Secara umumnya anak-anak kita dalam konteks pembelajaran, boleh di kategorikan kepada 4 spesis.
1. Cerdik serta rajin
2. Cerdik tapi malas.
3. Kurang cerdik tapi rajin.
4. Kurang cerdik serta pemalas.
1. Spesis cerdik serta rajin ni makayah tak kena migrin. Spesis ini selalunya mejadi kebanggaan dan harapan keluarga. Kalau dia anak yang tua, dia akan jadi 'role model' kepada adik-adiknya.
2. Spesis cerdik tapi malas selalu buat makayah jadi cemas. Macamana pun akhirnya dia berjaya juga walaupun mungkin terpaksa mengulang berkali-kali. Dia ini macam arnab dalam kisah dongeng arnab berlumba lari dengan kura-kura. Akhirnya dia sampai juga selepas kura-kura sampai.
3. Spesis kurang cerdik tapi rajin ini sedar diri. Dia tahu dia tak berapa cerdik sebab tu dia rajin belajar. Dia ni pulak macam kura-kura dalam kisah di atas. Dia sampai dulu daripada arnab.
4. Spesis kurang cerdik serta pemalas ni selalunya bikin kepala makayah pusing. Kalau kena anak bongsu atau anak tunggal, lagi pusinglah kepala makayah.
Apa pun spesis anak-anak kita, kita terimalah seadanya kerana mereka adalah amanah dariNya. Setiap orang adalah unik dan ada kelebihan, minat, peribadi dan bakat masing-masing. Kalau kena cara didiknya, Insyaallah semuanya akan jadi insan yang berguna juga akhirnya.
p.s. Sebelum orang tanya baik saya jawab. Kelima-lima anak orang yang saya pelihara, semua spesis tu ada kecuali spesis yang nombor 1. Namun begitu alhamdulillah, 3 orang dari Fasa 1 dah graduate dari IPT. Dua lagi yang masih bersekolah rendah dari Fasa 2, tak tahulah apa nak jadi nanti. Saya adalah spesis no. 4 !
Gambar Sisipan - 3
Dalam gambar ini ada 4 orang sahaja .. yang tua sekali dah ada keluarga sendiri dan dah beranak pinak. Dia orang bergaya dengan cermin mata lama makayah dia orang. Gambar tu bukan makayah dia orang yang ambilkan.
Inilah cermin mata yang pernah saya pakai suatu ketika dulu. Beratnya setiap satu lebih kurang 1/2 kilogram. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tahan memakainya dulu.
... bersambung empat spesis boss !
ini pun entri lama dikitar semula ..
Salam ziarah. Anak itu anugerah dan rezki dari Allah. Ada orang tak dapat anak.
ReplyDeletehehe Oh! Alangkah bergaya anak2 awak.. tabik springg utk ur little girl pakai cmin mata sbelah transparent sebelah hitam hehehe..
ReplyDeleteawak spesis no4?? ye ker? Oh tapi mungkin gak lah kot (sbb awak org lelaki hehehe..) - org lelaki kan mmg lah mmg hehe..
anak2 saya, sy pun xtau spesis apa lagi. Sbb kejap no1, kejap yg lain lak no2, kang tukar no3 pastu no4 pastu no1 balik..ntahhh..
4 spesis yg ada ni boleh dikira spesis paling baik klu nk dibanding dgn spesis ala alien yg kita tk tahu asal usulnye... huhuhu!
ReplyDeletesaya spisis no.5. agak2 apa bang? heheh
ReplyDelete>>____<<
ReplyDeleteyg penting semua spesis anak2 tu jadi spesis "manusia" bukan spesis makhluk angker! keh3x.
phewww ~ cermin mata yg cool!!!
finaz
ReplyDeleteyang cermin mata sebelah tu sunglasses mak dia. awak spesis no berapa ?
Teja
ReplyDeletekat mana ada spesis ala alien ..saya bela sorang !
hhuuh.. hensem2 anak bro.
ReplyDeletewa rasa wa yang jenis pmalas dan payah nak diajar.
tijah
ReplyDeletespesis no 5 ni macam pasembor .. semua ada. tapi saya percaya awak spesis no 1.
frodo
ReplyDeleteawak rasa awak spesis no berapa ?
oranglidi
ReplyDeletetahu .. xpe !
huhuhuhuhu ...
ReplyDeletekalau dikira2 masalah
and kengerian yg pnh dibawa
sah xder syak wasangka ....
spesis no 4 ...
>>___<<
p/s: wooooo, gambar dah tukaaa pakcil al? cool!!! cam gambar org dulu2 .... klasik
rasa2 saya spesis nombor berapa??...
