السلام عليكم ورحمته الله وبركاته
Antara amalan-amalan terbalik yang jangan diamalkan ialah:
1. Memandu perlahan di lorong laju. Memandu laju di lorong perlahan.
2. Orang yang lambat bayar saman trafik, dapat potongan harga. Orang yang ikut perintah bayar awal, kena bayar penuh.
3. Rata2 orang kita suka jamban cangkung di tandas awam, tapi rata2 jamban duduk pulak yang lebih banyak di sediakan. Geli !
4. Membuang sampah di tempat yang ada tulis "Di larang membuang sampah di sini". Lain kali kalau nak larang orang buang sampah, buatlah signboard "sila buang sampah di sini"
5 Sembahyang sunat Tarawikh penuh masjid, tapi sembahyang fardhu Subuh tinggal 3 orang .. Imam, Bilal dan Siak.
6. Puasa yang terpaksa menahan lapar dan dahaga - cukup jaga, tapi sembahyang yang sangat mudah - dilalaikan.
7. Cakap dengan entah sapa-sapa berjam-jam, cakap dengan makayah tak sampai seminit.
8. Cakap orang putih dalam khalayak yang semua faham cakap Melayu.
9. Elaun keraian diberikan kepada boss-boss besar yang selalu diraikan.
10. Kalau memang dah berniat tak mahu nak datang, cakap InsyaAllah.
Saya tak pasti yang nombor 10 tu .. adakah elok kita cakap InsyaAllah kalau kita memang dah berniat tak nak datang kerana nak menjaga hati tuan rumah ? Harap mendapat komen anda semua. Kalau Ust Abd Razak membaca entri ini harap sangat dapat beri pandangan.
Wallahuaklam.
.
amalan terbalik tu jgn amalkan..tapi yg terbalik tu la yg org2 kita selalu buat:P
ReplyDeleteSenarai yg amat nyata di depan mata kita tapi dah jadi macam kebiasaan di tempat kita.
ReplyDeleteJamban duduk kalau di public kotor teramat sebab ada tapak kasut. Memang geli...
hehehehehe sokong kakak kat atas ni.duduk di tandas duduk,jgn mencangkus di atas tandas duduk.
ReplyDeleteyg no9 n no10 tu mcm betul sgt!komen mamasue pasal insyaAllah tu,org tu sendiri yg tak tahu makna disebalik insyaAllah tu...
ReplyDeletesokong kak zakie juga...
ReplyDeletesatu lagi, kalau rumah terbalik macam tu, boleh stabil ke tu pakngah! Nak masuk ikut pintu mana?..hehe
tp memang biasa kita jumpa kan?
ReplyDeletesy suka entry ini
ReplyDeletehahahahaa
11 - mengaku beragama Islam, tp tinggalkan suruhan Allah dan buat apa yg dilarang Allah
Assalamualaikum Bang Haji...
ReplyDeleteSewajarnya memang kita perlu cakap INSYA ALLAH kerana kita ini insan yang sangat lemah tiada daya dan upaya melainkan pertolongan Allah.
Namun, untuk menjaga hubungan sesama manusia tak perlulah kita mengetahui samada niatnya mahu datang ataupun tidak. Terimalah alasannya dengan sepenuh hati agar ruang itu tidak celahi oleh syaitan yang bakal menghitamkan hati kita dengan perkara mazmumah.
saya selalu cakap tak boleh datang~~sebab memang tak boleh~haha~~
ReplyDeletebanyak yang saya sokong ni, kalau tuan haji masuk bertanding pilihanraya (pilih apa² la) mesti saya pangkah :)
ReplyDeleteYang nombor 9 itu elok juga diberi perhatian. ;-)
ReplyDeleteUST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. SEMOGA UST. SIHAT-SIHAT SAHAJA.
