Saya ada dua blog yang berjalan selari. Blog yang yang satu lagi di beri nama PU.E.C ORANG X RE.T (Puisi Orang Tak Reti). Ia tidaklah secergas blog ini. Walau bagaimanapun, diam tak diam ia telah mendapat 100 follower pada 24 Mei 2011 iaitu kira-kira DUA tahun selepas kewujudannya. Diikuti pula pada 9 Jun, blog KomenSen mendapat singgahan yang ke 100,000.
Sempena dengan bilangan tersebut, saya ingin membuat kontes dalam bentuk pertandingan berbalas pantun yang menawarkan hadiah sebanyak RM100.00.
Sempena dengan bilangan tersebut, saya ingin membuat kontes dalam bentuk pertandingan berbalas pantun yang menawarkan hadiah sebanyak RM100.00.
Berikut adalah tiga rangkap pantun yang perlu di jawab kesemuanya oleh sesiapa yang ingin menyertai kontes ini.
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
Terma dan Syarat (T&S).
1. Buat satu entri tentang kontes ini dan jawap pantun-pantun di atas di dalam entri tersebut. Setiap entri mesti mengandungi banner di atas dan buat pautan (link) ke blog KomenSen.
2. Selepas itu maklumkan kat kotak komen ini untuk saya pergi melihat dan menilainya.
3. Tarikh tutup kontes ini adalah dua minggu dari sekarang.
4. Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri berdasarkan garispanduan mengarang pantun seperti yang saya nyatakan di ruangan Lain-Lain Hal di bawah. Kalau tiada siapa yang mengambil bahagian, hadiah akan dikembalikan ke tempat mana dia berasal.
Hadiah.
Sebagimana yang telah dinyatakan, hadiah wang tunai RM100 disediakan. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih kerana hadiahnya terlalu kecil untuk dibahagi-bahagikan.
Lain-Lain Hal.
Kepada siapa yang berhajat hendak turut serta tetapi tidak tahu hendak mengarang pantun, saya telah tolong buatkan panduannya di sini. Bolehlah baca kalau berhajat.
Semoga berjaya dan terima kasih atas sokongan anda.ooooooooooooooooooooooooo000oooooooooooooooooooooooooooo
Senarai Peserta Yang Telah Sudi Mengambil Bahagian.
21. Aqishah
22. Tun Telani
23. Norsha
24. Ku Tak Sempurna
25. Temuk
INI ADALAH POS MELEKAT. UNTUK ENTRI TERBARU SILA SKROL KE BAWAH !
22. Tun Telani
23. Norsha
24. Ku Tak Sempurna
25. Temuk
INI ADALAH POS MELEKAT. UNTUK ENTRI TERBARU SILA SKROL KE BAWAH !
hahaha...surrender!
ReplyDeletegud luck kepada bakal peserta... :)
Ok dh ke sakit blakang Uncle tu?
best!
ReplyDeletenak join la nnti
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum uncle. :)
ReplyDeleteuncle, saya nak jawab pantun uncle di sini je sebab macam tak layak je nak menang. :)
tak dapat tangkap sepat dibendang,
pegaga hanya dibuat ulaman,
jangan dibuang si tanduk malang,
mungkin berguna di masa hadapan.
pisang sedap dibuat pengat,
pulut tak hangus masak selari,
walaupun usaha telah dibuat,
tetap tertulis bukan rezeki.
senangin tenggiri menyelamatkan diri,
nampak pukat terus ke tepi,
raja nafsu dah mengawal diri,
halal haram mudah ditolak tepi.
:D
gudluck pada contestant!
saya takut la
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
.
.
takut menang.
:P
Assalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDeleteInsyaallah...,saya akan cuba reka pantun dan masuk contest ini....
sambil memeriahkannya..
pakngah sya baca pantun boleh lah
ReplyDeletetp reka pantun
errmm...musnah(,")
tp tak sabar nak baca pantun2 dari peserta GA ni.
berpantun ni mesti dijoin. hehehe..
ReplyDeleteSalam Kanda AL...
ReplyDeleteoleh kerana saya peminat pantun, saya akan menyertai pertandingan ini nanti. Bukan untuk merebut hadiah tapi hanya kerana minat yang tidak dapat dikikis. :)
CIK SHINJU
ReplyDeleteKENAPA MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG ?
