Selepas membaca segala komen dalam entri saya yang bertajuk "Kalaulah Telinga Kita Di Bawah Ketiak" tempoh hari, saya dapati ramai yang pandai menyambung dan menokok tambah dengan idea dan ayat-ayat yang kreatif dan mencolek hati.
Saya perhatikan ada juga yang tampil memberi komen buat kali pertama dan ada juga yang dah lama menghilang, muncul semula.
Teringat dulu-duluuuuuuu .. masa saya di Tingkatan 1, ada seorang guru suka buat permainan mengubah makna akronim atau singkatan asal kepada makna baru.
Dia beri satu akronim misalnya JKR, kemudian dia minta kita menukarkan dari makna asalnya iaitu Jabatan Kerja Raya kepada makna lain. Hasilnya macam-macam makna terkeluar seperti Jangan Kerja Rajin, Jurutera Kurang Semangat atau Jambatan Kerap Retak dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk menajamkan minda, menghilangkan kebosanan, menguji perbendaharaan kata dan mencungkil kreativiti murid-muridnya. Saya cukup gemar dan tertunggu-tunggu permainan itu. Dia bagi masa lebih kurang 5 minit dah selepas itu dia akan tanya siapa yang paling banyak dapat dan suruh bacakan. Tak ada hadiah apa pun. Cuma mendapat kepuasan dan keseronokan.
Sekarang ni lagi banyak akronim baru yang muncul. Misalnya GPS, SMS, SSB, PTK, KPI dsb. Saya dapati macam-macam makna baru orang cipta. Misalnya yang paling banyak orang cipta adalah SSB (Sistem Saraan Baru) khususnya dikalangan kakitangan awam. Misalnya Saya Sayang Boss, Susah Sampai Bersara, Sengsara Sebelum Bersara, Susah Susah Berhenti, Sorang Sorang Buat dan macam-macam lagi.
Dan yang terbaru yang mencuit hari saya ialah GPS (Global Positioning System) .. mereka tukar kepada Gua Puas Sesat, Gimana Pun Sesat atau Gua Pun Sesat dan sebagainya.
Dan yang terbaru yang mencuit hari saya ialah GPS (Global Positioning System) .. mereka tukar kepada Gua Puas Sesat, Gimana Pun Sesat atau Gua Pun Sesat dan sebagainya.
Sekarang anda pulak, cuba tukarkan makna akronim syarikat PLUS kepada satu makna lain. Makna asalnya semua orang tahu kan ! Tengok siapa punya yang paling cun.
Amaran: Saya harap jangan pulak ada yang terlebih kreatif mencipta sehingga sampai tak sesuai di baca oleh budak umur di bawah 12 tahun ... nanti saya SMS (Sekat Masuk Sini) !
Nota Kaki - Ada tak rasa entri ni macam budak-budak ? Tak pe .. hari ini hari Ahad hari cuti bagi sesetengah negeri.
...............................................................................................................
.
wah.. kreativenyer cikgu 2. sy pun ske permainan cmni. hehe
ReplyDelete#1. Pilihan Laluan Untuk Saman
ReplyDelete#2. Pasti Laju Untuk Sampai
THALHAH AMIR
ReplyDeleteTAPI AWAK TAK JOIN PUN .. CUBA TENGOK CONTOH YANG DI BUAT OLEH MENTIBANG LAUT TU !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteAWAK MEMANG KREATIF. SAYA SUKA.
DAN MEMANG BETUL PUN DUA2 MAKNA LAIN UNTUK PLUS TU. HEHE
Pilihan Lelaki Untuk Suami?
ReplyDeletePilih La Untuk Senang
Polis Lalulintas Untuk Saman
hehe. hemtam saje.
Salam tn Haji,
ReplyDeleteterima kasih ambil award..
PLUS...
Projek Lambat Untung Segera
persatuan lumba unta selangor.
ReplyDeletepertubuhan lemang untuk semua.
perempuan lawa untuk saya.
ah..putus idea.
sekian.
Idea bujal memang mebuatkan saya tergelak!
ReplyDeletePLUS - Projek Lanun Untung Selamanya!
PLUS :
ReplyDeletePengawal Laluan Udara Sepang
Pertubuhan Lelaki Usia Seabad
Pinjaman Lekas Untuk Senang
Pi La Usha Senah
bab bab macam ni kita melalyu memang kreatif.
ReplyDeleteIM bila pi tandas awam selalu geleng kepala banyak komen kosong sen mereka kat pintu...
kejap nak fikir...ha3
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Haji...:)
ReplyDeletePLUS - Projek laluan untuk saman
Pecut Lelaju Undang Saman...
ReplyDelete1.Pang! Lempang Uihh Sakit
ReplyDelete2. Populasi Lelaki Udah Sikit
;)
nanti pikir lagi
Salam Tuan Haji,
ReplyDeleteAda hadiah tak?
1. Perempuan Lalu Usah Sibuk
2. Pandu Laju Untuk Selamat
Penattttt Laaa Utk Siappppp
ReplyDeleteSalam bang,
ReplyDeletePatutlah untung selalu.
Tadi pun saya lalu highway PLUS ni.
jwp soalan dulu..
ReplyDeletetak!..n3 ni utk semua !
relax baca ni..
