Tuesday, February 23, 2010

4 SPESIS "ANAK BUAH" ..!

Kat mana-mana pejabat pun, baik swasta atau pun awam, kita pasti tak sunyi dari bertemu dan bekerja dengan 4 spesis "anak buah" atau pekerja yang bekerja di bawah kita seperti berikut:

1. Spesis Ayam Betina. Tiap kali buat kerja, mulut dia mesti bising punya. "Kau tau tak, pasu bunga tu aku yang alih kat situ" . Eleeeh, alih pasu bunya pun nak bagi tahu satu Malaya ke. Apa-apa pun spesis ini, kalau kita bagi kerja kat dia, dia memang boleh buat, tapi telinga kita kena tulikan buat sementara waktu !

2. Spesis Penyu Betina. Spesis ni tak banyak cakap. Kalau orang tak tanya, dia tak cakap. Kalau tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kalau orang tanya lima patah, dia jawab sepatah. Tapi dia paling rajin dan paling banyak buat kerja. Dia buat kerja senyap2. Pendeknya, manusia spesis ini memang boleh di harap.

3. Spesis Ulat Gonggok: Dia ni semuanya lembab. Kalau bagi kerja kat dia, mesti tak boleh siap ikut tarikh (deadline). Kadang2 kita pulak yang kena tolong siapkan kerja dia atau ambil alih kerja dia.

4. Spesis Murai Jantan. Mulut dia bising. Kadang2 isu kecik pun bisingnya bukan main. Bagi lah apa-apa kerja, semua tak pernah menjadi. Tapi kalau nak kondem kerja orang, dia nombor wahid. Pagi bising, tengah hari bising, petang bising. Kerja dia satu pun tak menjadi.


Nota kaki: Anda di nasihatkan supaya jangan membela ulat gonggok sebab belanjanya banyak dan menjaganya juga leceh. Kasut dan stokin dia jer, dah berapa pasang kena beli. Kalau nak basuh pula, berapa banyak sabun kena pakai. Kalau nak pergi sekolah, pukul 4 pagi dah mula pakaikan stokin dan kasut. Kalau naik bas, letih nunggu baru semua kaki habis naik tangga. Itu belum lagi kalau kena urut kaki atau potong kuku kaki dia !


Gambar Sisipan 5.


Barisan Pekerja Dengan Dato' Dr Jemilah Mahmood, Presiden MERCY Malaysia ketika itu.



... bersambung lepas ini .. 4 spesis isteri !

50 comments:

  1. anak buah sy spesis no 3..asyik berfesbuk je smpi dateline kerapkali terlajak..nak wat camno, tuan??anta pi kaunseling ke???sy plak tak pasti spesis mane??kne tanye bos sy dulu hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam Bang HAMZAH..

    apa khabar? Sihat?
    Lama betul tidak menjengah Bang Hamzah di sini...

    ReplyDelete
  3. Saya harap apa yang ditulis sebagai “betina” itu tidak ditujukan kepada staf wanita semata-mata...:)

    Itu belum lagi termasuk spesis KEPOHCI yang suka nak tahu kat mana saya beli tudung saya.. kat mana saya makan dengan laki saya semalam...

    dan sebagainya lahh.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Bang.
    Nape pekerja abg semua perempuan? ahaks

    ReplyDelete
  5. eheheh..

    credit for ulat gonggok..
    nasib saya pelihara kucing, tak lah gak bgun awal bebenar nak pakaikan socks..

    ReplyDelete
  6. hehehe..spesis Penyu pun ada? Yg saya tahu ada lah sekor Penyu yg terlepas kat alam maya nih TAPI Penyu nih sgt pandai bercakap2, dan kalo tanya satu jwpn dia paling kurang 3 hehehe... maybe sebab dia nih bukan Penyu 'betina' kot heee...

    Kesimpulannya,
    Penyu Betina = Boleh Diharap
    Penyu Bukan Betina = Tak Harap Langsung!! (ahahahaha funnyyy nyerrr..)

    (sorry En Penyu, saya gurau jer... hehehe..)

