilah Allah, pencipta yang paling baik"

Daripada perspektif sains pula, proses kejadian ini telah dihuraikan melalui kajian-kajian yang telah dijalankan. Pada entri kali ini, saya rasa tertarik untuk berkongsi proses penciptaan manusia daripada saat pertemuan sperma bapa dengan telur ibu, hinggalah ke minggu ke-36 kehamilan untuk renungan kita bersama"

Entri ini agak panjang kerana ia memperincikan proses kejadian manusia dari saat mula sehingga sampai saat kelahiran .. lengkap dengan gambarnya sekali.

8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini sesuai dengan sambutan ulang tahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Saya anggap ia sebuah entri yang lengkap kerana menggabungkan penemuan sains dengan kebenaran ayat-ayat Allah di dalam al-Quran yang menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam penciptaan manusia .. bagi yang mahu berfikir.

9. Kesimpulan:

Saya tidak ingin membuat kesimpulan baru kenapa kita dikatakan juara kerana kesimpulan yang dibuat oleh Far_red sudah amat cantik sekali. Marilah kita renung dan insafi apa yang ingin disampaikan oleh penulis.


"Penciptaan manusia adalah sebaik-sebaik kejadian. Secara peribadi, saya berasa amat kagum dengan proses penciptaan ini yang amat sempurna membuktikan keesaan Allah yang mampu menciptakan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Namun dalam memahami proses kejadian manusia ini, pernahkah kita terfikir kita semua sebenarnya adalah juara?.

Daripada beribu-ribu saudara kita yang berenang bersama-sama di dalam rahim, kitalah yang paling kuat dan bertuah kerana terpilih untuk menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Persoalan yang tinggal sekarang, setakat mana amanah itu kita telah laksanakan?. Saya tinggalkan persoalan tersebut untuk renungan kita bersama."


Selebihnya anda boleh baca di sini.


.............................oo0oo................................


Kita Juara, Kita Khalifah,
Jangan Terleka, Musuh Bersepah.


Selamat Menyambut Hari Maulidul Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam.

.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJg5dhLShE_I76fWIgqNacRyU3oe7IWyFPO_qfbAC5npbNt4O_6WQYSoGHoacMbUY9TWe8L4c3o244LXMbdtrCC16LFEzFA_9SKUYBzHRVZ5Z64-c6ROCyImFGfOqK1sr5PKgxaKhZT9gR/s1600/36+weeks.jpg

17 comments:

  1. syukur.

    kita dijadikan dengan proses yg teratur dan lengkap...

    salam maulidur Rasul

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    Selamat menyambut Malidur Rasul. Terima kasih kerana berkongsi catatan yang menarik itu. :)

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul juga en hamzah... :)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum AL-LAVENDARI

    Syukur, manusia dijadikan sebaik-baik kejadian. Apatah lagi kita yang juga diberi nikmat iman & Islam. Hibanya hati dengan kisah pengorbanan dan kesabaran nabi Muhammad SAW. Semoga kita mampu mendukung dan terus menjulang segala tinggalan baginda, demi kasih sayang kita terhadapnya.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    selamat menyambut maulidur rasul juga buat Pak Ngah sekeluarga

    ReplyDelete
  6. kite semua hero!

    salam maulidurrasul uncle! :)

    ReplyDelete
  7. dan manusia itu ciptaan sempurna dari allah cuma kita jarang gunakan kesemournaan itu

    ReplyDelete
  8. Salam Maulidur Rasul,

    mari berarak bersama.

    ReplyDelete
  9. salam - selamat menyambut maulidur rasul...sangat kagum dengan ciptaan Illahi

    ReplyDelete
  10. السلم عليكم ورحمة الله

    Dua belas Rabi’ul Awwal,
    Ianya adalah waktu kelahiran Pemberi Syafaat,
    Empunya keagungan yang tinggi,
    Yang mendapat pembelaan Allah.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan selamat menyambut maulidur rasul.

    Kita memang juara, antara beribu yang hadir, hanya kita yang mampu lahir di dunia yang indah ini.

    Terima kasih kepada ibu dan ayah dan beribu syukur kepada Allah subhawanuwataala.

    ReplyDelete
  12. assalam Al-lavendari..
    salam maulidurrasul..terima kasih berkongsi n3 yang menarik tiu..
    lumrah alam..ada yang baru dilahirkan..dan ada juga yang dijemput pergi menemui penciptanya.

    ReplyDelete
  13. Assalammualikom wtb tuan mulia, Khaifahaluka? Salam ziarah ke blog tuan. Ana suka membaca segala bahan bacaan diBlolg tuan.

    Salam Maulidul Rasul. Tunaikan hak-hak saudara muslim. Sambung kerja Nabi, kekalkan dah dahwah dalam setiap kehidupan.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  14. IKAN EMAS
    KAKCIK
    HAJARUS
    ABANG TEMUK
    IBUINTAN
    GADISBUNGA
    MAMAI
    MASZUBER
    SONATA ANAK KANCIL
    UST ABD RAZAK
    KUNANG-KUNANG
    INSAN MARHAEN
    KAK ERNA
    MUSAFIR ISLAM

    SAMBUTAN MALIDUL TELAH PUN DIJALANKAN SINI. MARILAH KITA MENGHAYATI AJARANNYA DENGAN MELAKSANAKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALAKAN LARANGAN SEPANJANG MASA UNTUK KEBAIKAN KITA DUNIA AKHIRAT. DAN JUGA SEPERTI KATA ABG TEMUK SEBAGAI MENUNJUKKAN KASIH SAYANG KITA YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADANYA.

    ReplyDelete
  15. Salam.

    Terima kasih kerana memilih entri ini sebagai perkongsian dengan rakan-rakan blogger yang lain...

    ReplyDelete
  16. FAR_RED

    SALAM KEMBALI

    SAYA GEMBIRA BILA AWAK TIADA HALANGAN. MEMANG ENTRI AWAK TU KOMPREHENSIF SEKALI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.