Hari ini tamatlah perkhidmatan saya dengan Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.
Tamatlah juga tugas Makngahnya menyediakan bekalan untuk saya ke pejabat. Saya tak berapa suka makan di kedai. Perut saya selalu buat perangai. Tetapi kalau Makngahnya tak masak, saya pulak buat perangai !
kari daging, rendang maman dan telur goreng je !
Semalam seharian sibuk mengemas, membuang, membungkus dan mengangkut barang-barang peribadi untuk di bawa balik ke rumah.
Alhamdulillah saya bersyukur kerana sepanjang perkhidmatan, saya tidak pernah di kenakan sebarang tindakan tatatertib. Amaran pun tak pernah. Di dakwa di mahkamah, lagilah tak ada. Bagi penjawat awam, itu merupakan satu pencapaian dan kepuasan.
Walaupun saya bersara tanpa gelaran dan gred yang tinggi, tetapi saya gembira dan puas. Itu lebih penting dari gelaran berjela dan pangkat yang tinggi. Terlalu banyak kenangan indah yang saya alami. Namun ada juga dukanya .. tapi ianya terhapus oleh memori indah itu.
Bermula esok hari, akan menjadilah saya seorang pesara kerajaan sepenuh masa. Diam tak diam sudah lebih 33 tahun saya berkhidmat dengan kerajaan.
Besok bolehlah saya bawa Haiqal pergi sembahyang Jumaat. Sebelum ini kalau tak ada orang bawa, tak sembahyang Jumaatlah dia kerana masjid agak jauh dari rumah saya. Dan dia pulak belum cukup besar untuk di lepaskan pergi seorang diri.
Selepas bersara ini saya bercadang untuk melibatkan diri dalam bidang pertukangan. Tapi ia tidaklah membawa sebarang pendapatan dalam bentuk kewangan. Bidang pertukangan yang saya maksudkan adalah:
1. tukang hantar dan ambil anak2 dari sekolah,
2. tukang hantar dan ambil anak2 dari tuisyen,
3. tukang padam lampu, kipas, aircond dan tv,
4. tukang tutup pintu pagar,
5. tukang jerit anak2 bangun waktu pagi,
6. tukang pergi Giant dan pasar tani,
7. dan tukang lain-lain yang di arahkan dari masa ke semasa.
Tugas yang paling berat dan mencabar adalah kerja tukang yang ke-7 itu !
2. tukang hantar dan ambil anak2 dari tuisyen,
3. tukang padam lampu, kipas, aircond dan tv,
4. tukang tutup pintu pagar,
5. tukang jerit anak2 bangun waktu pagi,
6. tukang pergi Giant dan pasar tani,
7. dan tukang lain-lain yang di arahkan dari masa ke semasa.
Tugas yang paling berat dan mencabar adalah kerja tukang yang ke-7 itu !
+++++++++++++++++++++++++++++++000++++++++++++++++++++++++++++++++
Berikut adalah antara kata-kata staf lama saya di laman Fesbook saya beberapa hari lalu, yang menyentuh dan membuatkan hati saya terasa senang meninggalkan perkhidmatan. Terima kasih pada semua. Di harap kita akan terus berhubungan melalui FB .. ok !
Ida Yusdi bos:hehheh..waktu nihh sy peknen ank sulung sy..skarang dh anak sulong sy dh 4thn daaa...sweet memories..dlu takut ngan bos..maklumlah dlu SUB..huhu..tatutttt..skran g xtatut dh tp still hormat sbg pegawai sy suatu ketika dlu..huhu
Nasfa Adda pe2 pn u r the best bos ever la bos
Ida Yusdi betuii betuiii...ermm bilalah nak jupe camnihhkan..pastu buat game..wahhh..bestnyer
Jamaliah Rusliah Mane nk dpt boss paling sporting mcm ni lg
Ida Yusdi k.jem:sy sokong kak..payah skrang..
Yati Adnan klu kene ngan tarikh tambah lak reunion tu kat paroi,apa namenye.....lav'height.... Y not,ins'allah balik dennnnn,ape2pun u r de best......
Nasfa Adda best kalau dpt kembalikn zaman kegemilangan dulu
Yati Adnan a'a boss....ape kate boss buat reunion...
Nasfa Adda kami bkn skdr amik ati..mmg hakikat bos mmg best..bab reunion tu..sy setuju
Md Rosid Ibrahim dulu sy tak ikut... org ruimah x sihat... kalau buat kali ini... insyaalah... sy join...
