Hari tu, saya pergi memancing di kolam berbayar dengan seorang kawan kat Lukut. Di pendekkan cerita kita tak dapat ikan seekor pun. Usahkan nak dapat, pancing kita ditariknya pun tidak. Tapi sebagai pemancing tegar, itu tak jadi hal (walaupun hati di dalam sebenarnya bengkak bukan kepalang).
Dulu saya pernah memancing di sini dan mendapat ikan. Entrinya ada di sini kalau tak percaya.
Gambar 1: Sebahagian dari kolam memancing.
Air tenang jangan disangka ada ikan !
Bagi memenuhi masa lapang, sebab dah bayar untuk 3 jam , saya cuba mengambil gambar kapalterbang yang lalu, menggunakan kamera henfon saya. Banyak pulak yang lalu. Lupa pulak nak kira hari tu. Kiranya hebat jugalah KLIA ni. Tak putus-putus kapalterbang mendarat. Ada yang berjaya dirakamkan dan ada juga yang tidak.
Gambar 2: Percubaan pertama. Gagal merakamkan kapalterbang yang lalu.
Gambar 3: Cuma nampak gambar ekor kapalterbang sahaja. Nampak tak ?
Gambar 4: Dapat lagi tangkap gambar dia.
Nampak tak gambarnya di hujung daun kelapa tu !
Nampak tak gambarnya di hujung daun kelapa tu !
Gambar 5: Ini satu lagi yang saya berjaya tangkap.
Harap maaf. Gambar di bawah ini agak biadap sikit, tetapi terpaksa juga tunjukkan rupa gambar kaki pancing.
Gambar 6: Gambar kaki pancing yang sebenar.
Berbalik kepada cerita kapalterbang tadi. Rupanya bila dia nak mendarat, laluan yang diikuti semuanya sama. Seolah-olah ada garisan di udara. Padahal langit tu terbentang luas. Terbalik pulak kita yang bawa kereta di atas muka bumi ini, walaupun jalan telah ditandakan dengan garisan putih, kadang-kadang ada juga yang terbabas.
Pengajarannya:
1. Memancing mengajar erti kesabaran serta keredhaan menerima rezeki yang ditentukan Allah. Kita cuma berusaha, Allah yang memberi rezeki.
2. Kalau kita nak selamat menuju destinasi, ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan. Kalau di dunia, aturan pemerintah dan kalau di akhirat aturan yang telah ditetapkanNya.
p/s: dah baca lum entri semalam ? kalau tak baca rugi ooo !
.
p/s: dah baca lum entri semalam ? kalau tak baca rugi ooo !
.
.
.
Betul2 punya kaki pancing! :)
ReplyDeletelama tak ke sini....saya pun suka memancing... he....
ReplyDeleteada rasa takut nak belek gambar pelepah kelapa tu lama², nanti tiba² ada muka hantu terkam ke skrin!
ReplyDeletesalam uncle
ReplyDeletekita suke gak memancing tapi takle berlama2... jemu...
zaman muda2 dulu suka juga memancing tapi bila dah kawen dan berkeluarga terpaksa le lupakan hobi ni, tambahan pulak pasangannya tak suka memancing...
ReplyDeleteDapat ikan emas tak ?..kemarin sy pun ada pegi sana ..bukan memancing .
ReplyDeletemmg sy selalu terfikir bgaiamana trafik di lauut dan udara..wpun guna radar n ntah apa alat ttp menimbulkan kekaguman..sama mcm catatan tuan tadi ?..yg dah jelas di depan mata pun terbabas.
..org kg area situ mmg dah lali dgn bunyi kapal terbang...agaknya kalau kita tentu tak boleh tido
Tidak syak lagi.. Inilah kaki pancing sejati :)
ReplyDeleteSalam bang,
ReplyDeletetak nampak pun kapalterbang dlm gambar abg tu. Kenapa tak pergi tempat lapang nak ambil gambar tu? hehehe
Memang ada laluan kapalterbang tu bila nak mendarat. Kalau tak ia tak akan dapat touch down kat runway yg ditetapkan. Biasanya di KLIA tu mereka akan mendarat dari arah PD. Cuma sekali sekala aje mereka mendarat dari arah timurlaut bila arah angin berubah dgn drastik.
