Gambar di bawah di ambil pada tahun 1984 di Washington D.C. Bersiar-siar sambil menikmati kecantikan "Cherry Blossom" dan udara segar musim bunga, tidak berapa jauh dari "White House". Memang indah dan mendamaikan.
TAPI
Apa kurangnya keindahan tanah air kita!
Gambar 20 tahun kemudiannya di Cameron Highlands.
Bagaimanapun saya khuatir, berdasarkan laporan yang kerap di buat oleh Saudara Karam Singh Walia; cucu cicit kita mungkin tidak lagi dapat menikmati keindahan dan kedinginan udara di Cameron Highlands pada suatu hari nanti. Sayanglah kan .. kalau anugerah Allah ini kita persia-siakan !
p.s. Saya harap Shaniza membaca entri ini kerana komennnya dalam entri saya lalu membuat saya membongkar koleksi gambar lama saya. Insyaallah kalau mendapat penerimaan baik, akan banyak lagi gambar saya semasa berada di luar negara akan di paparkan. Mungkin sebagai sisipan atau supplemen dan bukan sebagai satu entri penuh. Beginilah komen Shaniza:
"Salam abg Hamzah..
Mesti banyak koleksi gambar di luar negara. Kalau ada gambar2 permandangan yg cantik, letaklah lagi. Suka tengok keindahan alam yg Allah kurniakan kepada kita. Saya mungkin tak berpeluang melawat ke luar negara tp dgn gambar2 yg dipaparkan dptlah saya 'melawat' sama."
February 2, 2010 9:20 PM
Ya, Bang HAMZAH... saya menyokong komen Kak SHA tu.. Dapat juga ler menumpang menjamu mata melihat pemandangan di negara luar...
ReplyDelete1984? hmmm... saya tak abih sekolah lagi tu..
gambar di cameron highlands tu lebih kurang pada tahun 2004 kut. kini dah 2010. lagi banyak perubahan dah berlaku. banyak dah bukit yang hilang.
ReplyDeletejauh perjalanan luas pemandangan,saya amat berharap karam sigh walia dapat membaca entri ni kerana usahanya itu mendapat perhatian di blog ini.hehe..
ReplyDeletep/s : kenapa mesti ada "semasa dulu" , kalu terkenang, sudah tentu terkenang semasa dulu, takkan terkenang semada hadapan pula.hehe
azieazah
ReplyDeleteok nanti saya buat lagi. saya sampai sekarang pun tak habis pergi sekolah lagi ! pagi2 kena hantar anak dulu dalam perjalanan ke tempat kerja.
one zaba
ReplyDeletebukit dah hilang ? awak biar betul. siapa yang curi ? apa yang saya dengar, bukit dah botak dan cuaca tak lagi dingin ..!
Mr PenyuBiru
ReplyDeletesiapa yang cakap macam kat bawah ni dulu.. saya terlupa lak !
"tatabahasa melayu terdiri daripada Diterangkan Menerangkan. bahagian terakhir selalunya menerangkan yang diterangkan pada bahagian awal. err..apa yg aku cakap ni"
haha...entah.saya pun terlupa sapa yg cakap tu.cuma yg saya ingat itu adalah komen utk entri yg pasal pembaziran kata-kata.hehe
ReplyDeletesaya belum pernah sampai cameron....
ReplyDeletekena pergi nampaknya nie....
takut kalau terlambat tak sempat nak merasa kesejukan dan keindahan kat situ lagi.....
ozon makin menipis dan bumi makin tercemar....
agaknya kan, pokok2 kat situ segar bugar pasal dorang terlebih makan baja asli....hehehe....
Kata orang , kalau kita sudah mula membongkar gambar-gambar lama....
ReplyDeleteItu tandanya.....
Kita semakin...err..sambung sendiri..
Pssst:Cuaca panas betul sekarang kan!
ain
ReplyDeletepergi cepat sebelum suhu kat sana naik. kalau dah naik nanti, baik pergi kat Senawang jer !
xiiinam
ReplyDeletesaya setuju, itu tandanya ...
kawan saya kata, orang yang rasa bersalah tu cepat terasa panas ! kawan saya katalah kan ..
Mr PenyuBiru
ReplyDeleteingatkan Melayu jer mudah lupa, rupanya penyu pun mudah lupa juga ! hehe
Saya suka gambar yg atas tu..memori klasik..:-)
ReplyDeletetahun 1984 saya baru darjah 6
ReplyDeleteSalam Bang.
ReplyDeleteSaya sokong abg tunjukkan gambar2 lama tu. Sekurang2nya abg dan kakak nampak muda hehehe
siti murni
ReplyDeletegambar siapa ? yang lelaki tu ke ? yang perempuan tu ke ? gambar pokok tu ke?
mamai
ReplyDeletekiranya dah tua juga lah awak ye !
YB
ReplyDeletesokong membawa rebah !
bukan ker Cameron Highland telah pun dipersia2kan..
ReplyDeletep/s: kalo lepas nih Karam Singh Walia dtg interview awak, awak hati2.. tgn dia tuh tak leh control punya.. kang silap2 dushummm haha..
belum dapat pergi dapat tgk pun dah syukur
ReplyDeletetuan, rambut gerbang yg tak tahan tue..msti pas nie fesyen tue kuar semula kan..
