SESUNGGUHNYA BANGSA YANG MERDEKA,
BERJIWA BESAR DAN TIDAK CEPAT MELATAH !
BERJIWA BESAR DAN TIDAK CEPAT MELATAH !
..........................................................................................
Saya tahu ramai dari tuan/puan telah melawat Medan, Indonesia. Mungkin dah banyak kali. Saya nak cerita versi saya pula.
Gambar 1: Selamat Datang Ke M.E.D.A.N. Kata Pak Din pemandu pelancong kita (orang Indonesia), nama MEDAN itu adalah singkatan Masuklah Engkau Dalam Api Neraka.Itu Pak Din yang kata, bukan saya yang kata. Nanti ada pulak yang tunjuk perasaan.
Gambar 2: Inilah bas yang membawa kami berpariwisata selama 4 hari 3 malam.
Gambar 3: Nun jauh di belakang, terbentang Danau Toba.
Gambar 4. Di Prapat kami menginap di Prapat View Hotel menghadap danau Toba.
Gambar 5: Sempat bergambar lagi sebelum masuk ke bilik.
Terpesona dengan keindahan Danau Toba.
Gambar 6: Kelihatan 3 orang budak menghibur kita tanpa di undang.
Sedekahlah setakat mana ikhlas. Sebelum bot bertolak di pengakalan,
ada pengalaman yang sangat menarik dimana anak2 orang di sana
berenang didalam air disisi bot kita menunggu kita melontar
wang untuk mereka sambut beramai-ramai
Duit-duit yang berjaya di sambut, di masukkan ke dalam mulut mereka dan
dalam pada itu menggesa "ayuh baling lagi pak, baling lagi buk".
Saya bener2 kaget melihat mereka sambil berasa
cukup khawatir mereka tertelan uwang itu !
Gambar 7: Berhenti Minum Petang dan makan goreng pisang dan
kopi panas di Simarjarunjung.
Gambar 8: Dalam perjalanan, masih di sekitar Danu Toba lagi.
Gambar 9: Berkereta kuda di Brastagi. Cuaca waktu malam sungguh dingin dan bersih.
Ngak perlu pasang airkon.
Gambar 10: Singgah melawat dan mendengar taklimat di salah sebuah pusat pemulihan dadah di Sibolangit. Untungnya penagih kita di Malaysia kerana penagih sana kena bayar.
Itu pun masih nak lari.
Gambar 11: Kelihatan jauh dibelakang adalah air terjuna Si Piso Piso.
Gambar 12: Ifa bergaya di depan hotel tempat kami menginap di Brastagi.
Seluar dan topi dia 'matching' dengan bunga, cat bangunan dan tembok tu !
........................................................................................................
Suatu kenangan yang amat indah sebenarnya. Banyak lagi yang boleh di ceritakan.
Banyak lagi gambar yang boleh di tunjukkan.
Tetapi tiba-tiba saya menjadi sebak+sedih+jauhati+terkilan+marah+terhina+rasatakpercaya dan pelbagai perasaan lagi bercambur baur dengan tindakan segelintir rakya mereka
yang tanpa berfikir panjang telah melontar najis serta memijak dan membakar Jalur Gemilang. Lebih memedihkan lagi ia dilakukan menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan kita dan dibulan puasa yang penuh barakah ini.
Memang amat sukar untuk memaafkan perbuatan mereka ini,
kerana kita merasa selama ini kita mempunyai hubungan istimewa dengan mereka.
Mungkin luka ini akan sembuh jua akhirnya, namun parutnya terlihat jua.
.
.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke 53.
MERDEKA !
.
.
Salam THJ,
ReplyDeletefitrah manusia.
Ada juga yang tak bersyukur dengan apa yang mereka ada.
Merdeka !
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.
ReplyDelete"Memang amat sukar untuk memaafkan perbuatan mereka ini, kerana kita merasa selama ini kita mempunyai hubungan istimewa dengan mereka."
Saya pun tidak faham kenapa sentimen anti negara kita ini terlalu membuak-buak.. di sana.
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
ReplyDeletemoga keamanan dan keharmonian negara kita kekal sampai bila-bila....
warga indon ni memang tak sedar diri, dah la datang carik makan kat tempat orang, hormat la sikit kan....
orang macam ni elok jer halau depa tu semua balik indon semula...
salam akhi YB...