Yunus Badawi Lama dah saya tak ke hotel tu sejak tak kerja dgn sykt kulit kerang. Semuanya tinggal kenangan
Yati Adnan en razif @ Razif Mahmood....realy missed that moment kannnn,rase nya mase tu ade olie n x ingat dah sape lg
Mohd Fazdli Abdul Manaf memang indah bos
Mohd Fazdli Abdul Manaf memang indah bos
Oly John Terbaek bos..
Md Rosid Ibrahim Boss: boss kena lead ni... buat balik.... tentu ramai yg setuju.... ex PB... Amacam?????
Jamaliah Rusliah betol3, saya sokong boss
Md Rosid Ibrahim Insyalaah... sy sokong 200%... yg lain????
Nasfa Adda Sy pun sokong
Ida Yusdi sy pn sokong kalau bos organize..hehhehhehe
Nota kaki: Untuk makluman, Yunus Badawi bukanlah staf lama saya tetapi dia tak mahu ketinggalam memberi komen. Terima kasih YB.
salam pakcik.. lama tak menjengah. hihi
ReplyDeleteeh bekal pakcik tu sama dengan bekal encek suami saya la. :) dan saya pon sama dengan makcik kene siapkan bekal makan tengahari encek suami hari2. adehhh :)
oh lupe plak.. selamat menikmati hari2 selepas bersara :)
ReplyDeleteSelamat Bersara pakngah, dan selamat menempuh tugas2 baru2 di rumah..:)
ReplyDeleteselamat bersara tapi rasanya lepas pencen lagi sibuk
ReplyDeleteSelamat bersara Uncle..
ReplyDeleteMesti susah nak sesuaikan diri,nak2
org kuat keje mcm Uncle...
Selamat bertukang gak..hehehe.. :P
x penah dgr rendang maman,biasa yun makan jeruk maman jek... caner maman tu bleh dibuat rendang plak ekh? ade campur daging ke ayam ke? (garu pala lutut)
Selamat bersara Tuan.. :D
ReplyDeleteLepas ni kena jadi "tukang" la pulak :D
Selamat menjalankan tugas yang tak perlu ketik kad..
ReplyDeleteselamat bersara haji.lama gak tu 33 tahun berkhidmat. semoga lepas ni lebih sihat hendaknya.jangan dok diam je...
ReplyDeleteselamat bersara bos! lepas ni ble mancing selalu~~he~~
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSelamat bersara tuan haji, moga hari-hari yang mendatang dipenuhi dengan beribadah kepada Allah SWT
Assalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDeleteSelamat Besara...tp besara dengan bergaya... tersentuh juga hati saya membaca en3 ni dan komen fb staff tuan... memang perjalan hidup ini bagini..semuga Tuan terus sihat dan ceria...Insyaallah..aaminnn...
Tahniah keran telah berkhidmat lebih 30 tahun kepada negara...besar pengorbanannya tu...
rendang maman tu memang special...lepas ni tak payah bawak bekal lagi terus lunch kat rumah jer ngan mak ngah...
AJEE 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BAGUSLAH GITU .. AWAK PATUT BANGGA SUAMI SUKA MAKANAN YANG AWAK BEKALKAN.
TERJAMIN BERSIH, SELAMAT DAN HALAL.
AJEE 2.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
YUS
ReplyDeleteLEPAS NI AKAN MENJADILAH PAKNGAH SEORANG SURIRUMAH (ATAU SURARUMAH)
DAUN
ReplyDeleteSIBUK LEPAS PENCEN TAK APA .. MASA SENDIRI !
CIK SHINJU
ReplyDeleteRASANYA TAK SUSAH NAK SUAIKAN DIRI .. CUMA MAKNGAHNYA MUNGKIN JEMU TENGOK MUKA PAKNGAHNYA HARI2 ..!
TTG RENDANG MAMAN TU, RASA SEKALI NAK 4 KALI. NAK BELAJAR DTG RUMAH, TANYA MAKNGAHNYA.
ANIF
ReplyDeleteJADI TUKANG NI TAK PAYAN KURSUS.
ACIK ERNA
ReplyDeleteHARAP2 MAKNGAHNYA TAK BELI MESIN PUNCH CARD NANTI !
MONALEA
ReplyDeleteBAGILAH CHANCE SEBULAN DUA DUDUK DIAM ! LEPAS TU BOLEHLAH RONDA2 KE TEBING2 SUNGAI.
