Friday, August 13, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - Katanya Puasa ..!

Berita Terkini.

Tadi saya sembahyang Jumaat kat masjid Taming Jaya. Pemerhatian ringkas saya:

1. Mula-mula saya ingat saya kat Bangladesh ... nasib baik khutbah dalam Bahasa Melayu,

2. Terdapat kereta dan motor yang menutup jalan-jalan masuk dan keluar ke mesjid.

"Aku peduli apa, aku dah lambat ni" agaknya itulah kata mereka yang berkenaan.

3. Ada orang depan kereta saya, saya beri jalan. Usahkan nak angkat tangan, senyum pun tidak.

Alahai.

...........................................................................................................




Bersesak Di Bazaar Ramadan Putrajaya.



Katanya P.U.A.S.A
mengajar erti kesabaran
tapi bila cukup masa
masing-masing berkejar-kejaran
ingin berdahulu-dahuluan
bawa kereta ... sedikit pun tak peduli orang kiri kanan
lantaklah kalau ada yang tersasar ke tepi jalan
asalkan tujuan ku sampai tanpa sebarang halangan
macamlah dia seorang sahaja yang ada tujuan
orang lain tak apa tidur di tengah jalan.

Katanya puasa
mengajar erti kelaparan
tapi bila beli juadah berbuka
masya-Allah ... habis semua jari di tangan
itu pun masih belum berpuas hati
kalau boleh gerai-gerai sekali hendak dibeli
nasib baik puasa hanya di fardukan di siang hari
kalau tidak ... tak tahulah apa nak jadi !

Haha hihi haha hihi ….


* ini juga entri keluaran tahun lalu !
.


Sejak LEKAS siap sepenuhnya, saya tak perlu lagi bergegas ke tempat kerja. LEKAS bermula dari belakang rumah saya dan bersambung dengan SILK terus sampai ke pejabat. Cuma melalui satu sahaja lampu trafik light. Sekarang perjalanan saya ke pejabat mengambil masa kurang dari 40 minit, sekiranya saya memandu pada kelajuan Tahap 1.

Terima kasih LEKAS.







Dari Kajang/KL. Jalan yang luas dan cantik !


.

82 comments:

  1. Salam THJ,

    Tergesa2 sebab nak balik masak. boleh tak ?


    hehe.

    ReplyDelete
  2. katanya Puasa...

    bila berasak2, tak kira tua muda
    mata melilau2 dok tengok sini sana

    menyamfahh...

    ReplyDelete
  3. Salam THJ..

    Apa kata tahun depan no more Bazaar Ramadhan Tuan Haji..

    Kiranya nak didik orang Islam bila berada di bulan Ramadhan betul-betul menghayati Ramadhan dengan mengawal nafsu terutamanya bab makan.

    ReplyDelete
  4. Salam Kanda AL..

    Katanya puasa
    tapi ramai yang buat muka 'tak kuasa'
    bila bersua tak ingin menyapa
    kita senyum, dia balas dengan 'jelingan manja'...

    huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. hoho....bersederhanalah dlm bblanja tu...ngee~

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan Hamzah,
    Kalau surirumah tergesa2 nak menyediakan juadah berbuka (sy kurang minat ke bazar sebab juadahnya nampak enak tapi rasanya.....) sambil nak menjemput anak balik sekolah.

    ReplyDelete
  7. salam Ramadhan Tuan Haji, katanya LEKAS...mestila nak lekas sampai kan huhuhuhuh

    ReplyDelete
  8. hehehe.. tersenyum hajar baca n3 en hamzah ni... nampak jenaka tapi memang kenyataankan... kih3x...

    ReplyDelete
  9. salam akhi Hamzah...

    ramadhan mengajar erti kesabaran
    iblis n syaitan dirntai tngh lautan.
    di bazaar ramadhan semua bertebaran.
    tak smpt masak , coz dah kepenatan...

    ReplyDelete
  10. salam tuan,
    tu la pasal,
    kata penat puasa tapi time g bazar segar bugar segala...

    kata letih tak makan minum
    tapi ke pasar bebas juga bergaul sana sini...

    kata bulan mulia
    hati bagaimana?

    semoga kita bersama2 orang yang berilmu...