ReplyDeletesanggup mereka buat macam tu...mereka berada di bumi Msia dgn aman tanpa gangguan tp masih tak sedar diri...menyampah tul..
ummi lum sampai lg ke Medan..teringin gak nk kesana tp rasa takuuuut..
raya ni tak balik Perlis ker???
Perasaan anti-Malaysia, dendam kesumat, dan rasa marah membara rakyat Indonesia adalah kerana; tiada apa lagi yang mereka hendak fikir dan lakukan untuk kehidupan mereka. Mungkin faktor sosioekonomi yang mencengkam membuatkan mereka kekadang atau lebih tepat lagi SERING hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Ini ditambah lagi dengan media mereka yang dibenarkan bebas untuk menyatakan apa sahaja, maka api kemarahan terus dibakar dan dikobar.
ReplyDeleteSyukur kita berada di bumi yang aman. Pun begitu, kita jangan lupa bahawa bangsa kita juga semakin tersasar kini. Pelbagai kebejatan sosial melanda. Jika kita tidak sedar, merdeka kita nanti hanya tinggal pada nama...
Hubungan kita dengan merka ibarat adik-abang. Semoga masing masing saling memaafkan dan tidak lagi berani mengulangi kesilapan yg sama.
ReplyDeleteHarus asling teguhkan rasa menghormati.
Hmmmm... seronoknya dah sampai Medan.
Saya teringin juga ke sana, tapi cuma baru sempat Jakarta dan Bandung saja.
MAAF
ReplyDeleteRalat:
merka = mereka
asling = saling
*Tambah soalan. Bang HAMZAH memang berasal dari Perlis kah?
Salam Merdeka ,
ReplyDeleteindah permandangan di Medan .i bet you n your family enjoy the vacation.
semoga dalang yang mecetuskan provokasi diantara Msia/Indon dapat ditangkap dan dihukum dengan setimpalnya.
Salam MERDEKA Kanda AL..
ReplyDeleteSaya dalah anak Merdeka yang belum lagi menjejakkan kaki ke seberang sana walaupun susur galur saya berasal dari sana. Datuk saya memang berasal dari Bukit Tinggi, Padang dan saya masih mempunyai sepupu sepapat di sana. Tapi, jujur dikatakan, mereka ke sini hanya untuk menuntut 'hak' (harta arwah atuk) bukannya untuk menjalinkan persaudaraan! :(
Salam THJ,
ReplyDeleteSalam kemerdekaan...
Biar apapun mereka lakukan. Malaysia Negara Berdaulat.
MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA
Salam THJ..
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53..
sememangnya bersetuju dengan apa yang komensen cakap.. walaupun hati boleh memaafkan.. tapi parut berbentuk lipan pasti terbentuk juga..
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka!!
hari ini hari ke 20 Ramadan ,bermakna ada 10 hari lagi ke bulan Syawal..kemenangan bagi muslimin yang berjaya menunaikan ibadah puasa..
ReplyDeleteEsok kita nak sambut ulang tahun kemerdekaan negara ke 53..hari kemenangan bagi rakyat negara ini..
rupa-rupanya ada yang cemburu dengan keamanan dan kedamaian yang kita nikmatai..siapakah dalang disebalik semua yang terjadi di Isia itu ?
dulu pendet sekarang nelayan pulak..
cuma kita jangan terlatah dengan perangai mereka yang kononnya merdeka lebih lama dari kita..
bibik kat rumah kawan kata..dia pun heran dan meluat dengan perangai buruk rakan senegaranya..mungkin ada isteri atau anak mereka yang mendapat rezeki di negara ini dan menghantar duit dan harta kepada mereka ?
keindahan Medan kecemari dengan segala jenis kekotoran..kotor alam sekitar, kotor budi pekerti ( setitik nila punya fasal ..senegara kita marah )
Salam kemerdekaan.!..
Salam THJ.
ReplyDeleteBagi saya dia org hanya bagaikan anjing menyalak bukit aje.. bukit tak akan runtuh. Kerana Malaysia Negara Berdaulat.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.
MERDEKA..hari yang menjadi kenangan juga..melahirkan anak sulong selepas 5 tahun menanti..
ReplyDeleteHairan kan,..apa lagi yang mereka mau..sampaikan menjadi begitu..terok..sanggup..buat perkara yang tak boleh diterima akal..yang waras..
salam ziarah..kita anggap mereka serumpun, tapi mereka anggap kita sesumpah...kita anggap mereka seIslam, tapi mereka anggap kita sehampas..kita anggap mereka melayu, tapi mereka anggap kita maling you..kita puja lagu dan film mereka, tapi mereka caci lagu dan film kita..apakah maknanya semua ini???
