Wednesday, June 1, 2011

INILAH PERKHABARAN YANG DAH LAMA SAYA TUNGGU-TUNGGU.




Salinan Keptusan Peperiksaan Semester akhir Diploma Eksekutif Pengajian Syariah (DEPS). Lulus Dengan Kepujian tu ! Namun saya sedih kerana kertas IYD 603: Fiqh Munakahat II mengenai subjek nikah kahwin saya dapat B + sedangkan saya sudah kahwin hampir 31 tahun.
Tapi saya gembira kertas Bahasa Arab: IYD 604 dapat C+ sebab saya ingatkan hancur dan saya juga bukan orang Arab !
Maaf, salinan keputusan itu agak kabur sikit. Ia kabur semula jadi, bukan saya yang mengkaburkanya dan bukan juga mata anda yang kabur.

Dah lama saya tahu keputusan peperiksaan DEPS tersebut, tapi rasa segan nak cerita. Hari ni baru hilang segan itu. Katanya tarikh ambil Diploma pada pertengah bulan Julai nanti, tapi surat pemakluman belum di terima lagi.


Bercakap tentang keputusan peperiksaan ini, saya teringat cerita seorang kawan mengenai seorang pelajar PhD yang sudah sangat tua dan mengalami sakit jantung. Sudah 5 kali dia gagal. Kali ini adalah kali ke 6 dia mengemukakan thesisnya untuk penilaian. Untuk kali ini pasukan penilai telah sepakat untuk meluluskan calon ini walaupun mungkin thesis tidak mencapai standard yang di tetapkan kerana di khuatiri kalau ia gagal lagi, akan membawa mudharat kepada kesihatan beliau.


Sebaik sahaja pelajar tua itu mengetahui bahawa dia lulus, dia pun melompat-lompat kegembiraan macam budak kecik. Tak lama selepas itu dia pun rebah dan terus meninggal dunia kerana masalah jantung.


Saya harap saya tidak diluluskan cara begitu kerana saya setakat ini Alhamdulillah tiada masalah lagi dengan jantung saya.

nota kaki: cerita mengenai DEPS itu ada di sini.

Mungkin ini adalah entri saya yang terakhir sebelum di sambung semula selepas segala urusan perkahwinan saya punya anak selesai. Kepada sahabat-sahabat maya yang telah menyatakan kesudian untuk memenuhi undangan saya, selamat datang dan selamat berjumpa pada 4 hb ini. InsyaAllah.

.

35 comments:

  1. sekalung tahniah utk anda...

    ttg kisah pelajar tua tu...ianya kisah benar ke...
    gagal..takut kena serangan jantung...lulus pun...mati kerana kegembiraan dek jantung jugak..ishhh..

    ReplyDelete
  2. Tahniah..lulus cemerlang la tu.

    Tahniah ... sebab nak dapat menantu.

    ...' orang melayu pun kalau ambil subjek bahasa melayu belum tentu dpt A+

    ReplyDelete
  3. Tahniah..lulus cemerlang la tu.

    Tahniah ... sebab nak dapat menantu.

    ...' orang melayu pun kalau ambil subjek bahasa melayu belum tentu dpt A+

    ReplyDelete
  4. salam uncle...tahniah sbb dpt keputusan yg memberangsangkan. sy pun blom abik master's degree sbb x cukup rm.....huhuhu

    zukidin.blogspot.com
    P.S. saya jd follower td...

    ReplyDelete
  5. tahniah pak ngah
    cemerlang jugak tu.

    ReplyDelete
  6. tahniah...tahniah ya syeikh

    ingatkan syeikh yang akan berkahwin.
    tahniah juga bakal mendapat menantu

    ReplyDelete
  7. Tahniah uncle!!

    Saya rasa bersemangat pula nak sambung belajar melihat kejayaan uncle ni..

