Gambar Hiasan - Ihsan Google
kelmarin aku melihat di kaca tv
ada famili makan nasi
beras gred bawah sekali
cuma sekali sehari
dengan sayur kangkung yang dipetik di pinggir kali
sekadar mengalas perut yang berbunyi
tidak pula ku lihat ada kerut di dahi.
sedang aku terbiasa makan nasi
beras wangi gred atas sekali
bila-bila mengikut kehendak hati
kekadang berkali-kali dalam sehari
dengan kari ikan tenggiri atau kurma bebiri
atau lain-lain makanan selayak tuan puteri
itu pun kekadang masih tidak berpuas hati
hanya kerana tiada sayur broccoli.
mengapa aku begitu biadap sekali
seolah-olah merasa semua rezeki
sudah menjadi hak sendiri
terlupa akan segala yang dinikmati
adalah dari rahmat Mu jua wahai Ilahi
makhluk jenis apakah aku ini?
Ya Allah ya Tuhan ku
ampunilah daku
atas segala kebiadapan ku
semoga Ramadhan tahun ini
menginsafkan aku siapa diri.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua. Patuhilah segala pantang larangnya, agar kita tidak hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga !
.
.
kita berpuasa bila anak bulan Ramadhan telah kelihatan ..
Soalnya kalau ada anak tentu ada emak ayah.
kenapa tak kata bulan sahaja ?
.
ini entri keluaran tahun lepas.
Assalamu'alaikum Kanda AL..
ReplyDeleteSelamat berpuasa. Maaf Zahir dan Batin. :)
salam ramadhan semoga ia lebih baik dari sebelum ni
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSelamat berpuasa..malam ni terawih !!
walaupun kita makan beras wangi, kurma bebiri atau sayur brocoli tetapi bila nikmat 'selera makan'itu ditarik semaunya dah tak memberi makna lagi..
Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan Allah swt.
Bersyukur dengan nikmat yang ada.. Semoga ramadhan kali ini lebih baik.
ReplyDeleteSelamat berpuasa :)
salam ayahanda
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan al mubarak
moga ibadah kita akan diterima..
moga sihat2 sokmolah..=)
salam Akhi Hamzah....
ReplyDeleteselamat menyambut bulan mulia Ramadhan Mubarak
salam...semoga tuan haji dan keluarga dilimpahi rahmat Ilahi..insyaAllah..terawih mlm nie di masjid mane, tuan haji???
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSelamat Berpuasa AL. Kita sama membuat pengisian terbaik sptmana yg dituntut oleh agama kita.
salam tuan,
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan al mubarak, semoga amal ibadah kita diterima Allah swt. amin
maafkan salah silap...
ps:
kerana bulan sabit/bulan tak penuh sebab tuh dipanggil anak bulan kot, ekekke...
habis tu kenapa dipanggil bulan mengambang?lalalal..
Salam THJ..
ReplyDeleteMoga tuan haji sihat hendaknya..
Selamat menjalankan ibadah puasa dan menghayati ramadhan itu dengan penuh makna.
Salam Tuan Haji,
ReplyDeleteSaya takleh makan beras wangi gred atas sekali lembik,byk kanji, gitu juga kurma bebiri.takut darah tinggi. Tapi brocoli saya makan buat ubat.
Selamat berpuasa buat Tuan Haji dan keluarga.
Salam..
ReplyDeleteKita hanya akan menghargai sesuatu yang kita ada apabila kita kehilangannya.. Sebagai manusia biasa, kita sering alpa dengan nikmat yang diberikan.. Namun Ramadhan ini adalah hari terbaik sebagai titik tolak untuk kita terus bersyukur dengan kurniaan-Nya..
Salam Ramadhan.. : )
salam
ReplyDeletebersama kita merebut pahala berganda dgn setiap amalan yg kita lakukan dibulan mulia ini..
nnt amik kad kt blog saya ya
Selamat Berpuasa..
ReplyDeletememang kesian mengenangkan orang2 yang skadar cukup makan sedangkan kita sampai terlebih2 makan.
kekadang sampai dah bagi FREE pun masih nak komplen.
Alhamdulillah dgn rahmat Allah.
kalo panggil bulan jd xunik plak sbb smua org akn bayangkan bulan penuh. kalo ank bulan mst smua bygkn mcm bulan sabit tu kan.
*teringat masa kecik2 dlu pnah makan nasi bkuahkan air kosong & ikan bilis cmpur kicap bawang.
slmt bpose~
ReplyDeleteSalam tuan..
ReplyDeletetertarik dengan ayat yang last
sekali pasal anak bulan..anak bulan
maksud pemulaan bulan..dah..hujung jadi nenek la dia..he he..
