Monday, February 1, 2010

IKAN APA ? ... IKAN APA ? ... IKAN APA ?

Kalau pergi memancing belum tentu dapat ikan, tapi kalau tak pergi memancing dah tentu tak dapat ikan (ikan beli, ikan orang beri, ikan curi, ikan jumpa dsb, tak aci). Jadi pergilah memancing. Mudah-mudahan dapat ikan, macam Pakngah ( formerly known as al-lavendari ) kat bawah ini.


tak percaya ..?


Tak percaya lagi .. manalah tahu kok ada yang kata itu ikan dah mati beli kat pasar (macam Yunus Badawi beli ikan patin)

Kalau saya pergi memancing, saya tak pernah lupa bawa dua benda - topi dan tayar "spare" (selain dari nasi lemak, roti canai, pulut kunig, pisang, limau, keropok lekor, gula-gula, kuaci dan tak lupa juga air kopi dan air mineral semula jadi serta bantal dll). Topi untuk mengelakkan bunga-bunga lalang dari berterbangan, dan tayar "spare" terpaksa bawa kerana dah tak dapat nak di pisahkan.

p.s 1. maaf, mutu gambar dan video tu kurang memuaskan sebab saya guna kamera henfon "bluckcurry cap baba's" (tak macam finaz punya) .. tapi cukuplah untuk dijadikan bahan bukti kepada Mak Ngahnya.

p.s 2. mutu sinematografi gambar yang di ambil oleh baba's itu juga kurang memuaskan (orang dah tolong ambilkan gambar pun pakcik ini masih tidak bersyukur ).

p.s 3. kalau nak tahu itu ikan apa .. baca huruf yang di merahkan di perenggan pertama di atas .. senohong !

59 comments:

  1. huhuhu..pak ngah tue, tuan hamzah kan..huh..nampak segak la..tuan memancing area maner tuer..rembau erk....

    ReplyDelete
  2. salam uncle,

    besarnya ikan kerapu...

    masak stim sodapppp nie....

    bak la sini sekor....

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Ikan kerapu ye? Sedap untuk buat masak masam manis atau di kukus sahaja.. :)

    ReplyDelete
  4. kerapu dari kolam kut..
    nak dengar cerita..ikan kerapu ni bila membiak dari telornya semuanya betina... dan bila usia dah lanjut baru yang betina tu pelan2 tukar kpd jantan..ni cerita aje...boleh jadi betul..
    Petang semalam kawan ana pancing kat felda sg buaya.. aduhai ikan baung,tilapia,haruan,lampam sungai dll... masuk free dapat ikan timbang ikut harga pasaran.. tapi kawan ana, bininya dan anaknya happy sekali..bercerita pasal pancing tu.. hubungan mersa dalam keluarga...
    p.s: teringat pancing kat kg di sik dulu2, penuh kat tebing sungai pada musim kelkatu...
    pancing ikan guna kail atau joran,
    pancing undi...guna???.

    ReplyDelete
  5. salam en hamzah,

    mak aihhh,
    pergi mancing ke pergi berkelah ni?
    ekekkek

    nasi lemak, roti canai, pulut kunig, pisang, limau, keropok lekor, gula-gula, kuaci dan tak lupa juga air kopi dan air mineral semula jadi

    saya suka makan ikan besar2. dulu2 ayah saya juga suka menjala ikan dan udang galah.a
    sekarang ni, nak makan ikan2 beso2 kena beli la.
    heeeeee

    ReplyDelete
  6. >>___<<

    pakngah upload kat utube arr ...
    buffring ni ... huhuhuhu. tapi bekalan memancing cam g kendurii.
    agaggagagagaga

    ReplyDelete
  7. salam pak ngah hamzah

    best nyer... besar betul kerapu tu, bila nak ajak kami kenduri? Hehehe...

    ReplyDelete
  8. jimatla duit ...

    kalau ikan kat pasar berapa sekilo tu?

    ReplyDelete
  9. 2 in 1.. memancing sambil berkelah..
    besar gak ikan kerapu tu.. tapi CP tak berapa makan ikan, huhu..

    ReplyDelete
  10. Salam Bang oppss Pak Ngah.

