Wednesday, May 4, 2011

SIAPA YANG TAK GERAM MEMBACA LAPORAN SEMACAM INI ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhafaTblsklwQ5UNyWUoT0TCCk24NViyLFZImGRRiXOE4FpqQpP3pb3JXe5XXo1ijlvHKAqw8RdIvFmSA7sU22hluSJu_ltECvbrZPbREgQDzb97sdpN90xBZo5chMH2r6y8Z0-X4pEaxdx/s1600/top-secret.jpg

Gambar hiasan hasil carian Google.



Kadang-kadang tu geram betul saya bila baca laporan yang diterima. Ayatnya berulang-ulangulangulangulangulangulangulang dan berlapis-lapis. Itu sebab yang kadang-kadang saya melarikan diri  buat sementara waktu ke dunia blog atau fb untuk menghilangkan stress.  Memang tugasan saya menuntut saya banyak sekali membaca laporan.


Contohnya (tak boleh cerita laporan sebenar, nanti saya kena OSA) adalah seperti berikut:

" Penama adalah anak sulung dari 5 orang adik beradik. Dia tidak mempunyai abang atau kakak. Kesemua adik-beradiknya adalah lelaki  dan dia tidak ada  seorang pun adik beradiknya yang perempuan. Hubungan penama dengan adik-beradiknya adalah sangat mesra. Mereka tidak pernah bergaduh atau bermasam muka. Kawan-kawan penama semuanya lelaki dan setakat ini belum ada lagi kawan perempuan. Penama mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Kediaman penama adalah sangat selamat kerana tiada kes kecurian, pecah rumah dan sebagainya. Ini adalah kali pertama penama di tangkap dan sebelum ini belum pernah lagi di tangkap  ... " 

Cukuppppppppppppppppppppppppp !


kalau dah anak sulung, mana nak ada abang atau kakak !

kalau dah semua adik beradik lelaki mana pulak nak datangnya perempuan !

kalau dah perhubungan amat mesra, tak kan nak gaduh-gaduh pulak !

kalau dah semua kawannya lelaki tak perlulah nak tulis dia tak ada kawan perempuan !

kalau dah kata dia sihat tak payahlah nak kata dia tidak sakit !

kalau dah ada kes kecurian atau pecah rumah, tak selamatlah namanya !

kalau ini adalah kali pertama ditangkap, tentulah dia belum pernah di tangkap sebelum ini !

Sakit hati tak kalau baca laporan macam tu ?

Kalau tak sakit hati, ada lagi sambungan laporannya ...

"Bapa penama bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Menengah Lavender Heights .."

Kemudian ditulis asal usul bapa, latar belakang pendidikan bapa, hobi bapa, perangai bapa,  sebanyak 5 muka surat penuh. Dan diakhiri dengan ayat berikut ..

"Walau bagaimanapun bapa penama telah meninggal semasa penama berusia 2 bulan iaitu kira-kira 28 tahun lalu"

Kalau dah meninggal dunia buat apalah nak cerita itu semua .. tulis sahajalah bapa penama sudah meninggal dunia. Habis cerita.


Nota kaki: Saya juga pernah membuat entri yang serupa dan menyakitkan jiwa di sini.  Kalau tak mahu sakit jiwa, sila jangan klik.    

.

1 comment:

  1. Haha... sabar la tuan... itu sudah menjadi tangungjawab taun kan? hehe.. :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.