SELAMAT BERPUASA..insyaallah besok..
bermula lah tarawikh kita malam ni..
KAKCIK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. BILA KAKCIK MINTA MAAF ZAHIR DAN BATIN, RASA MACAM DAH NAK RAYA PULAK. HEHE
CEMOMOI
ReplyDeleteBEGITULAH PENINGKATAN YANG KITA INGINKAN .. SEMAKIN TAHUN SEMAKIN BAIK.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SETAKAT INI SELERA MAKAN SAYA BELUM DITARIK LAGI. TU SEBAB BADAN SAYA MAKIN LAMA MAKIN COMEL.
ANIF
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA JUGA KEPADA ANIF DAN KELUARGA. MALAM NI MULA KITA BERTARAWIKH. MASJID DAN SURAU AKAN PENUH. TAPI SAYANGNYA ITU CUMA DI AWAL PUASA SAHAJA. ALANGKAH BAIKNYA KALAU IA BERTERUSAN SEHINGGA SELEPAS PUASA.
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. HARAP2 SIHATLAH TUBUH BADAN SEPANJANG BULAN PUASA INI AGAR DAPAT BERPUASA DAN BERTARAWIKH SEPENUHNYA.
UMMI HUMAIRA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI UMMI. SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA JUGA DARI SAYA.
ROM
ReplyDeleteSAYA BUAT TERAWIH KAT SURAU DI TAMAN SAYA SAHAJA, INSYAALLAH.
SURAU DEKAT SAHAJA, BOLEH JALAN KAKI.
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BENAR .. TIDAK ADA ALASAN BAGI KITA TIDAK DAPAT MEMBUAT PENGISIAN YANG TERBAIK. DI NEGARA KITA TIADA PEPERANGAN, BANJIR, KEKURANGAN MAKANAN ATAU MALAPETAKA LAIN SEPERTI YANG TERJADI DI NEGARA LAIN. SYUKUR.
BLUECITY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SEBUT PASAL BULAN NI, DALAM BAHASA KITA ADA MACAM PERKATAAN ATAU ISTILAH TENTANG BULAN. MISALNYA, CUKUP BULAN, SAMPAI BULAN,HUJUNG BULAN, MAKAN BULAN, DATANG BULAN DAN BANYAK LAGI.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN JUGA NASIHAT ITU.
KAK WAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BEROCCOLI ITU UBAT UNTUK PENYAKIT APA EK ?
SELAMAT BERPUASA JUGA UNTUK KAK WAN DAN KELUARGA.
FAR_RED
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BENAR SEKALI KATA FARRED ITU .. BILA TAK ADA BARU KITA "APPRECIATE" SESUATU ITU YANG SELAMA INI KITA "TAKE FOR GRANTED"
KAMSIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. DISAMPING BERPUASA, BANYAKKAN MENINFAK HARTA KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK.
JEJARI HALUS
ReplyDeleteSIAPAKAH ORANG YANG BAGI FREE MASIH NAK KOMPLEN TU ?
KENANGAN MASA KECIL DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK MENGEMUDI HIDUP MASA KINI.
DYNA
ReplyDeleteSELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA JUGA DARI PAKCIK. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
ZULKBO
ReplyDeleteMALAM INI MASJID DAN SURAU AKAN SESAK. NAK PARKING PUN SUSAH. TETAPI SEDIHNYA MAKIN KE HUJUNG RAMADHAN SE MAKIN SUSUT. SEPATUTNYA IA MAKIN KE HUJUNG SEMAKIN RAMAI. ENTAHLAH !
benar sekali tu... masih ramai orang yang makan beras gred paling bawah sekali.
ReplyDeletesekarang barang lagi mahal...tentunya mereka akan makan beras paling-paling bawah lagi di Ramadhan kali ini... beras hancur.
orang lain sibuk menempah baju baru.
salam ramadhan al-mubarak...n3 ulangan la ni...ok la tu saya blom baca.././
ReplyDeletesetiap yg bernama manusia mmg tak pnh puas. dtujukan buat diri saya juga yg kadang2 mudah alpa.
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan & selamat berpuasa en hamzah.. ;d
ReplyDeletesemoga segala ibadah yang kita jalani di bulan mulia ini dipermudahkan & diterima serta diberkati oleh Allah swt... Insyaallah...;d
selamat berpuasa...
ReplyDeleteABU MUAZ
ReplyDeleteHARAP2 GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK INI TERLIHAT OLEH PIHAK YANG BERWAJIB. KITA MEMANG BOLEH TOLONG, TAPI MUNGKIN SETAKAT SORANG DUA JER LAH !
ALIMAZ
ReplyDeleteSELAMAT RAMADHAN JUGA DARI SAYA. WALAUPUN IA ULANGAN, IA MASIH RELEVAN.
