Saya perhatikan ada berbagai gaya komen mengomen di kalangan blogger.
Ada blogger yang tak pernah balas komen orang. Selalunya mereka yang sudah popular. Mungkin mereka tak larat nak balas. Kita pun faham, mana dia ada masa nak jawab 3 - 4 ratus komen setiap entri.
Ada pulak yang balas komen satu persatu, walau berapa kali pun orang yang sama komen dalam entrinya. Contohnya Yunus Badawi. Sebab tu orang berlumba-lumba nak komen. Dan jawapan balasnya pasti membuat orang tersenyum.
Ada juga blogger yang melonggokkan balasannya sekali harung, dan
Ada pulak blogger yang bila terasa nak balas dia balas.
Begitu juga pengomen. Ada yang lepas komen, dia tak datang balik tengok balasan atau jawapan kepada komen dia. Macam musafir lalu.
Ada pulak yang kecik hati kalau komen dia tak dibalas. Tapi dia bukan tengok pun balasan kepada komen dia.
Ada juga yang pasti datang balik tengok jawapan kepada komen dia. Kadang2 dia komen balik. Contohnya ialah Mentibang Laut. Saya percaya tentu ramai lagi yang buat begitu. Cuma Mentibang Laut sahaja yang saya teringat pada masa ini.
Saya pun tak tahu mana yang terbaik sebenarnya. Kalau ikutkan perasaan, saya ingin balas semua komen pengunjung. Tetapi kadang-kadang tu memang tak sempat. Kadang-kadang sengaja malas, bila memikirkan ada blogger yang tak tengok pun jawapan kita sedangkan kita jawab bagai nak rak.
Begitu juga kalau ikutkan suka, saya suka kalau komen saya terutamanya yang berbentuk pertanyaan atau yang meminta penjelasan, dibalas oleh pemilik blog. Tetapi kalau dia tak nak balas, apa boleh buat.
Bagaimana pula dengan gaya atau kegemaran anda ?
...........................................................................
Selingan.
sahromnasrudin said...
saya jarang makan mamak kecuali mengidam nak makan mee goreng dia je..kalau setakat roti canai, gerai pak ujang lg sedap..to sei pun tak berapa nak layan...apepun, kedai mamak kat seremban pun dh byk sekarang nie..cian peniaga melayu huhuhuh
January 4, 2011 11:12 AM
al-lavendari said...
ROM
SAYA BALAS KOMEN AWAK DULU SEBAB LUCU SANGAT BILA SAYA BACA. SAYA TAHU AWAK SILAP TAIP. (SILA JANGAN PADAMKAN)
INI KOMEN AWAK:
"saya jarang makan mamak kecuali mengidam nak makan mee goreng .."
INI JAWAPAN SAYA:
"sehingga hari ini saya belum pernah lagi makan mamak"
January 4, 2011 11:26 AM
.
Assalamu'alaikum Kanda AL...
ReplyDeleteSeboleh mungkin, saya akan jawab semua komen di blog saya satu persatu. Saya juga akan menjengah balik ke blog di mana saya meninggalkan komen untuk mengetahui komen balas pemilik blog terhasdap komen saya. :)
Salam Uncle...
ReplyDeleteAwal post n3 arini..
Hehehe..saya kdg2 salah taip gak mcm Abg Sahrom tu..Kalau sempat padam saya padam..kalau tuan blog dah jwb nasib la kan..Salunye saya dtg baca balik balasan komen...Sebab kdg2 komen saya berbentuk soalan..
assalamualaikum tuan aji,
ReplyDeletecerita mamak saya belum sempat baca lagi, hari yang sibuk di awal-awal tahun ni
saya juga suka komen di entry yg saya baca, kalau ada banyak masa bila datang semula saya pun akan baca balasan komen tuannya
tapi sehari dua ni, komen di entri saya memang tak berbalas, osah sibuk bona
abe hamzah, sy biasa guna commenting sysyem spt disqus sbb segala komen yg org tulis kat blog sy akan sampai terus ke inbox yahoo sy. Pas tu sy balas direct dari emel...yg pastinya balasan sy tu akan sampai ke inbox kwn sy tu dan juga terpapar di blog. mudah kan? tu pasal la sy x guna default blogger commenting system sbb leceh la nak mai balik check sama ada komen sy dah dibalas atau blom. tapi sy tahu abe n YB memang rajin balas komen sy. Thanks a lot!