ReplyDeletekalau anak bujang saya, buat masa ni dia dlm katogeri no.3...
kadang mama dia yg kurang sabar sbb penat ngajor tapi anak payah nak dapat....
ke mama dia yang mmg takde bakat jadik cikgu ya....hahaha...
sesuka hati salahkan anak kan...
papepun saya tetap doakan dia berjaya dunia akhirat, tak jadi doktor or peguam pun takpe, saya suka lagik dia jadi ustaz....
at least dia boleh doakan saya bila saya dah takde nanti... aminnnn
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteHarap2 semua anak2 Nida spesis nombor satulah hendaknya... aminnnn....
Bila tengok cermin mata ni teringat masa Nida muda2 dulu... semua cermin mata besau2 sampai kawan2 pun ejek. Tapi masa tu takdelah rasa malu sangat, kenapa ek?
mmg kalo bab anak ni nak kene byk sbr biar camna pun sikapnya apalagi kalo kita tahu dia kurang cerdik
ReplyDeletekura-kura.. hehe cam aku ker
ain
ReplyDeletengajar anak sendiri memang susah. cepat je naik angin. pengalaman sayalah. sebab kita nak anak kita pandai. tapi herannya kalau ngajar anak orang, kita boleh sabar lak!
Salam...
ReplyDeleteSaya anak 4 orang....semua no ada...indah bagai warna pelangi...
nida
ReplyDeletesalam kembali. masa dulu tak malu pakai cermin mata besar sebab dah trend masa tu. kalau kecik sangat kita yang nampak pelik pulak. bukan sahaja cermin mata besar, tali leher dan seluar (bell bottom) pun besar. saya ada gambar2nya. malu pulak nak tunjuk !
salam tuan. Lama tak singgah ni. spesis ke 4 pun berguna juga suatu hari nanti
ReplyDeletemaiyah
ReplyDeletemesti ada kelebihannya tuhan beri pada setiap orang. mungkin kelebihannya bukan dalam bidang akademik tapi dalam bidang lain.
frodo
ReplyDeletebukan macam gambar orang dulu2 tetapi memang orang dulu2 pun !
adilah
ReplyDeleteuntunglah awak kalau macam tu ! emak kepada budak2 tu, spesis apa pulak ?
abu muaz
ReplyDeletesalam kembali.
contohnya saya lah kan ! hehe
dah ok ke line internet ?
Saya ada 3 orang anak yang mempunyai 3 spesis yang berlainan..tapi saya belum mempunyai 3 orang isteri yang 3 spesis berlainan..
ReplyDeletekalau kurang cerdik serta kurang malas macam mana
ReplyDeletehahahhahaha pakcik releven!!!
ReplyDelete>>____<<
SALAM BANG, sumo dah pakai spek tu, boleh lah tuuu...
ReplyDeleteSalam Tuan Hamzah,
ReplyDeleteBetul apa yg dikatakan. Anak tu anugerah Allah. Walau apa pun kategori spesies anak kita tu, kita kena terima ngan redha.
Betullah cermin mata zaman 70 an semuanya besar2. Sy pun menggunakan cermin mata. Hairan gak macam manalah sy boleh tahan pakai berat2 tu. Kalau di ingat memang menggelikan hati, hehehe
relevan
ReplyDeletelarat ke awak lagi ni ?
mamai
ReplyDeletekalau kurang cerdik serta kurang malas ..itu namanya kurang asam !
frodo
ReplyDeletepakcik relevan awak tu nak test market !
annie
ReplyDeletetu bukan spek dia orang punya .. itu abah dia yang punya !
aidah
ReplyDeletesekarang ni ada sorang je yang pakai cermin mata besar macam tu iaitu ketua menteri Sarawak ..YAB Datuk Patinggi Taib Mahmud !
Assalamualaikum, apa2 pun spesis mereka tu, mereka tetap anugerah yang paling berharga buat makayah...jagalah sebaik munkin..
ReplyDeletesaya spesies no. 1 kot...hehe..masuk lif tekan sendiri..
ReplyDeletelipislady
ReplyDeleteni tengah dok jaga la ni !
siti murni
ReplyDeletebaguslah tu .. minta2 lif tak rosaklah !
Salam Bang.
ReplyDeleteAbg merendah dirilah kata diri tu spesis no 4. Kalau abg no 4, saya mau spesis no 5 huhuhu
Anak2 fasa 3 takde ke bang? hehehe
ReplyDeleteYB
ReplyDeletespesis no.5, Tijah dah booking awal2 lagi. baca kat atas tu. Fasa 1 & 2 tu datang dari factory yang sama. tak ada cadangan nak buka factory baru .. kecuali kalau di paksa makngahnya !
