Sunday, January 30, 2011

LIAT NAK BAYAR SEWA RUMAH.

Bila tiba nak bayar sewa rumah, macam2 alasan diberi oleh penyewa.
Belum dapat gaji lagi lah, duit nak pakailah, duit tak cukuplah.
Macamlah dia sorang sahaja yang nak pakai duit. Tuan rumah tak pandai nak guna duit ke ?

Tapi bila pergi Pizza Hut, tak berani pula nak masuk kalau tak ada duit atau tak cukup duit. Kenapa tak cakap camni :

"boleh tak saya bayar ansur-ansur" atau

"boleh tak saya bayar bila dapat gaji nanti " atau

"boleh kurang sikit tak ... duit saya tak cukuplah sebab baru beli baju anak2 sekolah"

Mesti tak berani punya !

Akan tetapi bila nak bayar sewa rumah kita, buka main lagi pandai memberi hujjah dan justifikasi. Ada ke patut dia kata macam ni ..

"Saya sewa rumah encik dah lebih lapan tahun. Sekalipun saya tak pernah lagi miss bayar sewa. Kali ni saya betul-betul nak guna duit".

Adakah dia orang berani cakap kat orang yang kutip tol macam ni ..

"Saya hari-hari bayar tol .. dah dekat 10 tahun dah .. boleh tak hari ni saya tak nak bayar !

p.s tuan rumah pun janganlah zalim sangat kat penyewa yang terlewat sedikit nak bayar sewa. Kita hidup mesti timbang rasa.

.............................o000o...................................

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1214/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg
gambar carian Google


Agaknya orang tu tak mahu bayar duit tambang bas kot !


.
.

44 comments:

  1. Kalau betul-betul memerlukan duit tu,oklah kot. Tapi kalau kite terserempak dgn org tu tgh mkn besar dlm Pizza Hut..mesti rasa hangin pulak kan?

    Dah tu kalau tak boleh nak bayar, bila tuan rumah minta janganlah besar kepala. Mcm tuan rumah pulak yg sewa rumah dia. Harus kene pelempang mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  2. betul juga kan pakngah. Tapi kalau nak ke restoran fast food tu biasanya mmg tunggu baru dpt gaji baru ke sana, kalau tidak baik makan di rumah saja..

    Saya teringat pula satu cerita dari jiran kami masa kami menyewa di melewar dulu. Mula2 kami menyewa rumah tu, jiran sebelah menyebelah kata, hati2 dengan tuan rumah tu, sbb orangnya cerewet, minta sewa selalu on time, dan sangat berkira. Tapi bila kami sewa rumah tu, sampai setahun, tak pernah rasa tuan rumah tu cerewet pun, malah bila masa nak bayar duit sewa rumah, saya pula yang selalu call dia dan tanya bila nak datang. Sebab dia suka ambil sendiri tak mahu saya masukkan online. Bila saya call, dia boleh kata, takpe, saya bz, saya tahu awak pasti bayar.

    Sekarang saya dan suami dah duduk rumah sendiri pun, tuan rumah lama saya tu sangat baik dengan kami dan kalau dia buat apa2 majlis pasti menjemput kami. Tak pernah sekali pun saya merasakan dia cerewet atau berkira. Tu yang saya pelik dengan apa yang jiran sebelah menyebelah kami kata dulu.

    Pada firasat saya, mungkin kerana kami selalu tepat dalam bayar sewa dan tak pernah lari, malah selalu telefon dia bila dah sampai waktunya, orang dulu liat kot bayar sewa.

    ReplyDelete
  3. Salam bang,

    Buat stail along aje. Kalau tak nak bayar, simbah cat merah.

    Ooppss rumah sewa milik kita juga yg kena cat merah tu kan hehehe

    ReplyDelete
  4. Abg ada banyak rumah sewa ke? Kalau nak khidmat pengutip hutang boleh bincang dgn saya.

    ReplyDelete
  5. alaa Pak Ngah saya dah sewa rumah Pak Ngah sepuluh tahun tau... sesekali bagilah duduk free... sebulan je.. boleh tak gitu?

    hujan ni Pak Ngah, janganlah marah2..

    ReplyDelete
  6. agak memang tgh susah sgt kot org tu tapi deposit ada so takpe...

    p/s: mamat tu practice sebelum nak pergi audition filem spiderman hehee :P

    ReplyDelete
  7. Bila bercerita pasal sewa rumah ni, teringat masa zaman bujang.

    Tiap-tiap bulan rasa macam nak berperang bila masa kutip duit sewa daripada rakan-rakan serumah yang lain. Ada yang cuba-cuba nak lari dan buat-buat tak tahu bila sudah sampai hujung bulan.

