Minggu sudah saya ke Sandakan, Sabah atas urusan rasmi. Letihnya masih ada lagi. Di sini saya tak mahu cerita pasal kerja. Saya nak cerita kisah-kisah di luar urusan rasmi.
Saya menginap di hotel ini. Hotel baru dan bersih.
Lantainya dari kayu. Saya suka.
Sebab kalau carpet, kadang2 macam2 bau ada.
Yang paling bestnya, hantu tak ada kacau !
Bilik saya menghadap laut. Sungguh mendamaikan hidung mata memandang.
Kami sembahyang Jama' Zuhur dan Asar di sini. Bukan Jama' Halus ya !
Di belakang tu Sungai Kinabatangan. Dikhabarkan banyak buaya didalam sungai tersebut.
Kat darat tak tahulah saya ada ke tidak !
Sekolah ini dibina pada tahun 1952, sebelum saya dilahirkan lagi.
Maknanya ia dibina pada zaman penjajah Inggeris.
Maknanya juga penjajah dulu pun baik hati juga ya !
Inilah pintu masuk untuk ke rumah "saudara mara" yang saya maksudkan.
Saya tak tahu untuk siapa jam ini.
Dia orang ni tak pandai ambil gambar ..
saya suruh fokus kat ikan bawal putih steam
yang selebar pinggan tu ... tapi muka saya juga yang di fokusnya.
Steamboat di puncak bukit. Lampu2 yang kelihatan di sebelah kiri gambar tu
adalah sebahagian bandar Sandakan nun sayup-sayup di bawah sana.
Oleh kerana sudah dua malam berturut2 kita dijamu dengan
makanan yang berat-berat, tengahari esoknya kita dijamu makan buah tarap jer.
Tak adalah .. saya tipu. Selain makan nasi dah ikan segar,
durian dan rambutan juga tidak ketinggalan.
Buah tarap ni dihidangkan tuan rumah
Buah tarap ni dihidangkan tuan rumah
sebab ramai sangat yang bertanya. Saya cuma lalu makan seulas sahaja.
Lihatlah perut saya .. itulah akibat makan tak ingat dunia.
Balik Senawang kena eksesais ni !
Nampak tak seekor Orang Utan sedang bergayut betul2 di atas kepala saya.
Nampak tak seekor Orang Utan sedang bergayut betul2 di atas kepala saya.
Pelik betul Mat Saleh ni .. datang dari jauh-jauh hanya nak tengok Orang Utan.
Agaknya Orang Utan itu pun pelik tengok mereka dan mungkin berkata:
"Macam orang utan dia orang ni bila tengok aku beraksi"
Hari penghabisan saya melawat pasar. Semua hasil laut, baik yang basah
ataupun yang kering sangatlah murah harganya berbanding dengan pasar Ampangan.
Saya beli daging rusa, ketam, udang harimau dan ikan kerapu seperti
yang dipegang oleh Ifa di atas.
Udang kering dan ikan bilis berbelah juga tak lupa untuk di beli.
Adapun harganya macam tak percaya murahnya.
Contoh daging rusa RM15/kilo, ketam RM2.50/kilo.
Bahkan ikan sadin cuma RM1/kilo.
Mana nak cari murah macam tu kat Semenanjung kecuali lah
Pak Mertua kita seorang nelayan.
.
.
.
Udang kering dan ikan bilis berbelah juga tak lupa untuk di beli.
Adapun harganya macam tak percaya murahnya.
Contoh daging rusa RM15/kilo, ketam RM2.50/kilo.
Bahkan ikan sadin cuma RM1/kilo.
Mana nak cari murah macam tu kat Semenanjung kecuali lah
Pak Mertua kita seorang nelayan.
.
.
.
salam..wah besarnya ikan..sib bek kat senawang tak de laut kan..klu tak, mesti tuan haji dah carik ikan tue huhuhuhuhu
ReplyDeleteSalam Kanda AL..
ReplyDeleteTeringat penerangan dari pemnadu pelancong kami baru2 ini.. Kinabatangan adalah daerah terbesar di Sabah. KINABATANGAN, ya.. bukan KEBINATANGAN - katanya. :)
salam,
ReplyDeleteteringin lagi g sabah. kali akhir g pun beberapa tahun lalu, atas urusan kerja gak. naik bot atm pusin2 semporna, nak g sipadan time tu bahaya, heheheh. tido hotel kat tawau.
waaaaaaaaaaaa, bestnya ikan2 dan makanan laut seme tuh. murah sakan. hari tuh saya pergi pun tentera2 tuh ajak saya makan sup daging rusa. best best...
teringin g kundasang...
