Sunday, August 1, 2010

ENTRI SEMPENA GENAP 200 FOLLOWERS !



Saya sangat letih hari ini. Petang tadi baru balik dari Sandakan, Sabah. Kemudian lepas Maghrib dan Isyak menghadiri dua kenduri tahlil di rumah rakan setaman.

Sebaik balik dari kenduri, saya lantas membuka blog dan saya dapati bilangan followers saya telah mencecah 200 orang. Rasa letih dan mengantuk terus menghilang. Sempena genap 200 followers (nak tunggu cukup 100,000 entahkan bila) ini saya ingin memberi penghargaan kepada dua orang insan bloggers. Mereka ini pada awal pembabitan saya dulu telah menjadi pembakar semangat saya untuk berblog. Mereka ialah Mama Min dan Finaz. Setiap entri saya pada masa itu, pasti mereka akan masuk dan beri komen yang menghiburkan.

Bila dia orang buat entri khas untuk saya, saya rasa macam tak percaya dengan mata saya. Ye lah saya bukan Ben Ashaari atau Hanis Zalikha. Dan saya pun baru sebulan dua berblog pada masa itu, tetiba ada orang buat entri khas untuk kita. Konsep blog pun belum mantap dan masih tercari-cari. Siapa yang tak rasa terangkat. Hati siapa yang tak kembang.

Tetapi saya sedih sekali, kedua-dua insan ini kini menyepikan diri. Sementara Finaz difahamkan sedang sibuk memantapkan perniagaannya, Mama Min pula langsung sepi tanpa berita. Katanya nak bercuti 3 minggu sahaja dulu.
Kini sudah lebih 7 bulan dia tidak muncul. Sudah beberapa kali saya memancing dia melalui beberapa entri saya, namun umpan saya masih tidak mengena. Apa-apa pun saya doakan Mama Min beroleh kejayaan dalam apa pun bidang yang diceburinya sekarang.

Manakala Finaz pula, selalu-selalulah update blog awak tu macam dulu-dulu.

Entri-entri mereka yang dibuat khas untuk saya, adalah seperti di bawah.


Entri Khas oleh Mamamin untuk saya yang bertajuk
"Al-lavendari - Welcome Back to Blogger's World Boss"
Dia memang panggil saya boss padahal jumpa pun tak pernah.
Saya tak sempat nak salin entrinya yang sebenar sebab
blog dia dah tutup selepas dia membuat entri ini.


Ini pula entri khas dari Finaz untuk saya.
Dibesarkannya gambar saya yang diambil dari gambar profil.


Namun disebalik kesedihan itu, kenalan2 yang lama dan baru yang lain cukup menghiburkan. Saya akan tersenyum sendirian bila melihat pelbagai panggilan yang dibuat kepada saya. Contohnya:


Kakcikseroja - Kanda
Linda - Tuan
Yunus Badawi - Abang
Sahromnasrudin - Tuan Haji
Sayangsayangibu - Pakngah
Che Pit - Pakcik
Hajarus - Encik
Cheqna - Ayahanda
Alvin - Datuk (kekadang Abang)
Ain - Uncle
DrSinga - THL (Tuan Haji Lavendari lah kot!)
Abd Razak - THJ (Tuan Haji la tu )
Abang Temuk - al-Lavendari

Ikan Emas - Yang ni lain sikit. Dia panggil ikut suka dia jer. Pakngah, Angah, Bang Ngah Datuk, Abang, Abang Haji dan banyak lagi. Saya pun dah tak ingat. Kalau tak silap Ustaz pun pernah dia panggil. Pokok dek kau lah !

Semoga persahabatan maya kita akan terus terjalin dan bertambah mesra walau pun tidak sepanjang masa kita dapat saling melawat. Namun yang penting hati tetap ingin terus berkawan.


"KITA BERBLOG NAK CARI KAWAN BUKAN NAK CARI GADUH"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

* psst .. yang sebenarnya follower saya baru 199 orang sahaja
 kalau ditolak Syarikat Permata Hijrah.
.
.
.

78 comments:

  1. Tahniah kerana sudah mempunyai 200 follower :D

    Teruskan ber "blog" selagi terdaya :D

    ReplyDelete
  2. salam tuan..
    ayat last sekali yang saya suka tu..
    tahniah ada ramai follower..moga terus sukses..

