Tuesday, January 4, 2011

BIAR TAK BERAPA SEDAP - ASALKAN CEPAT !


 Gambar Hiasan: Nama kedai sengaja saya padamkan sebab pemiliknya
enggan bagi makan toseh free selama 6 bulan kat saya.

Itulah keistimewaan kedai Mamak. Walaupun rasa makanannya tak berapa sedap tetapi layanannya cukup cepat.  Kita masuk jer dia dah tanya nak minum apa. Kita baru tarik kerusi nak duduk, minuman  dah sampai.

Nak bayar lagi tak ada masalah. Dia dah hulur bil siang-siang masa kita sedang makan lagi. Tak perlu terlambai-lambai atau terjerit-jerit minta dikira macam sesetengah kedai orang kita.

Teringat saya satu peristiwa beberapa tahun dulu di Kuala Berang. Selepas sarapan pagi dengan kawan-kawan seramai kira-kira 10 orang,  saya pun panggil tokeh minta dikira.  Tokehnya pun segera datang dengan membawa kertas dan pen. Ingatkan nak kira, rupa-rupanya dia suruh kita kira !

Tentang rasa makanan di kedai Mamak seperti saya cakap tadi,  tidaklah sesedap mana. Roti canainya kekadang kejang jer, macam mayat cicak tersepit celah pintu. Sedaplah lagi roti canai buatan orang Melayu. Dari segi kebersihan, ada yang memualkan tekak. Kalau nak pergi ke tandas, jangan pergi sebelum makan, sebab takut nanti tak lalu makan.

Jadi saya rasa, apa yang membuat orang terpaut dengan kedai Mamak, ialah kecepatan servis mereka. Dan memang tabiat orang kita, tak suka menunggu .. semua nak cepat. Kalau boleh order pukul 10, pukul 9 nak siap ! 

Tak percaya lagi, cuba tengok kat lampu trafik .. belum hijau lagi dah berdesup !

Setuju tak dengan kesimpulan saya .. biar tak berapa sedap, asalkan cepat ?

 

103 comments:

  1. 1st ker? :d

    Saya x suka makan kat mamak..
    kotor,pastu pekerja dia bkn muslim pun..bau tengik..(hina org x hengat)

    Makan kat kedai melayu mmg lambat..
    Org Melayu kena ubah gaya berniaga..

    ReplyDelete
  2. Hahaha...mmg 1st...
    saje komen siki2 jer td..
    Takut org lain komen dulu..
    Erm,mase kecik2 saya makan gak kat mamak,tp pas tgk satu pemandangan yang memualkan tekak dan usus,saya trus blacklist kedai mamak..walaupun saya rindu mee goreng mamak yg kaw2 tu...

    ReplyDelete
  3. rindu pulak nak mkn kat kedai mamak walaupun tak sesedap mana

    ReplyDelete
  4. Membayangkan cicak tersepit celah pintu yang dibandingkan dengan roti canai - membuatkan tekak saya semakin 'kembang' untuk makan di kedai mamak! (^_*)

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan pendapat Tuan.. Servis paling diutamakan.

    ReplyDelete
  6. betul tu..trkdg jenuh tunggu mknan smpai kena order air brkali2.

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Servis mesti cepat, kalau tak mulalah rasa panas bont*t...:D

    ReplyDelete
  8. Salam bang,

    Setuju!!! Skrg semua org nak cepat. Kalau guna komputer nak yg cepat. Kalau slow kata mcm siput. Dah ada steamyx yg 1 mbps tukar unifi yg 10 mbps. Cuma bila datang bil, nak bayar tu lambat sikit sebab mahal huhuhu

    ReplyDelete
  9. betul tu. mamak servisenya tip top.kita marah dia pun dia sengih je. teringin nak makan roti nan ayam tandoori...sedap...

    ReplyDelete
  10. ain tak setuju...

    kalau masakan kedai tu memangg tak sedapp, cepat mcm kilat pun servis dia, ain tak nak makan kat kedai tu...

    rasa rugi la nak bayar uncle. baik balik rumah masak sendiri...

    hehe..

    ReplyDelete
  11. Sesekali layan gak kedai mamak punya x leh selalu...bimbang termual :(

    ReplyDelete
  12. sy x kisah mkn kt rest mamak sbb CEPAT. milo ais pun sedap..he3.
    Kesimpulan yg sy setuju! Order mi kari 1 jam br sampai: sempat kite balik masak sendiri, pastu dtg kedai balik utk tapau!