SEMALAM DAH URUT .. ADA KURANG SIKIT. TAK BOLEH LASAK2 SANGAT BUAT SEMENTARA WAKTU INI.
LELAKI INI
ReplyDeleteSILALAH JOIN SEBELUM TAMAT TEMPOH !
SAR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
LAA .. KAT SINI PULAK DIA BERPANTUN.
PANTUN AWAK TU NANTI DIPLAGIAT ORANG.
KTS
ReplyDeleteKALAU GITU JANGAN TAKUT .. SAYA TAK KAN BAGI AWAK MENANG !
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH KERANA MENUNJUKKAN MINAT UNTUK MENYERTAINYA. TAK USAH TERBURU-BURU KERANA MASA MASIH PANJANG LAGI.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteBUKAN SUSAH SANGAT .. PANDUAN TELAH PUN DI SEDIAKAN. KALAU TAK TAHU JUGAK, TAK DAPEK NAK NOLONG EH DOH!
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERMINAT SANGAT UNTUK TURUT SERTA.
SAYA TUNGGU JAWAPAN AWAK !
KAKCIK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ITULAH KATA-KATA YANG INGIN DAN SEDAP TELINGA SAYA MENDENGAR.
SAYA TUNGGU PANTUN KAKCIK !
Assalamu'alaikum Kanda AL...
ReplyDeletesaya dah buat catatan tentang kontes ini di sini :
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2011/07/marilah-masuk-kontes-ke-3-anjuran.html
Saja-saja nak tumpang memeriahkan. :)
salam,
ReplyDeleteteringin sangat nak masuk peraduan ni..tahniah kepada pihak penganjur.
cuma...nanti dulu laa..
sebab IE sekarang ni tengah sebok mengarang mengenai tajuk yang tengah hot sekarang ni...
Assalamualaikum tuan rumh,
ReplyDeletekontes montes...
mcm nyusahkan jer...syarat dia tu..
lama pulak tu nak dapat adiah...
2 minggu lagi eh?
nantilah saya fikirkan...kalau tak terlupa lah eh...boleh ker?
cheq sue suka berpantun!!!
ReplyDeletehttp://chequesuechekgu.blogspot.com/2011/07/marilah-masuk-kontes-ke-3-anjuran.html
alamak pakngah...
ReplyDeletesaya bab2 pantun ni kena lama berfikir..huhu
salam, datang melawat tgk pantun yg dijual.. dh lama x berpantun.
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMERIAHKAN DENGAN MENYERTAI KONTES INI. SAYA DAH LAWAT DAN KOMEN DI SANA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS MINAT YG DITUNJUKKAN. APAA-APUN
SELESAIKAN DULU TUGASAN AWAK IU ..
APAKAH TAJUK YANG TENGAH HOT SEKARNG INI AGAKNYA .. ?
QUEENIE
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SAYA TUNGGU PENYERTAAN AWAK. JANGAN DI TUNGGU HADIAH YANG TAK SEBANYAK MANA TU. ENTAHKAN DAPAT ENTAHKAN TIDAK. HEHE
CHEQ SUE
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMERIAHKAN KONTES BERBALAS PANTUN ANJURAN SAYA.
SAYA GEMBIRA KERANA CHEQ SUE SUKA BERPANTUN. SEPATUTNYA BEGITULAH, KERANA KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGIK KAN ?
YUS
ReplyDeleteTAK MENGAPA .. PAKNGAH BERI YUS DUA MINGGU UNTUK BERFIKIR.
BUKAN SUSAH SANGAT .. GARIS PANDUAN SUDAH PUN PAKNGAH SEDIAKAN.
TUN TELANI
ReplyDeleteMELIHAT NAMANYA SAHAJA SAYA SUDAH GERUN.
TENTUNYA TUN TELANI INI MAHIR BERPANTUN.
Salam Tn. Haji...
ReplyDeleteSaya dh pun sertai contest Tn. Haji... sekadar m'cuba mengasah bakat yg tak seberapa...
Moga ramailah yg memeriahkan contest ini...InsyaAllah
PYNGEES
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI TURUT SERTA.
SAYA TELAH PUN MELIHAT ENTRI AWAK, KOMEN DAN JUGA SENARAIKAN DIBAWAH SENARAI PESERTA.