    Besar kerapu tu! Tinggalkan seekor utk hari Sabtu ni. Nanti boleh masak sweet & sour. Kami singgah rumah pak ngah nak makan tengahari hehehe

    ReplyDelete
  11. Tumpang lalu: Mak Ngah

    kualiti gambar tu saja pak ngah buat tak berapa elok. Saya takut selain dari memancing ikan pak ngah pancing benda lain jugak hehehe

    Larikksss

    ReplyDelete
  12. mancing kat pasar...macam macam ada!!!!!!

    ReplyDelete
  13. besar juga ya ikannya. oya jadi pertanyaan sejak lama, dalam bahasa indonesia pak ngah itu apa artinya?

    ReplyDelete
  14. Salam Tuan Hamzah. Kita berkongsi minat yang sama. Dua malam lepas saya memancing udang di Tepian Rimba, Hulu Langat. Harga udangnya mahal. RM30 empat ekor. He..he.. saya hanya dapat empat ekor setelah memancing selama hampir 3 jam. Kaki pancing tak hairan pasal duit, yang penting nikmat...Bolehlah tuan share lokasi dapat kerapu besar tu...

    ReplyDelete
  15. Rubiyanto
    saya jawab awak dulu. pakngah itu kalau di Malaysia merupakan panggilan untuk anak lelaki kedua dalam sesebuah famili. kalau yang sulung di panggil paklong, dan yang terakhir di panggil paksu.

    kalau di Indonesia, bagaimana pula panggilannya ?

    ReplyDelete
  16. PakNgah,

    siakap senohong
    gelama ikan duri
    bercakap bohong
    lama-lama lupa diri

    # nak relate dengan ayat PakNgah;
    " nak jadikan bahan bukti kepada MakNgahnya..."

    ReplyDelete
  17. 1. saya tlg jwbkan bg pihak Rubiyanto (hehe..) kalo kat Indon panggil Om jer cth "Om Hamzah gi memancing ya?" aha..gitu dong..hehe..
    2. kalo turun kat Kl jom ler mancing kat Kemensah. Saturday jackpot RM1k. Fee RM50.. (tapi saya tak mancing, saya selalu temankan Tyco saya mancing..) Ikan konfem ada. Pernah dpt Tongsan 3.5kg hehe..

    ReplyDelete
  18. dasyat la dapat ikan..seronok kan..isk3..seronok sebenanrnya memancing..menguji kesabaran..

    ReplyDelete
  19. finaz
    oleh kerana awak tolong jawab kan bagi pihak Rubiyanto, saya nak balas komen awak pula. saya sebenarnya tak berapa suka ikan air tawar yang di bela di kolam. saya tersangat suka ikan air tawar yang hidup liar di hulu2 sungai. yang kolam punya, saya tak suka baunya. saya memancing selain hobi, saya juga makan ikannya.

    p.s. nak tanya 'om' tu maknanya Orang Malaysia ke ? awak xyah jawab !

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan Hamzah,

    Pergi memancing dh macam nak pergi berkelah je. Stok makan punyalah banyak. Org yg kaki memancing ni org yg penyabar, sebab boleh tahan duk termenung berjam2 tunggu ikan kena mata kail.

    ReplyDelete
  21. sahromnasrudin
    saya memancing kolam berbayar kat Lukut. Kolam tu tepi laut dan ia gunakan air laut untuk kolamnya. Satu jam RM15 dan kita kena memancing 3 jam minima. kolam itu dulu orang india yang punya. sekarang orang melayu ambil alih. saya tak nak cakap nama kolam itu, kecuali pemiliknya bagi saja memancing percuma sekurang2nya 100 jam.

    ReplyDelete
  22. ain
    masak stim memang sodap, kalau pandai masaklah ! nak bagi sekor tak dapat sebab poslaju tak mahu terima penghantaran.

    ReplyDelete
  23. kakcikseroja
    salam kembali. betul ikan kerapu, pandai kakcik eja. isteri saya masak apa pun ikan tu sedap. yang tak sedapnya bila dia malas nak masak.

