Tuesday, May 3, 2011

SEMOGA AZMIR ADZHA MEMBACA ENTRI INI.

Saya tersentuh membaca entri Kakcik di sini. Rintihan seorang kakak merayu agar adiknya yang telah terputus hubungan, supaya melawat ayah mereka yang sedang terlantar sakit di Hospital Pantai, Ampang.

Saya perturunkan entri beliau sepenuhnya, tanpa gambar. Mungkin kalau kita, sesama rakan blogger, memanjang-manjangkan entri dia ini, mana tahu adik beliau terbaca salah satu dari entri kita, terbuka hatinya untuk segera menjengok ayahnya.


Untuk perhatian adikku Azmir Adzha...



Mungkin ini berita yang kamu tunggu...

BAPA SEKARANG TERLANTAR DI ICU


gambar yang diambil secara 'curi-curi'


pulanglah sementara ada waktu, tidak mengapa kalau dengan 'kami' kamu tidak mahu bertemu, asalkan di dada bapa terlerai rindu. Gambar-gambar berikut mungkin boleh jadi panduan untuk kamu ke sana :

Sekian dimaklumkan. Hanya melalui blog ini kakakmu ini dapat menghantar khabar. Semoga perkhabaran ini sampai juga kepadamu.


Pesanan saya kepada Azmir.

Ziarahlah ayahmu sementara hayatnya masih ada.  Andainya ayah kamu telah tiada nanti, dan dikala itu kamu baru teringat untuk bertemu ayah mu, percayalah kamu akan menyesali dirimu sehingga akhir hayat kamu. Di kala itu jika kamu menangis dengan air mata darah sekalipun, ayah mu tidak akan kembali lagi. Dengarlah rayuan kakak mu itu !


Jengoklah ayah mu sebelum terlewat !


Terbaru komen kakcik di blog Cik Shinju ..

" terima kasih kerana sudi memanjangkan pesanan kakcik itu. Sebelum ini, beberapa catatan yang kakcik tujukan kepada Azmir tiada sebarang maklum balas darinya. Sebenarnya dia juga seorang blogger - kakcik pernah meninggalkan pesanan di blognya - namun tetap hampa! "


.

38 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    sewaktu menitip sendiri catatan itu, saya sudah tidak ada rasa sayu. Tapi membaca tampalan kanda ini, airmata saya segera luruh di pipi.... :(

    ReplyDelete
  2. KAKCIK

    SAYA SEBAGAI AYAH MUNGKIN DAPAT MERASA DERITA RASA AYAH KAKCIK.

    BUKAN WANG RINGGIT YANG DI INGINI, LEBIH-LEBIH LAGI DI SAAT INI, CUMA INGIN MELIHAT WAJAH ZURIAT SENDIRI SEBELUM PERGI.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya pagi tadi bila kakak masuk blog kakcik tak pula boleh komen. Lalu kakak titip komen diN3 sebelumnya. Hati kakak turut tersentuh dgn N3 kakcik itu...

    ReplyDelete
  4. KAKZAKIE

    SAYA TAHU KAKCIK MENUTUP KOTAK KOMENNYA KERANA ENTRI DIA ITU IBARAT SURAT TERBUKA KEPADA ADIKNYA.

    ITU YANG MENDORONG SAYA MEMBUAT ENTRI INI.

    ReplyDelete
  5. Salam Tn Hj...,

    Saya juga tergenang air mata bila membaca en3 Tuan ini...
    siapa lah kita tanpa mereka....

    ReplyDelete
  6. patut n3 kak cik tiada komen.... rupanya ditutup khas buat dinda nya... sabar ya kak cik.... semoga allah membuka pintu hati adik kak cik.....

    ReplyDelete
  7. As salam Uncle...

    Elok kalau ramai2 wat n3 ni..
    Pastu ping kat fb..
    Mane tau ade yg kenal adik Kakcik tu...

    Ayah n ibu kandung tiada duanya..
    Kalau hilang tiada gantinya lg..

    ReplyDelete
  8. semoga adik kak cik dapat mesej melalui blog kak cik dan segera menziarahi ayahandanya

    ReplyDelete
  9. Salam, semoga semuanya beroleh kebaikannya jua insyaallah.

    ReplyDelete
  10. Salam Pakcik,

    Mungkin ada sejarah yang buat hatinya terluka. Tapi lagi terluka hati kalau tak dapat menatap wajah ibu dan ayah (apatah lagi buat kali terakhir). Macam mana buruk pun anak, ibu ayah terima kita. Begitu juga, macam mana buruk pun ibu dan ayah membesarkan kita, tapi tanpa mereka siapalah kita...=(

    ReplyDelete
  11. sedih baca apa yg kakcik titip kan
    semoga terbuka pintu hari adik kakcik utk pulang menjenguk ayah nya sementara masih ada..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum tn hj..

    semoga beliau cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan...

