Monday, July 25, 2011

BELUM CUBA BELUM TAHU.

http://www.sportscarcup.com/cars/porsche-carrera-gt.jpg


Gambar Hiasan ihsan Google.


Kata orang tua-tua .. " belum cuba belum tahu"
Betul lah tu.  Tetapi bukan semua benda, boleh kita cuba-cuba.
Ada benda yang tidak boleh kita cuba-cuba. Walaupun hasilnya pasti positif.
Contohnya dadah. 

Saya sendiri ada kalanya tak berani nak mencuba. Takut gagal. 
Sebab antara berjaya dengan gagal tu 50-50. 
Walaupun kegagalan itu  mungkin tidak melibatkan kehilangan nyawa atau duit berjuta-juta. Cuma kehilangan atau kejatuhan air muka (pride) sahaja.
Air muka mana  boleh di tukar ganti dengan emas atau wang ringgit.

Misalnya kalau saya tengok kawan saya baru sahaja beli kereta baru jenama Porche.
Saya cukup takut nak cuba pinjam kereta dia itu.
Saya takut nak cakap. Keculilah dia membuat tawaran. 
Walaupun hati nak mencuba itu meronta-ronta.
Takut nanti kalau kawan tu cakap  "engkau sihat ke ?'
 
Satu contoh lagi. Saya amat takut nak cuba minta nombor telefon orang. 
Tambah-tambah lagi kalau orang tu popular macam Lisa Suriahani misalnya.
Takut dia jawab. "Banyak cantik engkau punya muka".
Mana saya nak sorokkan muka saya.

Itu sayalah. Orang lain tak tahulah saya.  Ke kita serupa ?

****************************************************************************

Nota kaki. Perasan tak entri saya kali ini bertambah meriah sebab dah ada iklan ? Anak saya masukkan malam tadi. Dia kata "lepas ni jangan buang-buang dah" .. sebab dulu memang pernah ada. Macamlah masukkan iklan tu susah seperti orang nak bersalin.  Kalau anda rasa terganggu, saya minta maaf banyak2 dan bawaklah bersabar.

32 comments:

  1. saya pun sama macam pakcik~haih~

    ReplyDelete
  2. he he

    pB bab mintak no telefon ni , pB belasah aja


    orang bagi , syukur
    orang tak bagi , pun tak apa

    ReplyDelete
  3. salam uncle..

    saya pun selalu rasa mcm tu.lbh2 lg jika org tu femes dan klu dia tak layan kita camner?huhu

    ReplyDelete
  4. Salam tuan rumah...

    rasa2nya saya pun serupalah...nak mintak no telefon orang? jangan mimpi lar...nak mintak kudrat orang pun malu kecuali yg saya betul2 kenal hatibudinya...susah senang biarlah tanggung sendiri...

    pernah sepupu saya offer guna kereta dia (bukan porche lah tp brabus jer), saya rasa nak sentuh pun tak layak.. saya jenis selalu rasa rendah diri dan tak layak bergaul ngan ramai orang...

    ni dah kira penyakit ker normal ek?

    er...takder kontes 4 ker? nak cari duit raya pulak ni...

    ReplyDelete
  5. Bab meminjam, saya memang tak suka. Alasan, saya sendiri kedekut nak bagi pinjam. Heheheheh...

    Mtk nombor telefon? Untuk urusan rasmi, saya selamba. Tapi klu urusan suka-suka, saya bolayan. Sebab bukan minat sy nak minta nombor telefon org. Alasan, saya sendiri kedekut nak bagi nombor telefon sy pd org melainkan hal urusan rasmi.

    Hehehehehehe....dadah? Saya konsum kalau saya tak sihat. Itupun atas nasihat doktor. Saya tak akan ambil ikut suka hati.

    ReplyDelete
  6. Belum tentu Lisa Suriahani tak beri. Cuba dulu.

    ReplyDelete
  7. Saya sedar diri! Kadangkala, kalau terpaksa minta juga - tapi sekali orang buat tak layan, sampai mati saya terkesan!

    ReplyDelete
  8. saya pemalu.. jadi saya x meminta.. lain la kalau dgn keluarga sendiri =)

    ReplyDelete
  9. saya sama macam kakcik...
    kalau sekali ditolak...memang tebal muka..mana nak sorok. dan maaflah..it will be the first and last...takkan lah nak terhegeh-hegeh lagi....*dari sudut blogging....:)

    ReplyDelete
  10. hye , blogwalking jap .
    tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
    tq :)

    ReplyDelete
  11. hehe....nak pinjam porshe orang takut tercalar ke naya...takut saya.

    tak ganggu lah pakngah iklan tu. Lainlah pakngah letak tengah2 entri, sampai orang tak boleh nak baca entri tu..hehe

    ReplyDelete
  12. mencuba ni bagus, baru kita tahu kemampuan,keyakinan dan ketabahan kita
    tp kalau mencuba berkali2 pun masih gagal jugak
    mungkin ada hikmahnya
    walaupun sudah tentu kita akan rasa kecewa
    betul tak pakngah?
    *pasang je iklan tak apa dah banyak nanti boleh buat belanja kenalan2 di alam maya ni ;)*

    ReplyDelete
  13. kalau kawan offer kete MyVi baru Lagi Best tu berani lah saya. Porsche, saya tak berani lah!

