Ini kisah seorang Imam yang menderita sakit buah pinggang. Makin hari makin teruk. Satu hari dia berdiri di anjung rumahnya sambil memandang ke bawah dengan sugul. Lalu pengikut2nya bertanya, kenapa dia kelihatan sangat sugul. Dia pun menjawab.
"Aku telah di sahkan oleh Doktor mengidap penyakit buah pinggang. Cuma dengan pemindahan buah pinggang sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa ku"
Pengikut-pengikutnya yang ramai di bawah, riuh rendah mendengar perkhabaran itu. Masing-masing mengangkat tangan seraya bekata ...
"Ambillah sebuah buah pinggang ku ini"
Imam itu pun tersenyum melihat reaksi pengikutnya yang kesemuanya berlumba-lumba mengangkat tangan untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Setelah berfikir sejenak, Imam itu pun berkata ..
"Terima kasih atas kesudian kalian untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Tetapi aku hanya memerlukan satu sahaja. Beginilah .. untuk berlaku adil, aku akan menjatuhkan sehelai bulu ayam, dan sesiapa yang dihinggapi bulu ayam tersebut akan terpilih utuk memberikan buah pinggangnya"
Secara spontan, pengikut2nya berteriak, "setujuuuu ..."
Lalu segera dijatuhkan oleh Imam itu sehelai bulu ayam dan bulu itu melayang-melayang di udara dan secara perlahan-lahan jatuh ke kebawah. Dalam pada itu pengikut-pengikutnya berteriak-teriak ..
"hinggaplah pada ku .. hinggaplah pada ku"
Apabila bulu ayam tersebut hampir hinggap pada seseorang, orang itu pun dengan segera menghembus bulu ayam itu agar tidak mengenai dirinya. Melihat bulu ayam itu sudah melayang ke tempat lain, orang itu pun berteriak ...
"hinggaplah pada ku" .. hinggaplah pada ku"
Bulu ayam tadi pun melayang-layang semula ke udara dan perlahan-lahan jatuh menghampiri orang yang lain pula. Akan orang itu dengan segera menghembus bulu ayam itu supaya jauh darinya .. dan begitulah seterusnya hinggalah bulu ayam itu jatuh ke tanah tanpa sempat menghinggapi sesiapa. Imam tadi seakan-akan tidak percaya apa yang di lihatnya dan merasa amat dukacita.
Apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita di atas ?
.
Sikap berpura2 dan sanggup berkorban padahal masing2 tidak snaggup dan hanya mahukan nama dan mengambil hati Imam tersebut.
ReplyDeletesemuanya tak ikhlas...
ReplyDeleteimam tadi silap, sepatutnya dia bawa semua yang setuju ke hospital jalani pemeriksaan, buah pinggang yang sesuai dia ambil buat dirinya, yang lain tu dijual, buat bayar kos pembedahan, ada untung lebih, boleh dia buat dana yayasan untuk kebajikan...
ReplyDeletetak gitu Tuan Hajji?
Itulah sebenarnya yg banyak terjadi di negara kita sekarang. Menjadi pengikut setia konon tapi bila tiba utk membuat pengorbanan mulut dah hati tidak punya niat yg sama....
ReplyDeleteKeikhlasan sebenarnya bukan datang dari kata2 sahaja...
ReplyDeletepengajarannya jangan guna bulu ayam~baling batu je~~kepala siapa yang benjol maka harus redha kehilangan sebiji buah pinggang~
ReplyDeletesori pakcik saya loyar buruk pagi ni.(walaupun hari2 saya loyar buruk jugak)
ReplyDeletecuma nak pagi ceria sikit~yay~
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya tidak menaruh sangkaan yang tidak baik kepada pengikutnya kerana sebagai seorang imam, dia lebih patut utamakan Allah dan berserah kepada~Nya serta mohon pertolongan~Nya bukan pertolongan dari manusia. Pengikutnya bertindak begitu kerana tidak mahu Imam mereka membelakangkan Allah Taala dan mengutamakan pertolongan dari mereka.
Ikhlas tu susah diertikan..
ReplyDeletepengikut takkan ikut kita mati. pengajaran, jgn suke mengharap org hendak menolong kite. sy setuju komen encik abd razak!
ReplyDeletetiada siapa yang sudikan
ReplyDeletegamaknya analogi ni digunakan oleh tun mahathir supaya pilihanraya diadakan tahun depan... maklum la bila collect report semua ok aje
ReplyDeletepengajarannya: manusia hipokrit ramai.
ReplyDeleteNYANYISUNYI
ReplyDeleteTEPAT SEKALI !
MAMSUE
ReplyDeletePUN TEPAT SEKALI.
AZANI
ReplyDeleteMEMANDAI JER AWAK TUKAR SKRIP SAYA ! HEHE
KAKZAKIE
ReplyDeleteRAMAI YANG INGIN BERKORBAN TAPI TAK SANGGUP TERKORBAN.
KAKCIK
ReplyDeleteBETUL .. ORANG KITA LIDAH MEMANG TIDAK BERTULANG !
