Tuesday, February 2, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 3 - "MARBLE ARCH"


Gambar 1:  Di depan "Marble Arch", London - 1982.



Gambar 2: Terjumpa  Dengan Pelajar2 Malaysia Dari Ireland - 2005.


Gambar 3: Kat Sini Lagi ... Kini Dengan Makngah nya- 2006.

Tempat yang sama.  Pelakon utama yang sama. Tahun yang berlainan. Saya bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan diberikan peluang dapat ke sana berkali-kali.  Tapi macam mana pun hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan  batu di negeri sendiri.   (Ini peribahasa ye  !)  

Seindah mana pun tempat orang, indah lagi tempat sendiri. Seseronok mana pun melawat tempat orang, seronok lagi tinggal di negeri Sembilan sendiri. Sesedap mana pun makanan tempat orang, sedap lagi makanan di negara sendiri.

Percaya tak, negara kita sedikit sebanyak ada menyumbang dalam pembinaan "Marble Arch" (klik untuk maklumat lanjut) ini dahulu. Ia dibina pada tahun 1828,  yang mana pada masa itu British (Cikgu Xiiinam, betulkan kalau saya silap) sedang menjajah tanah air kita. Tentulah sedikit sebanyak duit hasil getah dan bijih timah dari negara kita telah di gunakan untuk membina struktur ini. Jadi tak salah kan, kalau saya  bergambar di depannya !

p.s. kalau hari tu semasa di Switzerland saya kepingin sangat mahu ketemu Aiswarya Rai, akhirnya kat London dapat juga bergambar dengan dia  .. (Abu Muaz  di larang sama se kali menengok gambar ini. Tengok dua kali tak apa ! )


47 comments:

  1. tuan, sib bek jumpe aishwarya rai..klu jumpe lady gaga, mahu menyinga mak ngah nnti dibueknyo heheheheh

    ReplyDelete
  2. cerita fasal marble arch ini sy teringat cerita kawan sy(kini menetap di london)..seorang pelancong arab tanya dia dlm bas(di london) lebih kurang bagini bunyinya..where is 'mabulat' dia maksudkan 'marble arch'.Sy suka london kerana bayak barangan antik spt di portobello market atau alfies antique market.Kata seorang pengarang lama inggeris, samuel johnson 'when a man is tired of london he is tired of life'.Jgn marah sy, ini kata pengarang tersebut.

    ReplyDelete
  3. boleh tahan juga.. nampak macam baru 42

    ReplyDelete
  4. seronok kan pakcik dapat jalan2 tgk negara org..

    tapi betul lah mcm kata pakcik, secantaik mana, sebagaus mana, sesedap mana negara org tu, negara sendiri lagi bagus.. tepat tanah tumpah sendiri..

    ReplyDelete
  5. tak tahan nengok gambar yg last skali...hehe

    ReplyDelete
  6. salam,

    wahhhhhhhh
    bestnya dapat jalan2 kenegara orang
    jauh berjalan luas pandangan
    banyak pengalaman dan pengajaran
    bila lagi saya dapat keluar negara ni
    ekonomi teruk, gomen tak benarkan kursus2 oversea lagi, heeeeeeeee...

    kemain menepek sebelah aishwarya rai,
    hahahaha..
    patung pun jadi la

    ReplyDelete
  7. Seronok ke negara orang... tapi betul memang indah lagi negara sendiri... (kecuali bagi orang yg tak kenang budi suka taksub negara orang)

    ASHWARIYA? wooow! jeles ler tengokkk....

    ReplyDelete
  8. tengok sama cantik sama padan Aiswarya Rai dan tuan blog ni..
    dalam gambar aje...kut..

    marble arch .. adalah lambang kemajuan pada masa tu..dan tahu kah kita ia dibina dari sumber mana..ada kut dulu guna duit bijih kita tu..dan dah jadi sejarah..

    negara komanwel terdiri 53 negara..merupakan bekas jajahan british kecuali mozambique (oleh portugis) dan rwanda (oleh belgium). ratu elizabert II adalah ketua komanwel. negara kita pun ahli,dan sekarang kamalesh sharma dari india sebagai setiausaha agung.(ni pun kalau tak tersasul)..

    apa pun penjajah tetap memberi kesan pada sosiobudaya-ekonomi-politik dan pemikiran.. ambillah yang baik tu..yang pasti sejarah boleh berulang..

    p.s: suka cari barang made in England...ada pasaran di sini,cuba le...hee,heee,heeee

    ReplyDelete
  9. sahromnasrudin
    kalau jumpa lady gaga, makngah nya buat gulai masak lomak !

    ReplyDelete
  10. antique man
    kalau nak cari "matbulat" kat Senawang ramai. nasib baik saya tak tired lagi kat london.

    ReplyDelete
  11. endiem
    saya rasa Aishwarya Rai tu belum sampai lagi 42!

    ReplyDelete
  12. Daun Bidara
    Ashu tu tak benar, tapi yg sebelah dia tu benar !

    ReplyDelete
  13. jejari halus
    mohon penjelasan .. tak tahan tengok yang mana satu ? yang lelaki ke yang perempuan ?

    ReplyDelete
  14. bluecity
    salam kembali. saya tak berjalan ke sana. saya naik kapalterbang.. hehe

    ReplyDelete
  15. oranglidi
    ada masa best, tapi ada masanya lagi best ! terutama masa bawak makngahnya.

    ReplyDelete
  16. anNahlu
    t.kasih atas pujian awak tu. awak nampak siapa yang lebih pendek (silap - rendah).. saya ke Aish tu ?

    memang saya dah ambil yang baik, yang tak baik saya dah buang kat sana lagi!