    ReplyDelete
  11. katanya puasa mengajar...
    nampaknya masih banyak orang kurang ajar...
    katanya puasa mengajar...
    rupanya masih ramai yang tak belajar...
    katanya puasa mengajar...
    benarkah kita terpelajar?

    lekas? memang lekas sungguh!

    ReplyDelete
  12. biar cepat asal selamat.. tak ghitewww

    salam ramadan abang lavendari itteww

    ReplyDelete
  13. Salam Tn.Hj. Ingat bulan pose kuar opis awal sejam dapat sampai umah awal...Rupanya lagi lambat dari hari biasa..takut kuih abis kot..he..he..he..

    ReplyDelete
  14. Dia org tergesa2 tu bukan apa bimbang makanan yang diorg minat dah abis beli dek org kena le berkejaran sikit berlari-lari anak sambil buat senaman ringan :)

    ReplyDelete
  15. ape yg dmaksudkan kelajuan tahap 1 tu?

    bagi dieorg kalau bsesak skadar nk beli sbijik kueh, baik tak yah.so dh jenuh bsesak, borong la byk2.hihi haha huhu..

    ReplyDelete
  16. posa dpt lapar & dahage je kalau camtu..

    ReplyDelete
  17. Salam Tuan ,

    fuh , barulah kali ini dpt tembus ..
    selalunya dia load memanjang ..
    kalaulah dalam blog ada LEKAS
    sure sayalah orang pertama yang gunakan !

    ReplyDelete
  18. katanya puasa
    nak dapat banyak pahala
    buat ibadat di mana saja
    namun mulut masih mengata
    hasad dengki berapi membara
    lupa azab api neraka

    katanya puasa

    setan iblis semua ditambat
    nafsu manusia susah disekat
    bayi dibuang merata tempat
    elok direjam dan disebat
    ramadhan ni eloklah kita bertaubat !!

    ReplyDelete
  19. Nampkanya dengan adanya LEKAS, tuan pun boleh pergi ke pejabat dan balik dengan LEKAS nya :)

    ReplyDelete
  20. Tuan,

    kena jugak bagitau ni..


    sebenarnya subuh tadi IE dpt idea nak tulis fasal puasa style pantun ke nazam ke gurindam ke apa ke..ala-ala yg AL tulis .

    top top pagi ni bukak ??
    rupa-rupanya satelit
    Al lavendari dah dapt komensen IE ..
    macam ada kemesterii la pulak kita nie !!!

    ReplyDelete
  21. salam THJ, semoga sihat selalu...

    Rasanya dah bertahun saya tak ke bazar Ramadhan. Bukan tak nak bantu orang Islam meniaga tapi...
    1) kebersihan/kesucian juadah diragui (selawat ke masa masak tu? lillahitaala ke? atau lil duit...)
    2) kesegaran juadah (kadang2 masaknya subuh jualnya asar...kadang2 tu dah basi pun jual jugak...pernah terkena satu masa dulu)
    3) banyak aurat terdedah (kuih bertutup sebab takut lalat tapi aurat...? masyaALLAH... kuih lbh penting dari aurat)
    4) dikhuatiri penat puasa dari pagi tapi pahala berguguran di bazar Ramadhan...

    Zaujah (isteri) ana masak sendiri je... insyaALLAH selamat dari semua kat atas tu... lazat pun lazat, jimat pun jimat...hehee

    (apapun, ini RKA instinct je...)

    jazakallahu khair THJ

    ReplyDelete
  22. Salam THJ, ana lagi nie...

    ana sebenarnya tak puas hati dengan highway Lekas... ada sekali tu ana ride motor (jetski merah ana tu le...hihii) masuk highway Lekas dari arah Kajang... ana bawak 70km/h je... tiba-tiba kat atas jalan tu dia tulis "LEKAS" "LEKAS"...
    terpaksalah ana bawak 140km/h... hehee...

    bukan salah ana...

    ReplyDelete
  23. AZRINA

    SALAM KEMBALI. TAK BOLEH. SEBAB ORANG LAIN PUN NAK MASAK JUGAK. HEHE

    ReplyDelete
  24. FA*ATIP

    SAYA SAMBUNG.

    MATA MELILAU2 DOK TENGOK SINI SANA
    LEBIH-LEBIH LAGI YANG BERASAL DARI BANGLA ..