MAAFKAN SAYA. BARANGKALI UST TAK DAPAT TANGKAP MAKSUD SAYA. BERKENAAN NO. 10 TU, ISUNYA ADAKAH KITA ELOK BERKATA INSYAALLAH JIKA KITA SEMEMANGNYA BERNIAT DARI AWAL TIDAK MAHU DATANG.
SAYA SEDIKIT PUN TIDAK BERNIAT UNTUK MEMPERSOALKAN NIAT ORANG LAIN.
SAYA SENDIRI KALAU MEMANG TAK DAPAT DATANG, AKAN KATA TIDAK DAPAT DATANG UNTUK MEMUDAHKAN TUAN RUMAH MEMBUAT BAJET.
yang terbalik tulah selalu org buat hj.
ReplyDeleteA`ah....10 isu pakcik tu mmg dah lama sy tertanya-tanye....
ReplyDeleteAl..dah terbiasa macam tu kan..jangan rumah terbalik macam gambar tu sudah le..
ReplyDeletekalau tak dapat datang..cakap terus terang..memang tak boleh ada hal lain..
salam..setuju dengan CGG, yang terbalik tulah yang terjadi sekarang ni...
ReplyDeleteAsalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDeletekomen saya perkara no.10 ada baiknya jawapannya Insyaallah...kerana adakalanya dapat dtg pun tak boleh datang, manakala yg memang tak nak dtg pasal asalnya berubahati hendak dtg pada akhirnya....
Kita merancang, Allah pun merancang tetapi perancangan Allah itu adalah lebih baik dari lain-lain perancangan....Allahuallam.... betulkan saya kalau saya silap..
AZMNOR.
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
SAYA PETIK PENJELASAN PENGGUNAAN KATA INSYAALLAH DARI WIKIPEDIA. MUNGKIN AGAK BERBEZA DENGAN PANDANGAN TUAN, TAPI TIDAK MENGAPA. SAYA TERBUKA.
"Sebagian diantara kita malah secara keliru mengamalkan kata Insya Allah sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata Insya Allah bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbaik-baik untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berdalih dan berlindung dengan kata Insya Allah"
Salam Jumaat Uncle..
ReplyDeleteYang no 7 tu mcm sentap jek yun baca..hehehe... salunya mmg cmtu..
tepon mak bila ade hal penting jek..
err..sbb mmg dok serumah ngn mak..
kihkih :P
tido cepat bangun lamabt
ReplyDeleteSuch a nice entry !!
ReplyDelete( cakap london di malaysia )
hehehe
saya setuju semua...cuma satu bab jamban duduk tu... sebenarnya jamban tu perlu bagi gulungan OKU dan Orang Obessiti/ sakit lutut / sakit belakang.. memang begitu azab nak membuang bila tak ada jamban rupa ni.. kesian kat kami...dan patut di perbanyakkan di Rn R....sebab udahlah asyik nak membuang..
ReplyDeleteerm..serius pkara2 mcmni la slalu blaku kat skliling kita.. benda yg terbalik 2 la ramai yg amalkan :)
ReplyDeleteyang nombor dua tu macam elok pulak diamalkan
ReplyDeleteCGG
ReplyDeleteMENGAPA JADI GITU EK ? DI MANA SILAPNYA ?
KAKZAKIE
ReplyDeleteBAHAYA KALAU NAIK BERTENGGEK ATAS JAMBAN DUDUK .. KALAU JAMBAN TU PECAH, BOLEH CEDERA PARAH !
RARA PINKMAFIA
ReplyDeleteRAMAI YANG MENCANGKUNG ATAS TANDAS DUDUK SEBAB GELI KALAU DUDUK.
MAMASUE
ReplyDeleteSAYA SETUJU .. SAYA DAH JAWAB DI KOMEN AZMNOR SEBELUM INI.
YUS
ReplyDeleteRUMAH TERBALIK MEMANG TAK STABIL .. TAPI RUMAH DALAM GAMBAR TU, TELAH DILULUSKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SENAWANG ! HEHE
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteMEMANG AMAT TERBIASA .. TAPI YANG PALING SAYA GERAM IALAH YANG NO. 2 TU .. SEBAB PERNAH TERKENA.
