Monday, February 15, 2010

A.K..U. K.E.L.I.R.U. - 6: KENAPA TAK NAK PISANG BERBUAH DUA KALI !


" Elak  pisang berbuah dua kali "


" Takut pisang berbuah dua kali "

Saya hairan sungguh ! Kenapa dengan dua orang artis ni ? Seorang nak elak pisang berbuah dua kali. Seorang lagi takut pisang berbuah dua kali. Sampai masuk surat khabar lagi. Tak cerdik betul ! 

Apa masalahnya kalau pisang berbuah dua kali ?  Kalau sayalah kan .. biarlah berapa kali pun pisang tu nak berbuah. Makin banyak, makin bagus. Makin kerap, makin untung. 

Jadi kepada sesiapa yang ada anak pisang yang boleh berbuah banyak kali, sila hubungi saya dengan segera !!!

39 comments:

  1. atau dalam bahasa omputihnye, i dun want banana fruit two times. haha

    ReplyDelete
  2. lainlah maksudnya,calam konteks ni benda yg x elok

    ReplyDelete
  3. kahahhkahkahkah.........3 kali pon xper kan bang......

    ReplyDelete
  4. Salam Bang Hamzah. Sebenarnya, peribahasa Melayu menyebut "Pisang tak berbuah dua kali" untuk menggambarkan tentang sesuatu perkara yang mustahil berlaku sebanyak dua kali. Peribahasa ini seakan-akan sama maknanya dengan "Tunggu kucing bertanduk" atau "Menunggu beruang tumbuh ekor". Oleh itu, kedua-dua artis berkenaan dan juga akhbar yang menyiarkannya tidak betul-betul memahami peribahasa berkenaan.

    ReplyDelete
  5. hehe..ade ke pokok pisang yg tol2 berbuah 2 kali yer?

    ReplyDelete
  6. saya pun ank pisang berbuah banyak kalai tak payah susah tanam

    ReplyDelete
  7. Artis tersebut ada buat projek tanam pisang dak?..

    ReplyDelete
  8. Salam En.Al...

    Saya setuju dgn pendapat Mybabah...

    yang kurik itu kendi
    yang merah itu saga
    yang cantik itu budi
    yang indah itu bahasa....

    ReplyDelete
  9. pokok pisang jugak yang jadi mangsa...

    ReplyDelete
  10. pisang??! goreng pun sodap!.. hehe..

    ReplyDelete
  11. CP setuju Pakcik Lavender..
    kan untung pisang buah dua kali..
    leh buat pisang goreng, pengat pisang, lepat pisang banyak2 kan kan kan..

    ReplyDelete
  12. eceh..ceh..ceh...

    Bukan main cepat jek suruh hubungi tuan dengan segera .

    Kalau takde pisang tuh, takleh hubungi keeeee ?

    hahahaha

    ReplyDelete
  13. eh!!..oang dolu-dolu dah kata camtu...!!
    Kan ker dorang yg makan garam dolu..ha'ah..naper x makan gula dolu ek??..
    eh..keluo tajuk nih..

    ReplyDelete
  14. sebenarnya artis tu nak bgtau bahawa kalaulah pisang berbuah 2 kali ke banyak kali ke , lagi bagus..kali ni pisang awak, esok pisang abu, lusa pisang embun...las kena tanduk !!

    macam apa yang tersirat dlm kepala Abg Lavendari masa buat entri ni..( betul kan???)

    ReplyDelete
  15. mr Penyubiru
    tak sangka .. terer awak punya english !

    ReplyDelete
  16. baya
    itulah pasal .. kenapa kalau maksud tak elok guna pembayang yang elok. kenapa tak guna, tak mahu terjun lubuk dua kali ke !

    ReplyDelete
  17. al-mankaraqi
    bukan setakat dua kali .. berbuahlah selagi larat. apa masalahnya!

    ReplyDelete
  18. mybabah
    barangkali itulah yang menyebabkan "aku keliru" ..!

    ReplyDelete
  19. mimie
    ada kot ! zaman S & T ni semua benda boleh berlaku!

    ReplyDelete
  20. relevan
    barangkali harus boleh jadi mungkin agaknya .. entahlah !

    ReplyDelete
  21. adilah
    salam kembali. saya pun setuju. cuma nak tanya "kurik" tu apa ?

    ReplyDelete
  22. siti murni
    mentang2lah pokok pisang tu tak boleh melawan kan !

    ReplyDelete
  23. fin
    terima kasih kerana sudi bertandang buat kali pertama.. gambar awak ni pernah saya lihat .. tapi di mana ya !

    ReplyDelete
  24. che'pit
    saya suka kerepek pisang .. boleh kunyah sambil tengok tv.

    ReplyDelete
  25. liNda
    saya tak tahu nak jawab macamana komen awak kali ni !

    ReplyDelete
  26. sha
    siapa lebih tua, sungai ke laut ? jawapnya laut, sebab dia dulu makan garam ! yang ni lagi keluo tajuk !

    ReplyDelete
  27. ikan emas
    masa saya buat entri ini saya berada di bawah sedar, sebab terlampau banyak makan buah limau !

    ReplyDelete
  28. alvin
    itulah bezanya orang lama dengan orang muda .. orang lama lagi laju berfikir.. orang muda baru terfikir !

    ReplyDelete
  29. hehe.. betul gak.. nanti kalo pisang tu berbuah lagik kita kontek yek ngeeee

    ReplyDelete
  30. maiyah
    kita akan segera pergi untuk mendapatkannya ..!

    ReplyDelete
  31. Salam Bang,
    Kalau nak anak pisang yg boleh berbuah banyak kali hubungi saya. Jgn main2 tu, anak pisang dah boleh berbuah. Kiranya pisang bohsialah ni muahaha

    ReplyDelete
  32. Salam ziarah & salam kenal...buat pertama kalinya singgah ke sini...realitinya saya sentiasa @ selalu lalu di Lavender Heights - sejak anak saya bersekolah di MRSM KK...& sekarang pun masih lalu lagi...sebab anak saya belajar di KMS...semalam pun lalu jugak!

    ReplyDelete
  33. YB
    ingatkan betul2 ada tadi ! kalau suatu hari nanti betul2 ada, sangkutkan je kat pagar rumah saya kalau saya tak ada kat rumah..

    ReplyDelete
  34. sonata anak kancil
    terima kasih kerana sudi singgah blog saya buat kali pertama .. nanti bolehlah singgah rumah saya pulak.

    ReplyDelete
  35. Salam Pak Ngah Hamzah..

    Nanti Nida mutasikan pokok pisang agar ia boleh berbuah dua kali ek. Tapi kena ada sponsor projek Sains Nida tu...hehe

    ReplyDelete
  36. nida
    kena buat kertas kerja dulu untuk lihat prospek dan dayamajunya ..!

    ReplyDelete
  37. hihihihi..

    ayat akhir :::Jadi kepada sesiapa yang ada anak pisang yang boleh berbuah banyak kali, sila hubungi saya dengan segera !!!:::

    buat saya tergelak besarlah pakngah Hamzah.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.