Monday, June 13, 2011

RASA MACAM NAK SEMBELIT !

Dua tiga minggu yang lalu, sibuk saya lebih dari biasa.
Tapi dalam pada itu sempat juga curi-curi buat entri yang pendek-pendek.
Namun tidak pula sempat hendak berjalan-jalan di blog kawan-kawan.
Nampak sangat saya ni macam mementingkan diri sendiri.
Nak buat macam mana .. memang sibuk sungguh.
Di tambah pula dengan tak cukup tidur dan tak cukup rehat.

Tapi tak apa. Lepas ni saya akan cuba qada.

Sebenarnya saya baru sampai dari Alor Setar petang tadi.
Syukur segalanya berjalan lancar.
Jalan pun tak sesak seperti yang saya jangkakan awalnya sebab esok mula sekolah.
Namun kepenatan tetap terasa. Ikutkan nak tidur je.
Tapi rasa tak sabar nak tunjuk beberapa keping gambar kenduri kawin sebelah lelaki di Alor Setar pada hari semalam.
Gambar2 persandingan, biarlah anak saya buat entri di blog dia nanti.


Gambar 1: Rombongan pengantin perempuan di atas pentas. Ramai lagi sebenarnya, tapi sebahagian dah terlepas ke Padang Besar.


Gambar 2: Bergambar dengan besan lelaki saya. Ada sesiapa yang kenal ?
Minum pagi sebelum bertolak balik ke Seremban.
Baru saya perasan, lepas dapat menantu, rambut saya bertambah putih.


Gambar 3: Haiqal kata semuanya berjalan dengan baik ... dua tangan lagi tu !

* Ada tak kena mengena dengan tajuk ? Ada. Kalau saya tak buat entri ini, memang rasa macam nak sembelit !

.

30 comments:

  1. tak tahan ayat pakngah terlepas di padang besar ;)

    ReplyDelete
  2. SAYANGSAYANGIBU

    AWAK TAK TENGOK AF KE ?

    ReplyDelete
  3. syukur..selesai sudah semua acara ya PakNgah

    takpe lepas ni boleh berehat sepuasnya

    ahli rombongan sebelah PakNgah terlepas ke Padang Besar, rombongan sebelah besan sana mesti terlepas ke Nilai 3 pulak..kan

    ... agak2 masa Haiqal nanti ada lagi tak rambut putih tu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum AL

    Tahniah dapat menantu.

    ReplyDelete
  5. salam Tuan Hamzah...
    nak kena minum
    susu Anlene masa
    tulis entri ni tuan..
    sekejap je dah nak
    ke jamban..
    :D

    ReplyDelete
  6. pak ngah sya tak minat af, tengok keputusan saja mlm tadi yg lelaki tu menang, klon amy/ faizal tahir ;p

    ReplyDelete
  7. Memang rasa macam ada angin berkumpul dalam perut bila sehari tak buka blog!

    ReplyDelete
  8. Pakcik! Meriahnya! Dah lupa kemeriahan hari kahwin. Yang masih ingat, kepenatan!

    ReplyDelete
  9. Alahai tuan.... kakak dah tahu memang tuan teramat busy. Kan dah bagi tahu jadi kami semua maklum. Kalau ada peluang terjah blog anak tuan mesti best kan...

    ReplyDelete
  10. uncle dah ke kampung saya rupanya. heheh~

    ReplyDelete
  11. mesti lega kan


    .
    .


    .
    .

    bila dah tak rasa nak sembelit :D

    ReplyDelete
  12. eeee

    besan PakNgah tengah tulis kat fb tak pun buat entri kat blog dia..


    ..siap tengok gambar kat album digital lagik!!!

    ReplyDelete
  13. rasa2nya AL ada juga singgah rumah saya kan, walaupun sibuk nak ke rumah menantu..apa2pun tahniah dah jd pak mertua...

    ReplyDelete
  14. Tak apalah rambut putih sikit. Yang penting dapat menantu. Tahniah, al-lavendari!

    ReplyDelete
  15. assalam..

    tahniah, sy jauh lg kot :D

    ReplyDelete
  16. IBUINTAN

    TAK TAHULAH MASA HAIQAL NANTI, RAMBUT ATAU UMUR ADA LAGI KE TIDAK.
    MINTA2 PANJANGLAH UMUR SUPAYA DAPAT NENGOK.

    ReplyDelete
  17. KUNANG-KUNANG

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.

    ReplyDelete
  18. ZULBO

    SALAM KEMBALI

    ANLENE BAGUS KE UNTUK MENGELAKKAN KERAPA KE SUNGAI ?

    ReplyDelete
  19. SAYANGSAYANGIBU

    PAKNGAH PUN TAK MINAT .. TAPI KEKADANG TENGOK JUGA BERSAMA DENGAN ANAK2. (ALASAN !)

    TERIMA KASIH KERANA DATANG BALIK.

    ReplyDelete
  20. KAKCIK

    SAMALAH KITA .. AGAKNYA SEMAKIN BERUMUR, MAKIN BANYAK YANG INGIN DI CERITAKAN.

    ReplyDelete
  21. MOMMY FARA

    BUAT KENDURI KAWIN INI MEMANG MEMENATKAN TAPI PUAS HATI BILA DAPAT BERTEMU SAHABAT HANDAI DAN SEDARA MARA WALUPUN SEKEJAP CUMA.

    ReplyDelete
  22. KAKZAKIE

    TAK TAHULAH BILA ANAK SAYA NAK UPDATE BLOG DIA.

    ReplyDelete
  23. GADISBUNGA

    KALAU AWAK ADA KAT KAMPUNG PUN MASA TU, MEMANG TAK DAPAT JUMPA SEBAB MASA AMAT TERHAD.

    BTW KAMPUNG AWAK KAT MANA ?

    ReplyDelete
  24. KTS

    RUPANYA AWAK PUN PERNAH RASA SEMBELIT JUGA.
    .
    .

    YA .. BEGITULAH RASANYA BILA DAH HILANG RASA ITU!

    ReplyDelete
  25. IKAN EMAS

    ITU IPAD KAWAN DIA YANG DUDUK DEPAN KITA ORANG !

    YE KE IPAD TU !

    ReplyDelete
  26. NYANYISUNYI

    MEMANG SAYA ADA SINGGAH NAK TENGOK APA AWAK MASAK .. HEHE

    ReplyDelete
  27. ABANG TEMUK

    SAYA MEMANG TAK SABAR UNTUK LIHAT RAMBUT SAYA PUTIH SEMUANYA MACAM AL-SULTAN PERAK. DAPAT RAMBUT SERUPA PUN JADILAH.

    ReplyDelete
  28. MAIYAH

    KITA RASA JAUH, TAPI DIAM TAK DIAM MASA ITU SAMPAI TANPA KITA SEDARI NANTI.

    ReplyDelete
  29. sembelit...?kena banyak makan buah dan sayuran berserat tu...
    hari ni kan dah cuti..rehat pun dah puas..mudah2an dah hilang sembelit pakngah tu..

    ReplyDelete
  30. SITI MURNI

    UBAT SEMBELIT PAKNGAH SENANG JER .. BUAT SATU ENTRI, SEMBELIT PUN HILANG !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.