Thursday, February 25, 2010

4 SPESIS ISTERI ..!

Secara umumnya para isteri boleh di bahagikan kepada 4 spesis, dalam konteks keperluan kewangan:

1. Spesis Isteri Mithali. Dia menunggu dengan sabar suami dia beri duit. Kalau bernasib baik, dia dapat suami yang tahu bila dan banyak mana patut 'top up'. Kalau tidak, tak berasaplah dapur.

2. Spesis MBM (Mahu Baru Minta). Yang ni berani menuntut hak dia. Dia akan minta bila nak guna duit. Kalau tak dapat .. dia boleh jadi sawan sekejap.

3. Spesis Berdikari. Dia tak minta duit suami - dia ada pendapatan sendiri. Kadang-kadang lagi besar dari pendapatan suami. Malah kadang-kadang dia yang support suami dia. Spesis ni saya percaya semua suami yang waras tentu suka.

4. Spesis Layan Diri. Bila nak pakai duit, dia ambil sendiri banyak mana dia hendak dari beg duit suami dia. Kadang-kadang bila suami nak bayar surat khabar, baru sedar duit dah kena ambil oleh toyol isteri.

p.s. Sebelum orang tanya, baik saya jawab. Isteri saya dari spesis pertama (i.e isteri mithali), bukan sebab dia takut kat saya, tapi sebab dia tahu suami dia baik. Selalu "top up" tanpa di minta. Tapi sekali sekala, dia bertukar menjadi spesis nombor 4 (spesis Layan Diri). Ye lah, kadang-kadang ada masanya suaminya pun terlupa nak 'top up'. Maklumlah suami dia sibuk dengan masalah blog kerja yang perlu di fikirkan.

Sisipan # 6



Santai di depan Capitol Hill - 1984.

Februari 2010 - Capitol Hill di musiam sejuk. .nampak tak ?

51 comments:

  1. err lum ada lagi..
    tapi kalau nak ada, mestilah nak yg spesies no 1, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. che'pit
    ngapa awak tak ndak spesia no. 3 ?

    ReplyDelete
  3. daun bidara
    saya setuju. yang buat mahal tu, gambar tu di tempat yang sama tetapi di tahun dan musim yang berlainan.

    ReplyDelete
  4. insyaallah agar semua isteri di dunia ini adalah yang no satu

    ReplyDelete
  5. hmm x nak no 3 sbb mcm x sessuai lak isteri yg support suami..

    sebaik2 nya sy suka sama2 bantu membantu..

    ReplyDelete
  6. Bang HAMZAH... tak mustahil pula yang no 1 tu akan jadi no. 2, pastu no 3 then jadi no 4... pastu no. 4 leh gak turun jadi no 1 balik..

    kan? hehehehe...

    saya kalu boleh naik try jadi semua no tuu.. hehehehe...

    ReplyDelete
  7. seb baik isteri aku spesis no 1. hehe..


    p/s : yg 2 gambar tu. tempat sama tapi org dlm gambar tu org yg sama gak ke?

    ReplyDelete
  8. spesis yang ni sy suker;

    duit saya,duit saya
    duit dia ,duit saya
    duit saya bukan duit duit dia...

    ReplyDelete
  9. ermm..pakcik..saya nak jadi spesis yang no satu.

    tapi rasanye saya jadi spesis yang nombor 2 jugak kadang².

    hehehe

    ReplyDelete
  10. mamai
    tak tahu lah boleh maqbul ke tidak harapan awak tu !

    ReplyDelete
  11. che pit lagi
    sejukkk perut mak mertua dapat menantu macam awak !

    ReplyDelete
  12. aziezah
    saya pun ok juga dengan semua spesis tu !

    ReplyDelete
  13. Mr PenyuBiru
    orang dalam gambar tu juga adalah orang yang sama .. tapi dah lanjut usia !

    ReplyDelete
  14. ikan emas
    saya pun tak kisah. sebab memang t/jawab suami menyara isteri.

    ReplyDelete
  15. maknanya.. famili anda masuk paper la yer.hebat.

    ReplyDelete
  16. mimie
    tak apa .. asal masih dalam spesis yang empat tu !

    ReplyDelete
  17. mr Penyu Biru
    ehh saya silap, maksud saya gambar kami adalah dalam sisipan tu. gambar dalam surat khabar tu entah siapa. saya pun tak kenal.

    ReplyDelete
  18. Sejujurnya saya spesis yang no 1.

    Jarang meminta berlebihan . Cukup or cukup-cukupkan apa yang telah diberi.

    ReplyDelete
  19. liNda
    ye ke ? tentu en asben dari spesis yang mithali juga ni !

    ReplyDelete
  20. Nanti nak tanya pakZahan....




    "Saya nombor berapa bang?" isteri.
    "Kau tetap pertama di hati ku!"

    Errr...macam lari sikit jawapan dia....