Salam AL,
ReplyDeleteSuka berkunjung ke Sabah. Banyak tempat menarik. Banyak pulau yang cantik-cantik.
Ikut hati nak pergi lama tetapi entahlah. Bergerak dan berjalan jauh2 tu payah sikit. Macam manapun tetap bersyukur kerana ada insan lain yang langsung tak boleh bergerak.
Alhamdulillah... Setelah melihat gambar-gambar di "entry' ini, Saya amat yakin semua "saudara mara" di Sabah sihat-sihat belaka :D
ReplyDeleteSekarang saya tidak risau lagi.. hehe
jauh berjalan! :))
ReplyDeletepernah pergis ekali.
sempat ke pasar filipina sahaja!
yg penting, tuan haji selamat pergi dan kembali. senang hati mak ngah....
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteDah bersenam ke belum ni selepas balik dari Sandakan tu?
Kalau buat test kolesterol, rasanya fail hahaha
Kenapa tak bagi tahu awal2 yg abg ada banyak beli makanan laut dari sana? Kalau tak mesti saya singgah rumah abg semalam. Mana tahu dapat merasa ikan kerapu yg Ifa pegang tu ngeeee
ReplyDeleteSudah sampai ke Kinabatangan tu tak ada ke cita2 nak ikut macam MP nya? hehehe
ReplyDeleteSalam THJ..
ReplyDeleteMoga tuan haji dah mulakan proses buang cholesterol..
Tuan Haji, nape tak siarkan gambar tuan hj bersama saudara tn hj di sana..?
besarrrrrrrnya ikan tue.....
ReplyDeletejeles tengok kengkawan dapat pusing serata negeri, ain terengganu pun tak abih melawat lagi...
huhuhu...
Salam perkenalan tuan haji,
ReplyDeletepertama kali komen walaupun selalu singgah. seronoknya dia..
-jam tue menunjukan masa mkn org utan.mereka akn keluar dr persembunyian bila masa mkn.Klu mau tgk org utan dtg la waktu mkn dia.
-mknan laut memang murah terutama sebelah ptg.
Lin J - Sdk Sabah.
makan best!
ReplyDeletememang murah tu , sini mana nak dapat....
ReplyDeleteROM
ReplyDeleteSALAM. KALAU KAT SENAWANG ADA LAUT. HARI2 SAYA PERGI MANCING. TAK PAYAH BELI IKAN LAGI.
KAKCIK
ReplyDeleteSALAM. MASA SAYA LALU KAT SITU PANDANG2 JUGA KOK ADA BUNG MOKHTAR DENGAN ZIZIE. KALAU JUMPA TERINGIN JUGA NAK BERGAMBAR.
BLUECITY
ReplyDeleteSALAM. KALAU NAK PERGI BILA-BILA BOLEH PERGI KALAU ADA MASA DAN DUIT. BUKAN JAUH SANGAT. KAT SEPILOK TU, PELANCONG, KEBANYAKAN MAT SALEH DARI SELURUH DUNIA ADA. DALAM MASA YANG SAMA RAMAI LAGI RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM SAMPAI.
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM. MEMANG SERONOK SEBAB RASA MACAM PERGI NEGARA ORANG WALAUPUN DALAM NEGARA SENDIRI KERANA MUNGKIN DISEBABKAN PERBEZAAN TELOR PERCAKAPAN DAN JUGA BENTUK RUMAH MEREKA.
ANIF
ReplyDeleteHAHAHA .. PANDAI AWAK BUAT KELAKAR.
HARI TU LUPA NAK SAMPAIKAN SALAM AWAK.
SITEDI
ReplyDeleteKALAU KAT SABAH TU, SAYA RASA HASIL LAUT YANG MURAH ADALAH KAT TAWAU, SANDAKAN DAN SEMPORNA KERANA IA TERLETAK DI TEPI LAUT DAN JAUH DARI KK.
PIEWAHID
ReplyDeleteTAK TAHULAH .. ENTAH2 DIA SUSAH HATI BILA TENGOK SAYA BALIK ! HEHE
salam tuan,
ReplyDeletememang nampak sangat tuan bersemangat makan kat sana..
takpe turun naik je bukit Lavender tu jamin perut tuan turun juga
YB 1,2 @ 3
ReplyDeleteSALAM. MEMANG BENAR, KALAU TEST KOLESTEROL MEMANG FAIL.