ReplyDeletesalam tuan haji....
ReplyDeletekomen mengomen nie kalau saya pulak ikut pada masa... kalau sempat saya komen kalau tak sempat kekadang n3 blogger tu pun tak sempat saya baca... tapi saya suka tinggalkan komen kat blog nie walaupun sepatah atau tanya khabar sebab tuan punya blog rajin sahut salam saya....
assalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi ya ayahanda..
kehkehkeh(gelak sopan ni..sambil tutup2 mulut)
sengeh sorang2 baca komen dari saudara sahrom kita....
semoga sihat2 sokmo ye =)
Tumpang gelak ! ha ha!
ReplyDeleteSalam TH, sememang persoalannya agak rumit "Komen dan mengomen" saya sendiri terkadang tidak mampu utk membalas komen dan mengomen, komen drp pengunjug diblog saya.
ReplyDeleteSekiranya berkesempatan saya balas tak sempat mintak maaf byk2 terkadang masa saya teramat terhad, ada masa sempat membuat entri sahaja bab komen tak sempat nak membalasnya.
Saya juga memohon maaf jika tidak berkesempatan utk membalas komen drp anda semua :(
wah uncle. sama isu dgn kak azie. lepak mamak sambil borak best gak ni. kikiki~~
ReplyDeleteKalau diblog saya, Insyallah saya akan balas komen pengunjung satu persatu..
ReplyDeleteSalam Pak Ngah..
ReplyDeletewah.... banyaknya jenis-jenis pengomen..saya ni pula jenis macam biskut oreo.. kejap ada kejap takde.. :)
Memang lucu komen dari ROM dan jawapan dari pakngah juga..
ReplyDeleteSaya suka orang balas komen saya, dan biasanya saya akan datang balik tengok jawapan yang di beri. Tapi kadang2 memang tak sempat tengok balik atau pun terlupa ada tinggal komen ke tak. Tapi kalau komen yang saya beri di blog pakngah, saya selalu memang akan datang jenguk semula, sbb saya tahu biasanya pakngah balas dan balasan tu buat saya tersenyum. Macam dalam blog pu.e.c pakngah tu..yang saya boleh mandi dengan SRD...hahahaha. Gelak besar saya baca komen pakngah tu, SRD pun sama..hehe
Assalamualaikum THJ...
ReplyDeleteKebiasaannya saya memang akan jawab semua komen di blog saya satu persatu. Dan juga saya suka tengok balik komen yang saya tinggalkan di blog kawan-kawan, nak tahu juga jawapan dari empunya blog tersebut..
saya komen & tick pada email follow up comment...tak perlu kembali ke blog utk baca jawab bals...akan terus di hantar ke email....
ReplyDeletesalam uncle,
ReplyDeletekalau ain pulak depends pada masa. bila free banyak 1-1 komen ain balas, free sikit 2-3 komen sekali kumpul, kalau free tahap tenat harung semua sekali la sudahnya...
pasal jenguk balik komen tu depends pada blogger dan jugak n3. ain suka jenguk balik komen kat sini sbb jawapan balas uncle tu best dan kadang2 lawak sampai tergelak...
sukaaaa la...hehe
makan mamak ...rasanya ok lagi... kalau makan kedai mamak tak ke haru biru.... habis mamak tu nak niaga kat mana pulak dah kedai dia kena makan....
ReplyDeletedengan segera saya patah balik dan membaca jawapan komen batu ladung hari tu..
ReplyDelete.
.
tak ada 'chance' lah nak mengendeng batu ladung yang itu nampaknya...