ReplyDeleteSalam kenal,
ReplyDeleteseronok kan kalau jenjalan ni.. Sy pun suka ke Indonesia..Tp sedih dgn kejadian terkini..Harap2 hubungan 2 negara ni tidak semakin memburuk.
SALAM SEMUA.
ReplyDeleteSAYA BELUM BERKSEMPATAN NAK MEMBALAS KOMEN ANDA SATU PERSATU.
CUMA NAK BERITAHU PADA PERINGKAT INI SUPAYA "KASIH JANGAN BERTOMPOK, BENCI JANGAN MERATA".
MAKNANYA KITA BENCI KAT MEREKA YANG BUAT TAK SENONOH ITU SAHAJALAH YA. JANGAN PULAK SEMUA ORANG INDONESIA NAK DI BENCI.
BARU-BARU INI, PANGKAT ANAK BUAH SAYA ADA MENERIMA MENANTU ORANG INDONESIA.
salam ayahanda
ReplyDeletesihat??
selamat menyambut kemerdekaan ke 53
merdeka sangat besar ertinya pada mereka yang tahu erti perjuangan serta erti sebenar merdeka
malas nak layan perangai huduh indon ni sebab mereka bukan sekali buat begitu kat kita... dorang memang ada rasa sakit ati sokmo yang terendam.. pantang ada isu...
ReplyDeleteair terjun tu memang cantik tapi air yang turun dari pipi tu kurang menarik sikit... heee
saya setuju dgn komen tn AL ...
ReplyDeletetapi kadang2 kemarahan @ rasa tak puas hati tu tetappp mempengaruhi @ timbul syak wasangka thadap orang diorg yg ada di tanahair kita ni...huhuhu
KEMERDEKAAN BUKAN MILIK KITA
ReplyDeleteSEKIRANYA KITA TIDAK MENGHARGAI, MENJAGA DAN MEMPERTAHANKANYA
KEMERDEKAAN TIDAK LAYAK UNTUK KITA
SEKIRANYA KITA SENDIRI TERDETIK HATI UNTUK MENGKHIANATI NEGARA INI
SELAMAT HARI MERDEKA...
salam kemerdekaan juge ~
ReplyDeletesalam uncle,
ReplyDeletepunyalah rakyat mereka di sini sampaikan saya tanya pada anak murid saya, apakah kaum yang ada di Malaysia?
Melayu, Cina, India.. Indon!
huhu..
salam kmerdekaan pak lavendari..!!
ReplyDeletehm, yg fasal gaduh2 tu sy no komen.. entahlee.. ada provokasi barangkali.
ReplyDeleteSalam THJ, semoga sihat selalu...
ReplyDeleteMasa kat offshore Sarawak dulu ada sorang crane operator namanya MEDAN ANYAU... nampak ganas tapi baik budi bahasanya...
Fasal Indonesian Terlampau tu komen saya cuma satu...
...itulah bezanya orang berilmu dgn org tak berilmu...
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ALANGKAH BAGUSNYA KALAU MEREKA BERSYUKUR, NESCAYA ALLAH AKAN GANDAKAN REZEKI MEREKA.
ANIF
ReplyDeleteSAYA SYAK ADA PIHAK KETIGA DIBELAKANG PENUNJUK PERASAAN INI. KALAU HUBUNGAN KITA DENGAN INDONESIA KERUH, MEREKA AKAN BEROLEH KEUNTUNGAN.
KALAU HUBUNGAN KITA KUKUH, MEREKA AKAN RASA TERANCAM.
AIN
ReplyDeleteYANG BUAT ONAR TU ORANG INDONESIA DI JAKARTA.
MERDEKA 53 X.
UMMI HUMAIRA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PEJABAT SAYA JUGA MERANCANG UNTUK MELAWAT JAKARTA BULAN OKTOBER INI. NAMPAKNYA TERPAKSA DI TUNDA SEHINGGA KEADAAN KEMBALI TENANG.
RAYA NI RASANYA TAK BALIK PERLIS, KERANA AYAH MERTUA YANG UZUR SUDAH DIBAWA TINGGAL BERSAMA SAYA. IBU MERTUA PULA SUDAH LAMA MENINGGAL. RUMAH PUN TINGGAL KOSONG.
