Sunday, June 5, 2011

LEGANYA ...

Semalam dan hari Jumaat sebelumnya adalah hari yang paling sibuk buat saya. Pada hari Jumaat petang, ada majlis khatam Quran anak diikuti majlis berzanji. Semalam pula adalah hari akad nikah dan langsung perkahwinan Kakngah, anak kedua saya.  Betis saya habis kejang dan suara pula dah bertukar macam suara Ramli Sarip, akibat kurang tidur.

Malam tadi digagahi juga memenuhi jemputan kenduri kawin sahabat setaman, walaupun rumah kami masih macam tongkang pecah.

Terima kasih kepada Tijah, Annie, Kak Erna, RKA dan  Yus, rakan blogger yang sempat meluangkan masa datang ke rumah saya. Khas buat Yus, suami dan anak-anak yang mudik dari Johor. Harap maaf di atas segala kekurangan.

Terima kasih juga kepada rakan blogger yang bercadang nak datang tetapi atas sebab-sebab tertentu, telah terhalang untuk datang. Saya difahamkan, semalam jalan jem teruk dari Bangi menghala ke Seremban. Dengarnya ada kengkawan yang patah balik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan memang tak dapat hadir sedari awal atas sebab jarak atau menghadiri majlis lain yang turut mendoakan kelancaran majlis kami itu.

Ada lagi majlis yang belum selesai. Hujung minggu ini di rumah sebelah lelaki pulak, di Alor Setar. Hari Jumaat ini, kami akan berkonvoi ke sana dan balik ke sini pada hari Ahad. InsyaAllah pada 14 Jun, hari Selasa jam 5.30 pagi, kami bersama pengantin baru dan keluarga sebelah lelaki akan terbang ke suatu destinasi untuk melepaskan lelah.

Seterusnya, saya nak tunjukkan beberapa keping gambar dari kamera murah saya. Gambar-gambar dari jurugambar pro belum sempat saya lihat lagi.



Gambar 1: Majlis Khatam Quran. Bakal pengantin duduk di tengah-tengah.



Gambar 2: Selesai majlis aka nikah.  Dua kali  ulang juga. Silap  Pak Mertua.


Gambar 3: Anak-anak dari Darul  Aminan yang akan bermain kompang melapor diri. Di belakang tu kumpulan muzik tradisional Caklempong dari Kg Lonek.


Gambar 4: Dengan blogger Yus dengan suami dan anak-anaknya.


 

Gambar 5: Dengan Tijah - blogger  popular yang mempunyai lebih 1,000 follower.
Dia dah update dulu kat blog dia. Terima kasih. 
Songkok saya  senget pun tak perasan sebab teruja berjumpa Tijah. Dia bawa Cem saja.


Gambar 6: Dengan blogger Annie dan Acik Erna bersama suaminya. Ani datang secara solo dan dah mendahului saya buat entri. Terima kasih.





*kejap lagi nak pergi ke Kg. Nakhoda memenuhi jemputan kenduri kahwin anak sahabat se kursus DEPS saya pulak. 

.

72 comments:

  1. seronoknya.....

    terlepas kenduri uncle.....

    ReplyDelete
  2. walau tak sempat nak pergi kenduri uncle...tp saya hepi semuanya lancar.tahniah ye uncle.

    pst:saya dah nak terbang pulang ni uncle.

    ReplyDelete
  3. waaa.. sangat best! semoga perkahwinan tu membawa keberkatan. semoga bahagia bersama berkekalan bawa ke syurga.

    majlis persandingan kakak sulung saya baru habis sekejap tadi. tapi saya takde bersama. hanya dengar kabor dari jauh saja..

    ReplyDelete
  4. banyak betul kenduri yang nak dihadiri. perut ada satu je. alangkah seronoknya kalau boleh ada perut spare untuk di isi. hihi..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...
    Tahniah Uncle...Semoga perkahwinan
    mereka diberkati ALLAH dan kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selesai satu babak... Meriah nampaknya..

    ReplyDelete
  7. Salam pakngah...

    takde apa yang kurang pun pakngah. Kami berbesar hati dapat berada di sana. Makanan sedap!! Layanan tiada yang kurang, terima menantu biasalah, mestilah sibuk melayan para tetamu.

