Cuma gambar orang yang dah jadi Wali sahaja yang boleh nampak jelas.
Harap maaf. Entri ini masih berkisar tentang kenduri kahwin saya punya anak pada hari Sabtu, 4 Jun 2011 yang lalu.
Saya percaya ada dua perkara besar yang amat membimbangkan sesiapa sahaja yang pernah menjadi tuan rumah. Pertamanya bimbang orang tak datang dan kedua, bimbang makanan tak cukup.
Saya taklah bimbang sangat makanan tak cukup tetapi saya lebih bimbangkan orang tak datang kerana beberapa hari sebelum itu bertalu-talu kawan-kawan datang ke rumah, menalipon atau menghantar mesej memberitahu tak dapat datang atas pelbagai sebab. Bahkan jiran di hadapan dan di sebelah kiri rumah saya sendiri pun tak dapat datang.
Saya telah berkira-kira untuk memotong tempahan, tetapi nasib baik saya tak berbuat begitu kerana akhirnya, mengikut perkiraan kasar saya berdasarkan bilangan mangkuk cendol dan cenderamata, bilangan yang sudi hadir melebihi ramalan saya. Makanan pun ada lebih sedikit dan mencukupi untuk ditapau oleh sedara mara dan petugas. Syukur dan terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir memeriahkan kenduri saya walaupun ia di buat bawah khemah atas jalan raya depan rumah sahaja - bukannya di hotel 7 bintang.
Saya percaya ada dua perkara besar yang amat membimbangkan sesiapa sahaja yang pernah menjadi tuan rumah. Pertamanya bimbang orang tak datang dan kedua, bimbang makanan tak cukup.
Saya taklah bimbang sangat makanan tak cukup tetapi saya lebih bimbangkan orang tak datang kerana beberapa hari sebelum itu bertalu-talu kawan-kawan datang ke rumah, menalipon atau menghantar mesej memberitahu tak dapat datang atas pelbagai sebab. Bahkan jiran di hadapan dan di sebelah kiri rumah saya sendiri pun tak dapat datang.
Saya telah berkira-kira untuk memotong tempahan, tetapi nasib baik saya tak berbuat begitu kerana akhirnya, mengikut perkiraan kasar saya berdasarkan bilangan mangkuk cendol dan cenderamata, bilangan yang sudi hadir melebihi ramalan saya. Makanan pun ada lebih sedikit dan mencukupi untuk ditapau oleh sedara mara dan petugas. Syukur dan terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir memeriahkan kenduri saya walaupun ia di buat bawah khemah atas jalan raya depan rumah sahaja - bukannya di hotel 7 bintang.
Menyentuh tentang jemputan, macam orang lain juga, sudah pasti saya menjemput semua rakan sepejabat. Tetapi biasalah ada yang dapat datang dan ada yang tidak dapat datang. Dalam hal yang berkaitan dengan menerima jemputan ini ...
1. Ada rakan yang sanggup menunda jadual penerbangannya ke luar negara atau membatalkan program yang telah di atur lebih awal semata-mata ingin menghadiri kenduri kita;
2. Ada pula yang datang ke rumah lebih awal memaklumkan ketidakdapat hadirannya sambil meminta maaf atau datang selepas majlis selesai. Ramai juga yang menalipon atau menghantar mesej meminta maaf kerana tidak dapat hadir;
3. Ada juga di antara yang tak dapat memenuhi jemputan telah datang ke bilik kita di pejabat kemudiannya untuk mengucapkan tahniah sambil meminta maaf; dan
4. Ada juga rakan yang tak datang tapi langsung tak cakap apa-apa atau buat tak kisah bila berjumpa di pejabat kemudiannya, walaupun sebelum itu beria-ia mengatakan ingin datang.
Saya tidak ada menyimpan apa-apa tanggapan tidak baik kepada sesiapa kerana setiap orang ada aulawiyat dan stail masing-masing dalam melayan undangan.
Saya tidak ada menyimpan apa-apa tanggapan tidak baik kepada sesiapa kerana setiap orang ada aulawiyat dan stail masing-masing dalam melayan undangan.