PLUS ...apa hah ?
sb dh ramai yg jawap..kena fikir lain lak ni...
pelan laluan untuk susah!
penat lu untuk siapa?
emm, PLUS yer?
ReplyDeletePERSATUAN LEMBU UMUR SETAHUN
paling lambat umpama siput
ReplyDeletePLUS :
ReplyDeletePusat Longgokan Ulat Sampah
Perut Licin Usus Semput (akibat kenyang sangat)
Pulus Lu Udah Sempit
ReplyDeletehe... asik bayar tol mana tak sempit.... tersepit tuan haji....
siyesly..sgt kreatif la camni..
ReplyDeletesy nk join jgak ye cekgu..
PLUS- perempuan lari ugut suami
PLUS
ReplyDelete- Pandu lama Urat Sakit
- Pungut Lebih Untuk Siapa?
koh koh koh..
dari semalam saya duk fikir tapi tak dapat ilham lagi ni.
ReplyDeletemungkin ni ...
ReplyDeletePLUS...
pecut
laju
untung
sampai!!!
sampai mana tu?
hospital,rumah, mungkin kubur, he,he..
Projek Lebur Untung Seciput
ReplyDeletep/s: saya perasan pakngah dah letak 2 lagi banner iklan nuffnang. Lepas ni, lebatlah masyuk...hehe
THALHAH AMIR
ReplyDeletePILIHAN LELAKI UNTUK SUAMI ? INI SUDAH SONGSANG. HEHE
IBUINTAS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PROJEK LAMBAT UNTUK SEGERA INI SAYA RASA AMAT SESUAI DI TUJUKAN KEPADA SYARIKAT LEKAS ! HEHE
BUJAL X
ReplyDeleteSAYA SETUJU 'PEREMPUAN LAWA UNTUK SAYA'
KAKCIK
ReplyDelete'PROJEK LANUN UNTUNG SELAMANYA' MENGINGATKAN SAYA KEPADA AKRONIM 'PEROMPAK LEBUHRAYA UTARA SELATAN' HEHE
ASADA RYUTARO
ReplyDelete'PERTUBUHAN LELAKI USIA SEABAD' INSYAALLAH AKAN SAYA TUBUHKAN JIKA PANJANG UMUR NANTI. HEHE
IM
ReplyDeleteAGAKNYA DIA ORANG KENA SEMBELIT KOT !
SHARAMLI
ReplyDeleteLAMANYA AWAK FIKIR .. SAMPAI SEKARANG TAK HABIS LAGI ?
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
MEMANG BETUL .. SAYA SUDAH KENA SAMAN ENTAH BERAPA KALI DAH !
CIK SHINJU
ReplyDeleteTAK APA .. ANGGAPLAH IA SEBAGAI SUMBANGAN KITA KEPADA KHAZANAH NEGARA.
KTS
ReplyDeletePOPULASI LELAKI UDAH SEDIKIT.
TAK BOLEH TERIMA .. PERKATAAN 'UDAH' BUKAN BAHASA BAKU. FIKIRLAH LAGI.
AIDAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK ADA HADIAH DISEDIAKAN OLEH PENAJA KALI INI.
'PEREMPUAN LALU USAH SIBUK' .. ELOK BUAT POSTER DAN TAMPAL KAT STESEYEN BAS.
NZA
ReplyDeletePROJEK LU UNTUK SIAPA ? HEHE
YB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
ORANG BISNESS MEMANG BEGITULAH .. TAK GITU ?
IKAN EMAS
ReplyDeleteTERIMA KASIH .. KALAU BEGITU AKAN ADA SIRI DUA.
PENAT LU UNTUK SAYA. HEHE
FARAH
ReplyDelete'PERSATUAN LEMBU UMUR SETAHUN' .. SAYA SEDIA JADI PENGERUSINYA. HEHE
ATIE
ReplyDeleteBUKAN PULUS SAHAJA .. POKET PUN SEMPIT !
KING OF SINGLE
ReplyDeletePEREMPUAN LARI UGUT SUAMI .. TAK PATUT, DAHLAH LARI UGUT PULAK !
AUJINZ
ReplyDeletePUNGUT LEBIH UNTUK SAYA ! KOH KOH
ABU MUAZ
ReplyDeletePECUT LAJU UNTUNG SAMPAI .. KALAU TAK UNTUNG PUN SAMPAI JUGA .. SAMPAI AJAL !
YUS
ReplyDeleteNASIB BAIK UNTUNG WALAUPUN SECIPUT. ADA JUGA PROJEK YANG LANGSUNG TAK ADA UNTUNG.
AWAK SORANG PEMERHATI YANG TELITI. BETUL ... ANAK SAYA YANG KAT SINGAPURA TU ADA BALIK DAN SAYA MINTA DIA TOLONG TAMBAHKAN.
Pandu Laju Untuk Sampai kot tuan haji hehehehe
ReplyDeletePikir Laa Untuk Semua...
ReplyDeletehihi..
ROM
ReplyDeleteTAK BERAPA TEPAT .. SAYA IKUT LEKAS LAGI CEPAT BERABANDING IKUT PLUS. HEHE
JEJARI HALUS
ReplyDeleteAWAK TUJUKAN KEPADA SIAPA TU ?
utk pgguna jalan raya..nk bawak laju2 tu pikir2 la padahnya..hihi..
ReplyDelete