    ReplyDelete
  13. saya setuju pasal lampu isyarat. heheh

    tapi setuju bab servis. cuma ada sekali tu saya stop mkn kat mamak sebab penah tgh bfast tetibe IWK dtg sedut mende alah tu. pepagi bute time org bfast dia buat keje. semerbak setaman. trauma setahun. uwek!!

    ReplyDelete
  14. saya jarang makan mamak kecuali mengidam nak makan mee goreng dia je..kalau setakat roti canai, gerai pak ujang lg sedap..to sei pun tak berapa nak layan...apepun, kedai mamak kat seremban pun dh byk sekarang nie..cian peniaga melayu huhuhuh

    ReplyDelete
  15. ROM

    SAYA BALAS KOMEN AWAK DULU SEBAB LUCU SANGAT BILA SAYA BACA. SAYA TAHU AWAK SILAP TAIP. (SILA JANGAN PADAMKAN)

    INI KOMEN AWAK:

    "saya jarang makan mamak kecuali mengidam nak makan mee goreng .."

    INI JAWAPAN SAYA:

    "sehingga hari ini saya belum pernah lagi makan mamak"

    ReplyDelete
  16. sebagai orang penang, lidah saya memang terbiasa dengan makanan mamak.

    banyak juga makanan di kedai mamak yg sedap. tambah jadi sedap, sebab servisnya cepat. tak payah tunggu lama2.

    ReplyDelete
  17. Salam Bang HAMZAH.
    Saya setuju sesangat. 200%!
    Servis mereka sangat cepat, dan banyak pilihan gak kalu nak makan.
    Ada kedai mamak 24 jam (mereka popular kerana ini lah juga), yang sediakan western (steak, chicken chop etc...).

    Pastu ada skrin tv atau layar besar. So apa nak lagi?

    ReplyDelete
  18. uncle, mane lagi kite nak pegi breakfast or lunch, tu je yg dekat dgn ofis, senang! nak senang je kan, hehehe..maulana pun sedap! tapi mamak mmg tak pandai jaga kebersihan la....tapi curry dia nallek! hohohoh... jarang makan kat mamak, skali skale layan gak, hahaha..

    ReplyDelete
  19. dah masuk perut tak kira la rasa apa pun

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan Rumah ..

    saya orang baru di daerah Tuan
    terintai blog ni dari blog Tijah

    saya setuju dengan entri ni
    sebabnya, tahun lepas saya pernah
    nak buat cerita yang sama
    tapi, last2 tak jadi ..
    sebabnya, saya nak kutuk orang Melayu .. nanti orang marah plak

    memang betul, selepas satu insiden
    yang berlaku depan mata
    saya jadi "tak lalu" masuk kedai
    mamak sampai lah sekarang ..
    walopun, kadang terrindu2 dengan
    puree ngan kari kambing kima nya ..

    orang melayu servisnya memang menyedihkan ..
    pernah, saya makan kat warung di PD
    mintak cili padi potong
    sampai kesudahnya tak dapat-dapat

    *

    ReplyDelete
  21. Tiba2 saya rasa nak makan mamak biar abg balas komen saya ni cepat2 hehehe

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum THJ...

    Walaupun servisnya cepat, saya tetap tak suka kedai mamak :)

    ReplyDelete
  23. saya suka kari dan ayam gorengnya saja..

    ReplyDelete
  24. salam ya uncle..

    ade x kedai mamak y servis ny bagus & bersih?

    ^_6

    ReplyDelete
  25. saya suka mkn kat kedai mamak coz servis sgt cepat..dan ada jugak kedai mamak yg sedap2 apa...

    ReplyDelete
  26. Mintak2 tu hari tu tak silap donga, ustaz cito kek surau. Bekait kebesihan. Satu hari, bilo dio poi belakang kodai makan mamak, tenampaklah dio sorang mamak menguli topung. Mano tak copek. Pake kaki sambe bediri! Hi apolah ramuan2 tambahan masok ke dalam roti canai tu!? Cito gini macam selalu donga. Atau memang kojo gitu biaso sano sini?

    ReplyDelete
  27. CIK SHINJU 1

    YA AWAK HARI INI DAPAT NO. 1. TAHNIAH. TEPUK BAHU SENDIRI.

    YANG PALING SENANG BUAT MACAM UNCLE, BAWAK MAKANAN DARI RUMAH. JIMAT BELANJA, BERSIH DAN SEDAP.