    ReplyDelete
  7. ulat gonggoklah best sbb comel,haha

    ReplyDelete
  8. kelakar baca maklumat tentang ulat gonggok tu..terhibur rasa hati

    ReplyDelete
  9. pandai bet0l pakcik kelaskan kan..
    xsab0 nak tgk jenis bini plk

    ReplyDelete
  10. AL,
    Nicely chosen metaphors.
    Appreciate your wittiness.

    Sena Creek

    ReplyDelete
  11. sahromnasrudin
    itulah realitinya yg kita kena hadapi. mana mungkin dapat semuanya spesis no. 2. terlajak dateline tak apa, jangan terlajak deadline!

    ReplyDelete
  12. aziezah
    salam kembali. i'm in the well and i hope you're in the well too !

    ReplyDelete
  13. aziezah 2
    betina itu bermaksud produktif boleh menghasilkan telur. itu metafora sahaja. spesis kepohci tu kesunyian kot.. tak ada sapa nak ajak berbual !

    ReplyDelete
  14. yb
    1. bukan tak ada pekerja lelaki .. mungkin yg lelaki takut kat saya kot.
    2. saya ada projek di Kl hujung minggu. pagi2 dah keluar dan lewat petang baru balik. projek ini akan berlanjutan kira-kira 3 bulan.
    3. pasal tol tu, boleh reimburse dengan syarat ada resit !

    ReplyDelete
  15. Billet
    saya x berapa suka kucing. pertama saya akan terbersin dan kedua dia suka cakar kerusi. rumah saya banyak kuching , makngahnya bela tapi ada tempatnya di luar rumah.

    ReplyDelete
  16. finaz
    penyu betina sangat produktif kerana mengeluarkan telor yang banyak. tak apalah kalau dia tak terima kasih pada penyu jantan.

    ReplyDelete
  17. baya
    tang mana yang comelnya ulat gonggok tu pun saya tak tahu. saya tak suka ngan ulat gonggok sbb bila merajuk dia bergulung.. susahlah nak pujuk.

    ReplyDelete
  18. fadzilah
    kalau ulat gonggok tahu marah dia kat saya.

    ReplyDelete
  19. mentibang laut
    saya pun dah jumpa semua sbb tu saya buat entri ini.

    ReplyDelete
  20. sharamli
    apasal pula awak tak sabar2 nak tgk spesis isteri .. awak tu bukannya kawin lagi.

    ReplyDelete
  21. ASC
    saya senang bila ASC senang ! bukan senang nak bagi orang senang.

    ReplyDelete
  22. Macam-macam pesen ada kat pejabat ..macam2 gen ada.

    kat luar tu ada ayam betina .apa kata kita boikot diaaa.Setuju???

    ulat gonggak tak sesuai kat sini...

    ReplyDelete
  23. anak2 saya semuda 11 tahun suka membaca laman ini dan komen2 yang di berikan... jadi faham2 jer lah kan !

    Salam abg Hamzah...kawan tertarik dengan pembuka kata tapak komen ini..hehe!

    ReplyDelete
  24. salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking.. sila2 lawat blog saya pula ya.. :)

    ReplyDelete
  25. aduyai..tak sedapnya la..nama2 spesis anak buah tu..harap2 spesis isteri nanti..bagila yang sedap dibaca ye..he he..

    ReplyDelete
  26. kalau la saya jadi bos (huhuhu..verangan dulu nie..)

    dapat spesis no. 1, saya pakai ear plug...

    dapat spesis no. 2, saya kasi dia bonus paling tinggi...

    dapat spesis no. 3, saya pecat ajer....

    dapat spesis no. 4, saya jahit mulut dia....

    jadi saya ni bos yg mcm mana agaknya ya....

    ReplyDelete
  27. saya baru sedar...saya ni jenis penyu betina rupanya...

    ReplyDelete
  28. ermmm.... takutnya nama spesis-spesis ini kannns...

    Apapun... saya tunggu 4 spesis yang seterusnya .

    ReplyDelete
  29. ikan emas
    kita harus berdepan dengan kepelbagaian itu. barangkali masa pengambilan dibuat, tapisan ketat perlu dibuat agar spesis yang diperlukan sahaja yang dilantik. kalau sudah ada dalam servis, tambah2 dalam gomen, susah nak ambil tindakan.