ReplyDeletefinaz
ReplyDeletejangan ingat Karam Singh Walia je ada tangan !
sahromnasrudin
ReplyDeleterambut saya masa tu pun ikut musim kecuali musim luruh. kalau musim spring dia pun macam spring tapi kalau musim luruh dia tak ikut pulak ! hehe
sl tEDI
ReplyDeletebila dapat cek nuffnang nanti .. boleh lah pergi !
Tiada kurangnya keindahan tanah air kita .
ReplyDeletetetap cantik kann...
and tuan pun bertambah enchem !
liNda
ReplyDeletehensem dan mashem !
seronok dpt pergi bercuti ke luar negara..saya tak merasa pun lagi.
ReplyDeletesaya mcm kayu berlian bang. Sokong tahan beratus tahun hehehe
ReplyDeleteSalam bang Hamzah, thn 84 saya form 4, abang dah mula menjelajah ke luar negara. Klu nak dihitung sampai sekarang mmg seluas2nya pengalaman abang kan...setakat Senawang..heh!!! colah jari yo, kan.. Apa2pun terima kasih atas perkongsian, dapat gak saya 'menjelajah' sama.
ReplyDeletemmg suka kalo tgk pic dulu2.. unik apa kaler nya hehe.. n suasana
ReplyDelete1984? huhuhuhuhu wa x jenguk dunia lagi ... tp rambut itu lebih menarix perhatian mata wa. ... cool!
ReplyDeletefadzilah
ReplyDeletemungkin rezeki isteri saya .. saya tumpang jer !
YB 2
ReplyDeletememang kayu berlian tahan beratus tahun. ia keras dan berat. kalau di hempapnya nyaya !
annie
ReplyDeletememang banyak banyak gambar dalam simpanan saya. kalau nak di tunjukkan semuanya, tak tahu lah entah sempat ke tidak.
maiyah
ReplyDeletesaya suka gak, tapi tak 'sharp'. maklumlah kamera lama 1/4 megapixle guna kodak !
frodo
ReplyDeletenak gunting rambut kat sana mahal .. dah panjang betul2 baru gunting. tambah pula masa ambil gambar tu angin agak kuat ..
Salam..
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyiarkan gambar lama...hi..hi..hi. Rasanya semakin cantik kakak di sisi abg Hamzah tu!
Betullah, Cameron tak mcm dulu. Tahun lepas saya pergi dgn Adilah (sblm dia ke Saudi)dan rombongan sek. Kami ditimpa hujan sewaktu ke pasar mlm Brinchang dan mlmnya sejuk sgt sbb hujan. Tp waktu pagi, petik bunga di Mardi dh tak terasa sejuk.. nostalgia bersama Adilah...hu..hu..hu.
saya nak panggil Tuan Hamzah...
ReplyDeleteTuan...sy harap sgt satu masa nanti cameron highland ada salji..
shaniza
ReplyDeletesalam kembali. Nasib baik hujan, kalau tidak Cameron Highland dah tak ada kesejukan, sudah hilang tarikan, kalau gitu baik datang ke Seremban ..!
alvin
ReplyDeletekalau awak nak tengok salji, tak payah pergi jauh-jauh, kat belakang rumah saya pun bersepah-sepah .. sampai penuh atas kepala !
Yer abg Hamzah..jauh perjalanan luas pemandangan..luas pemandangan bertambah pengalaman..tinggi pengalaman bertambah pendapatan.. :)
ReplyDeleterelevan
ReplyDeleteawak lupa satu .. "bertambah uban"
bila ana terpandang gambar lama
ReplyDeleteteringat tahunnya..peristiwa...dan disebalik ceritanya..
dan terdetik berapa jauh jarak masa yang telah berlalu..
tahulah berapa tuanya usia ana..
tapi hati dok rasa muda lagi..
kenapa ye...
cantik lah gambar tuan masa tu...
opp! tika tu lagu apa yang masih menjadi kenangan hingga kini..
ana kadang2 dengar klasik FM bila tumpang kereta kawan yang dah...umur pencen..ok juga..
ana senyum bila dia turut nyanyi.
salam...
ReplyDeletetruma...bila,dikesan
ade...gegaran di bukit tinggi 3.2r
huhuhu....
anNahlu
ReplyDeletemasa tu ana dengar lagu country - ana cukup minat dgn penyanyi willy nelson dgn lagunya "on the road again" . kat Malaysia tak tahulah lagu apa yang sedang popular masa tu.
bila berblog ana rasa muda sebab berkawan maya dengan orang-orang muda, tapi bila tengok cucu dan uban di kepala .. baru teringat "tuanya dah aku ni".
oleh itu anak nak manfaatkan masa yang tinggal ni untuk sesuatu yang berfaedah.
tapi jangan lupa, kadang2 putik nyoq pun gugok !
dmx
ReplyDeletesalam kembali. hari ini hari Jumaat .. mungkin hari ni nak kiamat kot ! ya Allah ampunkan segala kesalahan ku kerana Engkau sahaja lah yang boleh mengampun dan sesungguhnya engkau maha pengampun.
Salam tuan.Tempat kita apa kurangnya? Banyak lagi tempat yang menyejukkan mata memandang.Cuma kita bimbang ia akan pupus satu demi satu atas nama pembangunan.
ReplyDeleteabu muaz
ReplyDeletememang tempat kita tak ada yang kurang, orang luar berbondong2 datang, kita jer kadang2 terlepas pandang !
lin datang untuk join contest...
ReplyDeletehttp://all-contest-ga.blogspot.com/2010/12/komensen-1st-contest.html
id follower :lynn azlina (319)