Tuesday, August 3, 2010

MARI MELAWAT KELAS SAYA !



Masa mula-mula Semester 1 dulu, ada dekat 90 orang murid.
Masuk Semester 6 (semester akhir),  tinggal 32 orang sahaja.
Yang lain-lain dah "mati syahid". 
Itu istilah kita orang kepada murid-murid yang menarik diri 
atas pelbagai sebab. 
Salah satu sebabnya mungkin mereka terlalu sibuk berblog dengan kerja agaknya.



Sebahagian murid-murid teman sekelas saya dalam program
Diploma Eksekutif Pengajian Syariah Semester 6, Universiti Malaya (UMCced)


Ramai juga yang berkopiah putih.   
Saya memilih untuk tidak memakainya
sebab rambut saya sendiri pun semuanya dah putih. 
Murid-murid perempuan duduk sebelah.
Saya tidak tahu samada rambut mereka putih atau tidak, 
sebab kesemuanya memakai tudung.
Saya tak berani nak ambil gambar mereka.


Inilah tempat duduk yang paling tidak selesa dalam dunia.


Tempat duduk dan meja tulisnya datang dalam satu pakej. 
Keras dan sempit dan rendah dan keras dan sempit dan rendah.
Lebar meja tempat menulis cukup-cukup untuk meletak nota kuliah. 
Kalau lasak sikit, bedebum buku jatuh.
Nak bersandar sedap-sedap pun tak dapat,
sebab tempat bersandarnya sangat rendah.
Nanti terlentang pula. Kurang pulak satu murid lagi.

Tu sebab saya pilih kerusi belakang sekali.
Dapatlah bersandar kat dinding.
Lagipun kalau terlelap secara tidak dirancang,
taklah perasaan sangat dek ustaz atau ustazah.
Jaket saya tu kadang-kadang saya lipat untuk alas montot 
untuk mengelakkannya jadi kematu. 

Tapi elok juga UM beri kerusi-meja macam tu.
Kalau selesa sangat, nanti habis semua murid-murid dibuai mimpi.
Dalam pada itu pun ramai yang tertidur.
Tambah2 kalau kelas di sebelah petang.
Tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuknya mata.
Macam ada batu seberat sepuluh kilogram tergantung kat kelopak mata.
Namun begitu, apa pun rintangan, apa pun cabaran, saya bertekad
untuk menghabiskan juga kursus ini.
Semoga Allah memanjangkan umur,
memberikan kesihatan dan tidak mengubah azam saya ini.

Sehubungan dengan itu, mahu tak mahu masa untuk berblog pun
menjadi semakin terhad.

.........................................................

p/s: Minta pandangan !

"saya kalau sibuk, memang tak masukkan entri langsung..tak sampai hati, org masuk blog kita tapi kita tak pi melawat dia..rasa bersalah sgt..so, lebih baik jgn buka pintu terus...dari kita buka pintu tapi tak jemput org masuk" - kata sahromnasrudin.

Barangkali ada juga betulnya kata Sahrom tu. Mungkin saya terpaksa mengurangkan atau berhenti masukkan entri buat sementara waktu (walaupun stoknya masih banyak) sebab tak sampai hati  tak sempat melawat blog pengunjung !
.
.
.

72 comments:

  1. sihat ko bang? selamat menyambut ramadhan yo. takdo buek makan2 ko? hehehe

    ReplyDelete
  2. uiiii. fes la. payah nak dapek peluang ceni nihh...

    ReplyDelete
  3. Kanda AL..

    tak datang pun tak apa.. asal jangan putuskan persaudaraan atau persahabatan dah le. :)

    ReplyDelete
  4. UM masih cam dl..kat Api ke kelasnya?

    ReplyDelete
  5. tumpukan apa yang penting dulu, blog ni sampingan je kan..

    ReplyDelete
  6. takpa lagu mana pon...ada masa kita mai la lawat kwn2..tak jd masalah haih !.