BUJAL X
ReplyDeleteMEMANG DAH MASUK DALAM JADUAL UNTUK PERGI MEMANCING DENGAN KENGKAWAN YANG TELAH PUN BERSARA.
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SAYA HARAP PUN BEGITULAH ... MEMANG BANYAK BUKU2 UGAMA YANG DAH TERKUMPUL MENANTI UNTUK DI BACA.
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
MEMANG YANG BERMULA PASTI AKAN BERAKHIR. KATA ORANG YANG PENTING AKHIR BUKAN MULA. SAYA SYUKUR MENGAKHIRI KERJAYA SAYA DENGAN SELAMAT DAN PUASHATI.
Kesimpulannya : Kanda adalah bos yang sangat disayangi dan disenangi. Ganjaran dari Allah SWT yang mengurniakan kesihatan, kemakmuran dan rasa kasih sayang itu adalah lebih berharga dari gelaran yang mungkin akan membuatkan orang lain cuba mengelak dari bertembung di mana2... :) (panjangnya ayat saya)
ReplyDeletehappy birthday (eh chup, orang bersara pada hari jadi kan?)...
ReplyDeletetahniah dan selamat bersara :) boleh berehat sepuas-puasnya :)
ReplyDeleteselamat bersara PakNgah... tahniah berjaya menamatkan perkhidmatan dgn cemerlangnya
ReplyDeletesaya pun pelik jugak, kat bloglist saya tak kluar tajuk entri tapi saya ada baca tajuknya di dashboard blog saya... dua tiga kali jengah ke blog Paknngah ...
semalam pun saya cari entri ni tp tetap tak jumpa, saya ingatkan PakNgah dah buang... kalau tak silap PakNgah pos hari Jumaat lepas kan
..banyak rupanya kerja tukang
uncle macam ayah saya.
ReplyDeleteasyik nak dibekalkan aje. hihi~
lega makngah sebab tak payah fikir pasal bekal dah lepas ni.
*selamat bertukang uncle! besok start ye? :D
sy cdgkan mak ngah sediakan mesin perakam waktu.
ReplyDelete.
.
.
jgn bg chance si 'tukang' curi tulang, mak ngah!
:P
oopppsss.
ReplyDeletebaru perasan apa yg awak ckp kat acik erna tu.
selamat bersara uncle... moga sentiasa sihat dan cergas (^_^)
ReplyDeletesemalam, kat jabatan kita pon,
ada jamuan persaraan EO kita...
dia pon hari terakhirnya 30 Jun 2011
juga... ~
Selamat Pencen Pakcik! Perpisahan tu sesuatu yang meyedihkan kan? Tapi bukan ke setiap manusia akan merasai perpisahan itu?
ReplyDeleteselamat bersara uncle..ingatkan bidang pertukangan betul2 tadi..hehe..alisya jd tukang yang pertama tu..tp untuk adik la..bukan anak..
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteMEMANG AYAT KAKCIK SIKIT PANJANG. KALAU BACA SATU NAFAS, HARUS SEMPUT.
ADA JUGA YANG CUBA MENGELAK BILA BERTEMBUNG .. SEBAB HUTANG DIA BELUM BAYAR LAGI.
KUCINGORENGEMOK
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU YANG KIRA2 6 BULAN LEBIH AWAL. MEMANG SELALUNYA ORG BERSARA PADA HARI LAHIR, TAPI SAYA LAIN SIKIT.
MAMA ZHARFAN.
ReplyDeleteMASA BEKERJA PUN SAYA REHAT JUGA .. CUMANYA TAK BOLEH BEBAS PADA WAKTU BEKERJA. TAK BOLEH NAK ROUND KAT SOGO DSB.
IBU INTAN
ReplyDeleteKATA CIK SHINJU HARI INI BLOGSPOT BUAT HAL LAGI.
YANG HARI JUMAAT TU SAYA TERSILAP POS. SAYA BELU BERCADANG NAK POS LAGI, CUMA TULIS TAJUK SAHAJA TAKUT TERLUPA.
GADISBUNGA
ReplyDeleteYA BESOK START .. KALAU UNCLE PERLUKAN BANTUAN, BOLEH KAH AWAK BANTU ?
BAGUS KE TAK BAGUS KALAU ASYIK NAK DI BEKALKAN ?
KTS
ReplyDeleteSAYA TAK BERCADANG NAK TUNJUKKAN USUL AWAK TU KPD MAKNGAHNYA. CUKUPLAH SELAMA INI MENGETIK KAD PERAKAM WAKTU.