    ReplyDelete
  21. spesis yang mana kena tanya suami dulu..kalau mata sendiri mestilah no 1..

    ReplyDelete
  22. hmm rasanya saya spesis no.1 kot..hehe..
    bla suami bg br amik..
    kekadang support menyupport..
    ye la kene phm sama2 cr rezeki kn..
    v
    v
    v
    v
    tapi teringin nak jadi spesis no.4, mudah dan pantas..

    ReplyDelete
  23. Salam..
    Tak tahu nk letak no berapa sbb duit saya duit suami juga dan duit suami duit saya juga.
    Dua2 gambar tu cantik dgn nilai yg tersendiri...

    ReplyDelete
  24. xiiinam

    "Kau tetap pertama di hati ku" tak cukup mantap. Kena tambah lagi "dan kau juga tetap pertama dalam khayalan ku"

    ReplyDelete
  25. Erna
    Kalau sendiri kata no. 1 .. no. 1 lah tu ! Bertuah suami awak.

    ReplyDelete
  26. cik epal
    tak apa, ambil iktibar. terima kasih kerana sudi berkunjung buat kali pertama.

    ReplyDelete
  27. cik epal
    tak apa, ambil iktibar. terima kasih kerana sudi berkunjung buat kali pertama.

    ReplyDelete
  28. jejari halus
    nak jadi no. 4 di bolehkan dalam situasi di mana suami tak mahu beri atau terlupa nak beri wang untuk keperluan harian.

    ReplyDelete
  29. shaniza
    itulah yang paling baik, bertolak ansur dan bertimbang rasa. gambar tu memang besar nilai nostalgianya.

    ReplyDelete
  30. spesis saya tak de lah bang, spesis berdikari tapi gaji tak lebih dari gaji suami.

    ReplyDelete
  31. no. 4 tu yang tak tahan...bunyi macam ganas sikit..hehe

    ReplyDelete
  32. ekceli ada 1 lagi spesis iaitu spesis sama2 contribute. Meaning income wife & hubby dicampur sekali then tolak semua expenses, savings dll. Institusi keluarga yg mguruskan pendapatan sama spt a/c sebuah syarikat (hehe...as matter of fact mmg buat household a/c pun..heee)

    p/s: saya kawen dgn org a/c thats y hehe...

    ReplyDelete
  33. spesis kelima xdek ke?

    ReplyDelete
  34. sy p0n nk jadik macam isteri pakcik jugak..insyaaallah

    ReplyDelete
  35. Salam tuan.Isteri saya spesis no berapa ya? Lupa pula.... nanti saya tanyakan dia.Nanti tersalah tulis kan susah nanti..... kan malam ni malam jumaat.

    ReplyDelete
  36. annie
    awak masuk dalam spesis ke 3.. saya dah adjust sikit entri saya semata-mata kerana nak masukkan spesis awak !

    ReplyDelete
  37. maiyah
    untunglah awak ada tempat nak minta !

    ReplyDelete
  38. siti murni
    mana ada ganas ? itu menunjukkan dah ada persefahaman !

    ReplyDelete
  39. finaz
    awak saya masukkan dalam "spesis luar jangka". boleh ?

    ReplyDelete
  40. master teddy
    spesis kelima adalah "spesis luar jangka" atau "spesis dan lain-lain"

    ReplyDelete
  41. sharamli
    mula2 pakcik terperanjat baca komen awak. sebab pakcik ingat awak nak jadi isteri pakcik.. rupanya nak jadi macam isteri pakcik. kus semangat !

    ReplyDelete
  42. abu muaz
    saya rasa lebih baik awak tak usah tanya ! sudah gaharu cendana pula ..

    ReplyDelete
  43. saya pun lebih kurang sama spesis ngan isteri abang jugak.. cuma bila tak cukup saya mintak or bagitau dulu kemudian cepat-cepat ambik sendiri ;-)

    ReplyDelete
  44. KAHKAHKAH~~

    gila saya kalau baca entry sambil imejin..hehe

    mama saya pun type macam isteri pakcik ler..:D

    ReplyDelete
  45. chik na
    ambil untuk keperluan, tak apa ! eloklah tu, bagi tahu dulu.

    ReplyDelete
  46. red
    awak ni senang nak tergelak ye ! terima kasih kerana sudi singgah blog pakcik buat kali pertama.
    dulu tu lalu sahaja, tapi tak singgah kan !

    ReplyDelete
  47. bestkan kalau dapat no.1 ..
    tapi best tak gamaknya kalau penuhkan je korum yg ada dgn semua spesis yg ada tu..amacam..???

    ReplyDelete
  48. LanaBulu
    Kalau ada kemampuan.. terserahlah. Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  49. hahahaha..
    eka plak nanti mungkin spesis berdikari,sebab keje sendiri,cuma gaji bakal suami lagi lebih dari eka...

    dan kadang-kadang mungkin jadi spesis layan diri.

    kot.

    hehehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.