    ReplyDelete
  3. tahniah! tu yg terang2an jadi follower..yg jadi silent reader? wahhh...pemes youu...hee

    ReplyDelete
  4. pakngah
    balik sabah bawak apo?
    hehehehe...

    Bagi sya kan, suko baca blog yang dari insan yang kira banyak pengalaman ni
    kadang tu, ado terselit sesuatu yg boleh di jadikan panduan, ado nasihat ado teguran
    segalo eh ado

    kira cukuplah asam dan garam, manis dan pahit eh
    macam menimba ilmu jugakah
    terima kasih pd pakngah sobab berkongsi segalo
    walaupn tak pernah berjumpo, lalu jugak di Lavenda hight tu

    ReplyDelete
  5. Salam THJ..

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    THJ..ah'ha betul tu apa yang tuan haji teka..

    Tahniah dan moga terus dapat menulis di sini, moga tuan haji sentiasa dalam redha~Nya..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Tuan !

    Hilang semua penat kanns..

    ReplyDelete
  7. Salam pagi Sabtu. Moga yang ke 200 ni dapat hadiah khas dari tuan.

    Benar sekali mama min sudah lama menghilang.

    sudah buat report kat mana-mana balai polis bang? 7 bulan ni terlalu lama hilang ni?

    ReplyDelete
  8. Tahniah bang, sayuppppp na lagi sy nak smpai angka tu, skrang nak dapatkan 100 org pun mencungap.

    (Ehemmmm....sy pun ado yo 1 n3 utk abg, lagu wali band lagi.... sampai hati lupo, hehehe..)

    Teruskan bang, mana tau boleh dapat 100 ribu kan..

    ReplyDelete
  9. Awat tak buat pantun khas? Dan tak ada hadiah ke untuk follower ke 200?

    IM follower ke berapa, ek...

    ReplyDelete
  10. Tahniah boss !!!
    ( mana tau suatu hari nanti jadi boss sy pulak >>>)

    ...tapi sebenarnya sy jenis yg tak suker panggil pegawai yg lagi tinggi kat atas tu sebagai boss..tak tau la nape ..tak suker bodek kot ..)

    commonsense tuan punya blog ni memang hebat!!!

    lepas ni entah apa pulak idea dia nak mengenakan follower lain..

    mai mai mai ...
    ramai ramai
    kiter serbu 'rumah pak Aji Enjah ni '!!!!
    macam-macam ado !!!

    ReplyDelete
  11. satu lagi yang IE belum pernah panggil ...


    ' darling '


    ala malu laaaa....

    ReplyDelete
  12. salam tuan haji, nama saya pun masuk dlm list entri nie....heheheeh...trime kasih byk2..tahniah dr sy atas follower yg mencecah 200 org..blogger spt tuan haji mmg layak dianugerah blogger terhebat coz tanpa entri politik dan hiburan, masih mampu memikat ramai follower dan pengomen tegar..tahniah khusus dr saya

    ReplyDelete
  13. salam ayahanda
    wahhhh....dah ramai peminat ni...hehehehehehe
    teruskan berblog ye.....
    betul..kita berblog untuk mencari kawan...
    sekurang2nya bila kita sebut nama 'cheqna'..oh itu kawan saya....
    besh kan??

    ReplyDelete
  14. saya berbangga kerana menjadi salah seorang daripada 200 eh..199 orang itu...dan bila ketika ke angka 100000 itu nanti...
    .
    nak tukar panggil ke TH-Abang-L boleh....
    :)

    ReplyDelete
  15. salam,

    tahniah utk saudara kerana bukan sekadar follower saje yang ramai tapi yang mengomen pun ramai juga tanda ramai yang sayang tu hehe..

    ReplyDelete
  16. SALAM

    MINTA MAAF SEMUA. SAYA BELUM DAPAT BALAS KOMEN ANDA. MASIH SIBUK DI TAHAP 1. SEPANJANG HARI INI HINGGA MALAM ADA PROGRAM.

    NANTI ADA LAPANG SIKIT, SAYA JAWAP SEMUA. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  17. salam. rasanya ni baru pertama kali bagi komen. dulu ada masuk sekali dua dan selalu juga jumpa nama allavendari ni di kotak2 komen kawan2.
    orang nogori yo..

    ReplyDelete
  18. Tahniah kerana terus berkembang maju. Blog tuan memang menghiburkan dan penuh dengan satira kehidupan.