KUASAI MINDA
ReplyDeleteMUJUR PEMERINTAH KITA CEKAP BERTINDAK DALAM MELINDUNGI KEDUTAAN ASING DI MALAYSIA. DAN RAKYAT KITA JUGA BERTINDAK RASIONAL.
SAYA JUGA BERKONSI PENDAPAT DENGAN PARA DUA KOMEN ANDA ITU.
AZIEAZAH
ReplyDeleteCARIK-CARIK BULU-BULU AYAM LAMA BERCANTUM JUGA. ATAU TERCABUT ???
SAYA SUDAH SAMPAI KE JAKARTA, BANDUNG DAN MEDAN. SAYA SUKA BANDUANG LAGI.
SAYA ANAK JATI N9. ISTERI SAYA ORANG PERLIS.
ALEHKAYONG
ReplyDeleteSAYA DAN ISTERI ENJOY TAPI DUA ORANG ANAK SAYA TAK BEGITU SUKA. MEMANG TAK ADA SANGAT TARIKAN UNTUK ANAK2 SEBENARNYA. ATAU PUN KAMI TIDAK DIBAWA PEMANDU PELANCONG KE SANA.
SAYA PUN BERHARAP DALANG ITU DAPAT DI CEKUP DENGAN SEGERA.
KAKCIK
ReplyDeleteSALAM MERDEKA. SAYA PUN MUNGKIN BERASAL DARI SEBERANG JUGA. TAPI TAK BOLEH NAK TRACE LAGI SDR MARA KAT SANA.
TENTU BANYAK HARTA ARWAH ATUK YANG DITINGGALKAN SAMPAIKAN MEREKA SANGGUP DATANG MENUNTUT !
MOHAMAD
ReplyDeleteSALAM KEMBALI MOHAMAD.
MEMANG KEMAJUAN NEGARA KITA SUDAH DI PANDANG ORANG. KEBOLEHAN KITA HIDUP SECARA AMAN DIKALANGAN PELBAGAI LATARBELAKANG JUGA DIKAGUMI.
MERDEKA !
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. KEMERDEKAAN INI HARUS DI PERTAHANKAN KERANA INI ADALAH TANAH AIR KITA.
selamat hari menyambut hari merdeka yang ke 53 en hamzah.. ;d
ReplyDeleteBLURR33
ReplyDeleteMEMANG BEGITULAH RESAM KEJADIAN MANUSIA. SEMOGA MASALAH INI AKAN SEGERA BERTEMU TITIK PENGHUJUNGNYA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteJANGANLAH MARAH KEPADA SEMUA RAKYAT MEREKA. MARAHLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBUAT ONAR SAHAJA.
"BENCI JANGAN MERATA, KASIH JANGAN BERTOMPOK"
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. KALAU INSIDEN INI BERTERUSAN, SAYA RASA MEREKA LEBIH RUGI DARI KITA. BUKAN SAJA RUGI DARI SEGI KEWANGAN TETAPI JUGA DARI SEGI IMEJ MEREKA PADA PANDANGAN DUNIA.
KAK ERNA
ReplyDeleteANAK SULUNG TU LAH YANG SEBENARNYA MERDEKA.
SAYA RASA MEREKA MENDAPAT TAJAAN. MACAM TUNJUK PERASAAN DI THAILAND DULU.
ROM
ReplyDeleteMARAH BETUL NAMPAK !
HARI TU LAWAN BOLA ANTARA KELANTAN DENGAN N.S PUN GADUH JUGA. HEHE
YAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK.
SAYA PERCAYA MASALAH INI AKAN DAPAT DISELESAIKAN. DENGAN SYARAT KITA KENALAH 'COOL'. PERBUATAN MEREKA ITU SEBENARNYA MEMALUKAN DAN MENJATUHKAN IMEJ MEREKA SENDIRI.
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA SIHAT CUMA LAPAR DAN DAHAGA JER SIKIT. BIASALAH KAN.
MEMERDEKAN JIWA RAGA LAGI SUSAH DARI MEMERDEKAKAN NEGARA DARI PENJAJAH.
CEMOMOI
ReplyDeleteMEMANG SAYA SEDIH MENGENANGKAN TINDAKAN SEGELINTIR MEREKA. SAYA JUGA KECEWA KERANA PEMERINTAH MEREKA MACAM TAK BOLEH BUAT APA-APA SEDANGKAN YANG BUAT KECOH TU TAK SERAMAI MANA.