    ReplyDelete
  13. Saya pun dah baca hasil tulisan Kakcik di blog beliau..saya pun berharap adik Kakcik pulang melawat ayah....menyesal kemudian, sesen pun tak berguna

    ReplyDelete
  14. Memang Kakcik tak on komen ya? Maaf guna entri uncle ni utk bertanya..

    ReplyDelete
  15. Pada saat ini Azmir mestilah lupakan sebarang perselisihan dengan keluarga terutamanya dengan Ayahnya..

    Berjumpalah Ayah sebelum terlambat...


    Atap genting dari tiub ubat gigi

    ReplyDelete
  16. moga dia pulang seblom terlambat

    ReplyDelete
  17. saya turut menjadikan ini entry saya.. semoga adik kak cik terbaca. sekian....

    ReplyDelete
  18. saya juga mendoakan terbuka pintu hati adik kakcik untuk berjumpa dengan ayahnya

    dah lama juga kakcik merintih mengharapkan kepulangan adiknya

    ReplyDelete
  19. carik carik bulu ayam...
    Semoga kakcik tabah . Setiap yang berlaku adalah atas ketentuan Tuhan dan Tuhan tahu yang terbaik untuk kita semua..
    Buat Azmir Adzha,
    Demi ayah, ketepikan soal lain dulu...pulang lah.
    Kemaafan adalah ubat hati yang terbaik..

    ReplyDelete
  20. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    BETUL .. SIAPALAH KITA TANPA MEREKA. HIDUP TAK BERKAT TANPA RESTUNYA.

    ReplyDelete
  21. ALIMAZ

    MUNGKIN LUKANYA DIHATINYA MASIH BELUM SEMBUH !

    ReplyDelete
  22. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    ORANG LAIN SEDIH TIADA BERAYAH. MEREKA YANG MASIH ADA AYAH, SEPATUTNYA BERSYUKUR DAN MENJAGA HATINYA.

    ReplyDelete
  23. ACIK ERNA

    KAKCIK KATA ADIKNYA JUGA BLOGGER. MUNGKIN DIA ADA MEMBACANYA.

    ReplyDelete
  24. AKUANAKPAHANG

    HARAP2 ADA KEGEMBIRAAN DI HUJUNG HAYAT AYAHNYA.

    ReplyDelete
  25. MOMMY FARA

    SALAM PAKCIK.

    APA YANG AWAK TULIS ITU BENAR BELAKA. SEKERAS2 HATI AYAH, JIKA ANAK MENJENGUK SELALU, LAMBAT LAUN PASTI AKAN LEMBUT HATINYA.

    ReplyDelete
  26. ACU SAYANG

    SAYA JUGA BERDOA AGAR KEDUA MEREKA DAPAT DITEMUKAN SEBELUM TERLEWAT,

    ReplyDelete
  27. ROM

    ALAIKUMSALAM

    KALAU MARAH SANGAT PUN, DATANGLAH JENGUK WALAU SEKALI SAHAJA SEBELUM AYAHNYA MENUTUP MATA.

    ReplyDelete
  28. DADDY ZIYYAD

    SAYA RASA KAKCIK TAK MAHU ORANG KOMEN, KERANA IA AKAN MENAMBAH KESEDIHAN DI HATINYA.

    ReplyDelete
  29. MIECYBER

    SAYA SETUJU DENGAN TULISAN AWAK ITU. TIDAK ADA SIAPA YANG UNTUNG KALAU IA BERTERUSAN BEGINI.

    ReplyDelete
  30. CEMOMOI

    KITA BELUM TAHU SIAPA YANG AKAN PERGI DULU. LUPAKANLAH SENGKETA WALAU BUAT SEKETIKA.

    ReplyDelete
  31. NORMALIZA MAH

    SAYA PUN BACA ENTRI AWAK. TAK MUSTAHIL DIA ATAU RAKAN YANG MENGENALINYA ADA MEMBACA ENTRI AWAK DAN MENYAMPAIKAN KAPADANYA.

    ReplyDelete
  32. IBUINTAN

    MEMANG SUDAH LAMA KAKCIK MEMENDAM RASA, MERAYU AGAR ADIKNYA KEMBALI. SETIAP MENJELANG RAYA, PASTI INGATAN KEPADA ADIKNYA AKAN MENJELMA.

    ReplyDelete
  33. HANI

    CANTIK AYAT AWAK ITU DAN SAYA SANGAT SETUJU.

    "KEMAAFAN ADALAH ADALAH UBAT HATI YANG TERBAIK"

    SEMOGA HATI ADIKNYA AKAN TERUBAT JIKA DIA MEMAAFKAN SESIPA YANG DIA PERNAH TERASA HATI.

    ReplyDelete
  34. kemaafan dendam yang terindah, kata Aisyah.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.