JEJARI HALUS
ReplyDeleteKALAU KITA SEDIA MENERIMA TEGURAN, INSYAALAH AKAN ADA ORANG YANG AKAN MENGINGATKAN.
HAJARUS
ReplyDeleteSEMOGA APA YANG HAJAR UCAPKAN ITU AKAN DIMAKBULKANNYA.
HAMIZAH
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA JUGA DARI SAYA. SEMOGA KUALITI PUASA KITA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.
Salam Ramadhan. Sahur makan sup dan kurma
ReplyDeleteRamadhan Kareem..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa semua...
note 1: sesekali makan beras wangi, ikan tenggiri, sayur broccoli, apa salahnya.. bersyukur ngan rezeki yang diberi..
nota2: nama dia anak bulan sebab saiz dia kecik, bentuknya sabit.. omak bulan saiz besar, bentuk bulat (macam bentuk omak2 kita).. heheh.. sajer ngusik.
selamat berpuasa tuan haji...
ReplyDelete:)
.
Salam bang.
ReplyDeleteDalam makna sajak abg ni. Marilah kita menjadi hambaNya yg bersyukur.
Slmt berpuasa.
selamat berpuasa, maaf zahir batin
ReplyDeleteSalam Tuan Haji..
ReplyDeleteYe kan kekadang kita rasa kita susah tapi kita makan makanan yang kita tak pernah terfikir pun ianya mewah.... semoga ramadhan menginsafkan kita.... selamat berpuasa dan beribadah......
Salam Hj Hamzah..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa. Mari kita manfaatkan bulan mulia ini.
POK LI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA SAHUR NI RASANYA MAKAN LAUK RENDANG RUSA, YANG SAYA BELI DAGINGNYA KAT SANDAKAN TEMPOH HARI.
selamat menjalani ibadah puasa..semoga beroleh keberkatan dan kesihatan yang baik dsepanjang mengerjakan ibadah ini
ReplyDeleteAANAS
ReplyDelete1. MEMANG SAYA BERSYUKUR SANGAT ATAS SEGALA NIKMAT YANG TELAH DIBERI.
2. SAYA PUN BULAT JUGA .. BOLEH KE PANGGIL PAK BULAN ?
TASEKM
ReplyDeleteSELAMAT BERSAHUR DAN BERPUASA JUGA KEPADA AWAK. DAH KUNCI JAM ?
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MEMANG DALAM DAN SAYA RASA SENANG NAK FAHAM SEBAB ITU BUKAN SAJAK KABUR. MEMANG SAYA AMAT BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATNYA.
MAK SU
ReplyDeleteMAAF ZAHIR BATIN JUGA DARI SAYA. RASA MACAM NAK RAYA PULAK !
ATIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ITU LAH SALAH SATU HIKMAH PUASA .. MERASA LAPAR DAN DAHAGA SEPERTI MANA YANG DIRASAI OLEH FAKIR MISKIN.
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SEMOGA LULUS UJIAN RAMADHAN INI DAN MENERAPKAN LESSON YANG TELAH DI PEROLEHI SEHINGGA PUASA AKAN DATANG. INSYAALLAH.
IBUINTAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA DAN HARAPAN DARI IBUINTAN ITU. AMIN.
Salam pakngah
ReplyDeleteselamat berpuasa....
Slam.
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
selamat berRamadhan. Muga Allah berkati puasa, sahur dan ibadah kita.
ReplyDeleteSalam Ramadhan THJ,
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah dengan apa yang kita ada.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN SELAMAT BERPUASA DI RUMAH BARU !
MOHAMAD
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU WALAUPUN AWAK "SLAM" SAYA. HEHE
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SEMOGA ANDA TERUS REDA DAN TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP INI.
AZRINA
ReplyDeleteSALAM RAMADHAN KEMBALI. SAYA BERSYUKUR SANGAT ATAS SEGALA ANUGERAHNYA SELAMA INI. DAN SAYA SERING MERASA BERDOSA KERANA AMALAN TIDAK SETIMPAL DENGAN SEGALA REZEKI YANG DINIKMATI.
salam ramadhan uncle...
ReplyDeletesemoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan tak lupa pada mereka yang kurang mampu...
Menitik air mata saya tgk gambar tu.
ReplyDeleteMungkin kita perlu letakkan gambar2sebegitu di ruang2 tertentu, untuk mengundang keinsafan dan rasa syukur atas nikmat yg diberikan...
AIN
ReplyDeleteSALAM RAMADAN JUGA DARI UNCLE. UNCLE TAHU AIN SUNGGUH BAIK HATI.
NAIZAF
ReplyDeleteHATI AWAK MEMANG LEMBUT. MACAM HATI SAYA JUGA !