Friday, January 7, 2011

MANA LEBIH PATUT MATI ?

.


"Belum sampai ajal: Lelaki terjun dari tingkat 39 ketika
cuba bunuh diri hanya patah kaki"




"Suspek pecah rumah mati jatuh tingkat 6"

Semua orang tahu kan, mana lebih tinggi, tingkat 39 atau tingkat 6.
Kalau ikut logik akal, tentulah yang jatuh dari tingkat 6 tak mati,
sebab yang jatuh lagi tinggi dari itu pun tak mati.
Dan adalah tak masuk akal kalau yang jatuh dari tingkat 39 ( ke atas sebuah kereta pulak tu, bukannya ke dalam air)
hanya patah kaki tetapi yang jatuh dari tingkat 6 pulak yang mati.
Itu kalau ikut logik akal.
Tetapi hukum dan kehendak Allah tidak semestinya begitu.


Maka jelas dan nyatalah di sini bahawa kejatuhan dari tempat
tinggi atau tempat rendah tidak memberi kesan kepada kematian.
Hanya kudrat dan iradat Allah sahaja yang memberi kesan.

Masihkah ada yang meraguinya ?







Peringatan: Jangan pula ada yang cuba-cuba nak terjun dari tingkat 39 selepas ni !


.
...........................................................................................

Selingan: Tekateki Dari FB sendiri.

teringin nak buat tekateki pulak pagi ni .. ada siapa berani jawab ?
apa binatang yang kita tak suka dia makan ?
- cuma sorang jer yang cuba jawab iaitu anai-anai. jawapan itu betul tetapi itu bukan jawapan yang saya cari ... ada siapa lagi berani cuba !

.

64 comments:

  1. Kematian itu bila tiba saatnya, tidak sesaat dicepatkan dan tidak juga sesaat dilambatkan. Wallahuaklam.

    Tak tahulah nak jawab teka teki tu... :(

    ReplyDelete
  2. betul lah tu. ajal maut ni ditangan tuhan.

    saya nak jawap teka teki,tapi soalan teka teki pun saya tak faham.hehe

    ReplyDelete
  3. Salam bang,

    Itulah ketentuan Allah. Jgnkan jatuh dari tingkat 39, jatuh kapalterbang pun ada yg tak mati.

    ReplyDelete
  4. Tapi ramai yg jatuh dalam bilik air aje boleh mati.

    ReplyDelete
  5. Abg nak jawab satu persatu atau nak jamak sekali tiga komen ni?

    ReplyDelete
  6. Sesungguh ajal maut ditentukan oleh yg maha esa.Hanya dia yg mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  7. morning tuan,

    part mana yang jatuh dulu lagi tersembam ke bumi memainkan peranan yang besar bagi menentukan impak apabila seseorang itu jatuh.

    ReplyDelete
  8. ajal maut di tangan tak Tuhan. Tak kira di mana dan walau apa caranya, kalau sudah sampai ajal, akan mati juga.

    Saya tak tahu nak jwb teka teki tu...malas nak pikir sebenarnya pagi2 ni...hehe

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Ngah,
    Ajal maut hanya Allah yang menentukannya... bila, bagaimana semuanya ditentukan oleh Allah semata... tidak cepat tidak lambat walau sesaat pun..

    ReplyDelete
  10. Salam Pak Ngah,
    saya mohon agar mendoakan anak saya yang kemalangan agar cepat sembuh seperti sediakala... memang sudah ditakdirkan dia akan kemalangan, walaupun kita cuba mengelak ... tapi kalau Allah kata nak jadi, jadilah... kun fayakun ....

    harap dapat baca n3 mengenai anak saya di blog saya...terimakasih

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Haji...

    Mati itu adalah makhluk dan ianya boleh datang dalam keadaan manusia sakit, sihat, tengah tidur dan sebagainya...

    Boleh saya katakan KUTU tekateki bang aji tu..

    ReplyDelete
  12. NURAZZAH

    SAYA DAH BACA SEMUA ENTRI YANG BERKAITAN KEMALANGAN ANAK AWAK ITU.
    SAYA DOAKAN IA SEGERA PULIH SEPERTI SEDIA KALA DAN BERTAMBAH KUAT LAGI.

    SAYA JUGA MENGAJAK PEMBACA2 LAIN AGAR TURUT SAMA MENDOAKAN ZUBAIR, ANAK LELAKI NURAZZAH KEMBALI SIHAT SEPERTI BIASA SUPAYA DIA DAPAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN DAN MENGHAPUSKAN KEBIMBANG DIHATI IBUBAPANYA.

    ReplyDelete
  13. kalau sudah umur panjang~~ambil cerita saya~ditembak bertalu tapi tak mati pun.

    ah saya bohong pakcik~main paintball je~~

    haha~~

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum tuan haji..saya nak jawab teka teki tue..agaknya ayam kot...hahahah..nnti ibu dengan bapa ayam takde keje la hahahahahah

    ReplyDelete
  15. pengalaman sy sblm ni keje kat site ofis, ada seorang uncle tu dlm 50thn ke atas bekerja sbg tukang kayu tak salah sy

    jatuh drpd tgkt 2 je dan meninggal di tmpt kejadian

    sy yg menyaksikan kejadian ni jd lembik lutut sekejap :-)

    ReplyDelete
  16. mesti frust lelaki yg terjun dr tingkat 39 tu sbb terjunannya berjaya. err..