WANITA BERTUDUNG HIJAU
ReplyDeleteSAYA SETUJU DENGAN TAMBAHAN NO. 11 TU .. TERIMA KASIH.
BUJAL X
ReplyDeleteSAYA RASA ITULAH YANG SEBAIKNYA .. TIDAK MEMBERI HARAPAN PALSU KEPADA TUAN RUMAH KAN !
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN. SAYA INGAT NAK BUKA KEDAI MAKAN, PASTI AWAK AKAN SOKONG KAN ?
KAKCIK
ReplyDeleteHABIS NAK BUAT MACAMANA .. UNDANG2 MEREKA YANG BUAT !
MONAIEA
ReplyDeleteKALAU GITU KITA BERI ARAHAN SONGSANG .. KALAU ORANG IKUT, AKAN JADI BETUL!
MOMMY FARA
ReplyDeleteAPA JAWAPANNYA ?
ACIK ERNA
ReplyDeleteSAYA SETUJU .. LEBIH BAIK BERBUAT BEGITU DARIPADA MENYALAHGUNAKAN KALIMAH ITU.
ALISYA
ReplyDeleteHARAP KITA SAMA-SAMA MENGHINDARINYA.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
UNCLE BUKAN KATA DALAM TELEFON SAHAJA .. CAKAP BERDEPAN2 PUN BEGITU JUGA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSAYA PULA LAIN SIKIT .. TIDUR LEWAT BANGUN LEWAT.
BERSAMA KAK ES
ReplyDeleteTQVM 4 UR GENEROUS COMMENT .. HEHE
ROSLAINI SAAD
ReplyDeleteMEMANG TANDAS KHAS UNTUK OKU ADA DISEDIAKAN DI MANA-MANA R&R, AIRPORT DLL
SOBRI YAACOB
ReplyDeleteKALAU BEGITU, MARI KITA SAMA-SAMA MENINGGALKANNYA.
IBUINTAN
ReplyDeleteLAMA-LAMA NANTI ORANG PAKAT DOK TUNGGU DISKAUN.
Ade lg satu lg nak komen smlm tp lupa..heheh...
ReplyDeleteYg no.2 tu...
Sbb baru ni kena saman ngn DBKL...
Byr dlm mase 14 hari..Yun gi bayor hari ke 13....Ade kaunter yg dekat tp sggup gi Menara DBKL btl..katanye situ boleh wat rayuan...Bila tanye pegawai kat situ dia kata xde diskaun..kena byr penuh RM100..
X aci la gitu... org lain yg liat bayar boleh lak dorg bg diskaun smpai 50%...
Lenkali nak tggu dorg bg diskaun baru p byr.. Kdg2 terlalu ikut peraturan pun rugi gak... Kurang duit nyopping bulan ni..
CIK SHINJU
ReplyDeleteUNCLE PERNAH KENA. BAYAR 100% DGN PDRM SBB NAK RENEW ROADTAX KERETA. SELANG SEMINGGU MEREKA BERI DISKAUN 50%. SAKIT JIWA BILA MEMIKIRKANNYA.
MAHU RASANYA BUAT PARTI SENDIRI DALAM P/RAYA AKAN DATANG. HEHE
pakai baju terbalik boleh elakkan dipukau. kata org. ataupun pakai pakaian dalam terbalik. kata org laaa. entah org mana yg kata, sy pun tak tau.
ReplyDeletetp takde pun yg amalkan. errr.. ke ada? entah.
eh. relevan kan dgn isi n3 ni.
:D
KTS
ReplyDeleteADA ORANG KATA, KALAU JALAN TERBALIK I.E KEPALA KEBAWAH JUGA BOLEH ELAKKAN DI PUKAU.
TAK CAYA CUBA !