Tuesday, August 24, 2010

SEJUK KE ?

Perhatian. 

Tuan-tuan dan puan-puan. Ini bukan entri lagi. Tetapi pertanyaan.

Bila saya nak follow balik 3-4 follower baru di blog saya, keluar kenyataan seperti di bawah.

"You are already following the maximum number of blog (300). Unfollow some other blogs first"    ... pulak dah !

Persoalannya:

1) Bolehkah dinaikan jumlah blog yang boleh kita follow dari 300 sekarang ? Kalau boleh, bagaimanakah caranya ?

2) Kalau tak boleh, macam mana caranya nak  ambil tindakan untuk "unfollow" ?

Tolonglah beri nasihat kat warga emas ni  (masa ni nak mengaku sangat warga mas)



"You are already following the maximum number of blog (300).  Unfollow some other blogs first"
...........................................................................................

Sekarang mari kita masuk entri hari ini.

Surau kat taman saya ada airkon atau pendingin hawa. Sekarang ni musim hujan dan puasa pula, dia orang tetap pasang airkon.
 Bahkan kadang-kadang waktu Subuh pun dia orang pasang.


Tak cukup lagi, dia orang bukak kipas angin pulak.
Saya memang tak tahan sejuk.
Sudahlah sehari suntuk berbungkus kat pejabat.

Lalu saya pun pakailah jeket keselamatan bila pergi ke surau.
Tapi saya jadi rimas. Jemaah lain asyik bertanya.


"sejuk ke ?"


Letih nak menjawabnya.  Malas pun ia. Rasa nak tulis kat belakang dan depan jeket tu macam ni "Ya .. saya memang sejuk. So what ?"


Apalah dia orang ni ! Tak bagi peluang langsung orang nak lain sikit dari dia orang. Lainlah kalau saya tak pakai baju.


Lalu saya teringat entri saya ini fasal sejuk di pejabat, semasa saya mula-mula berjinak dengan dunia blog dulu. 
Saya perasan gaya bahasa dah berubah sikit sekarang.
Kalau nak tahu beza pendingan hawa dengan penghawa dingin, sila klik.

+++++++++++++++++++++++++

Sub-entri: Rezeki Ramadhan.


Balik dari kelas Ahad lalu, selepas mandi dan bersiap-siap nak berbuka, ada bunyi ting-tong. Ini mesti jiran nak beri kuih ni fikir saya. Rupanya Amir kawan lama datang bawa ikan - masih segar, belum kena air batu. Punyalah banyak. Saya rasa dekat 20 kilo. Antaranya ikan tengalan, baung  (ikan mayong kata Makngahnya)  dan berpuluh-puluh ekor ikan lais. Alhamdulillah. Terima kasih Amir. Dulu dah bagi dah. Saya memang hantu makan ikan sungai. Tapi kalaulah sebanyak ni memang tak boleh habis. Kenalah juga beri jiran-jiran terdekat. Kepada Amir saya beri 4 biji buah durian yang orang beri kat saya sebelum ini.



Lihatlah saiz ikan itu berbanding dengan botol sos itu. Besar kan ? Itu baru sebahagian !


Antara ikan-ikan yang ber"posing" maut..


Haifa dengan dua ekor ikan.  Dia pun nak enter frame jugak !
.
.

94 comments:

  1. 'sejuk ke?'
    'sorang ke'
    .
    soalan-soalan yang perlu dijawab dengan senyuman je..untuk menjaga pahala puasa... :)
    .
    kita tak boleh tolong..kita geng wordpress...

    ReplyDelete
  2. wahh...
    first time , first!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. DR SINGA

    SAYA PUN TERPERANJAT. BARU JER HULUR PANCING, DAH DI MAKAN IKAN.

    GERAM JER NAK BERHIJRAH KE WORDPRESS. TAPI TAKUT ENTRI DAN KOMEN LAMA, JADI CACAMARBA.