Pemenang sebelum ini Cik SHiNJU dah serender. Ada harapan ni hehehe
ReplyDeleteSkrg ni saya nak pujuk kts utk berpadu tenaga dan minda.
ReplyDeleteDia pandai bab pantun ini. Kalau dia takut menang, saya tak takut kalah kalau bergandingan dgn dia ngeeeeee
Harap2 IE sibuklah selama dua minggu ini. Dia pun terer bab pantun ni.
ReplyDeleteSaya cuba!
ReplyDeleteYB 1
ReplyDeleteDIA TU MASIH MALU2 SEBENARNYA .. TAKUT PANTUN DIA TAK CUN MACAM DIA !
YB 2
ABANG TUNGGU HASIL PADUAN TENAGA AWAK DENGAN KTS !
YB 3
AWAK NI MACAM NAK KAN KERAJAAN SATU PARTI PULAK.
MOMMY FARA
ReplyDeleteCUBA JANGAN TAK CUBA .. NANTI MENYESAL !
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya dah jawab pantun-pantun tersebut...moga kontes bertambah meriah.
Klik : "Tanya Jawab Pantun"
AHMAD HUMAIRI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI TURUT SERTA.
MOGA-MOGA PANTUN PUSAKA NENEK MOYANG KITA TIDAK DILUPAKAN.
SAYA TELAH PUN SENARAIKAN DI NO. 4.
Alhamdulillah,
ReplyDeletepssst...pautannya tersasar...
AHMAD HUMAIRI
ReplyDeleteSAYA MOHON MAAF BANYAK2 ATAS KESILAPAN DAN KELALAIAN SAYA ITU. DAN TELAH PUN SAYA PERBAIKI SELEPAS DIBERITAHU.
uncle...tunggu penyertaan saya okeh!
ReplyDeleteGB
ReplyDeleteBOLEH TUNGGU TAPI JANGAN SAMPAI TERLEPAS TARIKH TUTUP !
wow! hadiah yg sgt lumayan!
ReplyDeleteMAK SU
ReplyDeleteLUMAYAN KE ? BOLEH DI KURANGKAN ! HEHE
tak reti pantun mantun :)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesaya singgah sini terus follow. mahu jadi sahabat alam maya. selamat berkenalan.
saya singgah dari blog kakcik. kalu sudi, nnt follow saya plak eh..
maceh
*__"
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteSaya tak pandai sangat berpantun tapi berminat nak join kontes pantun tuan haji ni. Saya dah jawab pun dalam blog saya.
http://kerdipanrohani.blogspot.com/2011/07/jom-masuk-kontes-pantun-oleh-komensen.html
Hidup pantun pusaka kita.
wahhhhhhhhhhhh harus join nih walopn x reti.. tunggu kami yer :)
ReplyDeleteMAMA ZHARFAN
ReplyDeleteNYANYI LAGU 'RAP' LAGI SUSAH .. HEHE
NMO2
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN FOLLOW.
TAK NAK CUBA BERPANTUN KE ?
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SELALUNYA ORANG YANG PANDAI TU DIA SUKA MERENDAH DIRI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI TURUT SERTA.
HIDUP PANTUN MELAYU PUSAKA NENEK MOYANG KITA !!!
EB EZRIN
ReplyDeleteSAYA AKAN TUNGGU HINGGA TARIKH TUTUP. TERIMA KASIH ATAS MINAT NAK TURUT SERTA.
salam Pak Ngah..
ReplyDeleteHendak dijaja si ikan Siakap
Orang membeli syukur pastinya
Pantun ku bawa barang serangkap
Harap sudi dengarkan kiranya...
http://radinsah.blogspot.com/2011/07/di-mana-ada-orang-berhimpun-di-situ-ada.html
Hamba mengambil bahagian... memeriahkan acara yang dianjurkan...:)
Pakcik!
ReplyDeleteSaya join! Heheheheh....
http://mommyfara.blogspot.com/2011/07/komensen-yang-masuk-akal.html
Sudi-sudilah baca!
NIDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA SUDI MENGAMBIL BAHAGIAN MEMERIAHKAN PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN, PUSAKA WARISAN NENEIK MOYANG KITA.
SYABAS .. WALAUPUN NIDA JAUH NUN DI NEW ZEALAND TAPI MASIH TAK LUPA KEPADA PANTUN MELAYU.
