Monday, February 7, 2011

SUAMI JANGAN GARANG SANGAT - NANTI MENGANDUNG !




Dah dengar ke kisah ni ? Kalau dah dengar pun apa salahnya dengar lagi sekali.

Ini kisah seorang suami yang sangat garang kepada isterinya. Silap sikit, tangan naik ke muka. Ada pun akan isterinya tersangatlah takut akan suaminya.

Suatu hari suami ada masalah dalam perut. Dia pun pergilah berjumpa doktor. Doktor Singa suruh dia bawa urin untuk dibuat ujian keesokan harinya.

"Malam ni encik puasa mulai jam 10 malam .. besok bangun pagi, masukkan urin ke dalam tabung ini", nasihat doktor sambil memberi sebuah tabung kepada si suami ini.

Seperti diarahkan, si suami pun berbuatlah begitu.

Di pendekkan cerita, esoknya selepas ujian dibuat, Doktor pun memandang muka si suami tadi dengan muka sedikit berkerut, seraya berkata ..

"Inilah kes pertama saya pernah jumpa sepanjang saya menjadi doktor selama 18 tahun .. "

Si suami tadi terasa sangatlah risau lantas memintas dengan bertanya ..

"Kenapa doktor. Serius sangat ke sakit saya ni"

"Tidaklah serius ... cuma awak di dapati mengandung sahaja", terang doktor sambil memandang tepat biji mata si suami tadi. Akan si suami tadi amatlah terkejut apabila mendengar berita itu.

Di pendekkan cerita lagi, si suami tadi lantas balik ke rumah dan terus duduk termenung. Isterinya risau lalu mendekatinya seraya bertanya.

"Mengapa abang termenung panjang"

Si suami pun segera menjawab. "Hasil ujian air kencing abang tadi, abang di sahkan mengandung" dan menyambung menungannya.

"Tak masuk akal, kenapa jadi begitu" tingkah isterinya.

"Entahlah .. Doktor tu pun pelik .. Tapi ujian air kencing abang menunjukkan begitu" .. isterinya terdiam dan selepas beberapa ketika si suami menyambung lagi ..

"Abang tak risau sangat tentang mengandung tu, kalau itu sudah di takdirkan .. apa yang abang risaukan, baby itu nak keluar nanti ikut mana".

Isterinya tersenyum secara perlahan dan akhirnya ketawa lalu berkata ..

"Sebenarnya air kencing abang tu telah tertumpah oleh saya. Lalu saya gantikan dengan yang saya punya. Saya takut nak bagitahu abang, sebab abang mesti mengamuk dan melesing saya" terang isterinya sambil bersedia untuk menepis lesingan.

" .. tak sangka pulak saya dah mengandung .." sambung isterinya lagi.

Muka si suami yang tadinya kelihatan sugul beransur-ansur tersenyum dan terus berkata.


"Kenapa apa awak tak cakap siang-siang .. buat panik saya jer"

Selepas dari peristiwa itu, si suami tadi telah berubah menjadi seorang suami yang penyayang macam saya.

.

54 comments:

  1. nampak kelakar tetapi terselit pengajaran...itu kalau yang mahu berubah kalau hatinya sudah sekeras kerikil...hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya...

    ReplyDelete
  2. dia tak cakap siang-siang sebab suami dia suka dia cakap malam-malam

    hehehhe

    ReplyDelete
  3. eh haha, ada ke pulak..ooo mengandung test air kencing ja ke??

    ReplyDelete
  4. mana yu dapat kisah ni bang...?

    :)



    .

    ReplyDelete
  5. hehe...tau pun panik si suami tu yer...tu la asyik nak melesing isteri je...hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam Tn Haji,
    Senyuum selesai baca..
    ngeeeeh3..

    ReplyDelete
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    Ada pengajaran di sebaliknya..:)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah...terkeluar air mata gelak pslcerita ni uncle.tp memang sgt berguna utk peringatan kpd semua lelaki.blh lydia minta izin siar cerita ni tak uncle?lydia bg link blog uncle nnt.bg kredit.blh tak uncle?

    ReplyDelete
  9. Ada jek laki pregnant..
    Kat hawaii..heheh..

    ReplyDelete
  10. As-Salam...hohohoh hehehehe hahahaha... sampai keluar air mata saya gelak baca kisah ni...

    sebenarnya bukan lawak sahaja..memang mengandungi pengajaran yang tersembunyi...
    bagi mereka yang mendalami
    maksud kisah ini..

    nurazzah8

    ReplyDelete
  11. kelakar plak if betul2 suaminya mngndung... :)
    lelaki misteri la kirenya... :)

    ReplyDelete
  12. kihkihkih. macam saya kat ayat last tu yg tatahan tu...

    ReplyDelete
  13. Hikhikhik!
    kalu Abang Hamzah jadi suami yang baik macam tu, saya tingin nak jadi isteri yang kreatif macam bini orang tu..

    hahahahhaa...

    Moga mereka mendapat cahayamata yang cemerlang.. aminnnn
    Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

    ReplyDelete
  14. nasib isterinya tak garang

    .
    .
    .



    kalau tak mesti suaminya yang mengandung. kot.