    ReplyDelete
  7. "Tempat duduk dan meja tulisnya datang dalam satu pakej. Keras dan sempit...." --> Masih ada lagi rupa-rupanya :D

    Saya ingatkan kerusi jenis itu sudah tiada lagi di Universiti Awam!

    ReplyDelete
  8. tak setuju , tak setuju , tak setuju

    kita tak kisah kalau tak nak datang rumah kita.....kita tunggu cerita baru...nanti rindu siapa nak rawat ???


    ...tapi rajin pulak asyik tukar rumah,dinding ,langsir baru ???

    ReplyDelete
  9. Salam tuan,
    osah sibuk e..orang lamo blajar balik biasola ghamai yang syahid dulu, tahniah la kek tuan dapat yo sampai ke ujung...
    takpe tuan, buka je lah pintu saya akan masuk walau pun tak dijemput masuk, saya nak masuk je , nak berziarah, nak nengok tuan rumah sihat ke tak...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah...hebat...hebat...
    kagum saya dengan semangat dan kesungguhan THJ dan 31 pelajar yg lain tu... saya dah aminkan doa THJ dlm perenggan2 terakhir tu... semoga terkabul apa yg dicitakan insyaALLAH...
    saya yakin ada "serikandi cinta" dibelakang THJ yg semangatnya sekuat THJ...

    syabas Kak J...

    ReplyDelete
  11. salam tuan..
    ramai yang
    "mati syahid"
    he he..nak buat
    cam ne dunia
    tanpa sempadan
    sibuk belaka.

    ReplyDelete
  12. TIJAH 1

    ABANG SEHAT SANGAT-SANGAT. SAMPAI "HONGEH" SEBAB BANYAK SANGAT MAKAN2 ... TAPI KAT RUMAH ORANG. HEHE

    KAT RUMAH SENDIRI TAK BUAT, SEBAB TAK SEMPAT.

    TIJAH 2

    TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA. AWAK PUN BOLEH JOIN. TAPI TAK DAPATLAH KITA NAK BERULANG BERSAMA, SEBAB ABANG NI DAH SEMESTER AKHIR.

    ReplyDelete
  13. KAKCIK

    TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI DAN MEMAAFI. WALAUPUN SESIBUK MANA SAYA AKAN USAHAKAN JUGA MEMBALAS KOMEN PENGUNJUNG. NAK MELAWAT TU, MANA YANG SEMPAT JER LAH.

    ReplyDelete
  14. HAMIZAN

    BENAR, KELAS TU KAT API. HAMIZAH DULU LULUSAN API JUGA KAH ?

    ReplyDelete
  15. DAUN BIDARA

    BETUL BLOG INI SAMPINGAN, TETAPI SUDAH JADI SATU "PASSION" PULAK .. TERAMAT SUKAR UNTUK BERPISAH.

    ReplyDelete
  16. PAKCIKLIE

    TERIMA KASIH ATAS UNDERSTANDING ITU. SAYA SUNGGUH MENGHARAPKANNYA.

    ReplyDelete
  17. ANIF

    ADA LAGI KAT UM. UNIVERSITI LAIN, TAK TAHULAH.

    TAK APA. ITULAH DUGAAN DAN CABARAN YANG HARUS DI TEMPUH.

    TETAPI SAYA KADANG2 TEWAS JUGA KEPADA SERANGAN KEMENGANTUKAN !

    ReplyDelete
  18. IKAN EMAS

    PASAL TUKAR DINDING DAN SEBAGAINYA ITU SAYA BUAT KERANA TERPAKSA. SAMPAI SATU MASA DINDING LAMA ITU HILANG BEGITU SAHAJA. MAKLUMLAH DINDING PINJAM. KALAU BELI TU, MUNGKIAN DIA BOLEH BERTAHAN LAMA.

    ReplyDelete
  19. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG DAN MASUK KERUMAH.

    DIPERSILAKAN MASUK BILA2 MASA, WALAU PUKUL 3 PAGI SEBAB MEMANG PINTU SENTIASA TERBUKA.

