Monday, June 20, 2011

5 HARI 3 MALAM DI GUANGZHOU DAN SHENZHEN.

Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke tanah air Subuh tadi. Tengahari tadi sempat juga saya pergi dua kenduri. Satu di Seremban dan satu lagi di Kajang, walaupun badan masih terasa sangat letih dan mata pula amat mengantuk.

Banyak sebenarnya yang ingin saya ceritakan. Mungkin orang akan jemu membacanya atau mungkin juga ramai yang dah tahu. Kalau dah tahu, tolong betulkan fakta saya kalau saya tersilap dan kalau yang belum tahu, anggaplah ini sebagai pengetahuan baru.

Saya kira dua perkara yang sering bermain di minda kita bila berada di tempat orang adalah soal makanan halal dan soal tempat solat. Untuk entri ini saya akan fokuskan kepada isu ini. Alhamdulillah kedua-dua perkara berkenaan tiada menjadi masalah bagi kami semasa berada di dua bandar tersebut.


Gambar 1: Gambar saya dan keluarga dengan keluarga besan serta dua pengantin baru di depan masjid Saad ibnu Waqas di Guangzhou.



Gambar 2. Saya sarapan pagi di hotel yang dimiliki  Cina Muslim di Guangzhou.
 Semua makanan di sini diberitahu adalah halal. Cuma tekak kita sahaja yang sudi menerima atau tidak.


Gambar 3. Kami juga di bawah makan di sini. Saya lihat dari banyak-banyak gambar yang tergantung di dinding, ada gambar Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan bergambar dengan pemilik dan petugas restoran.


Gambar 4. Kami makan ala-kadar sahaja untuk mengalas perut. Tu ada lagi lauk yang masih  belum sampai.


Gambar 5: Sebuah lagi restoran Muslim di bandar Shenzhen yang kami singgahi untuk makan tengah hari. Saya berjumpa ramai orang Malaysia makan di sini termasuklah rombongan pensyarah dari Maktab Perguruan Kuala Lipis yang memberikan sambal ikan bilis mereka kerana mereka akan berangkat pulang.


Gambar 6. Kami ada  makan malam dan juga makan tengah hari di sini. Saya tertarik dengan pakaian tradisional penyambut tamu ini. Untuk makluman, saya telah mendapat kebenaran Makngahnya sebelum bergambar dengan amoi ini.


Gambar 7: Kalau tak ada sangat benda yang nak di makan, buah-buah juga ada di jual di merata tempat. Sekeping sahaja rasanya sudah mencukupi untuk perut kita. Saya mungkin memerlukan dua keping.


Gambar 8: Selepas usai sembahyang Jamak Zuhur dan Asar di sebuah masjid yang tertua yang terjaga rapi di bandar Guangzhou.


Gambar 9. Sebuah lagi masjid tempat kita bersolat ketika berada di luar, di bandaraya Shenzhen.  Lelaki  berbadan sasa di kanan gambar di atas adalah pemilik syarikat pelancongan yang menguruskan lawatan kami.


Gambar 10. Bingkai yang tergantung di pintu masuk utama satu-satunya masjid (menurut pemandu pelancong) di bandar Shenzhen.

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam". 




p/s: Ada sesiapa yang sudi berkongsi pengalaman di "kencing" oleh peniaga batu jade di Guangzhou ?



.

59 comments:

  1. nmpk sgt mudah nak solat dan dpt makanan halal ye uncle?tp klu saya yg cerewet mkn ni pasti kurus kot?hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Tuan sudah selamat kembali ke tanah air.

    Tentu banyak cerita yang bakal tuan kongsikan nanti.. :D

    ReplyDelete
  3. Jauh perjalanan memang luas pemandangannya kan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum:)

    Ada juga guru2 plan percutian di Guangzhou bila cuti nanti..tapi tak terbuka hati lak nak ikut serta ke sana...aduhaii..:):)
    Agak2 seronok tak..?:):)

    ReplyDelete
  5. seronoknyaaa! saya pun nak pi..

    tapi tak tau bila, hehehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. saya baru sampai Beijing jer..Guangzhou belom lagi..

    tak kena kencing beli batu jade sebab kitorang beli kat kilang dia terus.. kalau kena kencing pun, buat buat tak tahu jer laa.. hahahah

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...selamat sampai ke tanahair tumpah darah kan?


    *bila baca tumpah darah tu ngeri pulak*

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. PakNgah dan keluarga dah selamat kembali

    nampaknya tiada masalah untuk bersolat dan mendapatkan makanan halal... bila tiada masalah ni tentu dapat bercuti dengan senang hati

    ReplyDelete
  9. salam Tuan Hajji

    bercuti sekeluarga...pasti merisah

    pengalaman manis serta bergembira hendaknya.

    ReplyDelete
  10. ni anak menantu yg honeymoon ke mertua2 yg honeymoon..bestkan jln ank beranak..yg penting nk jalan2 oversea ni fulus mesti ada...