    Gambar kandid bila pula tu? Tak perasan saya...hehe.

    Tahniah ya pakngah dan makngah!

    p/s: Pengantin cantik! Sama cantik dengan makngahnya.

    ReplyDelete
  8. cak lempong dr kg lonek bang? laaaa, kg sy tu, pnyalah excited jumpa 'komensen the real' smpai tak perasan org kg sendiri..subhanallah...

    ReplyDelete
  9. assalam tn.haji..terima kasih banyak..makan memang sedap sedap.
    tak ada apa yang kurang.semua best..dan saya paling suka..kumpulan tu..kalau ikutkan nak tunggu sampai habis kumpulan tu menyanyi...he he

    ReplyDelete
  10. selamat bercuti bang. takpo nanti sey tolong tengok2kan umah yo...

    ReplyDelete
  11. tahniah, semuanya berjalan lancar dan nampak meriah sangat

    saya mohon maaf tidak dapat hadir, semalam dan hari ini ada kenduri kahwin di rumah emak saudara suami di kampung

    ReplyDelete
  12. Tahniah kerana menerima menantu.

    Agaknya saya terlalu sibuk dan jarang masuk blog Abg HAMZAH menyebabkan saya terlepas berita ini. Rini baca baru tahu ada orang terima menantu.

    Btw, saya pun rasanya tidak dapat pergi, sebab sama tarikh dgn nikah adik ipar saya.

    Semoga bergembira bercuti melepas lelah nanti.

    Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...

    ReplyDelete
  13. MRU... esok baru nak blk n9. sempat lg kot kalau nak salam ni..hehe

    ReplyDelete
  14. assalam Tuan Hajji
    alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah...
    mohon maaf, tak dapat menghadirkan diri..

    ReplyDelete
  15. Salam Pakngah..
    Tahniahhhh..dapat menantu...semoga pasangan pengantinakan kekal dan bahagia hingga hujung nyawa...amin.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, kenduri dah selesai. Dan tahniah, semoga laju pertambahan cucu. Sebab suara dah berubah, janganlah menyanyi. Nanti ketakutan Ramli Sharif, orang kacau periuk nasinya. Selamat terbang utk lebih lega.

    ReplyDelete
  17. minta maaf saya terlupa jawab undangan sebelum tarikh tutup. Apapun meriah nampaknya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. tahniah uncle, dapat menantu sudah..:))

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar. :D

    Tentu lega rasanya...

    ReplyDelete
  20. salam..tahniah uncle dpt menantu br :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.... Kakak percaya memang kelegaan yg panjang buat tuan walau penat masih ada.

    Seronok ramai juga teman blogger yg hadir. Kakak juga seronok tengok majlis khatam Quran yg diadakan...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..

    IE intai dari jauhhhhh aje.

    wah !! sekeluarga pegi honeymoon.nak lawan SY ke ???

    ReplyDelete
  23. Tahniah PakNgah..moga bahagia dan tahun depan terima cucu...haa

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Tahniah dah dapat menantu, Tak lama dapatlah pangkat Datuk yee.. Semuga rumahtangga mereka kekal sehingga keakhir hayat dan semuga mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  25. tahniah en hamzah terima menantu lagi.... & Alhamdulillah majlis berjalan ngan lancar... :D

    ReplyDelete
  26. Pakcik,

    Meriahnya. Tapi saya terlepas kemeriahan tu. Mesti pakcik letihkan?

    ReplyDelete
  27. tahniah tuan haji dapat ahli keluarga yang baru....

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah semua selamat bang hamzah

    ReplyDelete
  29. Salam Pak Ngah..

    Bertambah lagi ahli keluarga.. tahniah :)

    ReplyDelete
  30. suara ramli sarip best!

    :D


    kelegaan tak dapat dinilai dgn wang ringgit kaaaan.

    ReplyDelete
  31. sebenarnya, saya agak culas pergi kenduri kahwin walaupun orang kata tu peluang kita untul kumpul berkat kahwin.

    wah, baru perasan pic pencuri hati kat tepi tu. lawanya.