.
yea..macam2 sbenarnyer stail yg dpt kita lihat..:)
ReplyDeleteAlhamdullilah..majlis uncle dah selamat semuanya. Sekali lagi saya pohon kemaafan, sebab memang saya tak dapat hadir Sabtu lepas.
ReplyDeleteKebetulan, saya ingin menjemput uncle sekeluarga andai ada kelapangan, ke majlis akikah anak saya yang bakal di adakan pada hari Ahad ni, di Nilai..maklumat lanjut, uncle boleh klik di sini ya:
http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/06/majlis-akikah-zayyan-12-jun-2011.html
seronok bila berkenduri-kendara ni..
ReplyDeletecuma yg tak seronoknya bila tuan rumah tumbang di hari kenduri..thehee
assalam AL..memaqng semua orang yang buat kenduri besar atu kecil..yang paling bimbang..orang tak tak datang dan makanan tak cukup..
ReplyDeleteerr.. ok. nanti saya emel surat tunjuk sebab kat awak eh.
ReplyDelete:D
oh. satu lagi.
ReplyDeletetak balas semua komen pun tak mengapa. jangan tertekan. tp klu nak rasa tertekan juga, apalah daya saya.
:D
Saya rasa malu dan terkilan kerana tidak dapat datang walaupun tahu kedatangan saya bukanlah dinantikan... :(
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeletedah terima menantu..insyallah tahun depan jadi datok pulak..
tahniah dan alhamdulillah kerana majlis telah berjalan dengan lancar ya pakNgah..
ReplyDeleteSalam Pakcik!
ReplyDeleteLain org lain ragam kan?
uncle, saya dah bagitau kan 4 hb tu saya kene balik kedah? kan kan kan?
ReplyDeletealhamdulillah cukup makanan. kalau buat majlis, memang dua benda tu lah yang paling d risaukan.
ReplyDeletetengok dari gambar majlis hari tu, meriah betul walaupun bukan dekat hotel. hakikatnya, majlis yang bukan dekat hotel lah yang lebih meriah! hehe
Alhamdulillah..dah selamat semuanya kan...
ReplyDeleteerr..pakngah..maaf nak tanya..(tak pandai..kena tanya..hee)...'aulawiyat' tu ape..?
ala, pic blur la plak :)
ReplyDeleteapa2 pun tahniah utk tuan haji :)
SITI MURNI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERTANYA.
PERKATAAN ITU BERMAKSUDI KEUTAMAAN ATAU PRIORITY. IA BERASAL DARI PERKATAAN 'AULA' YANG BERMAKSUD LEBIH UTAMA DARIPADA PERKARA YANG PERLU DIUTAMAKAN. IA SERUPA DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN AWAL ATAU TERAWAL. WALLAHUA'LAM.
jawapan;
ReplyDelete1) yg tu mesti kawan baikkkkk..tak pun dia pun tgh nk buat kenduri jgk tak lama lagi ..so tu sbb la
2) tu sb elok buat kenduri di rumah berbanding hotel ke dewan ..kalau kat rumah sebelum atau terlepas waktu kenduri pun masih blh pergi..kalau kat hotel/dewan pintu dh tutup !!! atau semput nak kejar waktu
3) ...dan salamnya ada berisi ,maka pakngah pun hulurlah goodish...hehehehe
4) tak tau nak komen org macam ni..memang ramai pun !
Sallam Tuan Haji,
ReplyDeleteJangan bimbang, insyaAllah mesti ada orang datang bila sebut kenduri tu, melainkan kita memang tak jemput orang...
saya sangat kesal tak dapat datang sebab saya antara yang paling suka menghadiri majlis kenduri tak kira besar atau kecil asalkan dijemput....
ReplyDeletemasa cari rmh abg tu, kami termasuk lorong sebelah kanan, ada kenduri kat situ, tapi sbb tak sama no rumah yg abg bg, tak de lah kami singgah...khemahnya pun dlm pagar, kenduri sikit2 je kot...
ReplyDeletemaknanya di hari yg sama abg terpaksa bersaing tetamu lah ngan jiran abg tu...syukur semuanya berjalan dgn lancar bang kan...TAHNIAH..
saya tau apa yg ada di dlm minda tuan di waktu itu kerana saya pun mcm tu bila saya buat kenduri.