    ReplyDelete
  24. bluecity
    bekalan makanan tu untuk isi "tyre spare" tu. kalau ikan tak makan, saya makan. anak ikan pun sedap juga kalau digorang garing2!

    ReplyDelete
  25. frodo
    nak join pakcik boleh juga. bekalan memancing tu saja je pakcik "exaggerate". nak sedapkan cerita. orang memancing ni dia suka "exaggerate" - dapat ikan sekilo dia kata 6 kilo.

    ReplyDelete
  26. rosnanie
    sorang lagi pandai eja kerapu.. mana cukup dua ekot tu nak buat kenduri. sekor pakcik dah bagi kat babas tukang ambil gambar tu !

    ReplyDelete
  27. abu muaz
    kalau kat pasar memang mahallah. mungkin RM20 sekilo kot ! saya jarang pergi pasar. tapi kat pasar mana ada ikan senohong hidup.

    ReplyDelete
  28. che'pit
    betul lagi eja. rugilah kalau tak makan ikan. awak bukan tak makan langsung kan ? tak berapa makan, je ! kalau yang makan ikan semata2 tu di panggil memerang !

    ReplyDelete
  29. YB
    pandai lagi eja .. Sabtu ni mana nak ada lagi. ikan yang sekor lagi yang kecik tu, saya bagi kat babas upah dia ambil gambar. yang sekor lagi tu telah di sembelih dan telah hadham di dalam perut.

    ReplyDelete
  30. YB lagi
    tu sebab makngahnya suruh baba's tu ikut. awak nak lari ke mana ? awak jalan pun pakngahnya dah tak larat nak kejar walau pun ada tayar spare!

    ReplyDelete
  31. one zaba
    memang betul kat pasar macam2 ada. orang jual ikan pun macam2 rupa !

    ReplyDelete
  32. Saya banyak kali memancing udang kat Tepian Rimba tu dulu semasa saya duduk kuarters di Putrajaya. Tempatnya sungguh damai.
    Kerapu tu saya pancing kat kolam berbayar di area Lukut. Dari rumah saya kira2 setengah jam perjalanan kereta yang di pandu tidak melebihi had laju.
    betul kaki pancing tak kira sangat fasal duit kerana thrill menaikkan ikan tu orang memancing sahaja yang tahu. masa muda2 dulu sebut saja apa tempat, semua saya dah pergi. Ke Kenyir sahaja rasanya sudah lebih 40 kali.

    ReplyDelete
  33. ikan emas

    siakap senohong
    gelama ikan duri
    siapa cakap bohong
    lama-lama dapat kerapu ! hehe

    ReplyDelete
  34. solehah
    orang yang kata pemancing tu adalah seorang yang penyabar, tak berapa tepat.. suruh dia orang bawa kereta kat KL, nak tengok sabar ke tak sabar !

    p.s. ikan tu tak dahsyat mana, dahsyat lagi orang yang tangkap ikan tu !

    ReplyDelete
  35. aidah
    tak berapa tepat kalau kata pemancing tu penyabar. kalau tak dapat ikan mahu dia tawaf kolam tu 44 kali .. sabar apa ke namanya tu ?

    ReplyDelete
  36. uncle, buat la special delivery... uncle hantar sendiri....muahaha...

    saya masak sedapppp tau!!! sila percaya!!!! qiqiqi....

    ReplyDelete
  37. Best tu kalau dapat masak 3D..
    tak gitu pakngah..??

    ReplyDelete
  38. mybabah
    minta ampun. saya dah jawab soalan awak, tapi tidak terletak nama mybabah. jawapan saya untuk yang tidak bernama itu sebenarnya untuk awaklah. akan tetapi rasanya awak boleh agak sebab topiknya Tepian Rimba cuma ada pada komen awak sahaja.

    ReplyDelete
  39. ain
    patutnya orang terengganulah yang hantar ikan kat orang senawang .. ini sudah terbalik ni !entah2 ikan yang saya pancing tu datangnya dari terengganu.

    ReplyDelete
  40. LanaBulu
    masak 3D ??? tak pernah dengar pun ! apa 3D tu ? duduk diam-diam ke ?

    ReplyDelete
  41. Owhhh tuan...

