Sunday, May 22, 2011

KENAPA HARGA MAKANAN DI KEDAI MAMAK BERBEZA-BEZA ?


Gambar Hiasan hasil carian Google.


Seorang kawan saya cerita, semasa dia di Sandakan, dia minum pagi di sebuah kedai mamak selama tiga hari berturut-turut.


Dia hairan kenapa dia dikenakan harga yang berbeza pada setiap kali dia makan, walhal benda yang dia makan adalah serupa. Hari pertama dia rasa harganya agak murah. Tapi hari kedua dia rasa agak mahal. Dan pada hari ke tiga, harga yang dikenakan adalah pertengahan. Lalu dia bertanya kepada taukehnya ...

"kenapa harga awak lain-lain walaupun saya makan benda yang serupa"


"ini macam incik .. hari pertama saya charge incik, banyak moorah sebab saya kasi diskaun sama incik sebab incik baru punya orang. Hari kedua, saya charge sama incik, sikit mahal sebab saya mahu cover semalam punya harga, dan ini hari biasa punya harga semua orang bayar jugak"


Kawan saya tak dapat kata apa-apa sebab jawapan yang di beri itu kira masuk akal. 


Ini cerita benar, bukan rekaan.  Kalau tak percaya tanya kawan saya itu. Dia hidup lagi.


p/s: Entri yang berkaitan yang bertajuk "BIAR TAK BERAPA SEDAP- ASALKAN CEPAT"  yang telah mendapat sambutan hangat dari pembaca boleh di baca di sini.


.

46 comments:

  1. lain pelayan lain kira kot tu. ntah2 dia dah masukkan svc tax utk diri dia sendiri. hahah

    ReplyDelete
  2. lahh..ingatkan cerita rekaan..

    saya selalu 'ngeri' bila tunggu mamak tu tengah mengomel onne renne rendde sambil tangan dia menulis kertas bil....ekekekkee

    ReplyDelete
  3. hahaha.. pandai dia cover. takde lah rugi lepas bagi diskaun.

    ReplyDelete
  4. tp kedai mamaklah yg banyak
    mcm kedai serbaneka,memana ada bangunan baru dekat situ ada kedai mamak

    ReplyDelete
  5. Assalam AL..tak pernah masuk kedai minum mamak..jadi tak pernah tau..terima kasih bagi tau...

    ReplyDelete
  6. amboi mamak..politik pandai!camtu saya nak masuk kedai mamak sekali jek.pastu tukar kedai mamak lain lak.hehe

    ReplyDelete
  7. kalau yang murah tu karinya kari semalam kalau mahal tu karinya baru lagi

    ReplyDelete
  8. kadang kadang tu Tuan Hajji, kena tengok kipas atau lampu dekat mana, kalau dekat, mahal sikit...


    tapi kalau suruh ulang kira...pun boleh beda..hi hi...

    ReplyDelete
  9. pandai btul pelayan ni main teka-teki kan bang....

    ReplyDelete
  10. mamak mmg! nak untung je...sebab dia tau ramai pelanggan nye, hehehehe....

    ReplyDelete
  11. TIJAH

    TAPI JAWAPAN DIA TU MACAM IKUT SKRIP. ITU YANG MAHAL TU !

    ReplyDelete
  12. DADDY ZIYYAD

    CERITA MAMAK NI KALAU KIRA TAK PERNAH SAMA, MEMANG SUDAH TERSOHOR. TAPI PENGUNJUNGNYA RAMAI MACAM ITU JUGA.

    ReplyDelete
  13. ASADA RYUTARO

    MAMAK MANA PERNAH MAHU RUGI. TAPI DUA KALI FIKIR, SIAPA PULAK MAHU RUGI KAN ?

    ReplyDelete
  14. SAYANG2IBU

    BETUL .. SEKARANG DALAM SATU KAWASAN PUN KEKADANG DIA ADA DUA CAWANGAN. MACAM KAT TAIPAN TU, ADA DUA KEDAI AZHAAR MAJU !

    ReplyDelete
  15. AICK ERNA

    ALAIKUMSALAM

    INI SATU BERITA YANG BELUM PERNAH SAYA DENGAR. INGATKAN SEMUA ORANG PERNAH MAKAN DI KEDAI MAMAK. TAHNIAH.

    ReplyDelete
  16. LM

    TAPI MAMAK BOLEH CAM SIAPA PELANGGANNYA. MUNGKIN TRIK AWAK TU TAK BERJAYA.

    ReplyDelete
  17. MAMAI

    KARI SEMALAM TAK APA LAGI .. KATA ORANG KARI TAHUN LEPAS PUN ADA.

    ReplyDelete
  18. AZANI

    KALAU BEGITU, LAIN KALI SAYA NAK BAWA KIPAS SENDIRI DARI RUMAH. DAPAT MURAH SIKIT.