ReplyDeletetapi bila segalanya selesai, lega sungguh. Syukur segalanya lancar..lebih kurang sikit tu biasa lah..selamat dpt menantu dan tahun depan insyaAllah dapat cucu.
Alhamdulillah.. berakhir dengan lancar dan selamat. Sikit2 orang komplen tu, adatlah kenduri.
ReplyDeleteSaya pun terlepas mengetaui undangan, sebab tak terbaca entri jemputan. Tapi bertindih tarikh dgn nikah adik ipar saya.
Sebaiknya, undangan dipenuhi, yg tak boleh tu berbudi bahasa lah memberi alasan (di samping beri “duit salam”).
PWINCESS LOVEY DOVEY
ReplyDeleteKALAU BOLEH PILIHLAH STAIL NO. 1. NO. 2 DAN 3 PUN TAK APA. JANGAN NO. 4 SUDAHLAH. BETUL TAK ?
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN ITU. KALAU UNCLE BERKELAPANGAN INGIN NAK PERGI SEBAB TAK JAUH DARI RUMAH. TAPI PADA MASA ITU, UNCLE MASIH LAGI KAT KEDAH - KENDURI SEBELAH LELAKI PULAK.
MAKDARA TERDIVA
ReplyDeleteTUAN RUMAH MENANGGUHKAN TUMBANG SELEPAS SELESAI KENDURI. HEHE
ACIK ERNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ALHAMDULILLAH SAYA TERSELAMAT DARI DUA KEADAAN YANG TIDAK DIINGINI ITU.
KTS 1
ReplyDeleteSAYA YANG SEPATUTNYA HANTAR SURAT TUNJUK SEBAB KAT AWAK .. KENAPA PULAK AWAK NAK EMEL SURAT TUNJUK SEBAB KAT SAYA ? INI SUDAH TERBALIK !
KTS 2
SAYA LEBIH KREATIF BILA TERTEKAN. OLEH ITU INSYAALLAH SAYA AKAN JAWAB SEMUA KOMEN AWAK ITU SELEPAS SAYA BALIK DARI BERLIBUR NANTI.
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA MEMANG TERTUNGGU2 DAN TERPANDANG2 KAKCIK HARI TU .. HINGGAKAN BEKAS PENYAMPAI BERITA RTM (SALASIAH ZAKARIA) DATANG, SAYA INGATKAN KAKCIK.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteSAYA DAH DAPAT TITLE ATOK DUA TAHUN DULU LAGI. CUMA TAK DAPAT DATIN JER!
NORHAFIZA
ReplyDeleteSAYA BERSYUKUR SANGAT.. DAN HARI ITU HUJAN PUN TAK TURUN.
MOMMY FARA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BETUL .. LAIN UDANG LAIN GARAM. LAIN ORANG LAIN RAGAM.
GADISBUNGA
ReplyDeleteBETUL .. AWAK DAH BERITAHU UNCLE AWAL2 LAGI. TAK APA, KALAU SUDI BOLEH DATANG RAYA NANTI.
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteMEMANG HARI ITU, SEMUANYA BERJALAN BAIK SECARA KESELURUHANNYA. SLACK SIKIT SANA SINI, ADATLAH KAN !
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteSENGAJA SAYA BLUR KAN KERANA TENTULAH ANAK SAYA AKAN BUAT ENTRI DI BLOG DIA. MUNGKIN DIA AKAN BLUR KAN GAMBAR SAYA PULAK NANTI.
IKAN EMAS
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS ULASAN YANG BERNAS ITU.
AWAK SUKA STAIL MANA ?
GOODIES DAH HABIS .. HARI KENDURI LAGI DAH HABIS !
LIPISLADY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
EH .. ADA KE ORANG BUAT KENDURI TAK JEMPUT ORANG ?
IBUINTAN
ReplyDeleteTAK ADA REZEKI DAN JODOH UNTUK KITA BERJUMPA.
SAYA JUGA RASA KECEWA KERANA RAMAI BLOGGER YANG KATA NAK DATANG, TAPI KERANA HALANGAN TERTENTU TELAH TAK DAPAT DATANG.