    ReplyDelete
  20. Salam ziarah juga semoga Tuan sihat walafiat. Pastinya kita sentiasa berkejaran dgn waktu.

    ** Urusan tak penah habis. :)

    ReplyDelete
  21. RKA

    TERIMA KASIH KERANA MENGAMINKAN DOA SAYA.

    TERUS TERANG, KADANG2 SAYA TERTEWAS JUGA DENGAN KEMENGANTUKAN.

    YANG LAIN2 TU ALHAMDULILLAH SETAKAT INI, SAYA BOLEH TAHAN.

    ReplyDelete
  22. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    MUNGKIN BILA DAH HABIS BELAJAR DAN TAK BEKERJA LAGI NANTI, KESIBUKAN ITU AKAN BERKURANGAN.

    ReplyDelete
  23. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI.

    KITA BUATLAH SETAKAT MANA YANG TERDAYA MENGIKUT SUSUNAN KEUTAMAAN.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,
    Tak singgah, tak datang pun tak apalah, tapi entry mesti ada, supaya orang datang tak hampa...

    Seronok jadi student semula yek.. macam2 ada...sampai mati syahid pun ada...

    ReplyDelete
  25. salam tuan haji..sy nak tunggu gambar kt opis tuan haji plak...gambar kelas dh kua..gambar opis bile plak?? hehehehe...
    p/s: alamak..komen sy terkeluar la plak..harap tidak disalah anggap..itu hanya pandangan peribadi shj...

    ReplyDelete
  26. btul lah...blajar tak mengenal usia..=]

    ReplyDelete
  27. memang sakit la kalau duduk kat kerusi pakej ngan meja tu..adoi..

    pastu, masing2 dtg kelas awal2 sebab nak rebut dok seats paling belakang..:D


    Entri hari ini : Gempar! Anak Vampire Kantoi Hisap 'Darah' Di Siang Hari

    ReplyDelete
  28. tak sempat nak jenguk kami takpe uncle, jangan tutup pintu bila kami datang sudah sbb datangnya kami bawak rezeki....

    kocek hati eden nanti....

    ReplyDelete
  29. LIPISLADY

    ALAIKUMSALAM. ADA JUGA TAK SERONOKNYA .. BILA SAYA TERPAKSA TERLEPAS MACAM2 PROGRAM. MISALNYA KENDURI KAHWIN, PERGI MEMANCING DENGAN KAWAN2 DSB.

    ReplyDelete
  30. ROM

    GAMBAR OFIS SAYA RASANYA DAH DUA TIGA KALI SAYA SIARKAN.

    PASAL KOMEN AWAK TU, USAH RISAU. MASING2 ADA PANDANGAN. PANDANGAN AWAK ITU ADA BETULNYA. ITU MENUNJUKKAN AWAK RASA TAK SELESA KALAU TAK DAPAT LAWAT BLOG PENGUNJUNG. ITU ADALAH PERASAAN YANG BAGUS DAN BERTIMBANG RASA.

    ReplyDelete
  31. HEMY

    MAKIN BELAJAR MAKIN BANYAK KITA TAHU YANG KITA NI TAK TAHU.

    ReplyDelete
  32. RED

    KELAS SAYA MURID PEREMPUAN TAK ADA PELUANG NAK DUDUK BELAKANG SEBAB SIANG-SIANG DAH DI BOOK OLEH MURID LELAKI, TERMASUK SAYA, YANG AWAL2 DAH LETAK BEG DAN JAKET.

    ReplyDelete
  33. AIN

    UNCLE TERSENYUM BILA AWAK CUBA CAKAP NOGORI.

    KOCEK TU "POCKET". KALAU KOCIK TU BARULAH KECIL.

    ReplyDelete
  34. saya pernah dalam kelas takut mengantuk, saya konyah gula2, sudah2nya saya mengonyah sambil mata pejam!

    ada student lelaki tu siap bedengkur! kihkih...**harap2 tuan x begitu** heheee....

