Boss boleh saja (kalau mahu) dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Boss Yang Teruk; Boss Yang Elok; Boss Yang Cemerlang; dan Boss Yang Malang.
1. Boss Yang Teruk.
1. Boss Yang Teruk.
Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi boss, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab "tak kan itu pun nak tanya saya". Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya.
2. Boss Yang Elok.
Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.
3. Boss Yang Cemerlang.
Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa diarah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai".
4. Boss Yang Malang.
Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !
Soalan ?
A. Apakah spesis boss anda ?
B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?
Gambar Sisipan - 4
Yang ni perasan jadi Boss !
.. lepas ni sambung 4 Spesis Anak Buah !
kalu pakai hugo boss dikira bos tak? hehe
ReplyDeletekalau saya jadi bos....mesti jadi bos yang malang...kerana memang tak ada daya kepimpinan.....
ReplyDeleteSaya pernah jumpa bos no 1
Lepas ni buat 4 spesies isteri....boleh?
orang bawahan ingat jadi bos ni seronok..sebab tau asyik arah,kerja sain dan bagi aje kat orang bawah,main fb dan memblog, ada masa skandal...gaji banyak !!
ReplyDeletebos pulak ingat jadi orang bawahan lagi bagus,buat apa yang disuruh saja..Kalau kerja silap bos yang kena.Cukup time balik.Tak payah pening-pening fikir.Kalau bos marah pun buat-buat tak tau !!
.....dari senarai tu, walau rasa macam tak percaya, tapi saya dah jumpa semua spesies tersebut !! ..Kalau Ikan Emas ni bos bagaimana pulak ya??
owhh...boss saya tergolong dalam golongan yang pertama.how bad..
ReplyDeletekadang2 dia kata..
"kalo tak tau tanya maaa...tak kena bayar punye"
bile kita tanye..dia cakap..
"macam ni punya hal pun u nak tanye i ke?"
ksimpulannya..emosi tak menentu je bila ada boss macam ni..
A. hmm ex boss CP takde dlm senarai.. dia mmg pakar dlm bidang dia, tapi x ngam dgn anka2 buah..
ReplyDeleteerr anak2 buah yg tak ngam dgn dia..
B. CP jadi boss yang serius, tapi ank buah suka, ngeh ngeh ngeh
apsal gmbr awak tuh di blur kan? Tu gmbr terkini ker? Hehehe..siap ada mic, awak berceramah atau awak mnyanyi masa tuh? hahahaha..
ReplyDelete(sori awak soklan off topic semuanya. Tapi sila jawab jugak TQ)
- saya kerja sendiri. So sayalah boss, sayalah kuli, sayalah driver, sayalah data entry, sayalah tukang cleaner, sayalah tea lady dan sayalah segalanya... patutlah saya busy sangat hehe..
p/s: sata tag awak. So sila jawab semua soklan kat blog saya (20questions) dlm versi jwpn awak. TQ
saya respek pengurusan arwah P.Ramlee dalam cerita Ali baba dan 40 penyamun.
ReplyDelete2nd bos saya adalah bos specis no 1 .. sangatttt teruk ...
ReplyDeletekalau saya jadi bos nanti .. insyaallah saya akan jadi bos no 2 ...
saya harap abg boss yg penyayang..belikan nasi lemak utk nak buah setiap pagi...
ReplyDeleteMr PenyuBiru
ReplyDeletetak tahu saya nak menjawab soalan awak, sebab saya tak kenal dengan hugo boss ! dia orang malaysia ke ?
xiiinam
ReplyDeletekenapa guna perkataan kalau ..
4 spesis isteri coming soon !
ikan emas
ReplyDeletesamada boss atau orang bawahan, kita tak akan terlepas dari ...
1. kena buat apa yang tak nak buat;
dan
2. tak dapat buat apa yang nak buat.
mimie
ReplyDeleteawak dah kerja ke ? pakcik ingatkan baru form 5 !
saye xda boss lagi..ngee~
ReplyDeletetapi saya nk jd bos nombor 3...
kkeekkkekke...syok cket !!!
boss yang lupa dirinya boss...
ReplyDeleteche pit
ReplyDeletekalau awak serius anak buah awak suka .. kalau awak melawak, mungkin anak buah awak jadi serius kot !
finaz
ReplyDeletegambar tu diblurkan sbb tak nak nampak aurat. masa tu saya bagi pep talk kat anak buah.
soalan tag awak tak menarik langsung !
awak jadi tea lady untuk siapa ?
abu muaz
ReplyDeletememang awak ni peminat tegar p. ramlee rupanya !
jijah
ReplyDeletejadi boss no. 2 tak apa, jangan jadi ... no 2.
alvin
ReplyDeletetak kan setiap hari nak makan nasi lemak. cepat sakit sbb banyak kolesteral. selang2lah dengan mee kari, satay, pizza, lemang, tapai, mekdi ke ? untuk seimbang belikan juga buah anggur, kiwi, epal dsb. tentu anak buah suka. kalau tak percaya awak buat dulu.
ann
ReplyDeletekata kerja kat bank ! cita2 yang bagus nak jadi boss no.3
one zaba
ReplyDeleteboss yang lupa dirinya boss tak apa jangan jadi boss yang lupa diri !
hahaaa sy sgt suka entry ni! bos sy sgt tuttttt..tp bos (tuan tanah blog ni) sgt baik! rugi xsempat bkerja sama..huhu
ReplyDeletefatrina
ReplyDeletemana tahu entah2 kalau awak kerja dengan saya, saya bertukar jadi singa pulak !
p.s. selamat pengantin baru. semoga segera menimang cahaya mata !
setiap karakter yg dinyatakan adalah perlu utk jadi seorg bos.. nama pun bos..biasala kan..