    Selamat ber sibu sibuk ya uncle dgn urusan majlis kahwin nanti

    ReplyDelete
  8. Sallam Tuan Haji,

    Tahniah dengan keputusan itu, rajin juga Tuan Haji belajar ye,

    Selamat Pengantin Baru, buat anak tuan Haji dan pasangannya, terkejut saya menbacanya, "pernikahan saya....punya anak" hehe..ingatkan Tuan Haji yang nak kawin lagi satu...

    Semuga segala majlis berjalan lancar.

    ReplyDelete
  9. Tahniah sekali lagi!

    Abg mmg hebat. Bukan org Arab tapi masih boleh lulus bahasa Arab. Ramai org Melayu yg tak lulus Bahasa Melayu!

    ReplyDelete
  10. Salih Yaakob rasa-rasanya boleh dapat A+ utk munakahat? hehehe

    ReplyDelete
  11. tahniah uncle..hebat uncle..msh menimba ilmu..pas bersalin ni saya nak blajar gak la uncle..ada on9 universiti free saya jmp semalam..

    ReplyDelete
  12. Tahniah skali lg Uncle...
    Result Uncle tu sangat cemerlang bagi pelajar separuh masa mcm Uncle...

    Maaf x dapat dapat kenduri kawen angah tu nt... awalnya dh plan nk p Sabah sbb besfren kawen,tp mgkin x jadi p coz bergilir2 jaga pakcik kat ijn..Apepun,yun doakan majlis berjalan dengan lancar dan selamat..

    ReplyDelete
  13. tahniah uncle!


    cerita uncle buat sy insaf.
    sy juga kecewa gagal tesis.


    :(

    ReplyDelete
  14. Salam dan tahniah. Moga semua urusan tuan dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  15. Tahniah tuan. Kakak rasa terbaik dah tu. Munkahat hahaha..... bukan kerna dah kahwin 31 tahun tuan...

    Kesian yg terkejut kegembiraan akhirnya mati juga....

    ReplyDelete
  16. eh, saya tak wish kat sini lagi rupanya. tahniah uncle!

    ReplyDelete
  17. tahniah yer pakngah...
    jangan melompat-lompat sangat...bahaya....heee...:D

    ReplyDelete
  18. congrat en hamzah... kesiankan kat pelajar veteran tu... selamat pengantin br untuk anak en hamzah & tahniah utk en hamzah coz bakal terima menantu lagi... ;D

    ReplyDelete
  19. wah masih semangat nak study... tabik spring!!

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum THJ...

    Tahniah bang haji

    ReplyDelete
  21. fuh, 31 tahun dah kahwin. lama tu..

    ReplyDelete
  22. tahniah...

    hebat tu, lulus dengan cemerlang tu


    tahniah jugak dapat menantu, hadiah berganda tu

    ReplyDelete
  23. wooohaaaaaa!!!

    p/s: terima menantu uncle Al? ehkeke

    ReplyDelete
  24. wah... tahniah... rezeki dapat lulus. tahniah jugak sebab dapat ahli keluarga baru.

    terbaru-->JU-ON BERTUNANGGG??????? -->BUSUKNYA HATI KAU!!!

    ReplyDelete
  25. salam.

    saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi komen dan ucapan tahniah.

    saya minta maaf banyak2 kerana kali ini tak dapat jawap komen satu persatu kerana kesibukan menerima menantu.

    terima kasih sekali lagi. saya hargai kunjungan anda semua.

    ReplyDelete
  26. tahniah

    kalau ada subjek bahasa melayu, MESTI awak boleh dapat A+ kan. sbb awak org melayu. kan kan kan

    :D

    ReplyDelete
  27. Assalmaualikum Tn Hj...

    Tahniah,

    berjaya mendapat keputusan yang baik pada usia sekarang bukan semua orang mampu melakukannya...

    ReplyDelete
  28. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.

    INSYAALLAH PADA 9 JULAI INI HARI PENYAMPAIAN DIPLOMA DI UM.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.