    ReplyDelete
  11. Lama x p holiday reramai..
    Syoknye holiday ngn family...
    Mesti makngah byk borong jade ngn sutera..heheh...


    Selamat Hari Bapa buat Uncle...

    ReplyDelete
  12. Sallam,

    Alhamdulillah Tuan Haji dan keluarga dah selamat kembali, terima kasih juga memaparkan banyak gambar dan maklumat, dapat juga buat pengetahuan walaupun tak kesana.

    ReplyDelete
  13. Assalam,

    Bestnyer pergi dgn family and besan sekali.

    ReplyDelete
  14. waa..lecturer2 maktab saya lah tu yang sibuk holiday sampai sane.

    TQ uncle bg review tempat jalan+makan sebab rasanya saya mmg lbh suke jalan2 tmpt org dengan aktiviti makan-makan berbanding shopping mopping kot..huhu [sebenarnya fulus tipis..hehe]

    ReplyDelete
  15. Saya selalu juga mendengar cerita2 dari kawan2 yang melancung ke negara Tembok Besar ni. contohnya, Beijing nak cari air utk buang air cukup susah. Kena bawa botol air sendiri.

    Syukur jika tempat2 yg Abg HAMZAH pergi itu begitu mudah utk solat dan makan.


    “Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah sambil melancong dan bercuti kita masih boleh mengimbau sejarah islam di sana juga...

    ziarah yang tidak kosong!

    ReplyDelete
  17. pengalaman kena 'kencing' di singapore ada la...huhu

    ReplyDelete
  18. Kain pelikat tu bawa dari Nilai atau beli kat sana? :)

    ReplyDelete
  19. LYDIA MIZA

    KALAU CEREWET, BOLEH BAWAK BEKALAN DARI MALAYSIA. DIA ORANG TAK KISAH KALAU KITA BAWA MAKANAN DAN MAKAN BERSAMA DENGAN MAKANAN MEREKA.

    ReplyDelete
  20. ANIF

    MEMANG BANYAK CERITA. NANTILAH SAYA BUAT CERITA IKUT SEGMEN YANG SESUAI.

    ReplyDelete
  21. AKLCITIZEN

    LUAS PEMANDANGAN DAN JUGA LETIH BADAN DI SAMPING KANTUNG JADI KURUS.

    ReplyDelete
  22. UDY

    DAH TUA2 NI LETIHNYA YANG LEBIH.

    ReplyDelete
  23. PN KARTINI

    ALAIKUMSALAM

    SAYA RASA ORANG PEREMPUAN PASTI SERONOK SEBAB BANYAK DIJUAL BARANG KEGEMARAN PEREMPUAN. BUKTINYA ISTERI SAYA. SAYA JADI TUKANG JAGA BARANG DIA JE.

    ReplyDelete
  24. DINAS ALDI

    ELOK PERGI MASA MUDA2 SEBAB BANYAK GUNA TENAGA UNTUK BERJALAN.

    ReplyDelete
  25. AUJINZ

    KITA PERGI KILANG JUGA TAPI KENA KENCING .. GERAM BETUL.

    ReplyDelete
  26. SAYANGSAYANGIBU

    BETULLAH NGERI .. SIAPA MULA GUNA AYAT ITU ? TAPI NAK GANTI DENGAN AYAT APA PULAK EK ?

    ReplyDelete
  27. IBUINTAN

    BAB SOLAT DAN MAKAN TU MEMANG SENANG HATI .. TAPI BAB KENA BERJALAN KAKI, MEMANG TAK TAHAN. HABIS SAKIT2 SELURUH BADAN.

    ReplyDelete
  28. AZANI

    SALAM KEMBALI

    MEMANG MERIAH, TAMBAH2 DENGAN MENANTU DAN BESAN BARU.

    ReplyDelete
  29. BABY

    TAPI KADANG2 MELAYAN KARENAH ANAK2 JADI KURANG SERONOK PULAK. LEBIH2 BILA KEHENDAK HATI MEREKA TIDAK DI PENUHI. MULALAH MEREKA TARIK MUKA.

    ReplyDelete
  30. NYANYISUNYI

    MERTUA PERGI 2ND HONEYMOON. SERONOK MEMANG SERONOK TAPI TERKEJAR2 MENGIKUT JADUAL YANG TELAH DI ATUR. ITUPUN ADA TEMPAT YANG KITA SKIP.

    ReplyDelete
  31. pakcik bagitaulah makanan yang nampak sedap tapi tak sedap~~he~~

    ReplyDelete
  32. NORSHA

    BAGI YANG MUDA-MUDA TENTULAH SERONOK.

    ReplyDelete
  33. CIK SHINJU

    MEMANG DIA BANYAK BELI KAIN UNTUK DI BUAT BAJU. JADE PUN DIA ADA BELI TAPI TAKLAH SEBANYAK KAIN.