MOMMY FARA
ReplyDeleteKEMBANG HATI PAKCIK BILA ORANG MUDA MINAT DAN PANDAI BERPANTUN.
TERIMA KASIH BANYAK KERANA BERANI MASUK GELANGGANG.
Kakak pun tak mahu ketinggalan
ReplyDeletejenguklah link yg diberikan
sungguh bukan hadiah yg diharapkan
kakak suka pantun yg disajikan tuan
http://zakiepurvit.blogspot.com/2011/07/mari-berbalas-berpantun.html
KAKZAKIE
ReplyDeleteSEBELUM INI SAYA SAKIT BELAKANG, SEKARANG DI TAMBAH PENING KEPALA MEMBACA DAN MENDENGAR PANTUN YANG HEBAT-HEBAT BELAKA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI UNTUK TURUT SAMA MEMERIAHKAN PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN YANG SAYA ANJURKAN.
salam.. tuan al-lavendari..
ReplyDeleteanak muda juga mahu sertai.. hehe..
ini link nya:
anak muda masuk gelanggang
terima kasih... salam perkenalan..
FUAD ANSARI
ReplyDeleteSALAM PERKENALAN JUGA DARI PAKCIK.
MAKIN GEMBIRA HATI PAKCIK BILA MELIHAT ADA ORANG MUDA YANG SUKA DAN BOLEH BERPANTUN.
AMBOI .. MUDA2 LAGI DAH CUKUP KUOTA !
okeh.. entry membalas pantun saya sudah siap dipublish..
ReplyDeletehttp://www.budakmalaysia.com/2011/07/membalas-pantun-orang-hebat.html
nak menang.. :D
saya join :) harap2 bunyinya sedap la ye di mata tuan juri. saya tak berapa reti mengarang hehe. thanx buat contest mcmni ye, sy enjoy :)
ReplyDeletehttp://nadzwareina.blogspot.com/2011/07/contest-lagi-kali-ni-pantun-pulak-d.html
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteSETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KERANA TURUT SAMA MEMERIAHKAN.
UNCLE DAH SENARAIKAN.
SYABAS KERANA W/PUN BERADA DI TANAH ARAB, PANTUN MELAYU TIDAK DI LUPA.
NADZWAREINA
ReplyDeleteTERIMA KASIH BANYAK2 KERANA SUDI TURUT SERTA.
TAK USAHLAH MERENDAH DIRI. SEMUA ORANG BOLEH BERPANTUN.
* BUNYI KAT MATA ?
Uncle,
ReplyDeleteMaaf ku pohon andai tersalah kata,
Kerana muda mudi banyak ragamnya,
Saya mohon turut serta,
Jika sudi ini 'link'nya =)
http://eiraeixora.blogspot.com/2011/07/berbalas-pantun.html
IERA
ReplyDeleteUNCLE AMAT GEMBIRA SEMAKIN RAMAI ANAK MUDA YANG MENYERTAI KONTES INI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN TURUT SERTA.
Sudah dijoin..
ReplyDeleteURL ada di sini...
http://ibrahzine.com/zes/2011/membalas-pantun/
JAMES LABU
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI AMBIL BAHAGIAN. SAYA GEMBIRA MENERIMA PENYERTAAN ANDA.
DAN SUDAH SAYA SENARAIKAN DI NO. 13.
salam..
ReplyDeleteermmm..saya pun join:
http://www.zulkbo.com/2011/07/menjawab-pantun-komensen-pak-hamzah.html
ZULKBO
ReplyDeleteTERIMA KASIH BANYAK2 KERANA AWAK TURUT SUDI MEMERIAHKAN PERTANDINGAN INI.
HIDUP PANTUN MELAYU !
PENYERTAAN AWAK TELAH SAYA SENARAIKAN DI NO. 14
salam uncle. nanti tukar nama saya (entry no. 13) kepada Zil-el-Saif. Kawan saya tu masuk kontes ni tapi takleh nak komen kat sini sebab takde blogger account. tu pinjam nama JAMES LABU
ReplyDeleteblog dia hpp://www.ibrahzine.com/zes/
Assalamualaikum Tuan Haji..
ReplyDeleteAlhamdulillah, akhirnya sempurna sudah entry & pantun saya. Walaupun sedang sibuk study untuk exam, saya tetap berminat nak join contest nie.
