Ini sambungan entri ini. Negeri China mengamalkan dasar kapitalis agak lewat berbanding negara kita dan India misalnya. Mereka bermula selepas kematian Mao Zedong. Sebelum itu mereka mengamalkan sistem komunis.
Akan tetapi dalam tempoh yang relatif singkat, kemajuan ekonomi, industi, prasarana dan komunikasi mereka amat pesat dan jauh meninggalkan kita. Ini amat mengagumkan saya. Sepanjang jalan dari Guanzghou ke Shenzhen yang mengambil masa lebih dari 2 jam dengan bas, kemajuan fizikal amat terserlah. Bangunan pencakar langit yang cantik dan moden serta kenderaan darat seperti kereta, bus dan keretapi sudah amat maju setanding dengan negara-negara barat.
Saya kira dalam tempoh terdekat, sekitar 10 tahun dari sekarang mereka mungkin menjadi kuasa nombor 1 dari segi ekonomi dan mungkin juga ketenteraan kalau mereka mahu.
Tidak seperti sebelum ini, mereka juga telah menyediakan papantanda, notis dsb dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan pelawat. Kalau dulu, katanya semua papan tanda di tulis dalam tulisan China. Lihatlah sebahagian gambar yang saya saya ambil seperti di bawah.
Pedulikan kesalahan ejaan dan nahu .. apa yang penting mereka telah berusaha menyediakannnya untuk kemudahan pelancong yang tidak tahu membaca tulisan China.
Gambar 1: Pesanan berguna sebelum memasuki tandas.
Gambar 2: Walaupun mereka tiada masaalah bekalan air, peringatan tetap di berikan supaya menjimatkan air.
Gambar 3: Ilustrasi pun sudah cukup untuk memberi peringatan supaya jangan tergelincir !
Gambasr 4: Hati-hati ketika menaiki tangga.
Gambar 5: Banyak betul syaratnya bila anak saya ingin menyewa skuter di Window of the World.
Gambar 6 : Walau pun mereka tak dapat sediakan .. tapi mereka tetap memberi Notis Hangat.
Gambar 7 : Hati-hati jangan tergeliat dalam toliet.
Gambar 8: Yang ini paling saya suka .. satu peringatan supaya jangan membakar bot yang telah kita naiki menyusuri Litchi Bay.
Turut menarik perhatian saya ialah bila saya berjumpa ramai pekedai mereka yang boleh berbahasa Melayu yang mudah-mudah, terutamanya di bandar Shenzhen yang tak jauh dari Hong Kong.
Gambar 10: Haiqal anak bongsu saya bukan main suka lagi nampaknya menaiki boat menyusuri Pearl River. Apa tak sukanya .. segala perbelanjaan di tanggung oleh ayahnya !
Gambar 9: Kita makan di bilik Kedah di salah sebuah Restoran Abdullah di Guangzhou .. Nampak tak ?
Turut menarik perhatian saya ialah bila saya berjumpa ramai pekedai mereka yang boleh berbahasa Melayu yang mudah-mudah, terutamanya di bandar Shenzhen yang tak jauh dari Hong Kong.
Gambar 10: Haiqal anak bongsu saya bukan main suka lagi nampaknya menaiki boat menyusuri Pearl River. Apa tak sukanya .. segala perbelanjaan di tanggung oleh ayahnya !
Tiba2 rasa nak jadi Haiqal! :)
ReplyDeleteAsal boleh punya "English" hahaha.. :D
ReplyDeletewahh mereka boleh berbahasa melayu ye uncle?nak jd anak uncle la camni..tgk haikal hepi je melancong..hik3
ReplyDeletenak jadi anak angkat leh x??
ReplyDelete*sambil kelip2 mata :D
Baca signboards dan notice mereka macam kelakar pulak. Mesti Haiqal complaint bahasa inggeris mereka.
ReplyDeleteHahahahah!
ReplyDeletePakcik, seronoknya dapat pergi negara orang. Teringin.....nak jadi Haiqal. Iyelah, semua perbelanjaan ditanggung beres. Heheheheh!
tiba2 nak jadi haikal jugak r ni...
ReplyDeleteSeronoknya "makan angin"..!!!..