    ReplyDelete
  28. CIK SHINJU 2

    KALAU AWAK BACA KOMEN UNCLE TEMUK TU, MUNGKIN AWAK AKAN HARAMKAN TERUS MEMASUKI KEDAI MAMAK.

    ReplyDelete
  29. NADIAH

    BALIK NANTI MAKANLAH PUAS-PUAS. TAPI SEBELUM TU, BACA DULU KOMEN UNCLE TEMUK TU.

    ReplyDelete
  30. KAKCIK

    KALAU TEKAK "KEMBANG" LAGI BANYAKLAH ROTI CANAI YANG BOLEH MASUK. HEHE

    ReplyDelete
  31. ANIF

    BERGANTUNG PADA PILIHAN MASING2 .. SAYA LEBIH MEMENTINGKAN RASA DAN KEBERSIHAN. KALAU KEDAI MAMAK TU, MEMANG SEDAP MASAKANNYA DAN MENDAPAT 'A' TAHAP KEBERSIHANNYA, SAYA AKAN MAKAN.

    ReplyDelete
  32. NZA

    KADANG2 YANG TERUS LUPA PUN ADA !

    ReplyDelete
  33. YUS

    MEMANG .. KALAU MAKANAN SEDAP PUN TAPI TUNGGU SATU JAM, IA JADI TAK SEDAP. APALAGI KALAU MAKANAN TU MEMANG TAK SEDAP.

    ReplyDelete
  34. YB

    SALAM KEMBALI.

    TERINGAT DULU MASA MULA2 KOMPUTER DI PERKENALKAN .. "MILEAGE CLAIM" LAMBAT DAPAT. BILA ABG TANYA KERANI, DIA BOLEH JAWAB .. "SEKARANG CLAIM LAMBAT SIKIT ENCIK, SEBAB KITA DAH GUNA KOMPUTER"

    ReplyDelete
  35. MONALEA

    DIA SENGIH TU MUNGKIN DIA BARU SAMPAI DARI INDIA KOT .. TAK FAHAM LAGI CAKAP MELAYU.

    ReplyDelete
  36. AIN

    KALAU TAK SEDAP LANGSUNG LAINLAH .. CUMA TAK BERAPA SEDAP. TAPI KEDAI MAMAK, TANDOORI DIA MEMANG BEST .. TAK ADA LAGI RESTORAN MELAYU BOLEH CELEN.

    ReplyDelete
  37. AKUANAKPAHANG

    SAYA PUN BEGITU KALAU NAK CEPAT DAN TAK ADA PILIHAN. PEJAM MATA TELAN JER LAH !

    ReplyDelete
  38. PAISH

    TETAPI SAYA TAK NAFIKAN ADA JUGA RESTORAN ORANG KITA YANG TIP TOP LAYANANNYA. SAYA TULIS TU SECARA UMUM SAHAJA.

    ReplyDelete
  39. GADIS BUNGA

    IWK NI BETUL2 TAK ADA HATI PERUT .. TENGOK TEMPAT DAN MASA LAH KALAU NAK BEROPERASI.

    NASIB BAIK SEMERBAK .. HEHE

    ReplyDelete
  40. AIN FATHIHAH

    SAYA SETUJU .. TULISAN SAYA ADALAH UMUM. SAPA BOLEH LAWAN NASI KANDAQ PENANG !

    ReplyDelete
  41. AZIEAZAH

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG KEDAI MAMAK SEKARANG SUDAH JUAL MACAM2 MAKANAN .. NASI LEMAK, SATAY, BARAT DSB.

    ReplyDelete
  42. EMME

    SEKARANG NI DAH RISAU PULA NAK MINUM TEH TARIK DIA SEBAB ADA LAPORAN MENGATAKAN DIA ORANG GUNA TEH MURAH, TIMBANG KATI ... ADA RISIKO KANSER !

    ReplyDelete
  43. MAMAI

    SETIAP ANGGOTA KITA ADA HAKNYA .. TEKAK KITA JUGA ADA HAKNYA. TAK BOLEHLAH MAIN SUMBAT JER. NANTI DIA KATUP TERUS, KACAU KITA. NAK LALU IKUT MANA ?

    ReplyDelete
  44. UJI6JUNE

    SALAM KEMBALI.

    AGAKNYA LEPAS AWAK MINTA CILI POTONG TU, BARU DIA NAK TANAM KOT.

    APA-APA PUN T.KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMAA DAN BERI KOMEN.

    ReplyDelete
  45. YB 2

    KAN SEMALAM KOMEN AWAK YANG MULA2 ABANG KOMEN .. TAK INGAT ? CUBA SEMAK BALIK!

