Friday, January 14, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U 11: SAMA TAPI BERBEZA ?

al-lavendari

January 12, 2011 at 1:32 pm # ada beza tak, makna sama dengan serupa ?

saya beri amaran, jikalau awak tak dapat memberi jawapan yang memuaskan hati saya, saya akan buat satu entri khas tentang isu ini.

Reply

kutaksempurna

January 12, 2011 at 4:25 pm # ada. serupa merujuk kepada “satu rupa”. Tetapi sama tidak pula merujuk kepada “satu rupa”

sekian. jawapan dr sy. harap awak tidak puas hati dan membuat entri ttg isu ini

..................................................................................................................

Perhatian: Isu ini remeh temeh dan membosankan. Mungkin tak ramai yang suka baca. Tak apa. Saya nak tulis juga .. sebab bukan KTS saja tak dapat memberi jawapan yang memuaskan bahkan Utusan Malaysia juga buatkan saya keliru.

Dengan izin, saya pinjam kata-kata Yunus Badawi dalam satu entrinya kerana ia dirasakan sesuai untuk pembukaan entri saya kali ini.

Ini kata YB.

"Sesiapa yg berminat nak tahu sila teruskan membaca. Kalau tak berapa minat atau tak minat langsung, harap sudi datang ke blog ini lagi lepas ni utk cerita tentang hal2 lain"


Hong Kong dan Malaysia sama, tapi cukup berbeza.

Betul ke tajuk rencana dalam akhbar tersebut ? Mari kita cerita fasal istilah. Cuba baca dua ayat berikut.

Ayat 1. "Linda pergi ke KL pagi tadi dan balik semula ke Paka dengan menaiki kereta yang sama".

Ayat 2. "Linda pergi ke KL pagi tadi dan balik semula ke Paka dengan menaiki kereta yang serupa".

Adakah kedua-dua ayat di atas membawa maksud yang sama ?

Rasanya tidak !

Tapi ramai yang keliru dengan istilah sama dan serupa.
Ada yang kata sama tapi tak serupa.
Ada yang kata serupa tapi tak sama.
Ada juga yang kata sama dan serupa tu tak ada bezanya.
Jadi kerapkali kita dengar orang cakap benda tu sama sedangkan yang dimaksudkan serupa.
Dan ramai juga yang cakap benda tu serupa tapi yang dimaksudkan adalah sama.
Tak kurang juga yang guna kedua-dua perkataan itu ikut suka saja seolah-olah serupa dan sama itu sama sahaja.

Saya rasalah, perkataan sama dan serupa tu tak sama maknanya.
Bahkan besar bezanya. Kita lihat semula contoh dua ayat di atas.

Ayat pertama yang menyatakan Linda pergi ke KL dan balik semula ke Paka dengan kereta yang sama, bermaksud dia pergi dan balik dengan kereta yang itu juga dan bukan kereta yang lain.

Misalnya kalau dia pergi menaiki kereta Merc bernombor WYT 9449, baliknya pun naik kereta Merc bernombor WYT 9449 itu juga.

Manakala ayat yang kedua pula yang menyatakan Linda balik dari KL menaiki kereta yang serupa bermaksud dia menaiki kereta yang lain tapi kereta dari jenis yang sama.

Misalnya kalau dia pergi naik Estima, maka baliknya pun menaiki Estima juga, tapi bukannya Estima yang dia pergi tadi tapi Estima yang lain.

Orang putih kata sama itu "same" dan serupa itu "similar". Bila terjemah cakap orang putih, nampak jelas sikit kan. Tapi pelik. Nak jelaskan istilah Melayu, kena cakap orang putih pulak.

Orang dulu-dulu dah tahu bezakan antara sama dan serupa. Itu sebab mereka buat bidalan "pelanduk dua serupa" dia tak kata "pelanduk dua sama"

Adakah pandangan kita sama atau serupa ?

Jadinya kalau Hong Kong dan Malaysia itu sama, maka tidak mungkin dia berbeza !

p/s: Maaf bebanyak kalau ada yang pening. Orang kata pening itu separuh dari peningkatan ! hehe


.

10 comments:

  1. terima kasih

    .
    .

    sama-sama.

    org tak jawab serupa-serupa

    :D

    ReplyDelete
  2. KTS

    TERIMA KASIH KEMBALI KERANA JADI ORANG PERTAMA KOMEN.

    SAMA-SAMA SERUPA !

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih kerana kegigihan anda membaca entri lama saya ini.

      Delete
  4. 9 tahun dan masih lagi ada org baca... btw aku baru abis sekolah and berminat nak menulis sbb tu dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah Dan baca entri lama saya. Semoga minat anda utk menulis sentiasa berkekalan.

      Delete
  5. Oh wowwwwww terima kasih ilmunya bru sy nmpk perbezaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww. Masih ada lagi orang menjengah entri lama saya ini. Terima kasih.

      Delete
  6. Saya suka dgn explaination Pak Ngah dan mudah di fahami. Alhamdulillah dapat menambah satu lagi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasakan yg betul dan betulkan yg biasa.

      Terima kasih kerana sudi singgah blog saya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.