    HEHE

    ReplyDelete
  25. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    SIAPA YANG BERANI MENGHARAMKANNYA. MAU HURA HARA SATU NEGARA.

    BENDA INI MACAM BOLA JUGA. KALAU ADA PERGADUHAN MASA TENGOK BOLA, TAK KAN KITA NAK HARAMKAN BOLA PULAK.

    ReplyDelete
  26. KAKCIK

    SALAM KEMBALI. SAYA SAMBUNG ..

    DIA BALAS DENGAN "JELINGAN MANJA"
    BIARLAH BERHENTI SETAKAT ITU SAHAJA
    SAMBUNG2 NANTI JADI BAHAYA !

    ReplyDelete
  27. DYNA

    SEDERHANA NI ADALAH BENDA YANG RELATIF. SEDERHANA KEPADA MULTIMILLIONARE, TENTULAH TAK SAMA DENGAN SEDERHANA KITA!

    ReplyDelete
  28. AIDAH

    SALAM KEMBALI. BETUL LAH TU. TAPI SURIRUMAH LAIN PUN SAMA JUGA. ITU YANG SELALU BUAT BERLAGA.

    ReplyDelete
  29. ROM

    LEKAS NI BAGI PERCUMA LAGI DARI TOL AMPANGAN KE SENAWANG SELAMA SEBULAN. SAYA CUMA BAYAR RM4.90 SAHAJA SEKARANG INI.

    ReplyDelete
  30. HAJARUS

    TERIMA KASIH KERANA TIDAK BERUSAHA MENAFIKAN KENYATAAN.

    ReplyDelete
  31. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI. ELOKLAH BELI DARI GERAI YANG KITA BIASA ATAU KENAL PENJUALNYA. BOLEH JAMIN RASA DAN HALALNYA.

    ReplyDelete
  32. BLUECITY

    SOAL HATI NI TIADA SIAPA YANG TAHU, KECUALI DIA DAN PENCIPTANYA. KITA BERSANGKA BAIK JER LAH.

    ReplyDelete
  33. CEMOMOI

    SAYA DAH AGAK AWAK AKAN SAMBUNG. AWAK ADA BAKAT BERPUISI.

    LEKAS MEMANG MEMUDAH DAN MENYEGERAKAN SAYA PERGI DAN BALIK PEJABAT.

    ReplyDelete
  34. EN_ME

    KALAU LAMBAT TAK SELAMAT, BAIKLAH CEPAT. TAK GHITEWW EN_ME ?

    ReplyDelete
  35. GISMO

    SALAM KEMBALI. ITU TERJADI KERANA MASING-MASING PUN NAK BALIK AWAL SEJAM. CUBA AWAK BALIK LEWAT SEJAM, TENGOK APA JADI ?

    ReplyDelete
  36. AKUANAKPAHANG

    ITU SEBAB LAH SAYA TULIS MASING-MASING BERKEJAR-KEJARAN. SALAH SATU SEBAB MUNGKIN TAKUT HABIS KUIH ATAU MAKANAN IDAMAN.

    ReplyDelete
  37. JEJARI HALUS

    KELAJUAN TAHAP 1 MAKNANYA KELAJUAN PADA TAHAP YANG SESUAI DENGAN KEADAAN JALAN DAN KENDERAAN.

    MANA ADA ORANG BELI SEBIJIK KUIH, TAK PERNAH LAGI SAYA JUMPA.

    ReplyDelete
  38. HAMIZAH

    ITULAH PASAL .. TAPI MUNGKIN JUGA ADA ORANG YANG SERONOK MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA KOT !

    ReplyDelete
  39. LINDA

    SALAM KEMBALI. PATUTLAH ! RUPANYA ADA MASALAH PENEMBUASAN. TERIMA KASIH BANYAK2LAH KERANA SINGGAH JUGA WALAUPUN SUSAH NAK TEMBUS.

    ReplyDelete
  40. IKAN EMAS 1 DAN 2

    TERCAPAI JUGA HASRAT AWAK BERGURINDAM TAPI DALAM BENTUK KOMEN. BOLEH SAJA AWAK GUNAKANNYA UNTUK BUAT SATU ENTRI BARU.