    Syabas dan teruskan.

    ReplyDelete
  19. salam akhi Hamzah ...

    waw dah semakin gemilang ler tu ... teruskan perjuangan....

    ReplyDelete
  20. tahniah.. semoga panjang umur murah rezeki..

    ReplyDelete
  21. Salam Kanda AL..

    tetiba saya tergelak panjang membaca entri ini (di sebalik kesedihan saya kehilangan Mamamin dan Finaz juga)...

    ReplyDelete
  22. Salam Bang HAMZAH... sihat?

    tahniah sebab dah capai 200.. Bukan sebarang orang leh dapat banyak camtu..

    ReplyDelete
  23. Salam AL,
    Tahniah atas apa yang dicapai! Setuju, berbloglah atas tujuan yg baik !

    ReplyDelete
  24. salam,

    tuan, errrrrrrrrr hehheeh
    saya pun dulu2 tak tahu nak panggil apa kat tuan, saudara ke, bro ke?
    segan lak rasanya hahhaha...
    teman datang dan pergi
    apa lagi followers kan
    semoga terus berkarya dan memberi manfaat kepada kami2 semua
    hehehhe...

    semoga tuan terus diberkati allah swt selalu, amin

    ReplyDelete
  25. salam, tahniah dah ramai folower.

    ReplyDelete
  26. tahniah untuk uncle,

    semoga uncle akan terus bersemangat untuk menulis....

    andaikata dah femes suatu hari nanti, harapnya tak lupakan kami yang entah siapa-siapa nie...

    ReplyDelete
  27. Sdr Al Lavendari
    tahniah, kira2nya dah ada ramai juga pengikut..kita berblog sememangnya ingin mencari kawan2.

    t.ksih kerana saya juga tersenarai dalam blog list sdr Al Lavendari...mudah2an maju jaya dan dirahmati selalu tuan tanah...

    ReplyDelete
  28. salam pakngah
    tahniah, lepas ni boleh buat giveaway utk follower lak kot, hehe ...
    sorry lama x datang bertandang. Tp pakngah pn dh lama tak datang umah saya, huhuhu....

    ReplyDelete
  29. Salam Tuan Haji,
    saya tak ingat, saya dah follow ke belum Tuan Haji ni, tapi saya memang suka baca n3 tuan Haji dan jarang nak komen sebab ...NO KOMEN.

    ReplyDelete
  30. ANIF

    INSYAALLAH. TETAPI HARAP JANGAN KECIK HATI YA KALAU SAYA DAH JARANG DAPAT MELAWAT. PRIORITY PERTAMA MEMBALAS KOMEN DULU SEBELUM MELAWAT SETAKAT MANA YANG TERDAYA.

    ReplyDelete
  31. hey.....
    i was so shocked
    hahaha! n feel funny too
    baru hari ni saya berpeluang jengok blog saya n blogwalking
    yeah...kinda miss u guys too especially u haha!

    oklah, oklah...saya update blog thefinaz tapi blog ilhamcipta org lain saya tak sempat...very busy..

    oh..ya..tak lama lagi nak puasa so Selamat Berpuasa..

    ReplyDelete
  32. saya terlupa
    saya nak ucapkan tahniah sebenarnya tadi sebab dah ada 200th followers

    nama pasal nampak byk sangat nama saya..terus lupa lak lol...

    ReplyDelete
  33. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. FOLLOWERS SAYA BELUM SERAMAI ZUL. BAGAIMANAPUN SAYA AMAT BERPUASHATI MEMANDANGKAN SAYA AKTIF BERBLOG BELUM PUN SAMPAI SETAHUN LAGI. WUJUDKAN BLOG INI MEMANG DAH LAMA, TAPI AKTIFNYA BARU LAGI.

    ReplyDelete
  34. FA*ATIP

    YANG SILENT READER TU SAYA TAK DENGAR PULAK ?

    APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

    ReplyDelete
  35. SAYANGSAYANGIBU

    NANTI SAYA BUAT SATU ENTRI KHAS TENTANG LAWATAN KE SABAH.

    TERIMA KASIH ATAS PUJIAN YANG MELAMBUNG TINGGI. PUJILAH LAGI .. SAYA TAK KECIK HATI.

    ReplyDelete
  36. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN KATA2 PERANGSANG ITU.