MUNGKIN MEREKA SEDANG BELAJAR UNTUK 'ADJUST' ERTI DEMOKRASI.
SZ|MSS
ReplyDeleteITULAH YANG SEBUT SEBELUM INI -
"BENCI JANGAN MERATA, KASIH JANGAN BERTOMPOK"
SAYA YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA BILANGAN YANG KURANG WARAS INI ADALAH TERLALU KECIL.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteWAH BERSEMANGAT BETUL AWAK KALI INI. SYABAS.
DAN MARI KITA GANYANG PENGKHIANAT NEGARA.
MANJE
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN JEJAK BUAT KALI PERTAMA.
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TAK LAMA LAGI TAMBAH SATU .. BANGLA. ADA TEMPAT TERTENTU, BILANGAN MEREKA MUNGKIN LEBIH RAMAI DARI ORANG TEMPATAN.
ORANGLIDI
ReplyDeleteMEMANG ADA BATU API .. TAPI YANG SAYA SANGAT KECEWA ADALAH PEMERINTAH MEREKA YANG SEPERTI TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA !
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KAT SINI PUN BANYAK JUGA MEDAN YANG AMAN. CONTOHNYA MEDAN DAMANSARA, TAMAN MEDAN, MEDAN SELERA DLL.
YANG HAIRANNYA TAKKAN ORANG YANG BERILMU KAT SANA TENGOK SAJA.
HAJARUS
ReplyDeleteTERIMA KASIH. KOMEN HAJAR TERSEPIT, NASIB BAIK SAYA PERASAN DAN DAPAT DI MERDEKAKAN. HEHE
salam kembali,
ReplyDeletesy tak marah semua mereka ..marah yg buat hal tu aje..
baru dapat upah sebungkus makanan dan sikit wang sudah sanggup buat kerja begitu.
p/s : sy pun ada 2-3 pekerja drIndon...kat kampung laa...dah anggap macam keluarga snd.( harap mereka tak buat hal )
Salam. saya belum pernah sampai ke Indonesia lagi. teringin juga nak pi hujung tahun ni tapi kalau macam ni gayanya, kenseheeeel!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKita saling berjiran, kita saling berkunjung, kita juga serumpun, dan kita seagama ! Mengapa perpecahan dan permusuhan yang dipilih? Hati ini tetap menaruh harapan kerana yang membuat angkara ini adalah segelintir sahaja. Mereka yang sedikit ini mengikut emosi dan mungkin mempunyai motifnya !
SELAMAT BERIBADAH KALIAN SEMUA SAMADA DI NEGARA SANA MAHUPUN DI NEGARA SINI !
Salam abg.
ReplyDeleteSaya setakat Medan Tuanku aje huhuhu.
Selamat Menyambut Hari Merdeka.
Salam Merdeka...
ReplyDeleteSetuju dgn ayahanda...:) memang susah nak terima perbuatan jijik mereka. tapi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ada segelintir 'mereka' di sini yang ikhlas bekerja..faham hak mereka di sini & tak kurang hormat pada kita...
saya menjelajahi tulisan2 yang terdahulu. Seronok saya baca setiap patah perkataan yg lahir dari hati saudara.
ReplyDeletedalam byk2 article yg saudara paparkan, yang paling saya suka ialah article mengenai 'Makngah'.
Sejarah perkenalan hingga ke hari ini setelah 30 tahun bersama di bawah satu bumbung.
Syabas, saudara adalah seorang, suami dan teman yang sangat memahami isteri.di setiap kata2 saudara, saya terbau kasih sayang yg makin berganda mengikut usia dan masa.
Bertuah lah dia yang di panggil 'makngah'..
IKAN EMAS
ReplyDeleteHEBAT JUGA AWAK NI ADA 2-3 PEKERJA INDON. KALAU KITA TIDAK MEMANDANG RENDAH KEPADA MEREKA, INSYAALLAH MEREKA TAK AKAN BUAT HAL.
"ASKAR UPAHAN" MEMANG RAMAI DALAM DUNIA INI. KAT PEJABAT PUN ADA.
DINAS ALDI
ReplyDeleteJANGAN KENSEHEEL, TANGGUHKAN DULU. APA-APA PUN PERKARA INI TAKLAH SEBESAR MANA, SENGAJA DIGEMBAR GEMBURKAN OLEH AKHBAR.