Salam uncle,
ReplyDeletesaya suke org komen blog saya
tapi saya kurang komen balas kat blog saya, ikut mood,boleh ke cam tu,
tapi rajin gak jenguk balik komen kite kat blog kawan2....
tak kisah la memane, asalkan bahagia...hehehe...
Salm Tuan..
ReplyDeletewat masa ni sy ske p komen blog org.. Pastu p tgk lagi, kut2 tuan tanah bls.. Dan sape2 yg mai komen kt blog sy sgt2 sy hargai.. Dan biasanya sy akan p blog tuan tanah tu tuk komen tanda tima kasih sy..
salam..
ReplyDeletebudaya orang melayu memang mudah kecik hati..blog saya sendiri pun kadangkala tak terbalas..tak tahu berapa ramai yang kecik hati..maaf je lah..ermmm..saya pula jenis selalu juga tinggal komen tapi cara saya pula tak pernah kembali ke entri yang sama..mungkin terlalu ramai blog rakan blogger lain yang nak di kejar komen di atas kotak komen mereka..itupun kalau tak komen nanti ada la pulak yang kecik hati..jadi nak buat macam mana dah hati semua pakat kecik belaka..sabar je lah..hanya maaf yang dapat di pohon..selamat berbesar hati lah harapan saya..
da lama nak jenguk blog pakcik tapi baru hari ni ada sempat..sebab selalu nampak komen pakcik sana sini.~
ReplyDelete*pakcik kena balas komen saya tahu!
he~~salam kenal pakcik~
saya tetap balas komen di blog saya satu persatu..
ReplyDeletewalopon kadang kadang, terlambat seminggu, walopon kadang kadang diorang tak baca balik pon..
P/s: mamak nak masak apa yang sedap dimakan?.. koh koh koh
me kategiry balas bila terasa nak balas heheheh
ReplyDeletetp kalau yg tanya soalan speciific, me memang cuba balaslah, kdg2 me terus terjah blog yg bertanya tu semata2 nak bagi jwpn soalan yg ditanya :)
salam,
ReplyDeleteterlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan kerana tuan merupakan seorang 'follower' yang pasti singgah, beri komen, menjenguk semula komen yg dibalas( walaupun IE lewat balas tuu..)kiranya tuan seorang yang amat menghargai dan patut dihargai juga !
2) IE tak tau dalam kategori yang mana..kalau ikut hati memang nak BACA, NAK KOMEN, NAK JENGUK KEMBALI...BERKALI-KALI..
...byk kali berlaku kes tersilap taip..
Kalau dah ada beratus2 pengomen biasanya saya baca n blah je...sbb kesian kat tuan blog.
ReplyDeleteSaya tergolong dalam blogger yang suka nak balas komen (kecuali bz sangat atau bercuti), dan kemudian bila komen ke blog orang lain, pun saya suka nak pegi tengok balik apa balasannya...
ReplyDeletesaja seronok, sebab seolah-olah kita berbual...
uncle..0rg taktau 0rg teg0l0ng dalam kateg0ri yang mana.. :)
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
ITULAH YANG SEBAIKNYA DAN YANG SAYA IDAMKAN.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
UNCLE PUN BANYAK KALI TERSALAH TAIP. KADANG2 TU MEMALUKAN JUGA. TADI BARU KAT BLOG DR SINGA, UNCLE TAIP JAWA SEDANGKAN SEPATUTNYA JAWAB. YANG PALING KERAP TERTAIP TAUN INSTEAD OF TUAN.
IBUINTAN
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
CERTIA MAMAK TU MESTI BACA DAN KOMEN .. WHILE STOCK LAST ! HEHE
MEMANG SIBUK TU SUDAH DIJANGKAKAN. KALAU TAK SIBUK BARU LUAR BIASA.
DADDY ZUKI
ReplyDeleteBUNYINYA MUDAH KALAU PANDAI BUAT .. NAMPAKNYA SAYA KENA PERGI BERGURU KAT AWAK SATU HARI NANTI.
ATIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MEMANG SAYA CUKUP TAK SELESA KALAU TAK DAPAT BALAS SATU PERSATU. TETAPI ADA MASANYA MUSTAHIL DAPAT BERBUAT DEMIKIAN .. TU YANG SEKALI SEKALA BALAS PAKAI BORONG TU.
CHEQNA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
TENGOK SAMPAI SEKARANG SDR SAHROM TAK TENGOK LAGI BALASAN KE ATAS KOMEN DIA. KAN BETUL CAKAP SAYA !
RELEVAN
ReplyDeleteSILAKAN .. MEMANG DI SINI TEMPAT GELAK !
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SEMUA ORANG MENGALAMI MASALAH YANG SERUPA. ADAKALANYA MEMANG TAK DAPAT ZIARAH, KOMEN DAN BALAS KOMEN. MISALNYA BILA PERGI OUTSTATION ATAUPUN ADA KENDURI KENDARA DSB.
GADISBUNGA
ReplyDeleteKAK AZIE ? APA ISUNYA ? UNCLE BLURR NI !
ANIF
ReplyDeleteSAYA SEDAR ITU, DAN AWAKLAH ORANG YANG PALING KONSISTEN MELAWAT BLOG SAYA. TAPI SAYANG SAYA TAK MAMPU MEMBUAT PERKARA YANG SAMA. MAAF JUA YANG SAYA PINTA.
abg el...
ReplyDeleteSaya mmg selalu singgah di sini.
tp bila nak komen...mak datuk... dah berderet komen yg masuk.
Terbantut nk bagi komen.
Kesian pulak abg nak komen balas.
Tuan selalu jawab komen guna huruf besar - identiti ke tu?
ReplyDeletesalam en.AL..saya jugak minta maaf dengan shah tu.sebab terketawa pulak..memang salah taip la tu.
ReplyDeletetapi..dah jadi satu n3 pulak kan..
Saya ikut sempat...kerana blog bukan paling atas. Bloger pemalas kan saya! Kan!
ReplyDeleteadeh.. bahaya. makan mamak. mungkin boleh makan orang lain selain mamak. hehe..
ReplyDeletekalau saya, akan balas komen dengan menjenguk balik ke blog pengomen. kalau pengomen tanya sesuatu, jawab di blog pengomen saja.
kebiasaan diri sendiri, akan tengok semula entry yang dikomen. =)
saya datang, saya baca, saya komen..
ReplyDeletetks AL, ada nama dalam n3 ari ni...huhu
mana yg sempat juga sya jengah blk...suka jugak tgk respon apa yg kita komen.
NIDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK BERAPA TEPAT .. AWAK JENIS TENGGELAM TIMBUL. KIRA O.K JUGALAH. ADA ORANG TU TENGGELAM TERUS TAK TIMBUL2. HEHE
YUS
ReplyDeleteHARAP2 ROM TAK MARAH.
INSYAALLAH KALAU ADA MASA, AKAN CUBA JUGA BALAS KOMEN YUS ATAU SESIAPA SAJA.
DAH MANDI DENGAN SRD BELUM ?
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
LEBIH BAIK BEGITU .. KALAU TIDAK, PENAT SAHAJA ORANG BERI KOMEN ATAU BALAS KOMEN KITA KAN !
KAZAZTAN TEAM
ReplyDeleteSAYA AKAN BELAJAR CARA AWAK BUAT TU .. BUAT MASA NI TAK RETI LAGI. TERIMA KASIH KERANA JENGUK DAN KOMEN KALI PERTAMA.
AIN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SEMUA ORANG MACAM AIN JUGA .. ADA MASA BALAS 1-1 DAN SETERUSNYA. TAPI UNCLE PERNAH TERJUMPA SEORANG BLOGGER, SEMUA KOMEN DIBALASNYA. BUKAN SIKIT .. BERATUS2. TAK TAHULAH DIA ADA TEAM KOT.
ALIMAZ
ReplyDeleteHAHAHA .. INI KOMEN YANG LAWAK SUNGGUH. SAYA PUN TAK TERFIKIR SAMPAI KE SITU. BAGUS.