KALAU AWAK DATANG SEMALAM, BOLEH MAKAN GULAI RUSA. SAPA SURUH BALIK IKUT KARAK.
SAYA DAH AGAK SOALAN TU MESTI AKAN AWAK TANYAKAN. TETAPI JAWAPANNYA TETAP SAMA MACAM DULU.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAUDARA SAYA TU MALU-MALU SEBAB LAMA TAK JUMPA. LAGIPUN DIA TAK PAKAI SELUAR.
AIN
ReplyDeleteCARILAH MASA UNTUK MELAWAT. LEBIH2 LAGI MASA MUDA DAN BELUM ADA ANAK KECIK LAGI NI. YANG DUA ORANG TU DAH TAK PAYAH DUKUNG LAGI KAN ?
LIN J
ReplyDeleteSALAM KENAL JUGA DARI SAYA. TETAPI SAYA JADI TERTANYA2 SIAPAKAH LIN J INI. BERILAH SIKIT INFO TENTANG DIRI ANDA.
HARI TU YANG KELUAR CUMA DUA EKOR SAHAJA WALAUPUN PISANG YANG DIBERI MENGGIURKAN SAYA. MUNGKIN MASA INI BANYAK BUAH HUTAN SEDANG MASAK. ITU SEBAB MEREKA TAK PANDANG PISANG KOT.
JEJARI HALUS
ReplyDeleteMAKAN KAT AZHAAR MAJU PUN BEST GAK !
DAUN BIDARA
ReplyDeleteMEMANG BETUL. KALAU ADA PUN MUNGKIN KAT PASAR BORONG SELAYANG JAM 6.30 PAGI.
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MASALAHNYA TAKUT KETING YANG KURUS TAPI PERUT MACAM TU JUGA SEBAB HARI-HARI DOK MENYUMBAT !
salam hari isnin,
ReplyDeleteJawapan balas n3 dulu..
1) kenapa tak mungkin ?? ..mana tau kan..
2) sy takkan panggil dgn gelaran yg tuu..
Jawapan n3 Sandakan ;
nak komen ikut gambar :-
gambar 1-2
pemandangan dr atas tuu..biasanya nampak rumah/bilik2 atas bumbung bangunan..kanak-kanak berkeliaran..sian pun ada..byk gelandangan di sana.
gambar 3-5,
IE dah pernah sampai kat surau dan sekolah ni. AbgNgah tak bawa balik payau ke? ..mana tau kot Kak Ngah ngidam
gambar 6-7,
oooo...jumpa sedara kat sini yer !...hehehe nampak En AL benar-benar melepas rindu.IE pun dah lama tak jenguk sedara En AL kat situ..Apa khabar mereka ??
seronok percutiankerja pak ngah ye..
ReplyDeletememang sumber laut memurah di sana kan?
waaah best nya bercuti.. sambil menyelam minum air ehh.. betul ke nak eksesais tu, ke janji manis jerr.. hihi..
ReplyDeleteIKAN EMAS
ReplyDeleteKAN KE SAYA DAH CAKAP BELI DAGING RUSA@PAYAU KAT GAMBAR LAST TU !
KALAU KERJA BAWAH SAYA, DAH KENA MARAH DAH NI !
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteMEMANG HASIL LAUT DAN JUGA DARAT MURAH .. TAPI GAJI PEKERJA DI SANA (BUKAN KERAJAAN) JUGA SANGAT MURAH !
AANAS
ReplyDeletePAGI TADI DAH MULA EKSESAIS DENGAN BERJOGGING DARI BILIK TIDUR KE BILIK AIR ! HEHE
jom ke klinik....
ReplyDeleteujian kolesterol percuma..
jarum kici punya...
Salam ziarah juga... singgah ke mari semoga TJ sihat ceria sentiasa :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletePertama kali ziarah..
Buah tarap tu mcmna rasanya...
salam tuan..
ReplyDeletemasa untuk beriadah
sambil meluangkan masa
ziarah dan mengeratkan
silaturahim sesama insan
moleklah begitu..moga
tuan selalu sihat sekeluarga
di sana...
teringat IM semasa mendaki gunung tahan dulu. suasana lebih kurang sama macam dalam foto Komensen!
ReplyDeleteSyahdu la pulak!
salam THJ, semoga sihat walafiat senantiasa...