Gerun jugak tengok contestant lain yang hebat-hebat belaka. (^_^) Rasanya, saya paling junior kat sini. hehe Good luck untuk semua.
Insyaallah...
ID Follower : Si Kotak Hati
URL blog : http://www-positive-broad-spectrum.blogspot.com/2011/07/assalamualaikum-pembuka-bicara.html
JAMES LABU
ReplyDeleteOK .. TELAH DISEMPURNAKAN PERMINTAAN ITU.
SI KOTAK HATI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH DAN SYABAS KERANA SUDI MASUK KONTES INI WALAUPUN SEDANG SIBUK BELAJAR. MINAT YANG BEGINILAH YANG UNCLE HARAPKAN DARIPADA ANAK MUDA.
SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN YANG MENDATANG.
terime kasih uncle...
ReplyDeletealhamdulillah, sudah tersenarai pun dah bagus bagi saya..
terima kasih ats doanya juga.
Semoga saya dapat menjawab dengan tenang hari selasa ini...Amin...=)
P/s : smoga uncle pun terus maju & berjaya...hehe
Anak sepat dalam sawah,
ReplyDeleteLama IM tak singgah sini; jangan marah..
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteANAK SEPAT DALAM SAWAH
SELALU-SELALULAH SINGGAH.
http://ubibadok.blogspot.com/2011/07/kontes-jawan-pantun.html
ReplyDeletesaya datang memeriahkan kontes...hehe
takda bakat lah kot nk join :D
ReplyDeleteH.J
ReplyDeleteSALAM KENAL.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMERIAHKAN KONTES PAKCIK. MENANG KALAH BELAKANG KIRA. OK.
BELOG|AMIYO
ReplyDeleteAKAR TUBA HALUAN PERAHU
BELUM CUBA BELUM TAHU.
salam tuan haji, sy dtg cuba bakat berpantun ni.
ReplyDeletesilalah melawat ke blog sy :)
awal2 surender...terer la org bleh berpantun haha
ReplyDeleteSIS INTAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERANI MENCUBA. SAYA MENGHARGAINYA. SAYA TELAH MELAWAT DAN KOMEN DI BLOG SIS. ENTRI SIS TERSENARAI DI NOMBOR 17.
PRINCESS AYU
ReplyDeleteSEBENARNYA SEMUA ORANG BOLEH BERPANTUN .. CUMA MALU2 SEBAB TAK BIASA. KAN ?
cik pulau join jugak..
ReplyDeletecuba nasib.. tak reti berpantun.huhuhu..
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/07/marilah-masuk-kontes-ke-3-anjuran.html
CIK PULAU
ReplyDeleteTERIMA KASIH DAN SYABAS KERANA SUDI MASUK GELANGGANG.
UNCLE DAH SENARAIKAN DI NO. 18.
bilakah masa dan tarikh tutup kontes ni yg sebenar2nya?
ReplyDeletemohon penjelasan.
terima kasih
KTS
ReplyDeleteSAYA CADANG NAK TUTUP PADA JAM 8 PAGI, 16 JULAI INI.
TERIMA KASIH ATAS PERTANYAAN AWAK. SEMOGA JAWAPAN SAYA MENJAWAP PERSOALAN AWAK.
oh. ok.
ReplyDeletesy sudah jelas skrg. terima kasih.
.
.
.
nampaknya masih belum terlambat. :D
salam
ReplyDeleterupanya masih sempat lagi meriahkan majlis
saya baharu sahaja lepaskan entri untuk turut serta
moga2 bertambah meriah
KTS
ReplyDeleteMASIH ADA BANYAK MASA LAGI BAGI PAKAR. DULU YB KATA NAK BERGABUNG DENGAN AWAK UNTUK MEMBALASNYA. TAK JADI KE RANCANGAN ITU ?
TEHR
ReplyDeleteTENTU BERTAMBAH MERIAH LAGI DENGAN KEMASUKAN TUAN. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.
SAYA SUDAH SENARAIKAN DI NO. 19.
Assalamualaikum tuanrumah...
ReplyDeletesaya dah jawab pantun dah...
silalah mengadilinya...
nak adiah!
Ooops, maafkan saya...ada yag tercicir...ini link saya :
ReplyDeletehttp://semalamberlaluesokmenanti.blogspot.com/2011/07/marilah-masuk-kontes-ke-3-anjuran.html
janganlah saya jadi yg dikejar tak dapat yg dikendung keciciran... belum2 lagi link dah tercicir hah3..
moga-moga...