    Susah juga bila ada seorang dua yang "miss" bayar sewa. Tak tahu nak beri alasan apa pada tuan rumah! Akhirnya terpaksa dahulukan duit sendiri..

    Tapi kalau 2 tiga kali sudah terkena, memang tak boleh tahan la..

    ReplyDelete
  8. Berapa buah rumah sewa tuan haji ada?

    ReplyDelete
  9. ada gak tu kekadang pesen penyewa kurang ajar dgn tuan rumah kan? buat cam rumah sendiri plak. seal kang baru tau. hehehe.

    ReplyDelete
  10. sebbaik dpt penyewa yang byr ontime...

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan Hamzah,
    dulu sebelum beli rumah sendiri pernah lah menyewa tapi tak pernah lak bermasalah. Pokok pangkal nya kalau kita buat macam rumah sendiri dan bayar on time, insya-allah semuanya OK

    ReplyDelete
  12. Ini kes sudah macam menjadi adat..Haha !

    ReplyDelete
  13. Ini kes sudah macam menjadi adat..Haha !

    ReplyDelete
  14. saya ingat keropok lekor yg dah sejuk je liat

    .
    .


    rupanya orang pun ada yang liat. mungkin dia dah sejuk.. tu yg liat. kasi hangat sikit..


    :D

    ReplyDelete
  15. ada pengalaman dgn penyewa.
    konon kt org sabah..utk famili, sewa selalu miss. sekali dia buat rumah kita jadi rumah sewa dia pulak...ala ditambah-tambahnya hall jd bilik , ada bilik dalam bilik ..n then dia lari malam..

    macam serik!!

    ReplyDelete
  16. salam Tuan
    serbasalah, kasi sewa salah tak kasi sewapun salah...

    ReplyDelete
  17. betul tu pakngah
    sya ada masalah dgn rumah yg di bahau tu saje, ada je alasan
    sya tak kisah pun lambat bayar sbb tujuan nak bagi rumah tu ada orang je, tak kosong
    tp penyewa tu pulak kita tak kacau , lagi dia buat tak tahu...
    nasib baik penyewa yang di s.alam tu tak ada masalah, kalau dia lambat bayar mesti bagitahu awal-awal
    sya tak pernah ganggu penyewa2 tu, asal diorang boleh jaga dan buat rumah tu mcm rumah sendiri dah puashati..

    ReplyDelete
  18. اَلسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ الله

    Saya takder rumah yang hendak disewakan, tak merasa apa yang tuan haji katakan tu. Payah rasanya dalam situasi nak bayar loan kat bank utk beli rumah tu dan berdepan dengan orang liat nak bayar sewa...

    ReplyDelete
  19. uncle ada rumah tak untuk disewakan di kawasan seremban? kalau ada, sila beritahu ya.

    ReplyDelete
  20. Kenalan saya menjual rumah nya sebab banyak masaalah dgn penyewa. Rumah rosak teruk, liat bayar sewa, tup2 lari tengah malam..Ishhh..tak berbaloi..

    ReplyDelete
  21. jika ini alasannya yg pertama,mungkin penyewa tu betul² ada masalah kut. atau boleh juga suruh penyewa tu tidur di luar rumah dulu buat sementara sehingga dia bayar sewa.hehe..

    p/s : penyewa rumah saya lak,kena antor sms reminder,baru nak bank-in.haih..macam²..

    ReplyDelete
  22. MISZ SEPHIA

    JANGANLAH SAMPAI NAK BAGI PELEMPANG .. KUNCI JER RUMAH TU DENGAN MANGGA SEBERAT 5 KILO SEMASA PENYEWA TU TIDOR. HEHE

    ReplyDelete
  23. YUS

    TU SEBAB JANGAN CEPAT PERCAYA CAKAP ORANG.

    TUAN RUMAH CEREWET BERDASARKAN SIKAP PENYEWA JUGA. KALAU PENYEWA OK, DIA PUN AKAN BERLEBIH KURANG JUGA. ROSAK SIKIT, CEPAT2 DIA PERBAIKI. KALAU PENYEWA CULAS, DIA PUN CULAS JUGA.

    ReplyDelete
  24. YB 1

    SALAM KEMBALI

    PASAL CAT TU NO KOMEN SEBAB AWAK DAH KOMEN.

    YB 2

    TAK ADALAH BANYAK .. SETAKAT INI MASIH BOLEH KUTIP SENDIRI LAGI. SAYA BARU TAHU AWAK JUGA AGEN KUTIP SEWA RUMAH. DIVERSIFIED BETUL BISNES AWAK YA.

    ReplyDelete
  25. IBUINTAN

    TAKLAH MARAH SANGAT. CUMA JENGKEL JER !

    ReplyDelete
  26. FINAZ

    DEPOSIT DAH LAMA PAKAI. ITULAH MASALAHNYA.