    ReplyDelete
  17. Memang sepadan pun..macam batu dibelah dua..heee

    ReplyDelete
  18. lanabulu
    ciss .. bedebah, suara siapakah itu ?

    ReplyDelete
  19. beruntungnya dapat menjelajah ke luar negara....

    saya nie, usah kata malaysia, negeri ganu pun belum abih jelajah lagi....

    ReplyDelete
  20. ewahh..ewahh...

    bukan main close-up gambor ngan aishwarya rai . ( Sibbaik patung..)

    ReplyDelete
  21. ain
    saya pung .. negeri sembilan pun belum habis jelajah lagi ! jadi samalah kita kan ?

    ReplyDelete
  22. liNda
    saya nak awak jawab dgn ikhlas dan terus terang. kalau saya banyak tunjuk gambar saya diluar negeri, tidak kah nanti ada orang yang kata saya nak menunjuk-nunjuk. saya tidak berniat langsung nak menunjuk2, cuma nak kongsi pengalaman di samping beritahu negara kita pun apa kurangnya.
    ye lah kan rambut sama hitam ... (tapi rambut saya dah putih)

    ReplyDelete
  23. mmg sronok, tp pic last tu tak kuar le.. tenet prob lagi

    ReplyDelete
  24. en.hamzah..
    xthn nk tgelak..oppss sori..hehe
    kte suke2 aje..

    ReplyDelete
  25. yg thn 82 tuh bkerja ke kat sana?

    ReplyDelete
  26. maiyah
    tak pe biar saya cerita. gambar last tu adalah gambar saya dengan Aishwarya Rai. Tu sebab ramai yang jeles !

    ReplyDelete
  27. jejari halus 1 lagi
    tak jawab soalan pun !

    ReplyDelete
  28. finaz
    tak .. dari tempat kerja dalam perjalanan nak balik ke Malaysia kejap. tunggulah fasa selanjutnya saya cerita. mana boleh cerita habis2, nanti tak ada modak pulak. lainlah kalau awak datang kat rumah !

    ReplyDelete
  29. Salam Pak Su Hamzah (betul ke gelaran ni ek?)..

    Banyaknya negara Pak Su dah pergi... mesti banyak pengalaman.. Agak2 nak ke sini, bagitahulah kami ye.. :)

    ReplyDelete
  30. Jap..jap...jap...nak cari kaca mata hitam jap.....macam silau saja tengok imej yang akhir tu.....

    Macam pinang dibelah....err..sambung sendiri!


    He..he...

    ReplyDelete
  31. Salam Tuan Hamzah,

    seronok kan kalau dapat jalan2 lebih2 lagi kalau free

    ReplyDelete
  32. Salam abg Hamzah..
    Mesti banyak koleksi gambar di luar negara. Kalau ada gambar2 permandangan yg cantik, letaklah lagi. Suka tengok keindahan alam yg Allah kurniakan kepada kita. Saya mungkin tak berpeluang melawat ke luar negara tp dgn gambar2 yg dipaparkan dptlah saya 'melawat' sama.

    ReplyDelete
  33. memang benar banyak yang telah kita sumbangkan kepada negara britain itu...terutama dari zaman penjajahan

    ReplyDelete
  34. Nida
    salam kembali. awak sorang nak panggil paksu .. panggillah, biarlah anak2 buah saya panggil pakngah. saya belum pernah ke sana lagi. teringin juga nak gi tapi dah tua2 ni dah tak larat nak travelling jauh2. ada orang tu kata ikan banyak ..sampai buat keropok lekor lagi. tapi manalah tahu tergerak hati nak pergi nanti, saya akan beritahu.

    ReplyDelete
  35. xiiinam
    tak sampai hati awak nak cakap "macam pinang dibelah dua" ye !

    ReplyDelete
  36. aida
    saya dah cakap kat atas tadi, saya tak jalan .. saya naik kapalterbang ! tambang free lah tapi shopping kena bayar.. pertukaran wang pula dahsyat, RM6 lebih baru dapat satu paun.. bayangkan makan simple2 jer dah habis 5 paun.

    ReplyDelete
  37. shaniza
    salam kembali. saya sebenarnya bimbang nak tunjuk sangat. takut ada orang kata saya riak pula. ada sorang rakan blogger tu, dia tunjuk henpon baru dia, kemudian ada orang kata dia nak menunjuk2lah, riaklah dsb. dia kata satu malam dia menangis. terus dia delete entry tu. dia tu muda lagi, kalau menangis tentu ada orang nak pujuk !

    ReplyDelete
  38. mamai
    kira ok lah saya bergambar kat bangunan tu kan ! kalau saya pergi lagi, nanti saya nak bawa balik sebelah ! awak nak tak ?

    ReplyDelete
  39. teringinsungguh nak sampai ke sana sekali..sekali pun cukup la..hehe..perbezaan antara ketiga2 gambar tu cuma warna saja..bangunan yang sama..owhh lg satu org lain2 juga..

    ReplyDelete
  40. solehah
    jangan nangis .. esok kita pergi ye ! minta penjelasan sikit, warna apa tu yang berbeza, jangan perli2 .. rambut saya kan ?

    ReplyDelete
  41. 1982? saya baru aje lahir uncle hehehehehe..

    ReplyDelete
  42. tuan hamzah, sy suka kalau dpt melancong spt captain kirk dlm startrek, spaceshipnya dpt menjelajah ke seluruh universe dgn speed of light. Richard bronson jg sedang usahakan outer space tourism..bila agaknya kita ada peluang melawat angkasalepas.

    ReplyDelete
  43. antique man
    kalau ada peluang pun, kudrat dah tak ada .. kita melawat angkasapuri jer lah ye !

    p.s. i think u should've ur own blog !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.