Fasa 1 ada..fasa 2 pun ada..
ReplyDeletebila pulak nak ada fasa 3 ???
ikan emas
ReplyDeletejawapan saya kepada soalan itu sama dengan jawapan saya kepada Yunus Badawi di atas.
sebab saya belum ada anak, so nak tau gak spesis utk golongan mak dan bapak.
ReplyDeleteAda spesis tak al?
mentibang laut
ReplyDeletetentu ada spesis makayah ! awak spesis no berapa ?
TUAN, sy tak sabar nk tunggu spesis bos tue tau...adakah salah satunya bossini??hehehehe
ReplyDeletesahromnasrudin
ReplyDeletesabar .. masanya akan tiba !
kategori 5 -
ReplyDeletetgh2 antara cerdik dgn x cerdik dan tgh2 antara rajin dan malas..
kalau boleh nak jadi spesis no 1 lah. ntah..saya pun tak tau spesis mana skrg.
ReplyDeletekebanyakan jenis spesis tu ade dalam keluarga kebanyakan orang juga....seme nya ada... ade kelebihan & kekurangannya....apa2 pun seme itu adalah amanah drp Allah swt...
ReplyDeleteRamai juga orang tak dapat anak! simpati dengan golongan ini....
salam..terima kasih..saya ada anak yang no.2..spesia no.2..tersangat la susah hati dibuatnya..bila dah baca N3 ni..saya rasa lega sikit...
ReplyDeleteAnak saya ada 4. Cyukup 4 kategori tu....mereka dah pilih seorang satu. Semua ada...
ReplyDeleteTapi ibu mereka......cerdik dan rajin..he..he..
Owhhh tuan ...
ReplyDeletesaya suka komen balas dari tuan .
Nampaknya... tuan memang seorang yang berbakat dari semua segi dan sudut.
Saya akui, sengaja pada tulisan saya akan selitkan sesuatu yang 'paranormal' .
Hanya pembaca bijak seperti tuan akan mengetahuinya .
che pit
ReplyDeletecuma ada 4 spesis sahaja. spesis ke 5 adalah PATI.
mentibang laut
ReplyDeletesemua spesis ada kegunaannya. takkan semua nak jadi atau boleh jadi PM atau Jeneral 5 bintang kan !
saya suka gambar non-colour 'si pencuri hati' 1 .
ReplyDeleteSaya pasti . Sidialah yang telah mencuri hati tuan hingga terus tidak dipulang-pulangkan sehingga sekarang !
and...
' 4 spesis anak..!'
Yup ! itulah SAYA .( termasuk dalam kesemua kategori ).
sonata
ReplyDeleteyang tak dapat anak tu, Dia akan balas dalam bentuk lain pulak. atau kalau dia dapat anak, mungkin akan ada musibah. serahkan kepadaNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.
Erna
ReplyDeleteawak dah dikira beruntung tu sebab dapat anak yang cerdik. selalunya orang cerdik ni dia malas sikit. kena banyak bagi motivasi.
xiiinam
ReplyDeletesaya sangat percaya kepada ibunya yang berada dalam spesis no 1.
liNda
ReplyDeleteawak ni tak habis2 nak memuji saya. teruskanlah ...!
linda
ReplyDeletesedang saya balas komen, komen awak yang kedua masuk. saya jadi confucius sekarang. komen awak yang pertama untuk entri saya yang mana satu ?
Salam bang.
ReplyDeletesaya dah baca komen tijah dan komen abg tentang spesis no 5 tu. Betullah saya ni macam pasembor. Nasib jadi org jugak akhirnya hehehe
Tumpang lalu: makngah
ReplyDeletepakngah suruh makngah paksa dia buka kilang baru. Baik2 sikit dgn pakngah ni. Skrg dia dah ramai peminat hehehe
Mama , anak tak ramai tapi dlm dua tu semua species campur aduk ABC cam rojak kejap jadi species 1, kejap tukar kaler species 2, then tukar font jadi specie 3, ompek dan limo. Masih dlm proses tumbersaran dan mencari jati diri. Tak gitu pak?
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteDah sempat cakap kat makngah ke belum? Saja singgah sini kejap sambil buat round rukun tetangga hehehe
Besarnya cermin mata pakngah Hamzah dulu...
ReplyDeleteha tu dia spesis anak2. saya rasa saya nombor 1 kot, hahaha berlagak. Tapi kadang2 bila jadi anak spesis ni, agak penat sebab harapan ibu bapa terlalu tinggi, tanggungjawap tu lebih besar and takut nak buat silap. haaaa luahan gitu. hehehe
ReplyDeletesetengah kilo berat, tak kuar pulak bijik mata nyer.