    TAPI SEPERTI YANG SAYA TULIS, ENTRI INI ADALAH KELUARAN TAHUN LEPAS. MASA TU TAK BERAPA RAMAI YANG BACA SEBAB MASIH BARU BERTATIH.

    ReplyDelete
  41. ANIF

    MEMANG BETUL, LEBUHRAYA ITU SESUAI DENGAN NAMANYA. IA DI BUAT SEOLAH-OLAH UNTUK KEMUDAHAN SAYA. PERASAN LAGI !

    ReplyDelete
  42. RKA 1

    SALAM KEMBALI. UNTUK LEBIH WARAK, ELOKLAH BEGITU. SAYA INI ORANG AWAM SAHAJA. TAMBAHAN SEKARANG MERTUA YANG UZUR DUDUK BERSAMA, TERPAKSALAH BANYAK MEMBELI.

    RKA 2

    SAYA PUN ADA JUGA TAK PUAS HATI DENGAN LEKAS. KATANYA ADA SETOL, TAPI SAYA TENGOK ADA TIGA TOL ! HEHE

    ReplyDelete
  43. pakcik, saya selalu isi NGV kat stesen petronas senawang klu ke utara..
    pernah perasan ada signboard LEKAS tu..
    klu guna LEKAS ke utara dari senawang, mana lagi dekat compare to guna plus?
    (err...last exit lekas kat mana ye?)

    ReplyDelete
  44. sgt betul kata2 encik. ishh.. itulah. makna ramadhan da lari

    ReplyDelete
  45. salam ramadhan dan selamat berpuasa pakngah....

    walaupun dah ado l/raya, hati hati di jalan raya
    nanti hari nak raya jemlah lebuhraya tu..percayolah... ;p


    pasar PARAM tu, sya kurang sikit nak berbelanja, enpakwe tak berapa layan kueh kueh ni,
    kalau sya dah tersanggat malas dan tersanggat letih nak masak, barulah merayau di PARAM cari nasi tomato ke ayam ke, atau nasi kerabu..sonang kenyang,
    sahur masak apo yang ado.

    ReplyDelete
  46. sepuluh jari seorang...
    belum campur jari-jari di suami...

    ReplyDelete
  47. Begitulah ragam selagi bernama manusia..

    Sabar BANG HAMZAH, sabar.

    Ya, saya pun pernah 2,3 kali guna LEKAS, sangat selesa..!

    ReplyDelete
  48. HIDIER

    PAKCIK RASA DEKAT IKUT PLUS. TAPI JALAN PLUS NI SELALU SESAK. JADI MUNGKIN LAMBAT.

    LAST EXIT LEKAS KAT KAJANG SELATAN. LEPAS TU NAK PERGI MANA IKUTLAH. ADA BANYAK CABANG JALAN. BOLEH PERGI PUTRAJAYA, BALAKONG, CHERAS DSB.

    ReplyDelete
  49. JARD DA GREAT

    MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMBALIKANNYA KELANDASAN YANG BETUL.

    ReplyDelete
  50. SAYANGSAYANGIBU

    "SAHUR MASAK APO YANG ADO"

    YE LAH .. YANG TAK ADO NAK MASAK MACAM MANO KAN !

    ReplyDelete
  51. DRSINGA

    ATAU JARI-JARI ISTERI-ISTERI ! HEHE

    ReplyDelete
  52. Salam Tuan Haji,
    Apa yang tuan haji bebelkan tu...
    tandanya negara kita kaya raya aman makmur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  53. AZIEAZAH

    SAYA MEMANG SYUKUR SANGAT BILA LEKAS DAH SIAP NI .. KALAU TIDAK DARI RUMAH SAYA NAK SAMPI TOL SENAWANG ADA 11 LAMPU TRAFIK. BAYANGKANLAH KALAU BELAH PETANG. BELAH PAGI TAK LAH TERUK SANGAT.

    JAUH SIKIT ATAU MAHAL SIKIT PUN TAK KISAHLAH, ASALKAN CEPAT DAN TENSION PUN BOLEH DIKURANGKAN.

    ReplyDelete
  54. KAK WAN

    MEMANG NEGARA KITA AMAN MAKMUR, TAPI RAKYAT KITA MAKIN TERUK DARI DULU. PUSAT SERENTI PENUH, BUANG BAYI HARI-HARI .. ITU TAK CERITA KES BUNUH, ROMPAK, ROGOL, COLEK, RAGUT, REMPIT. NGERI !