SAYA YAKIN PERKARA INI TAK LAMA .. SELEPAS KEPALA MEREKA DINGIN SEMULA, SEGALANYA AKAN TENANG KEMBALI.
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA JUGA BERKONGSI RASA. PERKARA INI TIDAK LAMA. AKHIRNYA MEREKA AKAN SEDAR BAHAWA TINDAKAN MEREKA ITU MEMAKAN DIRI.
SAYA PERCAYA MEREKA YANG TERLIBAT, TIDAK ARIF DENGAN HAL SEMASA. MEREKA MUNGKIN TIDAK TAHU, ADA KIRA-KIRA 1.5 JUTA ORANG INDONESIA DI MALAYSIA SEKARANG INI.
YB
ReplyDeleteTAK USAHLAH AWAK NAK MERENDAH DIRI SANGAT. TAK ADA SAPA NAK PERCAYA !
SITI MURNI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BAGUS. PANDANGAN AWAK ITU DATANGNYA DARI KEPALA YANG "DINGIN" DAN RASIONAL.
HANI
ReplyDeleteKEMBANG HATI SAYA MENDAPAT PUJIAN CIKGU. KATA2 BEGINI YANG MEMBUATKAN SAYA TERUS BERBLOG. JUJURNYA BANYAK KALI SAYA TERLINTAS UNTUK BERHENTI BERBLOG KERANA IA SUNGGUH MEMENATKAN. TAPI DORONGAN KENGAKAWAN YANG MENYURUH SAYA BUAT SETAKAT MANA TERDAYA YANG MEMBUATKAN SAYA GAGAHKAN JUGA.
rasa marah yang membuak2 bila melihat kejahilan dan kebiadaban mereka disana.
ReplyDeleteTetapi kita disini sgt lembut hati membiarkan mereka ini memijak dan memperlakukan apa sahaja. Dulu Gannyang Malaysia, sekarang Jalur Gemilang kita dihinjak manusia kurang ajar begini.
Tuan Haji, apa lagi yg boleh dibuat utk mengajar mereka yang jahil ini. Sebab tu negara mereka tidak pernah aman.
Takbir!! Salam Merdeka.
MAIYAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH, NANTI SAYA CUBA AMBIL.
selamat menyambut hari merdeka ...mereka yang melakukan perbuatan tidak reti erti persahabatan - dari keluarga serumpun...saja nak cari fasal
ReplyDeleteSalam Tuan..
ReplyDeleterasanya ada orang tertentu
mendalangai isu tersebut..
agak sensitif,jadi bersamalah
kita dua negara mengatasinya..
kerana golongan ini di upah
untuk menggoyahkan kepimpinan
terkini Malaysia untuk kepentingan
politik peribadi mereka..wallahualam
Selamat beramal di 10 ramadhan terakhir buat tuan..
saya suka tgk sambutan merdeka di Indonesia...meriah giler. polis diorg siap cek dari umah ke umah, kedai ke kedai supaya gantung bendera..kat msia kalau buat camtu kan bagus..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletepuncanya media indonesia mengapi-apikan isu berkenaan dan ada pihak amik kesempatan..
yang buat tu segelintir sahaja tapi tindakan membendung perlu diambil..
hakikatnya kita serumpun ramai antara kita susur galur keturunan dari seberang juga..
AZKETOM
ReplyDeleteSAYA KIRA JANGANLAH API DILAWAN DENGAN API. GOLONGAN PENYIBUK INI (TENTERA UPAHAN) INI ADA DALAM MANA2 MASYARAKAT PADA MANA2 ZAMAN DAN BILANGAN MEREKA TERLALU SEDIKIT. GOLONGAN YANG RASIONAL PASTI AKAN MENGATASI MEREKA.
'TRUTH WILL PREVAIL'
SONATA
ReplyDeleteSAYA BERBANGGA DENGAN RAKYAT MALAYSIA. WALAUPUN KITA KALAH DALAM PERBICARAAN MEREBUT PULAU BATU PUTIH, NAMUN RAKYAT SINGAPURA BEBAS KELUAR MASUK KE MALAYSIA TANPA SEBARANG KETAKUTAN.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA JUGA PERCAYA ADA DALANG DALAM SENGKETA INI. MEREKA AKAN MERAIH KEUNTUNGAN JIKA KITA JUGA TURUT MELATAH DAN ITULAH YANG MEREKA MAHU. KITA JANGAN TERJEBAK DENGAN TAKTIK KOTOR MEREKA.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteBAGUS JUGA KALAU BUAT MACAM TU .. TAPI POLIS KITA ADA BANYAK LAGI TUGAS LAIN YANG LEBIH UTAMA PERLU DI BUAT.SAYA RASA BIARLAH KITA LAKUKAN KERANA KESEDARAN BUKAN DIPAKSA2.