    ReplyDelete
  32. Tahniah ye...saya terlepas membaca entry-entry terbaru...mungkin bukan rezeki menjadi jemputan...mungkin lain kali?

    ReplyDelete
  33. owh..Ramli Sarip..?saya suka..! cuba nyanyi sikit lagu Ramli Sarip...hehe....

    Selamat pengantin baru kat pasangan mempelai..dan selamat menerima menantu buat pakngah dan makngah nye...:)

    ReplyDelete
  34. WANITA MUTALIB

    KENAPA BOLEH TERLEPAS ? LAIN KALI PEGANG KUAT-KUAT EK!

    ReplyDelete
  35. LM

    BILA TARIKH SEBENAR ? PULANG SEKEJAP UTK BERSALIN ATAU PULANG TERUS ?

    ReplyDelete
  36. ASADA RYUTARO

    SEDIH JUGA KAN ? LEBIH2 LAGI KAKAK SULUNG. ITULAH DIA DUGAAN MENUNTUT ILMU. TAPI DUGAAN ITU KECIL SAHAJA BERBANDING YANG DI TEMPUHI OLEH ULAMA' SILAM.

    ReplyDelete
  37. ASADA RYUTARO 2

    BOLEH ISI DALAM TUPPERWARE UNTUK DI BAWA BALIK BAGI TEMPAT YANG TAK LARAT NAK MAKAN.

    ReplyDelete
  38. CIK SHINJU

    UNCLE HARAP PUN BEGITU JUGA.. BAHAGIA MEREKA, BAHAGIALAH IBU BAPA DAN SEBALIKNYA.

    ReplyDelete
  39. AKLCITIZEN

    BETUL .. BARU SELESAI SATU BABAK. BANYAK BABAK LAGI YANG BELUM SELESAI. BABAK YANG PALING BERAT ADALAH UNTUK MENYELESAIKAN SEGALA BIL ... HEHE

    ReplyDelete
  40. YUS

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG MENYERIKAN KENDURI PAKNGAH.

    TAKKAN PUJI MAKNGAHNYA JE !

    ReplyDelete
  41. ANNIE

    ENTAH2 KITA NI SEDARO TAK ?

    ReplyDelete
  42. ACIK ERNA

    ALAIKUMSALAM.

    SAYA MEMANG SUKA KUMPULAN TU .. TAPI SAYANG TAK DAPAT RAKAM PESEMBAHAN MEREKA. DAPAT SIKIT2 JE !

    ReplyDelete
  43. TIJAH

    TERIMA KASIH. NANTI ABANG SEDIAKAN BUKU PELAWAT UTK MEMUDAHKAN AWAK BUAT CATATAN.

    ReplyDelete
  44. IBUINTAN

    TERIMA KASIH. MEMANG SERONOK JUMPA SEDARA MARA DAN KAWAN2 LAMA, RAKAN BLOGGER DAN FB. TAPI SAYANG TAK DAPAT NAK BORAK2 LELAMA.

    MUNGKIN KALI NI TAK ADO JOKI !

    ReplyDelete
  45. AZIEAZAH

    TERIMA KASIH. MEMANG BANYAK BETUL SEDARA DAN KENGKAWAN YANG TAK DAPAT DATANG HARI ITU KERANA CLASH DENGAN KENDURI DI TEMPAT LAIN.

    ReplyDelete
  46. MENTIBANG LAUT

    BILA-BILA MASA BOLEH SALAM. HEHE

    ReplyDelete
  47. AZANI

    ALAIKUMSALAM

    TAK MENGAPA KERANA ADA 3 LAGI ANAK SAYA YANG BELUM LEPAS.

    ReplyDelete
  48. AZI

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. HARAP2 BEGITULAH KERANA KEBAHAGIAN MEREKA ADALAH KEBAHAGIAN KAMI.

    ReplyDelete
  49. ABG TEMUK

    TENTANG CUCU TU, TERPULANGLAH KEPADA MEREKA.

    TAK TAHULAH BOLEH LEGA ATAU TIDAK DENGAN PENERBANGAN INI.