...nak adiah!
QUEENIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN KONTES SAYA BERTAMBAH MERIAH.
PENYERTAAN AWAK SUDAH TERSENARAI DI NO. 20.
makin ramai yang join...(^_^)
ReplyDeleteSI KOTAK HATI
ReplyDeleteMAKIN PENING KEPALA NAK PILIH .. SEMUA HEBAT2 BELAKA !
wahh.. makin ramai saingan =)
ReplyDeletesy masih blm siapkan pantun ke 3.. hihi.. lg 2 hari ye uncle AL.. sy khatamkan panduan pantun itu, baru laa terasa sukar nk padankan ritma.
tunggu nak post malam ni tau... huhuhuhu
ReplyDeleteTUN TELANI
ReplyDeleteYE LAGI 2 HARI .. NAK BUAT PANTUN MEMANG SENANG, TAPI NAK BUAT PANTUN YANG SEMPURNA MEMANG SUSAH. SAYA PUN KALAU NAK CEPAT, ASAL HUJUNG SAMA SUDAH.
MESTI BEST PANTUN AWAK TU NANTI !
AQISHAH
ReplyDeleteKALAU NAK CEPAT SAMPAI, PAKAI POS LAJU.
TAK APA .. ADA DUA HARI LAGI. SAYA TUNGGU.
salam sy dah join
ReplyDeleteni link tau
http://marissaqaisara.blogspot.com/2011/07/marilah-masuk-contest-ke-3-anjuran.html
AQISHAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH BANYAK KERANA SUDI TURUT SERTA. UNCLE RASA BANGGA KERANA ORANG MUDA MACAM AWAK SUKA BERPANTUN. SYABAS.
SEMOGA PANTUN WARISAN MELAYU PUSAKA BANGSA AKAN TERUS HIDUP SUBUR.
morning uncle!
ReplyDeleteehh.. assalamualaikum..
saya membeli pantun di sini..
http://qurrataaayun.blogspot.com/2011/07/mari-membeli-pantun.html
TUN TELANI
ReplyDeleteTERIMA KASIH BANYAK2 KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MENYERTAI KONTES YANG UNCLE ANJURKAN.
BESOK AKAN UNCLE MENILAI SEMUANYA.
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya dah buat entri untuk join kontes ni, jemputlah ke blog saya ye...
NORSHA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA SUDI MEMERIAHKAN KONTES INI. SUDAH TERSENARAI DI NO 23. SAYA JUGA SUDAH KE BLOG AWAK DAN MENINGGALKAN KOMEN.
awak, awak, awak,
ReplyDeleteerrr.. malu la nak cakap.
errr...
.
.
.
.
errr...
kita dah beli pantun awak. kat sini : http://kutaksempurna.wordpress.com/2011/07/15/dinda-beli/
.
.
kita beli, eh. halal, eh
:D
KTS
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERAN SUDI MEMBELI .. TAPI MANA DUITNYA ?
HABIS MACAMANA NAK HALAL ?
beli mesti dengan duit kah? kah? kah?
ReplyDeleteorg dedulu guna sistem barter.
As-Salam al-lavendari
ReplyDeleteSaya dah beli pantun-pantun al-lavendari tu. Tapi, orang miskin, beli pun sikit duitnya....
Alahai, pasal nak buat link tu, nampaknya tak menjadi. Kalau boleh diterima, inilah pautannya:
http://nukilan-temuk.blogspot.com/2011/07/ayuh-meriahkan-pasar-al-lavendari.html
Semoga kemeriahan berpantun ini berterusan.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA SUNGGUH MERASA GEMBIRAN SERTA BANGGA DENGAN PENYERTAAN ABANG.
SAYA SUDAH SENARAIKAN PENYERTAAN ABG DI NO. 25.
SAYA BERSAMA DGN HARAPAN ABANG SEMOGA KEMERIAHAN BERPANTUN INI BERTERUSAN !
SALAM SEMUA
ReplyDeletePENYERTAAN UNTUK KONTES INI TELAH DI TUTUP. SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI TURUT SERTA DAN JUGA KEPADA YANG TURUT MENYOKONG KONTES INI.