    Lain kali kalau makngah nak ikut , ajak saya erk ?

    ReplyDelete
  42. liNda
    makngahnya tak suka ikut saya pergi mancing .. dia lebih rela pergi shopping !

    ReplyDelete
  43. anNahlu
    maaf lewat jawab sikit. saya buat penyelidikan dan kajian tentang kerapu betina tukar jadi jantan tu, tapi tak jumpa literature tentangnya lagi. kalau betullah macamana dia membiak ? subhanallah.
    nasib baik tak jadi kat manusia kan!
    pancing undi pakai umpan kerok-kerok.. mesti makan punya.

    ReplyDelete
  44. wahhhh!!!!!!!!!! dah semakin galak mendedahkan identiti..hehehe, bang, banyak dapek ikan tu anta lah kek saya barang seekor duo, dokek yo, kek Tmn Ros Mewah yo..

    ReplyDelete
  45. annie
    moh lah ikut samo .. ikan kail sendiri lai sodap !

    ReplyDelete
  46. CP bukan tak makan ikan langsung, cuma beberapa ikan jer.. ikan kembung, tenggiri, bawal, cencaru..

    yg lenlain tu tak berapa nak masuk tekak CP ni.. nak2 ikan darat, lagiler x termakan, huhu..

    ReplyDelete
  47. Salam..
    Kerapu kolam kan ni? Besar macam yg pernah suami beli dari kawan dia..
    Makan 3 hari pun tak habis ikan tu..

    ReplyDelete
  48. kalau ikan 2 ekor tu habis, abg pergilah pancing lagi. Kali ni jangan balik sebelum dapat 5 ekor hehehe

    ReplyDelete
  49. bestnya kat mana nie next time boleh la ajak sekali

    ReplyDelete
  50. Boleh buat masak dengan tempoyak ke ikan itu?..

    ReplyDelete
  51. Cek Hamzah....
    Tayar spare tu...buat pelampong kalau-kalau sampan terbalik ya...


    He..he..h....

    Err..kesian ikan tu...

    ReplyDelete
  52. che'pit
    eloklah tu .. kalau semua orang suka makan ikan, nanti jual mahal pula ikan !

    ReplyDelete
  53. shaniza
    salam. kerapu ini asalnya dari laut, dan di bawa masuk ke kolam untuk di pancing. besar2 ni syok nak naik kan ke atas. kalau berjaya naikkan, sebulan tak habis cerita lagi. kalau tali putus, seminggu jadi macam orang mengong !

    ReplyDelete
  54. YB
    kalau dibuatnya sampai seminggu tak dapat-dapat, macam mana ? mahu panjang janggut di buatnya.

    ReplyDelete
  55. mamai
    wah ramai juga kaki pancing rupanya. boleh buat satu kelab ni.. nanti tak ada cerita lain, entri kita semua cerita mancing jer.

    ReplyDelete
  56. relevan
    masak apa pun sedap kalau tukang masaknya pandai. tapi saya tak pernah lagi cuba masak tempoyak. agaknya sedap jugalah kot.

    ReplyDelete
  57. xiiinam
    macam2 game saya dah main, tayar spare tu tak surut juga2. lepas ni kena main game lain pulak .. nampaknya karom, dam aji dan batu seremban ni langsung tak berkesan !

    ReplyDelete
  58. nasib baik tuan hamzah tak dpt ikan duyung(mermaid).Saya tengok dlm youtube rupa mermaid ini menakutkan juga, tidak spt yg digambarkan (tak taulah betul atau tidak).Tapi kalau nak untung pergilah ke deep sea tangkap ikan tuna, harganya dikatakan mencecah ribuan ringgit seekor jika berkualiti tinggi yg boleh dijadikan resipi sashimi.

    ReplyDelete
  59. antique man
    t.kasih kerana sudi singgah. lewat2 pun sampai juga. pakai kereta antik kot! boleh kita joint venture lepas ni, beli kapal tangkap ikan tuna. antique man tentu banyak duit ! saya jadi CEOnya. nak ke laut dah tak larat dah la ni walau cantik mana pun ikan duyung yang menunggu. hehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.