    ReplyDelete
  46. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM.

    SAYA PUN BUKANLAH SUKA SANGAT .. CUMA PERGI KALAU TERDESAK JER.

    ReplyDelete
  47. HAMIZAH

    TAK KAN AWAK TAK MAKAN NASI SAMA ?

    ReplyDelete
  48. TQAH

    SALAM KEMBALI.

    ADA JUGA .. TAPI SUSAH NAK DAPAT.

    ReplyDelete
  49. WAHIDA

    SAYA TAK NAFIKAN ITU .. ADA JUGA KEDAI MELAYU YANG TAK SEDAP DAN SERVISNYA LAMBAT.

    ReplyDelete
  50. kebanyakan mamk yg saya pergi sedap kuranglah tapi mg cepat..

    ReplyDelete
  51. ABG TEMUK

    INI KES LAGI TERUK .. KALAU SAYA NAMPAK, MESTI SAYA AMBIL GAMBAR DAN BUAT KEMPEN HARAMKAN MAKAN DI KEDAI TERSEBUT. MINTA2 USTAZ TU SALAH LIHAT.

    ReplyDelete
  52. BABY

    PENDEKNYA AWAK SETUJULAH DENGAN TULISAN SAYA YE !

    ReplyDelete
  53. ade juga betulnya,

    tp kenadang saya sanggup tunggu utk makan makkanan yang sedap..

    ReplyDelete
  54. tersengih bila mayat cicak tersepit di pintu yang jadi perumpamaan roti canai tu. pernah merasa? hihi :P

    mungkin kalau restoren lain menggunakan servis laju seperti kedai mamak boleh cepat maju. tapi kalau tak sedap, kurang nikmat nak makan.

    ReplyDelete
  55. Abang delete komen saya ya! apa salah?

    ReplyDelete
  56. Saya memang jarang makan di kedai mamak selalunya kalau pergi pun minum air je. Sebab sy kurang gemar ngan roti canai dan bau karinya yg kurang sy gemari. Kedai melayu ni ada yg ok ada yg tak. Tapi kebanyakan kedai melayu ni servisnya kena dipertingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  57. saya hanya pergi kedai mamak nasi kandar..kalau kat sini mmg bersih la.
    makanan...biasa2 saja.
    saya suka makan kat kedai yg cepat & sedap..hihi

    ReplyDelete
  58. salam,

    kat-teluk-intan-ada-restoran-mamak-lambai----mgkn-kak-chik-tau-knp-digelar-begitu...

    ReplyDelete
  59. Uncle...

    Nak jadikan citer,ape yang saya lihat
    sama dgn ape yang Uncle temuk citer tu..Lokasinye,restoran mamak kat Dayabumi..xtau la ade lg ke tdk..uli roti canai ngn kaki owhh..
    Peluh kompem menitik punye masuk dalam doh...tu tak masuk lagi benda2 tersembunyi..hahaha

    ReplyDelete
  60. MASZUBER

    KALAU KITA ADA BANYAK MASA TAK PE .. LUNCH HOUR SEJAM JER .. TU SEBAB FAST FOOD POPULAR.

    ReplyDelete
  61. ASADA RYUTARO

    MAYAT CICAK TU TAK PERNAH RASA .. TENGOK BIASALAH. YANG DIA PERGI MAIN CELAH PINTU, APA HAL !

    MEMANGLAH KITA NAK DUA2 SEKALI SEDAP DAN CEPAT, TAPI REALITINYA TAK SELALU KITA DAPAT BEGITU.

    ReplyDelete
  62. ADIKMU ROMEO.

    BUKAN KOMEN AWAK SAJA YANG ABANG DELETE, BANYAK LAGI YANG ABANG DELETE.

    APA SALAH ? TAK ADA SALAH .. CUMA SALAH TEMPAT SAHAJA.

    BEGINILAH .. ABANG JAWAB DENGAN KIASAN SAHAJA.

    HISAP ROKOK TAK SALAH. TAPI ABANG TAK SUKA DAN TAK BERI ORANG HISAP ROKOK DALAM KERETA ABANG. KALAU NAK MASUK KERETA ABANG, BOLEH, TETAPI SILA HABISKAN ROKOK ITU DULU ATAU LEBIH BAIK JANGAN HISAP LANGSUNG.

    FAHAM KAN ?

    ReplyDelete
  63. AIDAH

    PENDEKNYA AIDAH SETUJULAH DENGAN PEMERHATIAN ABANG TU KAN ?