    ReplyDelete
  19. ANNIE

    BUKA DIA YANG PANDAI TAPI KITA YANG TAK BERAPA CERDIK !

    ReplyDelete
  20. EMME

    MUNGKIN SEDIKIT MASA LAGI, KITA TIADA PILIHAN. TERPAKSA MAKAN JUGA.

    ReplyDelete
  21. saya gelak sungguh baca komen daddy ziyyad kat atas tu..
    terbayang wajah mamak yg sedang mengira..

    ReplyDelete
  22. business strategy namanya tue ;)

    ReplyDelete
  23. HANI

    SEKARANG MAMAK KIRA DAH PAKAI KALKULATOR !

    ReplyDelete
  24. MASZUBER

    STRATEGI YANG SENTIASA MENGENA !

    ReplyDelete
  25. next time jangan datang berturut turut.. hahaha..

    ReplyDelete
  26. Kedai mamak memang macam tu kan. Ada geleng kepala, tak ada pun geleng kepala, kita yang pening, mana satu ni

    ReplyDelete
  27. ceh. kalau macam tu ini dah jadi kes tipu! semalam bagi diskaun harini caj lebih sebab nak kaver. tak senonoh betul!

    ReplyDelete
  28. ADZMAN

    NASIHAT YANG BAIK .. ELOKNYA SATU KEDAI TU MASUK SEKALI JE !

    ReplyDelete
  29. KUNANG-KUNANG

    SEKARANG NI KEDAI MAMAK DAH ADA JUAL SEMUA. NASI LEMAK ADA, WESTERN FOOD ADA, ROTI ARAB ADA ..
    SENARAINYA TAK BERKESUDAHAN !

    ReplyDelete
  30. GADISBUNGA

    DIA TAK TIPU .. CUMA TEKNIK DAN TAKTIK BERNIAGA !

    ReplyDelete
  31. x pernah pulak terkena macam tu....kesian kawan tu ye...owh...berkenaan nak guna entri saya yang bertajuk "Hai la Blogger" tu...dipersilakanlah...

    ReplyDelete
  32. x pernah pulak terkena macam tu....kesian kawan tu ye...owh...berkenaan nak guna entri saya yang bertajuk "Hai la Blogger" tu...dipersilakanlah...

    ReplyDelete
  33. salam tuan haji...

    main kira mulut ja memanglah macam tu...cher setiap kali bayar minta bil, bezakan pulak dengan tanda harga...ermmm...itupun kalau ada...

    *kadang2 orang suka mengambil kesempatan pada seorang lain yang kelihatan pendiam dan nampak baik...

    ReplyDelete
  34. salam uncle!!! :)

    lamanya uncle tak jenguk saya.
    tp salah saya gak kan sebab tak jenguk uncle heee...

    tme kasih ingat lagi kat saya weee...

    anyway, mmg camtu ye uncle kalau makan kat kedai mamak..

    hehehehe...

    ReplyDelete
  35. Ssalam Tn Hj...,

    jawapan yg releven.... tapi jangan dia jawab macam kartun dalam akhbar tu laa...lagi sakit hati..
    *tanya pelanggan " mengapa harga mahal dari semalam"
    +jwb mamak..." encik kalau dibandingkan dengan negara asean lain harga saya jauh lebih rendah..."....

    ReplyDelete
  36. O'GOSH

    AWAK TAK PERNAH KENA KE, TAK PERASAN DAH KENA ? HEHE

    TERIMA KASIH ATAS KEIZINAN ITU DAN SAYA DAH BUAT SATU ENTRI MENGENAINYA.

    ReplyDelete
  37. JUNAINA

    SALAM KEMBALI

    BETUL APA YANG AWAK CAKAP TU .. ORANG SELALU AMBIL KESEMPATAN SEBAB KITA BANGSA YANG TAK KISAH SANGAT !

    ReplyDelete
  38. WANITA MUTALIB

    SALAM KEMBALI.

    KITA TAK BOLEH LAWAN DENGAN KEPANTASAN LAYANAN KEDAI MAMAK. BELUM DUDUK LAGI TEH TARIK SUDAH SAMPAI.

    ReplyDelete
  39. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    MAMAK PUN DAH PANDAI AJUK CAKAP MENTERI .. HEHE

    ReplyDelete
  40. pakcik,

    mamak mmg bijak orgnye. bijak meng'auta'! =)

    ReplyDelete
  41. MOMMY FARA

    DENGAN ITU KITA HARUS 2 KALI LEBIH BIJAK DARI MEREKA SUPAYA TIDAK KENA AUTA !

    ReplyDelete
  42. ok. noted.

    klu nak mkn murah, pergi kedai mamak yg kita tak pernah pergi.

    ReplyDelete
  43. mahal2 pun ramai jugak orang lepak kat sana heheh

    ReplyDelete
  44. ZULLISM

    MEMANG ORANG MALAYSIA TIDAK BERKIRA SANGAT FASAL MAKAN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.