    :D

    ReplyDelete
  15. Baru nak tanya...nanti nak tempah bidan mana?

    ReplyDelete
  16. JUNAINZ

    MANUSIA PASTI AKAN BERUBAH BILA SAMPAI MASANYA DAN ADA ORANG YANG TAHU CARA MENGUBAHNYA.

    ReplyDelete
  17. IKAN EMAS

    ADA ORANG TU SUKA CAKAP SIANG MALAM. HEHE

    ReplyDelete
  18. IMANSHAH

    ENTAH SAYA PUN TAK TAHU .. SAYA BELUM PERNAH MENGANDUNG LAGI. MINTA2 JANGANLAH. HEHE

    ReplyDelete
  19. TASEKM

    SAYA DAH LUPA SUMBERNYA .. TU SEBAB TAK DAPAT BAGI KREDIT.

    ReplyDelete
  20. RELEVAN

    FAHAM KE ORANG RUSIA LAWAK SAYA NI ?

    ReplyDelete
  21. heehe.. hadoi, cmna la keadaan gua klu mengandung..

    ReplyDelete
  22. SITI MURNI

    DIA PANIK SEBAB TAK TAHU BABY NAK KELUAR IKUT MANA. PASAL MENGANDUNG TU DAH RAMAI ORANG LELAKI 'MENGANDUNG' TERMASUK SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  23. La.. Igt kan betul2 kejadian. ish2

    ReplyDelete
  24. KHAI

    SALAM KEMBALI.

    SAYA HARAP YANG KAKI LESING TU AMBIL IKTIBAR.

    ReplyDelete
  25. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    LA'LLAKUM TATAFAKKARUN.

    BETUL KE UST B.ARAB SAYA TU ?

    ReplyDelete
  26. LYDIA MIZA

    SILAKAN DAN JGN LUPA BAGI KREDIT SPT DIJANJIKAN. HEHE

    ReplyDelete
  27. CIKSHINJU

    AGAKNYA PASAL DIA GARANG SANGAT KAT ISTERI DIA KOT !

    ReplyDelete
  28. NURAZZAH

    SLAM KEMBALI.

    SAYA PERCAYA SEMUA PEMBACA DAPAT MESEJ DALAM CERITA INI.

    ReplyDelete
  29. GADISBUNGA

    SUWIT MACAM TUKANG CERITA KAN !

    ReplyDelete
  30. NANIE

    KUDA LAUT KATANYA YANG JANTANNYA MENGANDUNG. BETUL KE ?

    ReplyDelete
  31. TIJAH

    SUSAH JUGA NAK BAGI AWAK TERGELAK TERKIKIH-KIKIH.

    ReplyDelete
  32. AZIE

    TAK PAYAH TUNGGU SUAMI MACAM TU BARU NAK KREATIF .. BILA2 PUN BOLEH KREATIF. HEHE

    ReplyDelete
  33. KTS

    KALAU ISTERINYA GARANG MUNGKIN SUAMINYA MENGANDUNG.

    ReplyDelete
  34. CKLAH

    BIDAN HOSPITAL COLUMBIA KAT SEREMBAN 2 !

    ReplyDelete
  35. haha..kelakar..tu la ..suami jgn garang2 sgt..hehe

    ReplyDelete
  36. nak ngandung gak la camni..biar suami bertambah sayang... wekekeke....

    ReplyDelete
  37. citer ni sweet +kelakar, tp pic tu sgt gross--geli me tgk sbb rasa buruk benor tgk lelaki perut boyot gitu :p

    ReplyDelete
  38. haha, lawak. btw the pregnant mr lee dlm gambo tu still pregnant since last time i viewed website tu in 2003 hehehe. nampak sgt tipu

    ReplyDelete
  39. sangat menarik! buat apa nak garang2 tak tentu pasal especially bila ada isteri yg baik :)

    http://kisahberuang.com/

    ReplyDelete
  40. WAALLLA !

    ZAMAN SEKARANG RAMAI JUGA ISTERI YANG GARANG ! HEHE

    ReplyDelete
  41. MAMA ZHARFAN

    LELAKI PERUT BOYOT BEGITU MERUPAKAN FENOMENA YANG SANGAT BIASA DI LIHAT DI MANA-MANA TERMASUK PERUT PENULIS ENTRI INI. HEHE

    ReplyDelete
  42. ZILA ZUL

    MUNGKIN DIA BUNTING GAJAH KOT !

    ReplyDelete
  43. @IN

    SILAKAN .. PERAHU SUDAH DI AIR, DAYUNG SUDAH DI TANGAN!

    ReplyDelete
  44. PAPA BEAR

    MUNGKIN YG GARANG2 TU ADA MASALAH MASA DIA KECIK2 DULU AGAKNYA.

    ReplyDelete
  45. alahai..ingat betullah si suami mengandung tadi..hehe

    Banyak pengajaran dari kisah ini

    ReplyDelete
  46. YUS

    MUSTAHIL KE TAK MUSTAHIL ORANG LELAKI MENGANDUNG ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.