    ReplyDelete
  37. LINDA

    HILANG PENAT TU TIDAKLAH .. TAPI LUPA SEKEJAP TU ADALAH !

    ReplyDelete
  38. ABU MUAZ

    SALAM KEMBALI. TIADA HADIAH KHAS YANG DIJANJIKAN UNTUK YANG KE 200.

    PASAL KEHILANGAN MAMA MIN ITU, SUSAH NAK REPOT SEBAB SEKARANG INI BALAI POLIS BERGERAK !

    ReplyDelete
  39. CKLAH

    TERIMA KASIH. CKLAH LAGI HEBAT DARI SAYA. SAYA MEMANG DAH TUA, TAPI BLOG MASIH MUDA.

    ReplyDelete
  40. ANNIE

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. TENGAH MEMIKIR NAK BUAT IKLAN KAT TV3 UNTUK MENDAPATKAN FOLLOWER 100 RIBU TU.

    ReplyDelete
  41. INSAN MARHAEN

    LUPA LAK NAK BUAT PANTUN KHAS. NOMBOR IM BERADA DIANTARA 1 - 200. HEHE

    ReplyDelete
  42. FATRINA

    LAMA BETUL TAK BERKUNJUNG. INGATKAN DAH LUPA. TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI ZIARAH. NANTI SAYA LAWAT BLOG FATIN PULAK.

    ReplyDelete
  43. AUJINZ

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. IA SANGAT BERMAKNA BUAT SAYA SEBAB DATANGNYA DARI ORANG YANG RANGGI.

    ReplyDelete
  44. IKAN EMAS 1

    DAH DIA TUKAR PANGGILAN LAGI ! TAK MUNGKIN SAYA JADI BOSS IE. SAYA BERANI KATA BEGITU.

    IKAN EMAS 2

    JANGANLAH PANGGIL YANG ITU. NANTI PINGGAN MANGKUK TERBANG MELAYANG.

    ReplyDelete
  45. ROM

    TERIMA KASIH KERANA MENJADI PENGOMEN TEGAR SAYA. JANGAN KECIK HATI KADANG2 SAYA TERMISS KOMEN SATU DUA ENTI ROM. BUKAN DISENGAJAKAN TAPI TIDAK KESEMPATAN.

    ReplyDelete
  46. CHEQNA

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU DAN MEMANGGIL SAYA AYAHANDA. SETAKAT INI CHEQNA SAJA YANG PANGGIL CAMTU. ANAK SAYA PUN TAK PANGGIL AYAHANDA.

    ReplyDelete
  47. DRSINGA

    SAYA JUGA BERBANGGA KERANA DOKTOR SUDI MENJADI FOLLOWER SAYA.

    NAK PANGGIL PASIUN PUN BOLEH !

    ReplyDelete
  48. CEMOMOI

    AWAK NAK PANGGIL APA PULOK KAT SAYA ?

    ReplyDelete
  49. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS ANDA JUGA YANG MENYEBABKAN SAYA TERLUPA KELETIHAN SEKETIKA.

    ReplyDelete
  50. HAMIZAH

    KAWAN ALAM MAYA LAGI KERAP BERKUNJUNG DARI KAWAN ALAM REALITI.

    ReplyDelete
  51. KAKPAH

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KALI PERTAMA. SAYA MEMANG EMAK AYAH ORANG NOGORI DAN SAYA PUN LAHIR DAN KINI MENETAP DI NEGERI SEMBILAN. JADI KIRA ORANG KODAH LAH KAN !

    ReplyDelete
  52. POL LI

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN JUGA DORONGAN ITU. POK LI ADALAH ORANG TERAWAL YANG SAYA FOLLOW.

    ReplyDelete
  53. UMMI HUMAIRAH

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN KATA2 PERANGSANG ITU. TETAPI SAYA SUNGGUH SEDIH KERANA SERING KESEMPITAN WAKTU UNTUK MEMBALAS LAWATAN PENGUNJUNG. TAPI NIAT TU TETAP ADA.

    ReplyDelete
  54. ENDIEM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. MUDAH2AN BEGITULAH.

    ReplyDelete
  55. KAKCIK

    SALAM KEMBALI. AYAT MANAKAH YANG MENCUIT HATI KAKCIK ITU ?

    ReplyDelete
  56. AZIEAZAH

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SAYA JUGA GEMBIRA SEBAB AZIEAZAH ADALAH SALAH SEORANG YANG SUDI MENJADI FOLLOWER SAYA.