ReplyDeleteAssalamualaikum Tn Hj...,
ReplyDeleteMelamcong memang seronok lebih-lebih lagi kalau ditanggung segalanya...mmmmmmm
Bagus melancong ni boleh menambahkan kecitaan kepada negara sendiri....
hahahha...
ReplyDeleteMemang betul, kalau ke China, grammatical error bahasa Inggeris nya amat amat parah!
hehehe.. kan kakcik kan...
ReplyDeleteItu tandanya mereka lebih mengutamakan Bahasa Mandarin berbanding BI.. Kalau kat negara kita,kdg2 BM terpinggir... Sampaikan ada ahli politik yang bermati2an mahukan persamaan hak sebagai rakyat Malaysia,tapi bila bertutur bahasa kebangsaan,lintang pukang! Tu belum kira lagi VIP berbangsa melayu yg salah tatabahasa ketika menuturkan bahasa ibunda..Cer suh dia spiking london,berhabuk!!
ReplyDeleterindu suasana kat sana!!masa sy pegi dulu ms tu tgh sejuk. tp sib baik sy blh ckp cina..so xde mslh tuk komunikasi dgn dorang..sbb atuk sy cina..hehehhe
ReplyDeletewah sronoknya...
ReplyDeleteseronok haiqal
ReplyDeletetak apalah pak ngah nanti dah besar haiqal pulak taja ayah (,")
KAKCIK
ReplyDeleteNASIB RASA ITU TIDAK BOLEH MENJADI KENYATAAN.
ANIF
ReplyDeleteMEREKA PUNYA BUDAYA HEBAT .. SUDAH RIBUAN TAHUN. TAK TAHU BAHASA INGGERIS PUN MEREKA BOLEH HIDUP DAN MAJU.
LM
ReplyDeleteHAIQAL MEMANG SELALU HEPI DAN MENGGEMBIRAKAN HATI SAYA. DIA PUN TAK BANYAK PERMINTAAN.
MAKDARA
ReplyDeleteANAK ANGKAT DAH TUA SANGAT KOT ! HEHE
KAKZAKIE
ReplyDeleteBAHASA INGGERIS HAIQAL PUN BUKAN BAIK SANGAT. DIA SEKOLAH AGAMA. AYAH DIA PUN MALAS NAK AJAR.
MOMMY FARA
ReplyDeleteNAK JADI HAIQAL KENALAH KECILKAN BADAN .. BOLEH KE ?
CHEQNA
ReplyDeleteRAMAINYA TERINGIN NAK JADI HAIQAL. NASIB BAIK TAK ADA YANG TERINGIN NAK AMBIL ALIH TEMPAT EMAK HAIQAL. HEHE !
AZI
ReplyDeleteSERONOKNYA BILA DAH BALIK .. MASA DI SANA TAK SERONOK SANGAT SEBAB LETIH DAN NGANTUK.
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
MEMANG BETUL, MELANCONG BOLEH MENAMBAHKAN KECINTAAN KEPADA NEGARA SENDIRI DI SAMPING MELIHAT KEBESARAN ALLAH.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteASAL BOLEH FAHAM SUDAH .. LEBIH BAIK DARI TAK ADA LANGSUNG KAN !
ANAA
ReplyDeleteSAMALAH JAWAPAN SAYA KEPADA KOMEN KAKCIK.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSETUJU SANGAT. MEREKA BOLEH HIDUP DAN MAJU TANPA BAHASA INGGERIS. ITU NASIB BAIK MEREKA CUBA TERJEMAH. KALAU TIDAK, LAGI SUSAH.
AZIRA
ReplyDeleteKALAU BOLEH BERBAHASA CINA, IA SATU KELEBIHAN.
MASA SAYA PERGI CUACA PANAS, LEBIH KURANG MACAM DI MALAYSIA. JADI CUACA TIADA MASALAH.
JEDI
ReplyDeleteSIAPA YANG SERONOK ? MAKNGAH DAN ANAK2NYA ! HEHE
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteTAK TAHULAH SEMPAT KE TIDAK, HAIQAL HENDAK MENAJA AYAHNYA.
man toliet.
ReplyDeletewoman? toliet gak ke? atau toliat?
:D
KTS
ReplyDeleteWOMAN TOO LIAT KOT ! HEHE