Thursday, November 27, 2025

SAYA TAK SUKA DI PAKSA-PAKSA.


Kueh Bakar yang saya beli. Sungguh enak sekali. Lain kali beli lagi. 

Hari tu saya lunch kat sebuah restoran di Senawang tak jauh dari rumah saya. Semasa makan ada seorang Makcik berjalan dari meja ke meja menjual kueh bakar. Bila lalu dekat saya, dia berhenti sekejap di sisi meja saya. Lalu saya bermonolog dalam hati, "nak beli ke tidak, nak beli ke tidak" sebab kat rumah macam2 kueh ada. Bila dia lihat saya macam tak berminat, dia pun mula nak beredar sambil mengucapkan terima kasih dengan muka yang manis. Lalu saya cepat2 tanya, berapa harga sebiji. Lepas itu saya pun cakap, "saya nak beli satu".

Sebelum itu saya pergi beli barang dapur di sebuah pasaraya. Masa berjalan balik nak tuju kereta, saya lalu depan gerai orang jual macam2 benda. Tetiba seorang penjual lelaki memegang tangan saya dan mula membubuh ubat cream di belakang tangan kiri saya. Kemudian dia gosok perlahan2 sambil bercerita tentang kebagusan produk dia. Lalu saya beritahu dia, yang saya tak minat.

"Pada peringkat umur saya ini, saya dah tak kisah kulit saya berkedut ke, kusam ke.. ". 

Lantas dia membalas, "semalam ada Pakcik umur dah hampir 90 tahun beli satu dengan saya". 

Saya fikir kalau jawab karang, tak berkesudahan episod ini. Lalu cepat2 saya tarik tangan saya sambil berkata, "minta maaf, isteri saya sedang tunggu kat depan tu.." sambil terus berjalan laju menuju ke arah Makngahnya.

Begitulah saya. Kalau orang paksa2 sangat suruh beli, langsung saya tak mahu beli.

No comments:

Post a Comment

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.