ReplyDeletedari Hotel Sandakan kul 9.58am sampai rumah 'sedara' kat Sepilok kul 10.00am...dekat jer rupanye...hihii
ke kul 10.00 dan kul 3.00 tu nak beritahu waktu "tea break" sedara-mara tu...?
DRSINGA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAWARAN ITU. YANG TAK PAKAI JARUM PUNYA TAK ADA KE ?
MANALAH TAHU KOK BOLEH DI JAMPI2 SAHAJA.
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BERZIARAH WALAUPUN DATANG DENGAN TANGAN KOSONG SAHAJA. JANGAN MARAH, SAYA GURAU JE !
NADZ
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH KALI PERTAMA. NANTI SAYA AKAN ZIARAH NADZ PULAK BILA KELAPANGAN.
BUAH TARAP TU RASANYA ...ERR MMM ERR MACAM BUAH TARAP LAH. SUSAH NAK CERITA RASA NI. RASANYA ADA SIKIT2 MACAM BUAH NANGKA.
BUAH NANGKA PERNAH RASA TAK ?
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ELOK ZIARAH MENZIARAH NI KERANA MENGERATKAN SILATULRAHIM ITU BOLEH MEMANJANGKAN UMUR.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteSAYA BELUM PERNAH LAGI DAKI GUNUNG TAHAN. GUNUNG PASIR ADALAH.
GUNUNG PASIR TU NAMA SEBUAH KAMPUNG DEKAT DENGAN KUALA PILAH.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SEBENARNYA SAYA KE SEPILOK TU SEBELAH PETANG UNTUK MELIHAT PERSEMBAHAN JAM 3.
TAJAM MATA AWAK ! BOLEH JADI P.I.
nasib baik la kameraman tak reti fokus gambar..kalau dia fokus kat bawal putih tu..sian la kt pembaca2 dan 'pengomen2' yg dok kecur air liur..
ReplyDeleteSUHANA SUID
ReplyDeleteBETUL JUGA YA ! KAT GERMAN TAK ADA BAWAL PUTIH KE ? ATAU YANG SEAKAN2 DENGANNYA ?
SAYA PERNAH JUGA PERGI GERMAN YANG BERSEMPADAN DENGAN SWISS. TEPI TASIK, LUPA NAMANYA.
Itu orang yang pegang ikan merah tu orang Sabah ke?..
ReplyDeleteRELEVAN
ReplyDeleteBUKAN. NAMA DIA SITI NORHAIFA BINTI HAMZAH. ANAK TUAN TANAH.
NAK BERBESAN ?
Banyak betul aktiviti JJCM (jln-jln cari makan). Bertuah badan.
ReplyDeletebestnye pakcik gi jenjalan ke sana. tak ajak pun. :P murah jugak harga ikan ngn ketam tu ye. kat sini ketam sekilo RM14. mahal betul. Kalau kita pergi kat tempat nelayan kat sini pun, harganya lebih kurang jer macam yang kat pasar borong. tapi nelayan sana jual murah betul ye?..
ReplyDeletehttp://wanshah87.blogspot.com
NAIZAF
ReplyDeleteTU LAH AWAK TAK NAK IKUT ! KALAU TIDAK, KITA BOLEH MAKAN DAN JALAN SAMA2.
WANSHAH
ReplyDeleteDIA ORANG TERPAKSA JUAL MURAH KERANA SISTEM PERHUBUNGAN MASIH BELUM BAIK MACAM DI SEMENANJUNG. KALAU MEREKA NAK JUAL KE KOTA KINBALU MISALNYA, JAUH. TERPAKSALAH JUAL MURAH. LAGIPUN PENDAPATAN ORANG SANA PUN TAK TINGGI.
Wow.. tarap.. tuan pernah makan tarap.. buahnya comel ..sedap dibuat cucur :)
ReplyDeleteHARNIKA
ReplyDeleteHARI TU MAKAN MENTAH, JADI TAKLAH BERAPA SEDAP. SAYA TAK TAHU PULAK BOLEH DIBUAT CUCUR. MACAM GORENG CEMPEDAK TU KE ?
WALAU POST NI DA LAMA TP SIOK DIBACA...ADA INFO ADA JUGA LUCUNYA...SILA DATANG MELAWAT KAMIURANG LAGI...
ReplyDeleteTerima kasih apa-apa ja kerana sudi membaca entri lama saya dan meninggalkan komen. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan pergi lagi.
Delete