    ReplyDelete
  35. terkekekek ambe baca.. faham sangt tahap keseksaan tu, sebab dulu pernah amik sijil kat UM gak, amik Usuluddin.. bertahan 1 semester jer.. mati syahid gak ler teman ni gamaknyer..

    ReplyDelete
  36. salam ayahanda

    go go go..chayok chayok chayok...=)
    selamat belajar ye...

    ReplyDelete
  37. mmg tak baek amik gambar murid perempuan secara curi2, kena tanya dulu, supaya murid2 perempuan boleh touch-up ;)

    ReplyDelete
  38. FA*ATIP

    SAYA MENGAKU MEMANG SAYA PERNAH TERTIDUR. BERDENGKUR TU TAK TAHULAH SEBAB DAH TIDUR. ORANG TIDUR MANA TAHU APA-APA KAN.

    TAPI YANG PALING SAYA TAKUT IALAH KALAU MENGIGAU. NANTI USTAZ CAKAP LAIN, KITA CAKAP LAIN PULAK.

    ReplyDelete
  39. AANAS

    SAYA DULU AMBIL JUGA SIJIL USULUDIN. HABIS 3 PERINGKAT. LEPAS TU SAMBUNG BUAT DIPLOMA PULAK !

    ReplyDelete
  40. CHEQNA

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS DORONGAN TU.

    TAPI CHAYOK TU APA ?

    ReplyDelete
  41. MAK SU

    TU SEBAB SAYA TAK BERANI NAK AMBIL .. TAKUT KENA SAMAN KALAU GAMBAR MEREKA TAK AYU !

    ReplyDelete
  42. pakngah,
    kusi mejo tu, memang sempit..dan tak seleso
    tp kalau ngantuk seleso jugak terleno tidur duduk tegak..hehehehee... ;p

    ReplyDelete
  43. salam akhi Hamzah

    tak per , kami faham akan tugasan tu, he he he yg x jadi pelajar pun masih sibuk memanjang gak nih...

    ReplyDelete
  44. ops nampaknya tak perlu ke palastin, iraq kashmir dsb unntuk syahid....

    ReplyDelete
  45. datang tetap datang...berjejak atau tidak je.

    ReplyDelete
  46. semoga Allah memberikan en hamzah kesihatan untuk menghabiskan kursus... Amin... ;d

    ReplyDelete
  47. Salam THJ..

    Semoga Allah limpahkan kesihatan buat Tuan Haji dan permudahkan segalanya urusan kursus tuan haji.

    ReplyDelete
  48. salam.. selamat menyambut puasa.

    ReplyDelete
  49. SAYANGSAYANGIBU

    KALAU DAH NGANTUK, SAMBIL DENGAR KHUTBAH PUN BOLEH TERTIDUR !

    ReplyDelete
  50. UMMI HUMAIRAH

    TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI. SIBUK BUAT KERJA TAK APA, JANGAN MENYIBUK TENGOK ORANG BUAT KERJA.

    ReplyDelete
  51. CEMOMOI

    MEMANG BANYAK JALAN NAK MATI SYAHID. BAHKAN ORANG PEREMPUAN MATI BERSALIN PUN, DIKATAKAN MATI SYAHID JUGA SELAIN MATI SEMASA MENUNTUT ILMU.

    ReplyDelete
  52. ONE ZABA

    ALANG-ALANG DATANG TU, APA SALAHNYA TINGGALKAN JEJAK. TETAPI SAYA PUN KEKADANG TAK TINGGAL JEJAK JUGAK SEBAB ADA MASANYA TAK TAHU NAK KOMEN APA.

    ReplyDelete
  53. HAJARUS

    TERIMA KASIH KERANA MENDOAKAN SAYA, MUDAH2AN DIKABULKANNYA. AMIN.

    DAH HABIS MAKAN DORIYAN ?