    .
    .

    jawapan teka-teki :
    sama seperti jawapan awak

    ;)hihihi

    ReplyDelete
  17. bersedia menghadapi kematian..
    pada bila2 masa..

    ReplyDelete
  18. salam Tuan Haji...


    Sudah pasti ajal di tangan tuhan.tak terjun pun kalau dah nak mati2 gak dia..he semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  19. Salam TH, begitu ketentuan Allah juga semuanya ada hikmah tersendiri semoga kita bertaqwa kepadanya.

    ReplyDelete
  20. Salam AL,

    Kalau izrael belum dapat perintah maka panjanglah umurnya.....

    Sekarang giliran kakak nak jawab soalan teka-teki pulak - ternakan yg kita nak beli. Sebab makin berat makin mahal. He..he... kakak hentam je....

    ReplyDelete
  21. Salam Uncle...

    Jahanam keta yg kena hempap dr tgkat 39 tu...malang tol la,dah la x mati..nak kena kuar duit utk rawatan n repair keta org plak..huhuh..Kesian yg jatuh dr tgkat 6 tu sebab x sempat bertaubat..(islam ker?)

    Nt saya fk dulu jwpn teka teki tu...

    ReplyDelete
  22. 39......xkan ku cuba..

    39cm bleh la try terjun..

    ReplyDelete
  23. ajal maut di tangan Tuhan, ada orang kampung saya dulu mati jatuh dari katil saja

    ReplyDelete
  24. gila dahsyat berani terjun dari tingkat 39.

    terbukti, mati tak mengira keadaan dan situasi. tak perlu terjun tingkat tinggi, baring atas katil je pun, kalau dah sampai ajal, akan putus juga nyawa.

    nak jawab tekateki : nyamuk..

    ReplyDelete
  25. Salam Pak Ngah..

    Semoga anak Nurazzah selamat dan kembali pulih..

    Inilah yang dikatakan ajal maut di tangan Tuhan.. apa yg boleh kita ikhtiarkan ialah berdoa untuk dipanjangkan usia beribadat kepadaNya..

    ReplyDelete
  26. Uncle...

    Teka teki tu xde clue ker?
    Mane aci teka teki xde clue..heheh

    opss..aci ade kat estet


    Semoga Anak Sis Nurazzah cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  27. Itulah yang dinamakan ajal ketentuan ALLAH...

    ReplyDelete
  28. KAKCIK

    TAPI UST. KATA, UMUR KITA BOLEH DIPANJANG OLEH ALLAH KALAU KITA SENTIASA MENGHUBUNGKAN SILATULRAHIM.

    TEKATEKI TU NANTI SAYA BERITAHU JAWAPANNYA.

    ReplyDelete
  29. MRPENYUBIRU

    LEBIH BAIK TAK FAHAM DARI SALAH FAHAM. TAK APALAH .. AWAK TUNGGU JER LAH JAWAPANNYA.

    ReplyDelete
  30. YB 1

    BETUL .. YANG KAT DARAT PULAK YANG MATI DIHEMPAT OLEH K/TERBANG.

    ReplyDelete
  31. YB 2

    LAIN KALI AWAK2 HATI-HATILAH MASUK DAN KELUAR BILIK AIR !

    ReplyDelete
  32. YB 3

    MANA BOLEH JAMAK 3 WAKTU SEKALIGUS .. KENALAH BALAS SATU PERSATU.

    ReplyDelete
  33. AIDAH

    BETULLAH TU .. TAPI KITA KENA BERIKHTIAR. JANGAN PULAK SENGAJA CARI NAHAS.

    ReplyDelete
  34. MASZUBER

    DAH MALAM BARU DAPAT BALAS. TAK MORNING LAGI.

    PART MANA YANG KALAU JATUH DULU ADA HARAPAN UNTUK TIDAK MATI ?

    EHHH .. JANGAN SILAP FAHAM. BUKAN SAYA NAK CUBA.

    ReplyDelete
  35. YUS

    RASANYA AWAK SALAH TAIP KOMEN AWAK TU .. !

    JANGAN RISAU .. JAWAPAN TEKATEKI AKAN DIBERI.

    ReplyDelete
  36. Semuanya di tentukan oleh Allah...
    Tiada yang mustahil baginya...

    Pencuri kabel di belasah

    ReplyDelete
  37. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM

    BENAR SEKALI .. KEMATIAN TIDAK MENGIRA WAKTU DAN USIA.

    JAWAPAN TEKA TEKI SAYA DALAM ENTRI AKAN DATANG.

    ReplyDelete
  38. BUJAL X

    KALAU DAH SAMPAI AJAL, MAIN TENGAH2 MAIN PAINTBALL PUN BOLEH MATI TAHU .. !

    ReplyDelete
  39. ROM

    SALAM KEMBALI

    BETUL JUGA. TAPI ITU BUKAN JAWAPAN YANG SAYA CARI. NANTI KITA TENGOKLAH JAWAPANNYA.