MUNGKIN KENA BUAT GATHERING LAIN LEPAS NI !
ANNIE
ReplyDeleteMEMANG HARI TU ADA 3 KENDURI DI SINI. DAN SEBELAH MALAMNYA ADA SATU LAGI. TU YANG BUAT COMEH TAKUT TAK ADA ORANG DATANG TU !
HANI
ReplyDeleteMEMANG LEGA SUNGGUH BILA TUGAS MENJAGA ANAK PEREMPUAN TELAH BERPINDAH KEPADA SUAMINYA.
AZIEAZAH
ReplyDeleteJADI TAK ADA APA-APA PERBEZAAN KALAU AWAK BACA ENTRI JEMPUTAN TU KERANA AWAK TETAP TAK DAPAT DATANG.
TAK APA, SAYA ADA 3 ANAK LAGI BELUM BERKAHWIN. INSYAALLAH AKAN SAYA JEMPUT SEMUA RAKAN BLOGGER NANTI.
salam
ReplyDeleteselamat menerima ahli baru dlm keluarga
Alamak saya x dapat undangan macam mane tue tuan heheh~ gurau je biasalah manusia macam2 ragam kita boleh jumpa.. pape pun tahniah kerana mendapat orang baru dalam keluarga .
ReplyDeleteYang penting kita jemput..
ReplyDeleteDorang nak datang atau tidak terpulang...kenduri bawah khemah berkali ganda BEST dr resepsi kat hotel...Santai dan lebih mesra...
Selamat Bercuti buat Uncle sekeluarga..........
tahniah yer..terima menantu baru...dah lama tak gi makan kenduri teringin nak makan nasi minyak...
ReplyDeleteKAMSIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TERIMA KASIH .. YE BERTAMBAH MERIAH DAN LEBAR JALINAN KELUARGA KAMI.
AMY
ReplyDeleteMACAM MANA BOLEH MISS .. RASANYA LAMA JUGA SAYA PAPARKAN JEMPUTAN SAYA ITU. NAK BUAT MACAM MANA, TAK ADA REJEKI !
CIK SHINJU
ReplyDeletePEMBETULAN ! UNCLE TAK JEMPUT. UNCLE UNDANG JER. KALAU NAK JEMPUT TAK LARAT .. KENDERAAN PUN TAK CUKUP. HEHE
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT ITU.
LIZZ
ReplyDeleteMACAMANA PULAK TU .. SAYA TAK CUKUP TANGAN NAK MEMENUHI JEMPUTAN MUSIM CUTI SEKOLAH NI.
TERIMA KASIH KERANA SINGGAH.
alamak...rasa bersalah plak bila baca entry ni..
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteMAAFLAH KALAU AWAK TERASA ..SAYA TULIS SECARA UMUM DAN TAK BERNIAT NAK TUJU PADA ORANG TERTENTU.
tuan,
ReplyDeleteentry ni cam serius plak..huhu..
bersalah plak saya rasa..
saya mintak maaf sbab tak dpt pg kenduri ank tuan hari tu sbab kene blk kpg malam sebelum tu, urgent, kene jenguk mak saya slepas kimoterapi..
skrg pun saya dh jrg bukak blog..
terlalu ketandusan idea..
JEJARI HALUS
ReplyDeleteTIDAK MENGAPA. SAYA FAHAM. KITA ADA KEUTAMAAN SENDIRI. SAYA PUN KADANG2 BEGITU JUGA. BANYAK JUGA UNDANGAN YANG TAK DAPAT DI PENUHI.
lain org lain caranya tetapi memenuhi undangan adalah wajib...mungkin adalagi kewajipan lain yang harus diutamakan...
ReplyDeleteapapun TAHNIAH tuan haji dapat ahli keluarga baru tapi jangan pulak saya terpaksa tahniah dapat MAK NGAH baru...
JUNAINA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA DAN MENGOMEN ENTRI LAMA SAYA.
SAYA SELALU CAKAP TAK ADA CADANGAN NAK TAMBAH LAGI SATU KECUALI DI PAKSA OLEH MAKNGAHNYA. HEHE