ReplyDeleteselamat menjerat ikan, tn haji...
ReplyDeletelea kalau neman suami mancing kat lombong kat puchong memang mengira berapa kapal terbang lalu. bosanlah mancing ni. lea tukang teman je.
ReplyDeleteajarkan saya cara memancing~he~~
ReplyDeleteaduh, puas membelek carik gambo kapaitorobang.. macam mencarik gambar tersembunyi.. kocik bebeno gambar kapaitorobang nya, padanlah susah nak nampak..
ReplyDeleteMemang kaki pancing sejati, memancing pun pakai kaki (olahan semula ayat Kakcik seroja)
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteKata org kaki pancing memang sabar tapi sabar tang menanti joran dimakan ikan. Tapi kalau menanti benda lain pasti tak tahan. Betul tak tuan? Kakak acah je nie....
HAHAH.. CAMNE LEH TAK DAPAT IKAN.. KOLAM BERBAYAU TU.. MANCING KAT PANTAI JE LAH.. KALAU TAK DAPAT IKANPON, DAH TENTU FREE.. NAK TENGOK MONOLOG SEORANG PEMANCING? LAWATILAH BLOG SAYA.. :)
ReplyDeleteas'salammualaikum uncle..
ReplyDeleteamy pun kakai pancing tapi dah lame x gi sebab x ada geng huhu...
pakngah ni mmg sah kaki pancing. Nasib baik SRD bukan kaki pancing...huhu
ReplyDeletekecik sangat kapal terbang tu, zoom la sikit. tapi saya nampak la...
ReplyDeletekaki di pancing ada kesan cagu rasanya..ahaks, caboootttttttt
salam Tuan
ReplyDeletekata orang, pemancing tegar akan masuk jauh ke pelusuk mencari lubuk ikan,agaknya Tuan pun dalam kategori pemancing tegar..
salam kenal@singgah
ReplyDeleteNampak kaki si kaki pancing..hehe
ReplyDeleteBaru tahu kalau kapalterbang nak mendarat ada garisannya. Takde kawan jadi pilot..huhu
KAKCIK
ReplyDeleteMEMANG TAK TIPU PUNYA !
ATIE
ReplyDeleteSATU KEPALALAH KITA ! BOLEHLAH AWAK BUAT SATU ENTRI TTG MANCING NANTI
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteKALAU DAH BANGSA PENAKUT TU .. TENGOK GAMBAR PUN TAKUT ! SAYA PUN PENAKUT GAK. HEHE
MANJE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK LAMA TU BERAPA LAMA ? 3 JAM, 3 HARI ATAU 3 MINGGU ?
JUNAINA
ReplyDeleteKIRANYA AWAK TERPAKSA KORBANKAN HOBI DEMI SEORANG SUAMI LAH YE !
IKAN EMAS
ReplyDeleteAGAKNYA TENTU ORANG BELAH SANA RAMAI ANAK !
ANIF
ReplyDeleteSEJATI DAN TEGAR !
YB 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
ORANG LAIN SEMUANYA NAMPAK .. AWAK SORANG JER TAK NAMPAK. ITU TANDA2 APA TU ?
YB 2
HEBAT PENGETAHUAN AWAK .. PATUTLAH SEMUANYA AMBIL ARAH DARI LAUT. INGATKAN DIA TERBABAS.
ROM
ReplyDeleteMANA ADA ORANG JERAT IKAN ! YANG KENA JERAT PEMANCING OLEH TOKEH KOLAM.
MONALEA
ReplyDeleteMEMANG MEMBOSANKAN KALAU TAK MINAT. APA2 PUN BEGITU.
BUJALX
ReplyDeleteAWAK BELI JER VCD YANG TUNJUK CARA2 MEMANCING.