BUJAL X 1
ReplyDeleteNI S0RANG LAGI .. SUKA HATI DIA JER MENGUBAH SKRIP SAYA.
BUJAL X 2
AWAK JANGAN INGAT LOYAR BURUK AWAK JER !
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
PANDANG USTAZ ITU ADALAH BETUL TAPI DI LIHAT DARI SUDUT YANG LAIN. MEMANG IMAM TU TAK PATUT CAKAP MACAM INI.
"Cuma dengan pemindahan buah pinggang sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa ku"
SAYA DAH JANGKA USTAZ AKAN KOMEN MACAM TU.
ALIEN
ReplyDeleteMEMANG SUSAH SEBAB IA KENA DIBUKTIKAN DENGAN PERBUATAN BUKAN DENGAN KATA-KATA.
Salam Jumaat Tn Hj..,
ReplyDelete...cakap tak serupa bikin...senang cakap tapi tak sanggup nak lakukan...
MOMMY FARA
ReplyDeleteBUKAN SAJA PENGIKUT, PASANGAN KITA PUN TAKKAN MAHU IKUT KITA MATI !
MAMAI
ReplyDeleteCAKAP TAK SERUPA BIKIN KAN ?
CEMOMOI
ReplyDeleteKADANG2 BOSS PUN SUKA DENGAR BENDA2 YANG MULUS2 JER.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteMEMANG RAMAI TAPI BUKAN SEKARANG JER .. SEJAK ZAMAN NABI LAGI DAH ADA !
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
UBAYA UBAYA !
tiada keikhlasan dan hanya bermuka-muka...
ReplyDeletesetakat bercakap..semua orang pun boleh...
tapi bila nak membuktikan..tengoklah..seorang pun tak sanggup...
Assalamualaikum Tuan..
ReplyDeletetu namanya "SEMBANG KEMAS"..
N.A.T.O ~ NO ACTION TALK (TIPU) ONLY!!.. hihihi..
memang susah nak cari orang yang ikhlas bila semua mengaku ikhlas..
ReplyDeleteramai orang suka ngikut cara orang lain sama ada suka atau tidak sebab tak mahu dikatakan ganjil atau malas memberi alasan kenapa melakukan keganjilan tersebut..
.
mulut kata lain, hati kata lain
ReplyDeletemakin sugul tok imam lepas ni
ReplyDeletealhamdulillah..imam tu telah melihat sendiri..
ReplyDeletetiada pengikutnya yang benar2 ikhlas
menanam tebu di tepi bibir, bermulut manis... tipah tertipu lagi
ReplyDeleteassalamualaikum tn hj..
ReplyDeletekalau tanya ummi pun fikir banyak kali juga, he he he
Assalamualaikum Uncle...
ReplyDeleteMoga sihat2 sokmo..
Mesti Uncle tgh bz nak wat persiapan menerima menantu kan..
Setuju dgn komen Uncle Azani dan Bujal X tu..huhuh..
SITI MURNI
ReplyDeleteSATU KESIMPULAN YANG BOLEH DAPAT A++
KAKTINY
ReplyDeleteSAYA SUKA NATO - BOLEH SAYA TUKAR KPD 'NO ACTION TEMBERANG ONLY'
ADZMAN
ReplyDeleteBETUL .. LEBIH SELAMAT KALAU 'JUST FOLLOW THE CROWD'. KALAU TIDAK KITA KENA BOIKOT PULAK !
NORSHA
ReplyDeleteKESIMPULAN YANG TEPAT DAN PADAT !
IBUINTAN
ReplyDeleteSILAP2 BUKAN SUGUL LAGI, TAPI TERUS GOL !
ACIK ERNA
ReplyDeleteSAYA BERDOA AGAR TIDAK ADA KEJADIAN SEUMPAMA ITU BERLAKU DALAM KELUARGA KAMI.
MAKSU
ReplyDeleteTANAM TEBU DI TEPI BIBIR TU BAHAYA .. NANTI DI HURUNG SEMUT !
UMMI
ReplyDeleteSEJUJURNYA SAYA BEGITU JUGA .. TAPI YANG TAK ELOKKNYA PENGIKUT2 IMAM ITU, BERMUKA-MUKA.
CIK SHINJU
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
LAMA AWAK MENGHILANG. DAH SETEL APA YANG PATUT DISETELKAN ?
MEMANG BZ. TAPI SEMPAT JUGA BERBLOG UNTUK MENGHILANGKAN KERISAUAN.
UNCLE DAH AGAK, AWAK SATU KEPALA DENGAN AZANI DAN BUJAL X TU.
Cakap tak semudah bikin, Tuan Haji.. Tak gitu?
ReplyDeleteKAMARIAH AWANG
ReplyDeleteBENAR .. BERCAKAP ATAU BERJANJI MEMANG MUDAH. TETAPI UNTUK MENEPATINYA SANGAT PAYAH.
pengajarannya,
ReplyDeletebuah pinggang tak sama dengan buah rambutan.
juga
tak sama dengan buah mangga.
juga
tak sama dengan buah durian.
apatah lagi nak disamakan dengan rojak buah.
yang boleh ditanam atau dibeli dr mana2 tmpt di dunia ni.
errmmm...