    ReplyDelete
  54. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS DOA ITU. INSYAALLAH AKAN SAYA HABISKAN JUGA KALAU DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERI KESIHATAN.

    ReplyDelete
  55. ENDIEM

    SALAM KEMBALI. SELAMAT JUGA KEPADA AWAK MENYAMBUT PUASA.

    PUASA TAHUN LEPAS DAH GANTI LOM ?

    ReplyDelete
  56. salam pakcik...ohhhh di sini ya kelas pakcik....heheh...;-)

    ReplyDelete
  57. Salam Uncle Al

    Rasa macam dah lama plak tak masuk sini.. hehehehe

    ReplyDelete
  58. HONEYBUNNY

    SALAM KEMBALI. KELAS ILA PUN MACAM NI JUGA KE RUPANYA ?

    ReplyDelete
  59. salam tuan haji,
    semangat org2 lama mcm tuan haji mbuatkan saya terpana dan terkesima...

    selamat maju jaya, moga tercapai hajat di hati.

    p/s- tapi ramai juga yg dh 'syahid' ya :)

    ReplyDelete
  60. AUJINZ

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA TIDAK LUPA UNTUK MENZIARAHI UNCLE.

    ReplyDelete
  61. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI. KALAU NAK IKUTKAN RAMAI LAGI YANG LEBIH BERUMUR DARI SAYA. ADA YANG BERTONGKAT, ADA YANG PAKAI KANTA PEMBESAR DAN SEBAGAINYA.

    ADA YANG BERULANG DARI JOHOR BAHARU DENGAN BAS EKSPRESS. SAYA DARI SEREMBAN APA LAH SANGAT KAN.

    ReplyDelete
  62. Tabik kat tn hj. Saya kagum atas kesungguhan tn tu. Tak tak pe tertidur pun sebab harganya mahal

    ReplyDelete
  63. hoOo.. diorang saje bagi kerusi camtu supaya student tak mengantuk. bagi yang empuk2 semua la terlena. ustaz ajar kat depan semua tak dengar..

    bagus jugak ada class yg semacam ni.. =)

    *best blog ni..

    ReplyDelete
  64. teruskan usaha selamat berjaya

    ReplyDelete
  65. kerusi tu langsung tak merdeka.
    seluruh badan jadi sakit ... nanti kena tambahan kos mengurut pula... maklumlah rambut pun dah pitih semuannya.

    komplen tak bang hamzah?
    kesian benor pada murid-murid dewasa.

    ReplyDelete
  66. AIDA ALI

    TERIMA KASIH ATAS PUJIAN ITU. IA MEMBERI DORONGAN KEPADA SAYA UNTUK MENERUSKANNYA. INSYAALAH.

    ReplyDelete
  67. ASADA RYUTARO

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG BUAT KALI PERTAMA.

    MULA-MULA TADI BILA TENGOK NAMA, SAYA INGATKAN ORANG JEPUN !

    ReplyDelete
  68. POK LI

    TERIMA KASIH ATAS KATA-KATA SEMANGAT DARI WAGHIH ITU. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  69. ABU MUAZ

    MEMANG MELETIH DAN MENYAKITKAN BADAN. SELALUNYA BILA BALIK DARI KELAS, SAYA TERTIDUR AWAL. LEPAS ISYAK, TERUS BUNGKAM.

    SAYA TAK PERNAH KOMPLEN KAT PENGURUSAN. KITA ORANG TANGGUNG SENDIRI !

    ReplyDelete
  70. salam, tumpang tanya akhi, DEPS ni diterima di mana-mana U tak untuk continue ke degree dan keatas? mmohon bantuan, :D

    ReplyDelete
  71. ye yee..cls sy masa study kt unimas pon mcm nie kerusi nye..haha..statik je duduk nya

    ReplyDelete
  72. Salam...saya ingatkan saya sorang je yang ada master yang berniat nak buat diploma eksekutif syariah. cerita abang memberi semangat kepada saya untuk belajar agama

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.