    ReplyDelete
  55. doc
    ---
    pakngah tulis,
    jari jari is3..is3...
    hahahahaha...... ;p

    ReplyDelete
  56. Salam,
    Pernah buat entri berhubung dengan perkara yang lebih kurang sama. LF kata ada orang tu datang lewat ke masjid (sembahyang Jumaat) tetapi masih mahukan kedudukan yang terbaik. Jadi dia letak kereta dekat depan pintu masuk masjid. LF faham mungkin dia nak cepat takut terlepas solat. Tetapi yang tak seronoknya (bukan marah) keluar lewat. Kereta2 lain nak keluar terpaksa tunggu dia.

    Satu lagi cerita - - Keadaan masjid/surau memang selalunya sesak semasa solat Jumaat. Baguslah ramai datang ke masjid. Jadi ada jemaah yang terpaksa sembahyang dekat pintu (kesian kat dia). Tetapi bila solat selesai, dia masih tak bergerak dan solat sunat pula. Bayangkan apa akan berlaku bila jemaah lain nak keluar masjid !

    LF ni tahu sikit2 soal agama. Apa yang LF dengar daripada ceramah-ceramah di surau, kita digalakkan bergerak sedikit ke tempat lain jika kita nak solat sunat (selepas solat fardhu). Mungkin ada sahabat2 kita yang boleh jelaskan perkara ini.

    ReplyDelete
  57. katanya P.U.A.S.A mengajar erti kesabaran



    katanya P.U.A.S.A mengajar erti kelaparan


    .
    .


    nya di sini merujuk kepada siapa??

    "kita tak kata semua tu," kata mereka ;P

    ReplyDelete
  58. slm ramadhan.. lumrah.. meriah dgn smngt puasa tu hehe

    ReplyDelete
  59. sayangsayangibulagi

    tulis jer .. bukannya betul2 !

    ReplyDelete
  60. LUAHFIKIRAN

    MEMANG RAMAI BERLUMBA2 NAK KEJAR KEREDAAN ILAHI TETAPI MENGABAIKAN KEREDAAN MANUSIA.

    MEMANG DIGALAKAN BERGERAK KE TEMPAT LAIN (KALAU BOLEH) BILA SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU KERANA TEMPAT2 YANG KITA BERSEMBAHYANG ITU NANTI AKAN MENJADI SAKSI DIAKHIRAT KELAK. WALLAHUA'LAM.

    KAT SURAU SAYA, ADA SORANG JEMAAH TU, MACAM DAH BOOK TEMPAT DIA. SETIAP KALI DIA DATANG DIA AKAN AMBIL TEMPAT ITU. ORANG LAIN TAK BERANI KACAU, KECUALI DIA TAK DATANG.

    ReplyDelete
  61. KTS

    'NYA' TU MERUJUK KEPADA ORANG KETIGA.

    pecah kaca, gelas pecah,
    awak ni, ada-ada je lah.

    ReplyDelete
  62. MAIYAH

    SALAM RAMADHAN JUGA DARI SAYA. MASA SAYA MUDA2 DULU BEGITU JUGA. RASANYALAH !

    ReplyDelete
  63. begitulah realiti yg blaku...camne nak ubah tu ya? sbb puasa mkn minum je kut?

    ReplyDelete
  64. kadang kala diri sendiri pun begitu juga...

    ReplyDelete
  65. PIEWAHID

    ENTAH .. SAYA PUN TAK ADA FORMULA NAK UBAH BUDAYA TU !

    MUNGKIN JUGA BOLEH DIJADIKAN SALAH SATU BAHAN UNTUK DIJADIKAN TARIKAN PELANCONG KOT !

    ReplyDelete
  66. ONE ZABA

    BAGUSLAH .. MENGAKU SECARA JUJUR ! KADANGKALA TAK APA, JANGAN SENTIASA.

    ReplyDelete
  67. CKLAH

    KENAPA KETAWA ? CKLAH TAK PUASA KE HARI NI ?

    ReplyDelete
  68. pakcik... mesia kan dah jadi rumah kedua bangladeshian... bahasa kita senang dipelajari...

    mungkin kerajaan kena tuka struktur ayat kita macam bahasa jerman....
    atau tulisan ikut tulisan tamil... atau naikkan gaji buruh binaan minimum 3 ribu..