    ReplyDelete
  57. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN YANG MENGUKUHKAN SEMANGAT SAYA.

    ReplyDelete
  58. BLUECITY

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA BLUE SUDI MENJADI FOLLOWER DAN JUGA SERING MELAWAT DAN MENINGGALKAN KOMEN DIBLOG SAYA. CUMA SAYA JER YANG KURANG MEMBUAT LAWATAN BALAS. MAAF BANYAK2 YA.

    ReplyDelete
  59. HAMSINI

    SALAM KEMBALI DAN TERIMA KASIH KERANA HAMSINI JUGA SALAH SEORANG DARINYA DAN SESUNGGUHNYA SAYA AMAT MENGHARGAINYA.

    ReplyDelete
  60. wah! 200 tu bnyak pak! yg sy suka blog ni sbab dia ada ramai pembaca tetap. tahniah2.

    ReplyDelete
  61. AIN

    JANGANLAH CAKAP MACAM TU ! SAYU HATI UNCLE. MANA BOLEH LUPA CUMA MASA SAHAJA YANG TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK MELAWAT SEMUA BLOG PENGUNJUNG.

    ReplyDelete
  62. IDALARA

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU DAN JUGA ATAS SOKONGAN IDARALARA KEPADA SAYA.

    ReplyDelete
  63. ROSNANIE

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU DAN MINTA MAAF KERANA DAH LAMA TAK BERTANDANG KE BLOG ROS. MEMANG KALAU MASA MENGIZINKAN, SAYA INGIN SEKALI MELAWAT SEMUA BLOG SETIAP KALI ADA ENTRI BARU. TETAPI BUAT MASA INI RASANYA, HAMPIR MUSTAHIL UNTUK BERBUAT BEGITU.

    ReplyDelete
  64. SOT

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.

    DAH TAK LARAT NAK ROCKING .. BLUES TAK BOLEH KE ? HEHE

    ReplyDelete
  65. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    MENJAWAB PERTANYAAN KAK WAN, RASANYA KAK WAN BELUM LAGI JADI FOLLOWER SAYA. TAK JADI PUN TAK APA. SUDI BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN SEPATAH DUA KATA PUN SUDAH CUKUP MEMBESARKAN HATI SAYA.

    ReplyDelete
  66. FINAZ 1

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMAKAN PANCING SAYA. SAYA JUGA TERPERANJAT KERANA AWAK SANGGUP MEMBERI KOMEN WALAU PUN SAYA TAHU AWAK SIBUK.

    SELAMAT BERPUASA JUGA KAT AWAK.


    FINAZ 2

    TERIMA KASIH JUGA ATAS UCAPAN TAHNIAH ITU. SEMOGA MENDAPAT KUNJUNGAN SELALU DARI AWAK.

    ReplyDelete
  67. ORANGLIDI

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. WALAUPUN TAK RAMAI, TAPI SAYA RASA TERUJA KERANA INGATKAN BLOG WARGAEMAS TAK ADA SIAPA NAK PANDANG. TERIMA KASIH JUGA KEPADA AWAK DARI GOLONGAN MUDA YANG KERAP BERKUNJUNG. TETAPI SI FRODO DAH AGAK SENYAP SEKARANG.

    ReplyDelete
  68. tahniah pcik

    sy pula dah genap setahun;)

    ReplyDelete
  69. JANE

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG SERTA UCAPAN ITU DAN TAHNIAH ATAS ULANG TAHUN KELAHIRAN BLOG JANE.

    ReplyDelete
  70. Salam Abg,
    Maaflah lama tak kemari. Bukan ke sini aje tapi blog lain pun mcm tu sbb ada sibuk sikitlah. (Banyaklah ko punya sibuk tu YB huhuhu).

    Semoga abg terus mendapat pengikut. Kalau dah 100,000 nanti jgnlah lupa saya ya?

    ReplyDelete
  71. YB

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGGELEDAH ENTRI LAMA.

    ABANG INGAT NAK MINTA KARAM SINGH WALIA TOLONG PROMOTE BLOG ABANG NI.
    AWAK ADA NO HENFON DIA TAK ?

    ReplyDelete
  72. saya pun dah panggil mcm2 ni, uncle, pakcik, pakngah, pakngah Hamzah...hehe.

    Merujuk pada org yg sama juga..:)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.