    ReplyDelete
  4. komen pertama,
    kalu nak unfollow, kena klik button "Manage" tu.Nanti keluar senarai blog yg kita follow.Kat situ bleh unfollow mana² blog kecuali blog saya.hehe..

    kalu taknak unfollow, pakai jer google reader.tapi kalu pakai google reader,tuan blog tak tau kita follow blog dia.

    komen kedua,
    Saya memang hantu makan ikan sungai.

    agaknye encik lah kut hantu yg dimaksudkan dalam cerita Badang tu yer.hik3..

    ReplyDelete
  5. salam..maaf tuan haji..sy mmg tak tahu tp rasanya zulkbo tahu psl mende nie...
    p/s: nasib baik surau tuan haji tidak diperkotak katikkan mcm kat sikamat tue kan huhuhuu..cedihnya saya mende nie terjadi ;-(

    ReplyDelete
  6. Salam Kanda AL..

    jawab lah.. 'tak.. saya panas, pakai baju ni nak bagi sejuk!' Boleh macam tu???

    Banyaknya ikan... masak tempoyak pun sodap. :)

    ReplyDelete
  7. salam ayahanda
    err...
    maaf..cheqna memang tak dapat membantu
    huhuhuhuhu
    ikan baung..sedapnya....

    ReplyDelete
  8. Sejuk juga rasa kat sini..kalu ada kopi o lagi besh boleh bagi panas panas..

    ReplyDelete
  9. tuan,,tak dapek se nak nolong e tu..

    diorang kat surau tu tegur sebab tuan ensem bona bila pakai jeket tu, kes jeles la tu...

    ReplyDelete
  10. Bang HAMZAH... saya baru tahu yg limit utk kira follow sampai 300 jer..

    Rasanya masjid ni tak perlu econ, cukup sekadar kipas pun dah cukup sejuk dah. Kan ker masjid tu sendiri sejuk?

    Memang berbeza skit cara menulis blog Abg sekarang, dah ada sub entri plakkk..

    Weyyyyyy ikan tuhhh... jeles saya. Saya pun minat ikan sungai. Patin tu saya minat tu..

    Sbb tu saya kata, saya tingin nak jadi jiran BangHamzah...hehehe

    ReplyDelete
  11. salam tuan haji...

    ikan baung tu masak asam rebus sedap tu.....he...

    ReplyDelete
  12. ihikss...
    saje nak berbahasa ngan pak ngah tu...
    slalu kita tgh sidai kaain pun org tanya sidai kain ke..tgh masak ke...

    ReplyDelete
  13. sy org kg yg tak makan ikan sungai..

    di NS ni, keli=sembilang (???)


    malu bertanya sesat jalan..
    tp skrg ramai warga kaca yg bodoh sombong ..

    ReplyDelete
  14. ooo..
    nk komen fasal surau kena simbah cat merah n botol arak tuu..

    skrg dh dicat baru...kes kechik jer ! hrp shahrom faham !

    ReplyDelete
  15. ishhh..iishhh....besarnyeee..buat asam pedas layan ni pakcik..

    ReplyDelete
  16. salam al-lavendari,
    jikalau tak silap saya, boleh saja jika nak migrate blogger ke wordpress, tapi tidak pulak saya ingat detail caranya.. perihal "follow menfollow' itu, tn hj pergi ke dashboard->reading list->manage->settings
    (dari situ bolehla nak unfollow) tapi limit max 300 tu still maintain.. ;(

    ReplyDelete
  17. salam,

    baru tau ada limit ye tapi tentang masalah tu tak dapek nak nolong hehe..

    ReplyDelete
  18. Salam tuan AL
    orang2 tu sesajer jer tegor sebab nak beramah mesra.. agaknya udah lama dia nak menegor tapi takde point. :)

    tapi kalo nak letak sign tu kat jeket pun ok gak, jimat sikit air liur nak menjawab.. hihi..

    ReplyDelete
  19. Salam THJ...