ReplyDeleteKena berkalau...sebab tak mungkin saya jadi bos. Ha..ha..
ReplyDeleteim the boss heheh.. suma boss tu pun dah jumpa
ReplyDeletepakcik!!!! saya dah 27 taun pakcik..sekolah tanak amek dah student tua mcm sy ni..
ReplyDelete**tp best jugak pakcik cakap sy mcm dak skolah..
terasa remaja kejap...
hehehe
Salam Tuan Hamzah,
ReplyDeleteSebelum jadi surirumah sepenuh masa, sy pernah bekerja. Sy pernah dapat Bos No 1,2 dan 3.Bos No 1 tu masa sy jumpa masa kerja di Johor. Dia ni hanya pandai cakap je. Memang dia ada Masters, tapi rasanya sijil tu beli je kot. Cakap mcm bagus je. Yg dia tahu hanya komplen je. Satu hari sy naik angin, sy cakap kalau pandai sgt nape tak buat sendiri. Lepas tu sy suruh dia tunjuk kat sy macam mana nk buat. Terkejut dia sebab sy lawan dia. Sejak dari hari tu tak berani dia kacau sy lagi. Bos No 2, masa sy kerja di Melaka. Dia ni memang sy suka sangat tengok karakter dia. Kalau ada masalah pun cool je. Kita tengok pun tak berserabut otak. Bos No 3 , sy jumpa masa kerja di KL. Dia ni memang sentiasa "down to earth". Kalau ada apa2 problem pun dia akan dengar dulu apa masalah kita and then bincang sama2 macam mana nk handle. Memang profesional. Masa kerja ngan dia memang kurang stress. Tapi rasanya bos no 4 tu sy lah sekarang ni. Jadi 2nd bos untuk anak2 dan hubby. Sekarang ni hubby kat overseas, semua kerja sy kena buat. Melayan kerenah anak2, huhuhu sedih dibuatnya. Dari Finance manager hinggalah housekeeping mgr merangkap driver sy kena buat. Tapi takpe bos macam ni besar pahalanya. (1st time bg komen panjang lebar, seronok ngan topik ni)
saya kadang-kadang terlupa yg saya nih ada boss..Boss pulak jarang-jarang mengingatkan kami yg dia tuh boss..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepakcik..mestila semua nak jadik b0s yg baik..
ReplyDeleteSalam Pak Ngah..
ReplyDeleteAlngkah bagusnya andai dalam dunia ni ramai yang bos spesis 2 dan 3... mesti kerjaku syurgaku, rumah dah jadi nombor 2. (jangan sampai terpikat kat teman sekerja dah ler... )
mentibang laut
ReplyDeleteboss yang efektif ialah mereka yang dapat menyempurnakan sesuatu tugasan dengan mengembleng tenaga semua anak buahnya.
xiiinam
ReplyDeleteawak pernah dengar perkataan "accidental boss" tak ? mungkin ia akan berlaku kepada awak satu hari nanti. namun begitu dalam kehidupan harian sekarang pun awak sebenarnya telah menjadi boss. tapi boss yang tak perasan dia jadi boss.
maiyah
ReplyDeletebagus .. awak mengaku awak jadi boss. jadilah boss yang baik !
mimie
ReplyDeletesaya teka umur awak berdasarkan gambar hitam putih tu ! kalau 27 tahun pun masih muda belia lagi.
aidah
ReplyDeletesalam kembali. saya seronok mendapat komen yang panjang. ia bermakna tulisan saya betul2 menyentuh hati dan perasaan awak. awak harus bersyukur kerana dalam keadaan sekarang awak dapat meneruskan hidup dengan teratur tanpa perlu bantuan orang lain.
sha
ReplyDeleteawak bertuah kerana dapat boss yang tidak bossy. permudahkan hidup dia nescaya hidup awak juga akan jadi mudah.
yb
ReplyDelete1. kuli kuli pun awak nak beli kapalterbang.
2.jangan sebut fasal batak, nanti ada orang yang sensitif.
3. komen awak kat entri saya sebelum ini saya tak dapat tunjuk kat makngahnya lagi. dia pergi tidur kat sekolah menemankan anak dia yang ada qiamulail.
sharamli
ReplyDeletebetul semua orang nak jadi boss yang baik dan semua orang juga nak dapt boss yang baik.
nida
ReplyDeletekalau sama-sama bujang apa salahnya terpikat dengan teman sekerja. saya lagi suka kalau dapat boss no. 4, semua kerja dia buat sendiri !