    ReplyDelete
  34. LIPISLADY

    SALAM KEMBALI.

    SEBENARNYA BANYAK LAGI YANG INGIN DICERITAKAN. SAYA SERONOK JUMPA PENSYARAH2 DARI KL (KUALA LIPIS)

    ReplyDelete
  35. AJWA

    MEMANG BEST .. KITA PUN ADA MERANCANG UNTUK PERGI KE TEMPAT LAIN PULA LEPAS NI.

    ReplyDelete
  36. SUFIA

    NANTI BILA ADA KESEMPATAN UNCLE UPLOAD GAMBAR2 MEREKA. MUNGKIN ADA YANBG SUFIA KENAL.

    ReplyDelete
  37. waaaaa...bercuti dgn bisan.. :)
    double joy !

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah...dah selamat sampai ke bumi Malaysia.

    Sporting jugak makngah noo..kalau saya dah lama saya mencelah kat tengah-tengah tu..tak kasi can! hehehe...

    ReplyDelete
  39. wah wah wah...ni namanya honeymoon bersama sama keluarga ke uncle? ekekekeke...

    memang semua anak uncle yg kawin akan pergi jalan2 dgn keluarga besan yg baru?

    ReplyDelete
  40. thanks for sharing :) bertambah ilmu pengetahuan me :)

    ReplyDelete
  41. AZIEAZAH

    MEMANG BETUL, KALAU NAK BUANG AIR KENA BAWA AIR ATAU GUNA WET TISSUE. TAPI KALAU NAK PAKAI KERTAS TANDAS PUN TAK APA. TAPI KAT MASJID MEMANG DISEDIAKAN CEREK ATAU BEKAS UNTUK BAWA AIR.

    ReplyDelete
  42. MOMMY FARA

    PERGI JANGAN TAK PERGI. MURAH JER KALAU PERGI BERKUMPULAN NAIK AIR ASIA.

    ReplyDelete
  43. JUNAINA

    MEMANG ZIARAH YANG TIDAK KOSONG ASALKAN KITA RAJIN MEMERHATI DAN MENGAMBIL IKTIBAR WALAUPUN BALIK DENGAN POKET KOSONG.

    ReplyDelete
  44. MENTIBANG LAUT

    AWAK PATUT BUAT ENTRI SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA ORANG LAIN TENTANG KENA KECING KAT SINGAPURA TU !

    ReplyDelete
  45. KAKCIK

    KAIN PELIKAT TU BAWA DARI SENAWANG. SAYA TAK JUMPA PULA ADA KAIN PELIKAT DIJUAL DI SANA.

    ReplyDelete
  46. BUJAL X

    SEDAP TAK SEDAP NI BERGANTUNG KEPADA SELERA MASING2. SAYA SECARA KESELURUHANNYA SEDAP2 BELAKA. BILA BADAN DAH LETIH DAN PERUT LAPAR, SEMUANYA SEDAP !

    ReplyDelete
  47. MAKDARA

    MEMANG BAGUS KERANA DAPAT MERAPATKAN SILATUL RAHIM DUA KELUARGA YANG BARU DI HUBUNGKAN MELALUI TALI PERKAHWINAN.

    ReplyDelete
  48. SITI MURNI

    DIA SPORTING MUNGKIN SEBAB DIA TAHU SUAMINYA BAIK KOT !

    ReplyDelete
  49. DADDY ZIYYAD

    TAK JUGA. INI ANAK SAYA YG KEDUA KAWIN. ANAK YANG PERTAMA DULU TAK PERGI MANA PUN.

    ReplyDelete
  50. MAMA ZHARFAN

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA !

    ReplyDelete
  51. na kencing kat sana susah. maksud saya, senang kencing. tp nak membersihkannya yg susah skit. perlu sentiasa membawa botol mineral. sbb paip air tak disediakan di dalam tandas


    .
    .

    eh awak tanya pengalaman di kencing oleh peniaga batu jade di Guangzhou kan?

    err.. boleh diterima la gak pengalaman kencing yg sy cerita tu, kan

    :D

    ReplyDelete
  52. KTS

    ITU BUKAN MASALAH BESAR KERANA KITA BOLEH SAJA MENGGUNAKAN WET TISSUE ATAU KERTAS TANDAS SAHAJA ASALKAN DAPAT MENGHILANGKAN 3 PERKARA, YANG SAYA PERCAYA AWAK DAH TAHU.

    ReplyDelete
  53. best lahh dapat pergi sana uncle. hehe

    gambar dekat tembok besar china takde ke ? huhu

    ReplyDelete
  54. BUNNY

    UNCLE TAK SAMPAI KE TEMBOK TU .. TEMBOK TU JAUH KAT BEIJING.

    KAIN KALI TERINGIN JUGA NAK PERGI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.