    Tuan Haji checklah di kalangan followers Tuan Haji jika mereka tidak aktif bolehlah stop following mereka, rasanya itu jer caranya.

    Cubalah Tuan Haji search kat google mengenai perkara ni..

    ReplyDelete
  20. special link untuk uncle...

    http://damiaqish.blogspot.com/2010/04/tutorial-manage-blogs-im-following-stop.html

    kalau nak boleh unfollow blog ain, tapi dengan syarat kena tinggalkan jejak setiap hari...

    hehehe....

    sedapppnya ikan baung tu kalau masak asam pedas. lomak cili api pun best jugakkk....

    rugi betul kita tak duk berjiran kan....huhuhu

    ReplyDelete
  21. saya blom sampai maqam setinggi tu... tak dapat le membantu

    ikan tu beso tu, mana dapat? masak lomak cili api, sodap tuuu

    ReplyDelete
  22. sbnrnya sy pun ada mslh seperti tuan... eh.. mslh ke?? bukan.. bukan..

    sy pun mudah rasa sejuk... kat surau rumah sy pun psg ekon dan kipas... bila musim hujan, mak aiiiihhhh... sabar je laa....

    cara mudah utk hilangkan sejuk ni, adalah dgn pakai telekung.. alhamdulillah.. berkesan... ;D

    mungkin tuan boleh cuba... dan mungkin tuan tidak lagi rimas dgn soalan jemaah lain

    'sejuk ke??'


    hurrrmmmm.. tapi bersedia utk rimas dgn soalan lainnya ya...

    :D

    ReplyDelete
  23. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

    SAYA TELAH MENDAPAT JAWAPAN YANG DIINGINKAN DENGAN PERTOLONGAN AIN MELALUI KOMEN BELIAU DI ATAS. SAYA BERPENDAPAT KETERANGAN BERGAMBAR ITU CUKUP MEMBANTU. KEPADA SESIAPA YANG MENGAHADAPI MASALAH SERUPA, BOLEHLAH MERUJUK LINK YANG AIN BERIKAN ITU.

    SEKIAN. TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU.

    ReplyDelete
  24. salam tuan haji...betul kata Mr Penyu Biru tu..so saya buat cenggitu..hanya delete pada mereka yg tak folo semula pd sy..jadi, bilangan org yg folo kita dengan kita memfolo org akan jadi sama.baru adil dan saksama namanya...trime kasih penyu biru :-)

    ReplyDelete
  25. wah best nye ikan sungai tuh... kat tempat saya nih takde la nak jumpe ikan sungai.. tetiba terbayang ikan patin masak tempoyak... huhuuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  26. Salam Tuan Haji ,
    Alhamdulillah rezeki..yang tak dapat di tolak.
    dan ...
    soalan yang kena jawap..emm.

    ReplyDelete
  27. kalau kite buat surat bg kat google, @pun pakat2 dengan ramai blogger wat entry protes google mintak naikkan limit follow tu, rasanye google bleh pertimbangkan kot pakcik al-lavendari. :) nak tergelak baca komen Mr PenyuBiru tu. ada ke pakcik dikatanya hantu makan ikan dalam cite badang tu. adoilaa.. tergelak sakan saya. :)

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. rasanya En Penyu dah jawab soklan awak tu....hehehe

    ReplyDelete
  29. MR PENYUBIRU

    SAYA DAH DAPAT DAH KAEDAHNYA MELALUI LINK YANG DI SARAN OLEH AIN. APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS PETUA AWAK.

    HANTU DALAM CERITA BADANG TU SEBENARNYA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN SAYA. SAYA BERGERAK SECARA SOLO. HEHE

    ReplyDelete
  30. ROM 1

    CACING SUDAH NAIK KE MATA,
    KADUK SUDAH NAIK JUNJUNG.

    ReplyDelete
  31. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    SAYA TAK TRY LAGI JAWAB MACAM TU. NANTI SAYA CUBA TRY TEST TENGOK.