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BENAR. HAKIKAT PERTALIAN DARAH INI TIDAK DAPAT DINAFIKAN. IA IBARAT MENCINCANG AIR, TAK KAN PUTUS. DAN LAMA-LAMA ORANG YANG MENCINCANG ITU AKAN KEPENATAN SENDIRI.
IM dapat tahu orang Indonesia memang suka pada trengkas.
ReplyDeleteKawan IM ada bagitau perkataan MACET yang bermakna sibuk atau bersimpang siur asal dari MAhu CEpaT...
IM
ReplyDeleteKADANG2 KERANA TERLMPAU BANYAK TRENGKASNYA, SAMPAI SAYA TAK FAHAM.
IM TAHU KE MAKNA TRENGKAS TU ?
wah!!!!
ReplyDeletetuan sudah berjaya masuk ke dlm api neraka! bagaimana??
.
.
errr... sy cuma ulang apa yg pak din kata... masuklah engkau ke dalam api neraka ;P
.
.
salam kemerdekaan!
KTS
ReplyDeleteSEKARANG INI KALAU PERGI KE JAKARTA MUNGKIN KE M.E.D.A.N.
Salam Merdeka
ReplyDeleteSALAM AL-LAVENDARI
ReplyDeleteSAYA MASIH TERINGAT CANTIKNYA KAWASAN PERKAMPUNGAN DI PINGGIRAN DANAU TOBA. DAN GERUNNYA SAYA AKAN LAUTAN TASIK TOBA ITU.
MUNGKIN KITA JUGA USAH KETEPIKAN TEORI ADA PIHAK DENGKI DGN HUBUNGAN BAIK INDONESIA-MALAYSIA (YG JUGA BERERTI HUBUNGAN BAIK ANTARA 2 NEGARA ISLAM & 'SEBANGSA' YG BERPENGARUH DI RANTAU INI). DALANGNYA BOLEH JADI NEGARA KECIL, MALAH NEGARA BESAR. JUGA NEGARA DEKAT ATAU JAUH. SAYA YAKIN, PASTI ADA NEGARA2 TERTENTU YG AKAN SUKA MELIHAT KACAU BILAU DLM HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA & PORAK PERANDA DALAMAN DI KEDUA-DUA NEGARA INI. SEKARANG INI, SESUATU KEJADIAN TERPENCIL AMAT PERLU KITA LIHAT JUGA DALAM KONTEKS POLITIK DUNIA YG LEBIH BESAR. WAJAR KITA SELALU SENSITIF, PERSEPTIF & ANALITIKAL.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA SANGAT BERSETUJU DENGAN PANDANGAN ABANG. MALAH DALAM JAWABAN SAYA DI ATAS, SAYA ADA BAYANGKAN PANDANGAN YANG SAMA.
KOMEN ABANG MERUMUSKAN SEGALA PANDANGAN SAYA ITU. TERIMA KASIH KERANA ABANG MENUKILKANNYA DENGAN KEMAS DAN PADAT SEKALI.
INGATLAH - "JONG PECAH, YU YANG KENYANG"
SELAMAT MENERUSKAN PUASA.
POK LI
ReplyDeleteSELAMAT MERDEKA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI NEGARA MALAYSIA TAK LAMA LAGI.
BERAYA KAT MANA TAHUN NI?
aa'ah la uncle....tak byk bezanya kan...kan...bezanya...gambar uncle lagi clear....terang, jelas dan nyata....gambar saya, blurrr...takpela....yg penting kite menikmati keindahan negara mereka....kita rakamnya dlm ingatan @ di blog!
ReplyDeleteEMME
ReplyDeleteBETULKAN ? TAK BANYAK BEZA ! KAMERA UNCLE PUN GUNA KAMERA KOMPAK YANG MURAH JE ! UNCLE JUGA ADA VIDEOKAN .. SERONOK TENGOKNYA.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Pakej rate , harga murah dan best services, sila contact tiara tours ( www.tiaraasia.com ) or please whatsapp : +62 85358982828 or send email to : tiaratoursindonesia@gmail.com
ReplyDelete