    P/S: AWAK KENAL KE MAMAT TU ?

    ReplyDelete
  27. ANIF

    SAYA CERITANYA LAIN SIKIT. SEWA SEBUAH RUMAH RAMAI2. SAYA BAYAR BAHAGIAN SAYA KEPADA SORANG MAMAT TU SEBAGAI WAKIL KITA ORANG. TAPI DIA SONGLAP DUIT SEWA KITA ORANG. LAMA2 TUAN RUMAH HALAU DIA DENGAN SAYA2 SEKALI. NASIB BAIK TUAN RUMAH TU TAK MINTA LAGI DENGAN SAYA SEBAB DIA TAHU SAYA DAH BAYAR.

    ReplyDelete
  28. TIJAH

    MEMANG SETIAP ORANG YANG PERNAH JADI PENYEWA ATAU TUAN RUMAH MEMPUNYAI PERISTIWA MASING2. RAMAI JUGA PENYEWA YANG BAIK. BELUM CUKUP BULAN LAGI DAH BAYAR SEWA. "TAKUT DUIT TU TERPAKAI" KATANYA.

    ReplyDelete
  29. KAKNGAH

    BERTUAHLAH KAKNGAH KALAU CENGGITU !

    ReplyDelete
  30. AIDAH

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG RAMAI PENYEWA YANG SANGAT BERTIMBANG RASA .. YANG JAGA RUMAH KITA MACAM JAGA RUMAH DIA.

    TAK KURANG JUGA RAMAI TUAN RUMAH YANG BERTIMBANG RASA.

    ReplyDelete
  31. RELEVAN

    JANGAN JADI ADAT ISTIADAT SUDAHLAH !

    ReplyDelete
  32. KTS

    KEROPOK LEKOR JUGA ADA MACAM2 JENIS. YANG LIAT TU SEBAB TEPUNG LEBIH DARI IKAN. YANG PERNAH SAYA BELI KAT LOSONG TU, BARU KELUAR PETI AIS PUN MASIH TAK LIAT.

    AGAKNYA PENYEWA YANG LIAT TU PUN SERUPA .. LEBIH TEPUNG !

    ReplyDelete
  33. IKAN EMAS

    KES PENYEWA LARI MALAM NI BANYAK JUGA SAYA DENGAR. ANGGAPLAH ITU SEBAGAI TAKDIR DAN BUKAN REZEKI AWAK.

    ReplyDelete
  34. AZANI

    SALAM KEMBALI.

    BUKANLAH SEMUA PENYEWA BERMASALAH .. MAJORITINYA OK.

    ReplyDelete
  35. SSI

    PASAL BUAT MACAM RUMAH SENDIRI PUN KENA HATI2 .. SEBAB KALAU BETUL2 DIA BUAT MACAM RUMAH SENDIRI, LAGI KACAU.

    TAMBAH SANA TAMBAH SINI, SEWA TAK MAHU BAYAR .. BILA KITA MARAH DIA JAWAB "AWAK JUGA YANG KATA BUAT MACAM RUMAH SENDIRI" ..

    ReplyDelete
  36. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    KALAU AMBIL PINJAMAN BANK NAK BUAT RUMAH SEWA, MEMANG TAK MENGUNTUNGKAN. LEBIH BAIK SIMPAN DALAM TABUNG HAJI ATAU BANK RAKYAT.

    ReplyDelete
  37. DADDY ZIYAD

    BUAT MASA NI RUMAH SENDIRI TAK ADA LAGI .. RUMAH ORANG UNTUK DI SEWAKAN BANYAK.

    ReplyDelete
  38. MARINA MONROE

    MEMANG TAK BERBALOI BERNIAGA RUMAH SEWA .. LEBIH BAIK JUAL CAKOI !

    ReplyDelete
  39. MRPENYUBIRU

    NAK HANTAR SMS TU TAK ADA MASALAH BESAR .. MASALAHNYA KALAU DAH SMS, TELEFON DAN JUMPA SENDIRI, MASIH LIAT .. ITU YANG JADI MASALAH.

    ReplyDelete
  40. me dh pernah kena--even halau pun dia tak mau kuar, last2 6 bln tak byr sewa, dia pun pindah tanpa me dpt sesen pun :(

    ReplyDelete
  41. Salam Tuan Lavendari,

    Saya dok kat Bandar Seremban Selatan dan saya menyewa jer. Apa yang tuan paparkan ni, maafkan saya, nampak cam lebih condong kepada tuan rumah ajer. Satu nafas baru dalam isu yang klasik ini. Cuma saya nak kongsikan pengalaman bapak saya dengan bebudak yang menyewa dengannya.

    baca sampai habis kat sini:
    http://aderberani.blogspot.com/2011/02/komen-kepada-liat-nak-bayar-sewa-rumah.html

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.