    ReplyDelete
  69. salam tuan..
    main lapar tu hilang dah semua
    keperluan dalam berpuasa tu..yang utama ingat nak berbuka yang
    sedap belaka..saya menasihati
    diri saya sendiri..agar bersederhana
    dalam berbuka ni...

    ReplyDelete
  70. Saya pun tak paham..
    walhal, makanan tue, time tak posa pun ade jual.. pun masih lagi diorang nak borong sampai abis.


    hua hua hua.. nasib baik saya dah latih diri berbuka dengan makanan yang sikit.

    ReplyDelete
  71. AHKAKBATIK

    BAHASA KITA MEMANG SENANG DI PELAJARI. TETAPI UNTUK MAHIR DAN BERSENI SUSAH SEKALI. KITA ADA PANTUN, SYAIR, GURINDAM, SELOKA, PERIBAHASA, PEPATAH DSB. JANGANKAN ORANG BANGLA, ORANG KITA PUN (TERMASUK SAYA) RAMAI YANG TAK MAHIR LAGI.

    ReplyDelete
  72. ZULKBO

    SAYA TAK KISAH ORANG NAK BELI MACAM-MACAM KUIH. BAGUS JUGA SEBAGAI REZEKI KEPADA PENJUAL. DIA ORANG PUN NAK HIDUP JUGA. TERSERAH. TAPI JANGAN MEMBAZIR. ITU YANG SAYA TAK SETUJU.

    ReplyDelete
  73. AUJINZ

    NAK CAKAP BANYAK2 PUN TAK GUNA. SENDIRI MAU INGATLAH.

    BAGUSLAH KALAU AWAK BERBUKA DENGAN MAKANAN YANG SIKIT. KALAU BANYAK SANGAT, SEMPUT NAK SEMBAHYANG TARAWIH. NANTI TARAWIH JADI TAWARIKH. HEHE

    ReplyDelete
  74. salam..
    selamat berpuasa Tuan Hamzah..
    jgn pandu laju..nanti kena speedtrap..

    ReplyDelete
  75. K'Eja...
    'isteri-isteri' orang lain tak pe...
    PakNgah tetap sorang je MakNgah...
    kannnnn PakNgah.........???

    ReplyDelete
  76. Salam Tuan Hj El..

    Bazaar Ramadhan sesak dan jem sana sini. Kat hotel2 buffet Ramadhan parking, jem jugak kut.....Semuo dah kayo2...

    ReplyDelete
  77. ALVIN

    SALAM KEMBALI. AWAK BERI NASIHAT LAMBAT SANGAT. BARU2 NI SAYA KENA BAYAR HAMPRI 3K. BAYAR SAMAN KERETA SAYA, ISTERI DAN JUGA ANAK. TERMASUK KERETA YANG 5 TAHUN SAYA JUAL.

    ReplyDelete
  78. DRSINGA

    SAYA INGIN MENEGASKAN SEKALI LAGI DISINI, BAHAWA SAYA TIDAK BERCADANG UNTUK TAMBAH SATU ATAU DUA, MELAINKAN SAYA DIPAKSA OLEH MAKNGAHNYA.

    ReplyDelete
  79. MAMAWANA

    SALAM KEMBALI. KAYA TAK APA. ASALAKAN JANGAN BUAT BENDA2 TAK ADA MAKNA ATAU SIA-SIA.

    ReplyDelete
  80. Tuan hamzah..
    sila copy nasihat sy tu n letak kat semua keta milik Tuan n anak2 k..

    kalau tak abis Tuan jadi mangsa speedtrap yg tak kenal status Tuan hamzah dijalan raya..

    3K tu byk tau..kalau salurkan kat ruang dapur rumah..dah tentu setengah tahun tak abis..

    ReplyDelete
  81. ALVIN

    SAYA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEGAS BAHAWA SELEPAS NI SESIAPA KENA SAMAN, MEREKA HENDAKLAH MENYELESAIKANNYA SENDIRI DENGAN POLIS ... DAN JANGAN MINTA DUIT SAYA LAGI.

    MENTANG2LAH SAYA BAIK !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.