    ReplyDelete
  64. IEDA

    MEMANG NASI KANDAR SAYA TAK PERNAH MISS KALAU PERGI PENANG. RASANYA MEMANG LAZAT. KATANYA IA BERPUNCA DARI AIR PULAU PINANG YANG LEBIH BERSIH DARI TEMPAT LAIN. ENTAHLAH !

    ReplyDelete
  65. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    SAYA PUN TAHU, LAMBAI TU APA MAKNANYA.

    ReplyDelete
  66. ATIE

    TERIMA KASIH. TU JER AWAK NAK CAKAP ?

    ReplyDelete
  67. CIK SHINJU 3

    WAH AWAK HATRICK HARI NI !

    LEPAS NI MALASLAH UNCLE NAK MAKAN ROTI CANAI KEDAI MAMAK LAGI. DAH ADA DUA ORANG CERITA. AWAK PULA TENGOK SENDIRI.

    ReplyDelete
  68. Suka makanan segera. Cepat dan sedap

    ReplyDelete
  69. POK LI

    SAYA PUN SUKA .. MACAM MEKDI, BURGER KING DSB. TAPI TAK BOLEH DIAMALKAN SELALU KERANA KATA ORANG IA MENGGEMUKKAN.

    ReplyDelete
  70. Betulll...saya setuju sesangat dengan tajuk entry ni...biar tak berapa sedap asalkan cepat...

    Saya ni memang jenis makan di kedai..bukan memilih kedai mamak saja tapi kedai melayu juga..tapi malangnya service mereka...aduhhh..boleh jadi gastrik kita menunggu...yang lebih sakit hati..yang kita minta bungkus siap dulu.. dari yang kita nak makan di situ....nak bayar pun lambat...kita panggil dua kali belum tentu datang...kalau nak lari tak bayar pun boleh..

    ReplyDelete
  71. salam uncle..sihat ke?nak mee goreng uncle?

    ReplyDelete
  72. Sekarang nie pon, kedai Melayu banyak yang dah boleh buat roti canai best..

    sy mesti pilih..

    ReplyDelete
  73. ROSLAINI SAAD

    SEBENARNYA BERGANTUNG KEPADA CITARAS MASING2 .. ADA JUGA ORANG YANG TAK KISAH TUNGGU LAMA ASALKAN MAKANANNYA SEDAP.

    JANGAN TAK BAYAR, NANTI SAKIT PERUT ! HEHE

    ReplyDelete
  74. LYDIA MIZA

    UNCLE MEMANG EXPERT BUAT MEE GORENG, TAPI RASANYA TAK TAHULAH !

    ReplyDelete
  75. AUJINZ

    UNCLE SETUJU .. AWAK KERJA BANK RAKYAT KE ? HEHE

    ReplyDelete
  76. Ye kot...bila difikir-fikir itu lah sebabnya saya suka makan kedai mamak. Cepat amek order, cepat siapkan oreder, cepat clear meja. Kadang2 ada kedai makan sampai tahap kita kena clearkan meja sendiri.

    ReplyDelete
  77. BUNGACAHAYA

    BETUL AWAK CAKAP TU .. MEMANG SAYA PUN BANYAK KALI KENA TOLONG KEMAS MEJA.

    NASIB BAIK BELUM SAMPAI MASAK SENDIRI ! HEHE

    ReplyDelete
  78. kedai mamak tak kisah kalau kita dok lepak lama2...mmg dah jd port utk sembang2..

    tp kedai mamak kat borneo agak kureng berbanding di semenanjung.. takde umpphh la.

    sya rasa pengomen ke 81...agak2 tuan tanah balas tak?

    ReplyDelete
  79. salam tn aji,

    saya pernah tanya pekerja yang menggoreng mee goreng di kedai mamak, kenapa tak basuh kuali selepas setiap kali menggoreng mee, jawabnya, 'cuci selalu kalu, mee tarak sedap'

    patut kualinya macam kuali berkarat saja

    ReplyDelete
  80. MENTIBANG LAUT

    MEMANG SESUAI JADI PORT UTK SEMBANG .. DIA TAK PERNAH HALAU KITA.

    SAYA PERNAH CAKAP "MINUMNYA SERINGGIT, DUDUKNYA LIMA RINGGIT"

    JADI KAT MANA SELALU AWAK SEMBANG ? LAIN KALI BOLEHLAH BAWAK SAYA KE SITU !

