Friday, May 6, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU !


Saya ingin mencuri masa sekejap untuk menyertai kontes pertama yang dianjurkan oleh IMANSAH pemilik blog  HOK SENGOTI kerana ingin memberi penghargaan
kepada khususnya  semua guru yang pernah mengajar saya
dan amnya semua para guru samada masih mengajar
 atau pun yang sudah bersara. 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MUDAH JE :

1) Buat satu entri bertajuk CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU! ( beres)
2) Kalau sudi follow lah HOK SENGOTI. Tiada paksaan. (dah lama follow)
3) Jangan lupa letakkan banner contest ini. (beres)
4) Tidak perlu untuk tag sesiapa. (tak buat pun)
5) Tuliskan ucapan SELAMAT HARI GURU yang paling kreatif, tulus dan bermakna buat guru-guru. Tidak kiralah guru-guru yang pernah mengajar anda, ataupun tidak. Juga boleh dalam bentuk puisi pendek . (lihat di bawah)
6) Pemenang dikira berdasarkan ucapan terbaik! Plagiat dari mana-mana mutiara kata tidak dibenarkan. (ini asli punya)
7) Setelah membuat entri ini, sila link kan entri anda di bahagian komen. (beres)


Kepada sesiapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan kontes ini, bolehlah klik DI SINI.




SELAMAT HARI GURU, CIKGU !
TANPA MU AKU TAK AKAN TAHU APA SATU,
SEBIJAK-BIJAK SEORANG PERDANA MENTERI,
KAMULAH DULU YANG MENGAJARNYA ABC,
WALAU KHIDMAT MU MUNGKIN TIADA SIAPA YANG MEMANDANG,
USAH JADIKAN IA SATU PENGHALANG UNTUK TERUS BERJUANG,
SEMUA MURID MU PASTI AKAN MENGENANG.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengenengahkan semula entri  Syabas Cikgu Mazwin  yang pernah saya buat sempena menyambut hari guru pada tahun lepas, kerana ia masih relevan. Lagipun penganjur tak letak syarat kata tak boleh.
.

3 comments:

  1. powernya uncle punye entri! cemana saya nak menang??

    ReplyDelete
  2. ASPIRASI

    AWAK ADA AMBIL BAHAGIAN KE ?

    ReplyDelete
  3. biasa org tanya menang ke tak? kita tukar soalan plak eh.


    kalah ke tak?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.