    ReplyDelete
  40. WANITA BERTUDUNG HIJAU

    MUNGKIN DIA DAH MATI DULU SEBELUM JATUH KOT !

    ReplyDelete
  41. KTS

    KALAU SAYA JUMPA DIA NANTI, SAYA TANYA DIA FRUST KE TIDAK.

    MACAM MANA AWAK TAHU JAWAPAN SAYA ?

    ReplyDelete
  42. CGG

    SETUJU KITA KENA SEDIA. KALAU TAK SEDIA PUN, MATI TETAP AKAN DATANG.

    ReplyDelete
  43. ATIE

    SALAM KEMBALI.

    BETUL TU .. CUMA TAK ADA ORANG YANG DAH MATI LEPAS TU BARU DIA TERJUN !

    ReplyDelete
  44. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI

    BENAR .. TINGKATKAN TAQWA DAN KEIKHLASAN SENTIASA.

    ReplyDelete
  45. KAKZAKIE

    SALAM KEMBALI.

    JAWAPAN YANG KREATIF DAN IMAGINATIF. TUNGGU JAWAPAN SAYA PULAK.

    ReplyDelete
  46. CIK SHINJU

    MUNGKIN SEBALIKNYA. ENTAH2 DIA SAMAN PEMILIK KERETA ITU KERANA KERETA ITU TELAH MENYEBABKAN DIA GAGAL MATI. BUKAN BOLEH TENTU .. KERJA LOYAR NI MACAM2 PERKARA PELIK BOLEH BERLAKU.

    ReplyDelete
  47. JEDI

    JANGAN CUBA2 WALAUPUN 39CM. NANTI KALAU MATI .. MALU. ORANG AKAN CAKAP ..
    "APALAH SI JEDI TU, TINGGI TU PUN BOLEH MATI"

    SIAPA YANG MALU. AWAKKK JUGAK !

    ReplyDelete
  48. IBUINTAN

    MESTI TINGGI KATIL DIA TU AGAKNYA !

    ReplyDelete
  49. O'GOSH

    SALAM KEMBALI .. DATANGLAH LAGI.

    ReplyDelete
  50. ASADA RYUTARO

    BETUL .. BARING BAWAH KATIN PUN KALAU NAK MATI, MATI JUGA.

    JAWAPAN AWAK BETUL, TAPI ITU BUKAN JAWAPAN YANG SAYA CARI SEMPENA HARI JUMAAT.

    ReplyDelete
  51. NIDA

    SALAM KEMBALI

    BETUL .. PANJANG USIA SAHAJA TIDAK CUKUP BAHKAN RUGI KALAU TIDAK DI ISI DENGAN AMAL IBADAT.

    ReplyDelete
  52. CIK SHINJU 2

    SEKARANG INI KAT ESTET DAH RAMAI ORANG INDON !

    TAK PAYAH CLUE LAH .. BUKANNYA ADA HADIAH APA PUN!

    ReplyDelete
  53. MIECYBER

    BETUL .. SEMUANYA HARUS BELAKA BAGINYA.

    ReplyDelete
  54. salam Tuan Hamzah..
    berpantang maut..
    sebelum tibanya ajal..
    ajal pula janganlah
    di minta-minta...

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum tuan
    sungguh besar rahsia Allah
    ada orang mahu mati
    tapi ditangguhkan ajalnya
    ada orang yang tak ingat nak mati
    tapi mati itulah pasti
    terima kasih atas perkongsian 2 situasi
    yang mengingatkan diri ini.

    ReplyDelete
  56. Agaknya lelaki dr tingkat 39 tu, nyawanya disimpan di dalam botol...

    Tp ketentuan Allah juga kan?

    ReplyDelete
  57. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    BENAR AJAL JANGAN DI MINTA-MINTA.

    KALAU BUNUH DIRI BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH, SEMUA ORANG TAK MAHU HIDUP. SEBBAB TAK ADA ORANG YANG TAK ADA MASALAH.

    ReplyDelete
  58. MUNSYI RAGBAR

    BOLEH BUAT TAJUK FILEM NI ... "NYAWA DALAM BOTOL"

    ReplyDelete
  59. UMMU

    ALAIKUMSALAM

    ATHEIS YANG TAK PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN PUN PERCAYA AKAN KEMATIAN. SEKURANG-KURANGNYA DALAM HAL INI SEMUA ORANG, TIDAK KIRA UGAMA DAN KEPERCAYAAN ADALAH SEPAKAT MENGAKUI HAKIKAT KEMATIAN.

    ReplyDelete
  60. kalau dah sampai ajal tue,
    jatuh basikal pon leh mati gak..

    kan Uncle kan?..

    teka teki

    Errmm..errrr....

    ReplyDelete
  61. jelas skali disini ajal dan maut ditangan tuhan. :)

    ReplyDelete
  62. THALHAH AMIR

    MEMANG TIDAK DAPAT DISANGKAL LAGI.

    TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KALI PERTAMA DAN JUGA FOLLOW BLOG PAKCIK.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.