    ReplyDelete
  14. belum cuba belum tau
    macam SY tuu..

    dah satu cuba dua
    dah dua cuba tiga
    dah tiga cuba empat



    agaknya..lelaki ni kalau boleh dibagi CUBA CUBA pasang dua semua angkat tangan nak CUBA

    ReplyDelete
  15. BUJAL X

    KITA SERUPA WALAUPUN BERBEZA GENERASI.

    ReplyDelete
  16. PB

    ITU SUATU PENDIRIAN YANG BAGUS.

    ReplyDelete
  17. LM

    SALAM KEMBALI

    SERUPALAH KITA .. TAPI KALAU DAH BIASA TAK APA KOT !

    ReplyDelete
  18. QUEENIE

    SALAM KEMBALI

    KALAU SELALU RASA RENDAH DIRI DAN TAK LAYAK BERGAUL DENGAN ORANG RAMAI, TANPA SEBAB YANG MUNASABAH RASANYA TIDAK BAIK JUGA. POKOKNYA JANGAN KETERLALUAN (OVER) DALAM APA-APA PERLAKUAN.

    TAPI SAYA RASA AWAK TAK GITU.

    KONTES NO. 4, MASIH BELUM DAPAT ILHAM LAGI.

    ReplyDelete
  19. MOMMY FARA

    BUKAN DADAH ITU YANG SAYA MAKSUDKAN .. AWAK PUN TAHU KAN !

    BAGUSLAH KALAU TAK SUKA MEMINJAM DAN TAK SUKA JUGA MEMBERI PINJAM.
    JANGAN JADI MACAM SESETENGAH ORANG, SUKA PINJAM HAK ORANG, TAPI HAK SENDIRI KEDEKUT YANG AMAT SANGAT.

    ReplyDelete
  20. KUNANG-KUNANG

    MUNGKIN LISA BERI, TAPI YANG PASTINYA MAKNGAHNYA YANG TAK BERI. HEHE

    ReplyDelete
  21. KAKCIK

    BANYAK JUGA SAYA JUMPA ORANG, WALAUPUN TIDAK DILAYAN, TAPI MEREKA TAK PEDULI DAN TERUS MENCUBA SAMPAI KITA GIVE UP.

    ReplyDelete
  22. TUN_TELANI

    ELOKLAH TU .. JANGAN PULAK DENGAN KELUARGA SENDIRI MALU DENGAN ORANG LUAR TAK MALU.

    ReplyDelete
  23. SITI MURNI

    PAKNGAH TAK FAHAM APA MAKSUD "DARI SUDUT BLOGGING" TU ?

    ReplyDelete
  24. YUS

    KALAU TAK GANGGU, BAGUSLAH. KALAU ADA IKLAN NI ENTRI KITA MACAM HIDUP SIKIT SEBAB ADA BENDA GERAK2.

    ReplyDelete
  25. SAYANGSAYANGIBU

    MEMANG ELOK MENCUBA. TAPI ORANG TUA2 ADA MENGINGATKAN 'UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI'.

    OK .. KALAU BANYAK DAPAT DUIT IKLAN NANTI, BOLEH BUAT KONTES LAGI.

    ReplyDelete
  26. SUFIA MAHZAN

    KALAU SETAKAT MYVI, AWAK BOLEH PERGI KEDAI JUAL KERETA TU, MESTI DIA ORANG BAGI CUBA. TAK ADA MASALAH.

    ReplyDelete
  27. IKAN EMAS

    AWAK MACAM TAHU TAHU JE PERASAAN SEMUA LELAKI. HEHE

    ReplyDelete
  28. macam sama la pulak tuan haji... sebab kita masih ada rasa malu yang tebal kot tu yang jadi macam tu....

    ReplyDelete
  29. ATIE

    TETAPI ADA JUGA TEMPAT YANG KITA TAK PATUT MALU SEPERTI DALAM PEPATAH ..

    "MALU BERTANYA SESAT JALAN"

    ReplyDelete
  30. lisa surihani ckp "banyak cantik engkau punya muka" pun awak nak takut?

    lainlah dia ckp "banyak HENSEM engkau punya muka".

    ha! itu baru awak patut takut. takut bersubahat dgn penipuan.
    lisa menipu, kaaan?



    :P

    ReplyDelete
  31. KTS

    INILAH KOMEN YANG SAYA TUNGGU-TUNGGU SELAMA INI. KOMEN YANG JUJUR LAGI IKHLAS ! HEHE

    TAPI UNGKAPAN "BANYAK CANTIK ENGKAU PUNYA MUKA" TU MACAM DAH STANDARD PULAK.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.