    ReplyDelete
  30. jhazkitaro
    jauh betul awak berjalan dari dublin sampai senawang. tengok dari nama, ingatkan kat jepun. terima kasih kerana singgah kat blog saya buat kali pertama.

    ReplyDelete
  31. relevan
    awak ni memang lain dari yang lain. orang panjat tiang awak panjat bendul. tapak komen kita pulak yang dikomennya.

    ReplyDelete
  32. erna
    itu perlambangan atau metafora namanya. bukan betul2.

    ReplyDelete
  33. alvin
    betul ke perangai awak macam penyu betina .. masuk bakul angkat sendiri nampak !

    ReplyDelete
  34. liNda
    mana ada spesis yang garang atau ganas ! mana ada rimau, singa atau buaya ! semuanya "harmless" . takut buat apa ?

    ReplyDelete
  35. Buang je bang kalau banyak sangat songel.

    ReplyDelete
  36. pokli
    bukan senang nak buang anak gomen pokli. silap2 kita di samannya !

    ReplyDelete
  37. testing. Tadi tulis panjang2 tak lepas. Ni testing dulu hehehe

    ReplyDelete
  38. ek alah. Lepas pulak yg testing tu.

    Ok ulang tulis huhuhu

    1. Abg garang sgt dgn pekerja lelaki kot? Itu yg mereka semua takut dgn abg. Tapi dgn pekerja perempuan bukan main abg ya hehehe

    2. projek apa sampai 3 bulan kat KL tu? Jom kita ngeteh kalau abg ada masa.

    3. Mentang2 saya pakai smart tag beranilah abg mintak resit utk reimbursement. Nyampah lah abg ni.

    ReplyDelete
  39. Salam Tuan Hamzah,

    Biasanya dalam satu organisasi tu spesies no 1 smpi no 4 tu mesti ada. Kalau takde tak meriah lak rasanya. hehehe

    ReplyDelete
  40. owhhh.. tuan.

    "liNda
    mana ada spesis yang garang atau ganas ! mana ada rimau, singa atau buaya ! semuanya "harmless" . takut buat apa ? "


    no..no..no.. setakat rimau, singa or buaya langsung saya tidak takut ! kerana dah memang sejak azali dia didlam kategori spesisnya.

    But...

    Ayam Betina..Penyu Betina.. Murai Jantan ... w/pun 'harmless' . Itulah 'ketakutan' yg sebenar . Nampak cool but it's hot !!!!

    ReplyDelete
  41. YB
    ujian lulus.
    1. bukan macam tu, saya tak garang pada pekerja lelaki atau perempuan .. tetapi tak tahu kenapa jadi macam tu. agaknya sudah nasib saya.
    2. projek baik punya .. tapi ia tidak ada mendatangkan duit walau sesen pun.
    3. pasal tu lah saya nak reimburse !

    ReplyDelete
  42. aidah
    saya setuju, tapi biasanya spesis macam tu tak ramai.

    ReplyDelete
  43. liNda
    ye lah agak nya tu ! takut2 pun hidup mesti di teruskan dan jalan mesti ke depan.

    ReplyDelete
  44. nasib baik la anak buah chik na masa kerja dulu jenis spesis penyu betina.. ;-)

    ReplyDelete
  45. dlm 4 spesis tu, spesis penyu yg terbaik kan. see! spesis penyu mmg sesuai dijadikan contoh yg baik.hehe..

    finaz, saya rasa awak spesis murai betina.banyak mengomen dan mengata orang.

    (ahahahaha funnyyy nyerrr..)

    (sorry kakak finaz, saya gurau jer... hehehe..)

    ReplyDelete
  46. Mr PenyuBiru
    saya tak mahu campur perlawanan antara penyu dengan murai !

    ReplyDelete
  47. hehe..En Penyu, awak nih asyik2 salah jer..
    1. yg baik tu is penyu betina (awak bukan penyu betina) tapi x taulah kalo awak nak ngaku heee..

    2. yg xbaik tu adlh murai jantan (spesis u) bukan murai betina mcm yg awak taip tu.. (baca pun x reti hehee..)

    3. mesti awak marah sgt kat saya kan. Sori awak.... saya main2 jer. No heart feelings ok!. Frens? Peace!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.