PATUTNYA TULIS "MAKAN DI KEDAI MAMAK" BUKAN "MAKAN KEDAI MAMAK".
DRSINGA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENYELONGKAR ENTRI LAMA SAYA. NASIB BAIK JUMPA.
KITA TUKAR SUKA SAMA SUKA NAK .. TAK KISAHLAH, NAK TUKAR DENGAN PISAU BEDAH KE !
BEDAH TU BUKAN MERUJUK KEPADA NAMA ORANG TAU !
EMME
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK BOLEH MACAM TU .. MESTI BALAS BALIK KALAU ADA MASA. KALAU TAK ADA MASA TU, LAINLAH.
BUNGA ROS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ITULAH YANG PATUT DILAKUKAN OLEH SEMUA ORANG. TAPI TAHAP KESIBUKAN SETIAP ORANG TAK SAMA KAN. JADI KITA KENALAH FAHAM MEMAHAMI.
AWAK NAK TAHU TAHAP2 KESIBUKAN SEORANG BLOGGER, BACA KAT SINI:
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/07/tahap-tahap-kesibukan-seorang-blogger.html
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
IKUTLAH CARA MEMASING .. CARA AWAK TU ELOK JUGA. SEKURANG2NYA RAMAI BLOG KENGKAWAN AWAK DAPAT JENGUK.
BUJAL X
ReplyDeleteSALAM KENAL JUGA DENGAN AWAK.
TERIMA KASIH KERANA AKHIRNYA AWAK MASUK DAN SUDI FOLLOW BLOG PAKCIK.
AUJINZ
ReplyDeleteBAGUS SEKALI ANAK INI. TERUSKAN BUAT BEGITU.
MAMAK KENA MASAK TANDOORI !
MAMAA ZHARFAN
ReplyDeleteLAGI BAIK BEGITU, KERANA YANG BERTANYA TENTU DAPAT TAHU JAWAPANNYA. TAPI KALAU JAWAP DIENTRI SENDIRI BAGUS JUGA, MUNGKIN ORANG LAIN NAK JUGA TAHU JAWAPANNYA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
WAH .. AWAK MACAM NAK BACA UCAPJASA PULAK. TERIMA KASIH.
TERSILAP TAIP TU BIASALAH .. LAGIPUN KITA BUKAN TYPIST !
KAK WAN
ReplyDeleteJANGAN BERI DIA KASIHAN .. KOMEN JUGA KALAU ADA BENDA YANG NAK DI KOMEN.
KALAU TAK NAK ORANG KOMEN, TUTUP KOTAK KOMEN. BETUL TAK ?
AZIEAZAH
ReplyDeleteMEMANG BETUL CAKAP AWAK TU .. SEOLAH-OLAH KITA BERBUAL ATAU BERDIALOG.
TERUSKAN !
SHARAMLI.
ReplyDeleteAWAK DALAM KATEGORI 'MUSAFIR LALU' .. JAWAPAN UNCLE INI PUN, AWAK ENTAH JENGUK BALIK KE TIDAK !
MUNSYIRAGBAR
ReplyDeleteTAK USAH DIKASIHANI. BILA ABG BUKAK KOTAK KOMEN TU, MAKNA ABG SEDIA DIKOMEN. PERNAH JUGA ABG BUAT BEBERAPA ENTRI UNTUK MENGHABISKAN STOK DAN TUTUP KOTAK KOMEN.
AIDA ALI
ReplyDeleteBUKAN IDENTITI TAPI LEBIH KEPADA PRAKTIKALITI DAN NAK CEPAT.
CUBA TENGOK EJAAN NAMA PENULIS, KAN BERCAMPUR2 HURUF KECIK DENGAN BESAR. CONTOHNYA NAMA Cik SHiNJU. KALAU TAIP SEMUA GUNA HURUF BESAR, SELESAI SATU MASALAH.
KAK ERNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA TAK BERNIAT NAK MENTERTAWAKAN DIA .. TAPI TAK BOLEH TAHAN. SAYA PUN BARU DIKENAKAN OLEH DRSINGA AKIBAT SALAH TAIP.