    YANG DAH MASAK TEMPOYAK PUN DIA BERI. LUPA NAK SNAP GAMBARNYA.

    ReplyDelete
  32. rasanya dah ramai jawab camne nak unfollow kan AL.

    pasal sejuk, saya suka sejuk..tu sbb byk spend masa onboard.

    ReplyDelete
  33. CHEQNA

    TAK DAPAT BANTU TAK APA ASALKAN NIAT NAK MEMBANTU TU DAH ADA.

    SUKA KE IKAN BAUNG ?

    ReplyDelete
  34. RELEVAN

    MANA BOLEH MINUM SEKARANG. KALAU RASA SEJUK, JERANG AIR DAN MANDI AIR PANAS.

    ReplyDelete
  35. IBUINTAN

    DIA ORANG TAK JELES, TETAPI TERLEBIH RAMAH TAMAH !

    ReplyDelete
  36. AZIEAZAH

    SEBENARNYA ADA ORANG SPONSOR BAYAR BIL LETRIK SETIAP BULAN.

    MANA ADA IKAN PATIN. AWAK NI, IKAN PUN TAK KENAL. ITU BAUNG LAH !

    NAK BERJIRAN DENGAN SAYA NO PROBLEM. BANYAK LAGI LOT MASIH KOSONG KAT SINI.

    ReplyDelete
  37. ATIE

    SALAM KEMBALI. MAKNGAHNYA MASAK APA PUN SEDAP. LAGI PUN SELERA BILA BUKA PUASA NI GARANG, TOLAK BATU DAN KAYU JER !

    ReplyDelete
  38. HAMIZAH

    SAYANG SAYA TAK BOLEH HANTAR MELALUI POSLAJU !

    ReplyDelete
  39. SZMSS

    SORANG DUA BOLEH LAH JAWAB. KALAU LEPAS SORANG-SORANG. BENGANG JUGA.

    ReplyDelete
  40. IKAN EMAS 1

    AWAK TAK MAKAN IKAN SUNGAI ? BAGUSLAH. KALAU TIDAK, LAGI MAHAL HARGANYA.

    SIAPA WARGA KACA TU?

    IKAN EMAS 2

    WALAUPUN KECIK, TAPI IA SANGAT SENSITIF. MACAM PASIR MASUK KE MATA !

    ReplyDelete
  41. MIMIE

    TENTU MIMIE PANDAI MASAK NI ! KE PANDAI LAYAN JER ?

    ReplyDelete
  42. BLURR33

    SALAM KEMBALI. NAMPAKNYA KENALAH SAYA KORBANKAN BEBERAPA NAMA UNTUK DI "UNFOLLOW".

    LIMIT 300 TU SIKIT SANGAT KAN ?

    ReplyDelete
  43. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI.

    TAK DAPEK NAK NOLONG TAK APO LAH. SINGGAH NENGOK2 PUN DAH KIRA OK DAH TU.

    ReplyDelete
  44. AANAS

    SALAM KEMBALI.

    KALAU TIAP2 KALI PAKAI KENA TEGUR, APA KE HAI NYA.

    NAK LETAK SIGN TU, CUMA RASA-RASA JER !

    ReplyDelete
  45. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SAYA AKAN BUAT ITU BILA ADA KELAPANGAN. SEKARANG SAYA DAH TAHU MACAM MANA NAK BUAT.

    ReplyDelete
  46. AIN

    TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA MEMPERKENALKAN LINK ITU. IA SANGAT MEMBANTU. DAN AIN JANGAN BIMBANG. UNCLE TAK KAN "UNFOLLOW" AIN SELAGI AIN TAK BUAT PERANGAI.

    KALAU NAK BERJIRAN, SILAKAN ! BANYAK LAGI LOT MASIH KOSONG KAT SINI.