    ReplyDelete
  81. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    ITU ALASAN ORANG PEMALEH .. TAPI SEBENARNYA MAMAK NI KEDEKUT. KALAU BASUH , DAH KENA GUNA AIR.

    DULU2 LAGI KEDEKUT. KERTAS LAP MULUT ITU PUN NAK DIBELAHNYA DUA. TAPI KITA AMBIL 4. BUAT LETIH DIA MEMBELAH JER.

    ReplyDelete
  82. Yang pasti bila suami tak suka makan di kedai mamak, saya pun ikut jugak.


    Dulu-dulu pergi semata-mata nak makan Puri... Sekarang ni tak banyak kedai mamak yang sediakan..

    ReplyDelete
  83. byk tempat sembang yg menarik di kk tp bukan kedai mamak la. dtg sini nanti saya bawak ke tempat2 tu.

    ReplyDelete
  84. AZRINA

    ADA DUA TIGA ORANG KATA "PURI" APA TU ? .. KUEH KE ? KARI KE ? ATAU MINUMAN KE ? ATAU PAKAIAN UNTUK DIPADANKAN DENGAN SARI ?

    ReplyDelete
  85. MENTIBANG LAUT.

    TAK SABAR BILA NAK PERGI KK LAGI .. SAYA YAKIN TEMPAT TU "HALALAN TOYYIBAN" KAN ?

    ReplyDelete
  86. takkan la saya makan kat tempat harraram toshiba plak...hehe

    ReplyDelete
  87. MENTIBANG LAUT

    MAKSUD SAYA BEGINI .. PERNAH SEKALI SAYA PERGI KAT SATU TEMPAT DI KUCHING, ORANG BAWA, MASUK JER TEMPAT MINUM TU, TERUS DI KERUMUNI OLEH AWEK2 YANG SAYA AGAK DARI FILIPINA.

    LEPAS TU, SETIAP KALI ADA ORANG AJAK SAYA PERGI MINUM, SAYA INGIN PASTIKAN KISAH SERUPA TIDAK BERULANG UNTUK TIDAK MEMALUKAN ORANG YANG MENGAJAK DAN JUGA AWAK2 ITU. HEHE

    ReplyDelete
  88. oh! macam tu ke? tak berapa sedap pun takpe eh? ok

    .
    .

    *senyum*
    *lega*

    saya boleh pastikan mknn dpt cepat. tapi.... klu nak sedap tu.. errr...

    ReplyDelete
  89. KTS

    ITU BAGI KEBANYAKAN ORANG .. KERANA ADA JUGA ORANG YANG SANGGUP TUNGGU LAMA UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN YANG SEDAP.

    ReplyDelete
  90. itu dah pasti...kalau tempat yg dimaksudkan bukanlah tempat makan sebenarnya.

    ReplyDelete
  91. MENTIBANG LAUT

    AWAK KATA NAK BAWA TEMPAT SEMBANG .. BUKAN TEMPAT MAKAN.

    ReplyDelete
  92. kalau kat tempat saya payah juga nak jumpa kedai mamak, ke saya yang tak tau. tapi majoriti melayu yang jual roti canai ada juga orang "barat" (thailand). tapi kalau kedai india muslim kat tempat saya ni memang terkenal ngan nasi beriani, kuah dalca memang buatkan saya teringin nak makan lagi...

    ReplyDelete
  93. MRS JUN

    MEMANG KAT NEGERI2 PANTAI TIMUR, TERUTAMANYA KELANTAN DAN PAYANG, SAYA PERHATIKAN KEDAI MAMAK AGAK KURANG.

    ReplyDelete
  94. tak minat ngan kedai mamak ... tp tak semua kedai mamak tak best.....

    ReplyDelete
  95. WAK IRWA SYAY

    SETUJU. TERUTAMANAYA ROJAK MEE MEREKA.

    ReplyDelete
  96. hahahah tersedak kopi baca topik ni uncle. so funny, tapi memang tu la hakikatnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana mencukupkan 100 komen kepada entri ini ..

      Delete
  97. sdetuju..suka mee mamak...ngan milo kosong..tapi jarang pergi..sebulan ada la dalam 2,3 kali

    ReplyDelete
  98. Tak suka makan kat kedai mamak. Tak suka bau karinya. Boleh dikatakan semua makanan ada rasal karinya.
    Lagi satu point orang suka pergi kedai mamak sekarang ni, (selain boleh sembang lama2 kerana buka 24jam) ialah kedai mamak ada wifi boleh acces internet...ada yang bawak laptop lagi....mereka tak bising pun....

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.