Salam Bang.
ReplyDelete1.Kuli pun ada cita2 juga. Jgnkan kapalterbang, kuli yg nak beli KLCC pun ada.
2. saya dah fikirkan penggunaan perkataan itu dan sensitivitinya. Dlm kontek ini saya tak berniat mengaitkan dgn mana2 suku kaum. Tapi kalau ada yg tersinggung saya minta maaf. Saya akan delete komen asal.
3.Alhamdulillah rajin anak dan isteri abg buat qiamulail. Nape abg tak join sekali? hehehe
Pagi ni bolehlah tunjukkan komen tu kat makngah. Kirim salam kat dia.
Biarlah kita menjadi boss yg baik lagi dihormati..
ReplyDeleteboss saya kategori no. 2...saya bakal jadi boss yg kategori no. 4 rasa nya..malang saya malang...lebih baik tak payah jadi boss..title boleh memusnahkan kemesraan...
ReplyDeletePernah perasan bos meow meow... tapi mama tak meow balik. Mama ngaummm jer. Ngeh ngeh ngeh...
ReplyDeleteBila en asben marah , saya sebut 'BAIK BOSSSS ! '
ReplyDeleteerkk.. itu dlm kategori mana erk ?
salam uncle,
ReplyDeletesaya pernah dapat bos no. 2...
untungnya saya tak pernah bermajikan kan bos no. 1...
dan sekarang saya sangat bertuah punya bos no. 3....
moga saya tahu menghargai apa yang saya ada dan bos saya tak jadi bos yang no. 4....
aminnn.....
uncle, lepas ni uncle buat n3 perbandingan antara bos lelaki dan bos pompuan....
ReplyDeleteseronok jugak kalau dapat baca pendapat kengkawan yang lain....
Bos jenis no 1 banyak di sektor swasta, terutama sekali di kilang-kilang. Salah satu sebab kenapa pelabur asing melarikan diri ke negara lain ialah bos jenis no 1 daripada kalangan rakyat tempatan. balik-balik yang dituduh tidak tahu bekerja ialah orang bawahan. Di kilang-kilang kelulusan tidak penting untuk menjadi bos. Yang penting sekali ialah skil untuk menceritakan keburukan orang bawah kepada ekspatriat.
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteabg cuti blogging ke sejak semalam. Dah letih saya singgah sini. Duit tol pun dah banyak habis huhuhu
Salam..
ReplyDeleteTak rasa nak jadi boss sbb dah ada boss di rumah yg cemerlang!
Kalau di tempat kerja, boss jenis 1.
YB
ReplyDelete1. hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saya penuh. letih tak terkira. ni gagahkan juga nak balas komen kengkawan. habis ni nak tidor. besok pagi baru cadang nak jalan2 pergi blog member2.
2. makngahnya dah tengok komen awak. dia jawab "ngeh ngeh ngeh" .. itu aje.
3. pasal tol tu apa ada hal, awak kan baru jer top up sampai RM400 lebih.
lanabulu
ReplyDeletebukan senang nak bagi senang semua orang !
siti murni
ReplyDeletetulah kadang2 orang nak sangat jadi boss. bila dah jadi boss baru tahu langit tinggi ke rendah kan !
mamawan
ReplyDeleteawak adik beradik dengan Tiger Wood ke ?
liNda
ReplyDeletesaya tak dapat bagi penilaian sebab saya tidak bekerja di bawah dia ! orang yang bekerja di bawah dialah yang sepatutnya lebih afdal beri penilaiahn !
ain 1
ReplyDeleteawak bertuah sekarang dan awak adalah anak buah yang pandai mengenang jasa. saya rasa boss awak boleh meletakkan kepercayaan kepada awak.
ain 2
setakat ini saya belum ada idea lagi. kalau ilham datang nanti, saya buat perbandingan itu.
Encik Anon
ReplyDeleteBegitu kisahnya ya. Saya tak pernah ada pengalaman bekerja di sektor swasta atau kilang. kalau begitu keadaannya tentulah pekerja merasa tertekan dan itu boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti keluaran kilang tersebut.
shaniza
ReplyDeletebaru adil .. kat tempat kerja dapat boss no. 1 dan kat rumah dapat boss yang cemerlang !
nasib baik bos sy no 3..siap ajar sy lagi camne nak pusing koding utk buat bayaran hehehehe
ReplyDeletesahromnasrudin.
ReplyDeletemana pergi ? baru muncul ! kalau dapat boss no.3 kenalah balas kepercayaannya dengan memberikan yang terbaik. Jangan hampakan kepercayaannya.
Saya bertuah sebelum ni kerja kesemua boss saya jenis cemerlang, even ada benda yg dia tak tau, dia tanya saya elok2.
ReplyDeleteKalau saya jadi boss, saya adalah boss yg teruk huhuhu.