MANJE
ReplyDeleteKAT OFIS UNCLE PATUT BUAT HARI INI, TAPI SEBAB RAMAI TAK ADA, DIA ORANG POSPON HARI RABU MINGGU DEPAN. TAK TAHULAH UNCLE DAPAT DATANG KE TIDAK.
MOMMY FARA
ReplyDeleteMEMANG MENYEDIHKAN TAPI ZAMAN ICT NI KURANG SIKIT TERASA SEBAB BOLEH TERUS BERHUBUNG MELALUI PELBAGAI MEDIA. MUNGKIN SETAHUN SEKALI AKAN BUAT REUNION .. KALAU ADA SAMBUTAN.
ALISYA
ReplyDeleteTERIMA KASIH. RAMAI KE ADIK2 YANG MASIH BERSEKOLAH ?
salam uncle..selamat bersara.nnt ada masa leh la bawa makngah jumpa saya..kita blh minum2 ke sblm saya bersalin
ReplyDeleteSelamat Bersara BOS!
ReplyDeleteamboiii Bos ni, asik nak buat perangai saja.. hehehe pasni jangan buat perangai lagi tauuuu... Nanti MakNgah pula yang buat perangai. hahaha
LinkWithin: Lama-lama jadi habit pula...
Selamat bertukang
ReplyDelete...nak join politik ???
Selamat Bersara uncle!
ReplyDeleteAs-Salam AL-LAVENDARI
ReplyDeleteSYUKUR ALHAMDULILLAH. TAHNIAH DI ATAS TIBANYA HARI PERSARAAN. Tak semua orang Allah beri rezeki 'sampai ke hari persaraan' dalam keadaan sihat dan berpuashati dengan sumbangan yang sempat dicurahkan kepada negara. Semoga segala sumbangan itu diberkatiNYA.
Segala macam kerja tukang yang saya lakukan di dalam dan luar rumah selama ini, selepas bersara, menyebabkan saya berasa seperti belum bersara pula!
Walau apa pun, SELAMAT BERSARA!
selamat bersara
ReplyDeletetahniah
semoga dapat mengisi masa masa yang berharga , dengan aktiviti yang pakngah suka, aktiviti yg mungkin telah tertinggal, terutama bersama keluarga
tahniah..pak ngah...
sya sodih pulak baca en3 ni, sbb teringgat bos yang paling memahami dan baik hati telah pun selamat bersara juga.
salam tuan..
ReplyDeletememang indah sekali bunyinya..
selamat bersara dengan penuh
penghormatan setelah meninggalkan
jasa2 yang tidak terhitung..
:)
LYDIA MIZA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN ITU .. TAK BERANI NAK CAKAPLAH SAMADA DAPAT JUMPA KE TIDAK, SEBAB SEKARANG INI SUSAH SIKIT NAK BERGERAK JAUH-JAUH. PAK MERTUA YANG SUDAH SANGAT UZUR TINGGAL BERSAMA UNCLE.
AZIEAZAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS NASIHAT ITU. LEPAS INI SAYA JANJI AKAN UBAH PERANGAI.
IKAN EMAS
ReplyDeletePOLITIK ? SETAKAT INI SAYA MEMBIARKAN PILIHAN SAYA TERBUKA !
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH .. SELAMAT MENJADI IBU KEPADA AWAK.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN YANG MENYEJUKKAN HATI MEMABACANYA.
HARAP-HARAP SAYA JUGA AKAN DI BERI KESIHATAN UNTUK MELAKSANAKAN KERJA2 PERTUKANGAN SEPERTI ABANG LAKUKAN ITU.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
MEMANG DAH ADA RANCANGAN NAK PERGI MANCING KE TEMPAT2 YANG TIDAK DAPAT PERGI SEBELUM INI.
MASA BERSAMA KELUARGA TU TENTUNYA AKAN BERTAMBAH.
ZULKBO
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. KERAJAAN PUN SANGAT BERMURAH HATI KEPADA SAYA SELAMA INI DAN SETERUSNYA SEHINGGA AKHIR USIA DENGAN MEMBERI PENCEN DAN RAWATAN PERUBATAN PERCUMA.
mula-mula ni sukalah ... nanti boring pula bang.
ReplyDeleteABU MUAZ
ReplyDeleteBORING PUN HARUS DI HADAPI .. MANA MAU LARI ?
rata-rata kata pak ngah bos paling sporting...
ReplyDeleteselamat 1 tahun bersara pak ngah