    ReplyDelete
  50. DAUN

    TAK MENGAPA. MENGIKUT STANDARD SAYA, MERIAH JUGALAH. SYUKUR ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  51. MASZUBER

    TERIMA KASIH, BERTAMBAH BESAR FAMILI UNCLE !

    ReplyDelete
  52. ANIF

    SELAGI SEGALA BIL BELUM DI SETELKAN, BELUM BOLEH MERASA LEGA. HEHE

    ReplyDelete
  53. PAISH

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.

    ReplyDelete
  54. KAKZAKIE

    MEMANG PENAT KENDURI BELAH SAYA BELUM SELESAI, LUSA HARUS BERANGKAT PULA KE ALOR STAR UNTUK KENDURI BELAH LELAKI PULA.

    ReplyDelete
  55. IKAN EMAS

    KENAPA AWAK TAK DATANG ?

    MANA BOLEH LAWAN SY, DIA BEREMPAT SAYA SATU JER !

    ReplyDelete
  56. LANA-BULU

    TERIMA KASIH. CUCU TU INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI.

    ReplyDelete
  57. LIPISLADY

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH. SEBENARNYA SAYA DAH DUA TAHUN DAPAT TITLE ATUK.

    ReplyDelete
  58. HAJARUS

    TERIMA KASIH. KALAU AWAK DATANG HARI TU, LAGI BERSERI MAJLIS SAYA.

    ReplyDelete
  59. MOMMY FARA

    TERIMA KASIH. MEMANG AMAT MELETIHKAN BADAN DAN FIKIRAN. TAPI PUAS DAN KINI DAH LEGA. TANGGUNGJAWAB MENJAGA ANAK PEREMPUAN SUDAH BERPINDAH KEPADA SUAMINYA.

    ReplyDelete
  60. ATIE

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.

    ReplyDelete
  61. ABU MUAZ

    MEMANG SAYA BERSYUKUR SANGAT KERANA SEMUANYA BERJALAN LANCAR, KECUALI AKAD NIKAH YG TAK BERAPA LANCAR .. KENA ULANG DUA TIGA KALI. HEHE

    ReplyDelete
  62. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH. BERTAMBAH BESARLAH KELUARGA KAMI.

    ReplyDelete
  63. KTS

    INI SATU PELUANG PERNIAGAAN YANG BARU .. BOLEH BUKAN SYARIKAT UNTUK MEMBUAT PENILAIN TENTANG KELEGAAN.

    ReplyDelete
  64. RIES LEE

    JANGAN CULAS-CULAS, NANTI ORANG CULAS PULAK NAK DATANG KE RUMAH KITA.

    ITU GAMBAR LAMA. TENTULAH LAWA. SAYA PUN DULU HENSEM JUGA. HEHE

    ReplyDelete
  65. UMMIARISSA

    ITULAH YANG DIKATAKAN TAK ADA REZEKI. TAK APA. LAIN KALI SAYA UNDANG LAGI.

    ReplyDelete
  66. SITI MURNI

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. DAH SELAMAT DAH. MEREKA PUN DAH BALIK KE KEDAH UNTUK PERSEDIAAN KENDURI DI SANA PADA 11 JUN INI PULAK.

    ReplyDelete
  67. tahniah pak ngah
    hari yg sama kenduri tu, sya jenuh menghabiskan 4 jemputan disini, memang ralat tak dapat pergi kenduri pak ngah
    tp apo kan dayo!!!

    ReplyDelete
  68. SAYANGSAYANGIBU

    TAK APA .. ITU NAMO EH TAK ADA JOKI DAN TAK ADO JODOH. ADA TIGO LAIE !

    ReplyDelete
  69. Assalmualaikum Tn Hj...,

    Alhamdulillah segala bebanan telah telerai...,

    semuga segala keletihan terbalas dengan kebahagian anak menantu dan keluarga.

    Tahniah kerana dah dapat menantu..

    maaf saya tak dapat menghadiri kenduri tuan....

    ReplyDelete
  70. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
    TIDAK MENGAPA KALAU TAK DAPAT HADIR. SAYA TAHU HARI TU BANYAK BETUL KENDURI DI SANA SINI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.