    ReplyDelete
  47. CEMOMOI

    IKAN TU KAN DAH CAKAP AMIR BUDAK TEMERLOH BAGI. KATANYA MASA DIA TANGKAP, IKAN ITU MASIH HIDUP LAGI. HEHE

    ReplyDelete
  48. KTS

    HAHAHA .. AWAK NI ADA-ADA SAJA BAHAN UNTUK MENJAWAB. ISH ISH ISH. ANAK DARA SIAPA LAH NI.

    BOLEH PINJAM TELEKUNG ATAU BERI TERUS TELEKONG YANG DAH TAK MUAT LAGI TU.

    ReplyDelete
  49. ROM 2

    MEMANG SAYA TERPAKSA BUAT GITU KECUALI LIMIT 3OO ORANG TU DINAIKKAN.

    ReplyDelete
  50. AJEE

    TERUSKANLAH MEMBAYANGKAN MOGA-MOGA IA MENJELMA. HEHE

    ReplyDelete
  51. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    ITULAH YANG ORANG KATA REZEKI DATANG MENGGOLEK. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  52. WANSHAH 1

    KITA BUAT SURAT LAYANG KAT GOOGLE NAK ?

    SETAHU PAKCIK, PENYU YANG MAKAN IKAN.

    ReplyDelete
  53. BELLA

    PENYU TU CUMA NAK USIK JER. WANSAH PULAK TUKANG KETAWA. SAYA PULAK BAHAN KETAWA. SABAR JER LAH.

    ReplyDelete
  54. WANSHAH

    AWAK KENAL KE BELLA TU ? PAKCIK LIHAT DIA MACAM BERKENAN JER NGAN AWAK.

    ReplyDelete
  55. hahah.. xmo la pakcik. saya dah kawen. setia pd yg 1 mcm pakcik. hehe..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  56. MENTIBANG LAUT

    SAYA JUGA SUKA SEJUK ESP. AISKRIM. HEHE

    MASA ONBOARD TU MUNGKIN TAKLAH SESEJUK KAT SURAU SAYA. TAK PERCAYA MARI DATANG SINI.

    ReplyDelete
  57. WANSHAH

    ELOKLAH TU. TAK ADA PENYAKIT JANGAN CARI PENYAKIT KAN.

    ReplyDelete
  58. humang aihh...bosa bona ikan tue..

    ReplyDelete
  59. wahhhhh.. best nyer tgk ikan2 tu.. beasr lak..

    ReplyDelete
  60. salam..ya allah..besar2nya ikan..fresh pulak tu..sedap..buat masak lemak cili api ke..bakar cicah air asam ke..

    ReplyDelete
  61. Wah, ramainya orang komen. Saya pun da mula suka baca entri kat sini, bersahaja tapi penuh makna. Wahaha! padahal baru semalam start baca.

    Tapi kan saya rasa kan diorang tanya tu sebab nak beramah mesra je.

    Contoh, kalau kita tengah basuh kete. Jiran lalu. Dia mesti akan tanya "Basuh kete ke?" "Taklah jemur kain" Kalau kita jawab cam ni mcm mana. Hehehe. Padahal sah2 diorang tahu kan kita tengah basuh kete

    ReplyDelete
  62. itu tandanya mereka ambil berat...

    ReplyDelete
  63. AUJINZ

    AWAK ADA DUA BLOG KE ? ATAU SAYA YANG SALAH MASUK KAMAR ?

    ReplyDelete
  64. MAIYAH

    REZEKI DATANG BERGOLEK .. TAPI TAK LAH BERGOLEK BETUL-BETUL. HEHE

    ReplyDelete
  65. KAK ERNA

    MAKNGAHNYA DAH MASAK LEMAK CILI API BAUNG TU. SEDAPNYA TAK BOLEH NAK CERITA. BESOK NAK MINTA BELAS IHSAN DIA PANGGANG IKAN TENGALAN TU PULAK ! AGAKNYA LAGI SEDAP KOT !