CKLAH
ReplyDeleteBUKAN PEMALAS TAPI BIJAK MENYUSUN MANA YANG LEBIH AULA !
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteSAYA SUKA ORANG MACAM AWAK .. ADA SEMANGAT NAK BALAS KOMEN AWAK LEPAS NI SEBAB MENGETAHUI AWAK AKAN DATANG JENGUK BALIK JAWAPANNYA.
SAYA JUGA SUKA JENGUK BALIK KOMEN SAYA .. TAPI BILA ORANG TAK BALAS, TERBIT JUGA RASA KECEWA.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteSAYA TAHU AWAK AKAN DATANG BALIK. TU SEBAB SAYA SERU NAMA MU DALAM ENTRI SAYA INI.
As Salam THJ,
ReplyDeletememang serius topik entri kali ni tapi saya ketawa sampai keluar air mata baca komen si Sahrom.
Tak ada niat apa hanya terus imagin yang dia makan mamak tu..
Saya cuba mengomen balas setiap komen yang di buat oleh pelawat blog saya.
ReplyDeleteHarap harap mereka jenguk balik tengok komen balas saya tu.
Presiden Mahmoud Ahmedinejad lelong kereta peribadi demi rakyat
hahaha...dah kena seru. bahaya ni, dah la bukak time2 sunyi...
ReplyDeleteAZRINA
ReplyDeleteTOPIK SERIUS YANG DIIMBANGI JENAKA ROM.
TAPI AWAK SERIUS BETUL KETAWA SAMPAI KELUAR AIR MATA !
MIECYBER
ReplyDeleteSAYA SENDIRI SEBOLEH2NYA MENCARI DATANG BALIK TENGOK KOMEN SAYA. KALAU TAK DIBALAS TU, RASA KECEWA DAN SEDIH PUN ADA .. SEOLAH-OLAHNYA KITA NI TAK ADA MAKNA KEPADA MEREKA. TETAPI MASALAHNYA SAYA KADANG2 LUPA, ENTRI SIAPA YANG SAYA TELAH KOMEN.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteDAH JAM 2.53 PAGI, AWAK MASIH BELUM TIDUR. NAK TUNGGU "PUKUL 3 PAGI" KE ?
saya baca balik komen balas awak. dan senyum dan gelak.
ReplyDeletekdg2 rasa nak balas balik. tapi takut menyusahkan awak.
KTS
ReplyDeleteKALAU AWAK TAK BALAS BALIK ITULAH YANG MENYUSAHKAN SAYA .. SUSAH HATI, BUDAK NI BACA KE TAK BACA KOMEN AKU NI.
mcm tau2 je sya nak komen pukul 3 pagi...bukan tak mau tidur, sbb time ni la saya bangun tidur.
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteCEPATNYA AWAK BANGUN TIDUR .. PUKUL BERAPA PULAK AWAK MULA TIDUR !
aduh...pakngah, tegelak saya baca part yang last tu.hehehe
ReplyDeleteFAREED
ReplyDeleteBUKAN AWAK JER YG TERGELAK .. PAKNGAH YANG TULIS PUN TERGELAK !
klu dah kata gitu...
ReplyDeleteakan selalu tinggalkan komen la nanti
MUNSYI RAGBAR
ReplyDeleteSILA SILA .. JANGAN MALU DAN JANGAN SEGAN, AMBIL ABU CABUT UBAN. ITU PANTUN ORANG DULU2.
saya tetap komen walau entry lama sebab saya tau Uncle baca, tapi kalau dah bermarathon kat sini macam baca novel, yg mana satu saya dah komen yg mana tak komen, payah la nak cek balik kan. tapi kalau yg latest entry, mmg saya cuba cek respon kepada komen saya tu.
ReplyDeleteSaya sendiri pun, akan respon kepada latest entry saya mostly, atau entry lama pun kalau ada pertanyaan yg serius. Panjang la hai komen nyer, Uncle baca tau komen saya ni hahahha.