AANAS
ReplyDeleteKAPALTERBANG TU TERBANG TINGGI SANGAT .. KAMERA PULAK GUNA HENFON PUNYA.
ZOOL@TOD
ReplyDeleteTAPI BILA NAK MENGARAU, KENA GUNA TANGAN JUGAK.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
IKAN TAK MAKAN JORAN, DIA MAKAN UMPAN ! HEHE
PEMANCING PUN KADANG2 HILANG SABAR JUGA .. TU SEBAB DIA BERALIH BERPULUH2 KALI.
FAIRUS BIN MAMAT
ReplyDeleteKALAU DAPAT WALAU SEEKOR PUN KAT KOLAM MEMANG BERBALOI .. KAT PANTAI KALAU DAPAT BANYAK PUN KECIK2 .. TAK ADA KEPUASAN MENARIK.
AMY
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
KALAU NAK IKUT SAYA BOLEH JUGAK .. SUSAH JUGA NAK CARI ORANG PEREMPUAN MINAT MANCING NI.
YUS
ReplyDeleteJADI MAKNGAHNYA NASIB TAK BAIKLAH DAPAT SUAMI KAKI PANCING YE ?
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteMACAMANA AWAK BOLEH NAMPAK, TAPI YB TAK BOLEH NAMPAK.
KALAU ADA CAGU MANA BOLEH PEGANG JORAN DENGAN KAKI.
AZANI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
MEMANG BENAR, SAYA TELAH MASUK SEGALA ULU SUNGAI UNTUK MEMANCING .. TERMASUKLAH ULU SUNGAI PAHANG DAN TERENGGANU.
BAHULU
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SAYA.
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteTAK DE LAH NAMPAK GARISANNYA .. CUMA SEOLAH-OLAH ADA GARISAN YANG DIIKUTNYA.
السلم عليكم ورØمة الله
ReplyDeleteSaya pun seperti YB juga tak nampak pun kapalterbang tu dalam gambar bang haji tu...
Saya belum pernah lagi pegang joran apatah lagi memancing..:)
me suka part pengajaran dlm entry ni :) and me mcm kurang penglihatan la plak--me tak nampak kapal terbang dlm pic tu hehheh
ReplyDeleteUST ABD RAZAK
ReplyDeleteMEMANG KAPALTERBANG TU ADA .. TAPI KECIK SANGAT. MAKLUMLAH TINGGI.
BAGITULAH KITA ... APA YANG KITA NAMPAK MUNGKIN ORANG LAIN TAK NAMPAK DAN BEGITULAH SEBALIKNYA.
MAMAZHARFAN
ReplyDeleteJAWAPAN SAYA SAMA SPT JAWAPAN SAYA KEPADA UST ABD RAZAK.
CUBA ME PERHATIKAN BETUL2 SEKALI LAGI. PASTI NAMPAK.
Dah lama tak memancing dulu masa kecik2 pantang nampak batang pancing pasti kami dah bertengek kat tepi parit pancing ikan puyu dan keli... tak pun gi mengagau ha balik kena marah sebab dah berlemuh dng selut....
ReplyDeletetu sbb di panggil 'seaman eye'...yb mata 4 pun masih tak nampak. kesian dia..kat laut pun mcm udara gak, ada laluan2 dia...bukan hentam lalu je..
ReplyDeletebtw, sya kata bekas cagu ari tu, kalau cagu mmg tak bleh nak pegang joran..huhu
ATIE
ReplyDeleteSAYA PUN MEMANCING SEJAK BELUM SEKOLAH LAGI HINGGA SEKARANG .. TAPI SEJAK AKHIR2 NI DAH KURANG PERGI JAUH2. DULU SAYA PERGI KENYIR SATU TAHUN 5-6 KALI.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SAYA TAK PERNAH KENA PENYAKIT TU LAGI SETAKAT INI.
Pak Ngah itu gambar kaki pemancing Hahahahha
ReplyDeleteApa itu Skim Cepat Kaya ?
MIECYBER
ReplyDeleteKIRANYA SAYA SALAH TAJUK LAH YE ! SORI ..