    ReplyDelete
  66. EIRA

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG LAGI.

    PASAL TANYA MENANYA NI KADANG2 TAK KENA TEMPAT. SAYA PERNAH BUAT ENTRI TENTANG ITU BARU2 INI. KALAU ADA MASA, BACA KAT SINI.

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/07/tanda-arah-dan-cendol.html

    ReplyDelete
  67. INSAN MARHAEN

    SETUJU, TENTANG AMBIL BERAT TU, TAPI JANGANLAH SAMPAI MEMBERATKAN ORANG. HEHE

    ReplyDelete
  68. Suka baca komunikasi di sini, tapi nak tanyalah pada tn. Haji kenapa guna huruf besar eh? Trade mark ke!

    ReplyDelete
  69. Subuh esok abg pergi solat pakai t shirt pagoda aje. Mesti ada org tanya panas ke? Lepas tu abg boleh cakap, "Ha'ah. Satu malam tak tidur kerana mak ngah".

    Mesti org tu bengang.

    ReplyDelete
  70. Penyubiru dah ajar mcmana nak unfollow. Jgn lah unfollow blog saya pulak hehehe

    ReplyDelete
  71. YB takut tuan unfollow blog dia ..

    Saya pun takut gak !

    ReplyDelete
  72. Salam THJ,

    saya unfollow bila blogger yg saya folo tu dah tak aktif aje..


    alahai...banyaknya ikan tapi....saya tak makan ikan sungai @darat lahhh..

    mungkin dari kecik tak diajar jd tekak memang tak boleh terima.. huhuhu...

    ReplyDelete
  73. salam tuan..
    tuan boleh tukar dari follower blogspot ke follower google mahupun twitter..tidak akan mengubah atau mengurangkan jumlah followers sedia ada..boleh periksa di bahagian 'follow as"...

    ReplyDelete
  74. salam pagi pakngah..
    hari ni baru tahu ikan mayong tu, adikberadik ikan baung


    pasal sejuk tu,
    apo kato pakngah pakai jubah, tp sebolum tu, pakai tshirt selapis, baju pagoda selapis
    jadi eh kurang sikit sojuk
    jangan lupo pakai sokin kali yo..

    ReplyDelete
  75. Saya pun tak taham sejuk. Isteri pulak tak tahan panas. Selalu pakai selimut.

    ReplyDelete
  76. waaahh besarnya ikan pakcik!!
    sini anak ikan je dah 6 dollar..

    ReplyDelete
  77. salam..pasal folo-unfolo tu mmgm x reti..kena tanya pd otai blogger..hehe..

    kitorang pun selalu mkn ikan sungai..maklumlerr..blkg umah ade sungai bidor..bukan setakat ikan...udang galah pun boleh dapat kalau bernasib baik.. :)

    ReplyDelete
  78. AIDA ALI

    TERIMA KASIH ATAS PERTANYAAN ITU. SAYA GUNA HURUF BESAR SEBAB NAK MENJIMATKAN MASA.

    BANYAK NAMA PENA BLOGGER YANG ADA KOMBINASI HURUF KECIL DAN BESAR. DI RUANGAN INI CIKGU BOLEH LIHAT. MISALNYA:

    1. DrSinga
    2. MrPenyuBiru
    3. LiNda
    4. makdara TERDIVA.

    SUSAH DAN LAMBAT UNTUK MENAIP DARI HURUF BESAR BERTUKAR KE HURUF KECIL DAN BALIK SEMULA KE HURUF BESAR. JADINYA KALAU SAYA TAIP SEMUA HURUF BESAR, SELESAI MASALAH.
    KALAU IA JADI TRADE MARK, IA ADALAH HASIL SAMPINGAN SAHAJA.

    ReplyDelete
  79. YB 1

    TERIMA KASIH ATAS NASIHAT YB YANG TIDAK BOLEH DIPAKAI ITU. ORANG SEJUK DISURUH PAKAI BAJU T PULAK.

    YB 2

    SELAGI YB TAK MEMALUKAN SAYA DI KHALAYAK RAMAI, SAYA TAK KAN UNFOLLOW YB.

    ReplyDelete
  80. LINDA

    LIHAT JAWAPAN SAYA KEPADA KOMEN YB.

    ReplyDelete
  81. AZRINA

    SAYA DAH MULA BUAT PROSESN 'UNFOLLOW' TU.

    FASAL IKAN SUNGAI TU, TAK ADA SIAPA PUN AJAR SAYA MAKAN. SAYA PANDAI2 SENDIRI JER ! HEHE

    ReplyDelete
  82. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH ATAS TIPS ITU. SAYA AKAN CUBA NANTI.

    ReplyDelete
  83. salam ziarah tuan rmh..dan salam perkenalan..selamatt berpuasa
    :)

    ReplyDelete
  84. salam abg hamzah itteww..

    me nk jawap soklan kt drsinga diatas:
    "GERAM JER NAK BERHIJRAH KE WORDPRESS. TAPI TAKUT ENTRI DAN KOMEN LAMA, JADI CACAMARBA."

    abg hamzah leh export sumer isi dlm blogspot dlm wordpress termasuk komen2.. percayalah, me dh buat dulu2..

    tp masalahnya, wordpress xleh nk letak followerr ghiteww.. uhuhu

    itu saja, slm ramadhan..

    ReplyDelete
  85. SAYANGSAYANGIBU

    SUSAH NAK TIDUR RUMAH BARU NI KAN ? HEHE

    IKAN BAUNG TU TAK KENA MENGENA DENGAN MAYONG. SATU DI DARAT SATU LAGI DI LAUT. MAKNGAHNYA YANG KONFIUS.

    UMANG AIH .. SUSAH BETUL NAK IKUT ARAHAN BERPAKAIAN ITU.

    ReplyDelete
  86. POK LI

    KITA SERUPA. SORANG BERSELIMUT, SORANG BERLENGGENG ! BAGUS JUGA MACAM TU KAN !

    ReplyDelete
  87. AHKAKBATIK

    IKAN DALAM GAMBAR TU, WALAUPUN BESAR, IA TETAP ANAK IKAN JUGAK. CUBA FIKIRKAN. MACAM PAKCIK SEKARANG, WALAUPUN DAH TUA, TETAP JUGA ANAK ORANG.

    ReplyDelete
  88. MAKDARA TERDIVA

    FASAL FOLO-MEMOLO TU DAH SETEL.

    BOLEH KAH SAYA PERGI TUMPANG MEMANCING KAT BELAKANG RUMAH AWAK SATU HARI NANTI ?

    KALAU TAK DAPAT IKAN, SIAP AWAK !

    ReplyDelete
  89. SYAHBANDAR87

    SALAM KEMBALI. SAYA BERBESAR ATAS KUNJUNGAN AWAK. BUKAN SENANG NAK MENINGGALKAN PELABUHAN KAN ! HEHE

    SELAMAT MENERUSKAN PUASA.

    ReplyDelete
  90. EN-ME

    SALAM KEMBALI. SAYA PERCAYA, TETAPI KALAU TAK BOLEH LETAK FOLLOWER, TAK NAK LAH.

    ADA ANIF CADANGKAN GUNA ENJIN (?) "INDESPENSABLE" SEPERTI BLOG DIA. RASANYA CARA ITU LEBIH MENEPATI CITARASA SAYA. TAPI MASIH RAGU2 NAK MENCUBA.

    ReplyDelete
  91. sori abg hamzah teww..

    sebenarnya wordpress leh letak follower plug-in.. tp me x pernah buat.. ehehe

    ReplyDelete
  92. EN_ME

    BIAR LAH DULU .. MANA TAHU TAK LAMA LAGI BLOGSPOT BUAT MACAM WORDPRSS TU. TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS TU.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.